Tuesday, 24 February 2015

Cinta Berani Mati bab 1


Arabella


Pukul 4 pagi. Arabella perlahan -lahan keluar dari biliknya. Dalam keadaan gelap, Arabella berjalan mendaki  tangga ke tingkat satu banglo Tengku Suffiyah. Sesekali mata memandang kiri dan kanan. Takut-takut ada yang terserempak dengan dia. Tadi masa keluar, ibunya sedang tidur lena.

Sampai ditingkat atas, Arabella menjingkit-jingkitkan kakinya menuju ke bilik yang paling hujung. Ya, bilik Tengku Ian Ishraf. Tombol pintu dipulas. Badan diloloskan di balik pintu dan menutupnya kembali. Gelap. Sebatang tubuh lelaki sedang lena di atas katil bersaiz king. Tengku Ian Ishraf. Rindu pada tengku yang seorang ini. Perlahan-lahan, Arabella mendaki katil dan merangkak mendekati tubuh Tengku Ian Ishraf. 

Tidur mampus pulak dia ni.!! Bisik hati Arabella.

Dalam gelap, Arabella meneliti wajah Tengku Ian Ishraf. Tenang. Perlahan-lahan Arabella baring di sisi Tengku Ian Ishraf. Mengambil tangan Tengku Ian Israf, lalu meletakkan di pinggangnya.

Tengku Ian Ishraf terjaga. Haruman rambut Arabella mengganggu tidurnya.

“Sayang!”
Serak suara Tengku Ian Ishraf pagi-pagi buta ni.

“Hmmmmmmmm…” Arabella menyahut.Manja.

“Sayang kenapa lambat masuk bilik abang. Ingat sayang tak masuk dah.” Tengku Ishraf mengeratkan pelukan di pinggang Arabella. Rambut Arabella yang panjang dicium.

Rindu.

“Abang ingat senang ke nak lari dari mak tu. Mak asyik tengok je Ara dari tadi tau.” rengek Arabella.

“Bonda Engku pun lambat naik tidur. Ara sampai tertidur dalam bilik mak tadi.” Arabella mengadu.
Badan dipusingkan mengadap Tengku Ian Ishraf. Tangan Arabella di bawa ke wajah Tengku Ian Ishraf. Perlahan-lahan menyentuh wajah yang amat dirindui itu.
Semalam, seharian Tengku  Ian Ishraf di pejabat. Arabella bagaikan panas punggung di rumah.Arabella ingin bekerja, tetapi Tengku Ian Ishraf melarang keras. Jadi, tinggallah Arabella di banglo besar ini setiap hari. Menolong kerja-kerja ibunya sebagai pembantu rumah. Sudah lama Mak Nani berkerja dengan keluarga Tengku Suffiyah. Dari Arwah Tengku Ammar hidup lagi. Arabella dan Tengku Ian Ishraf membesar bersama di banglo mewah itu. Walaupun umur Tengku Ian Ishraf dan Arabella berbeza 5 tahun, tetapi mereka amat rapat.

“Ara, abang rindu Ara. Semalam abang balik, abang tak nampak Ara pun. Ara pergi mana?”

Tangan Tengku Ian Ishraf sudah mula merayap. Dari mata Ara, bibir Ara hingga ke hidung Ara, disentuhnya. Mata Ara terpejam. Menikmati sentuhan suaminya. Suami rahsia. Tiada seorang pun dalam banglo mewah ini tahu akan rahsia mereka berdua.

Arabella dan Tengku Ian Ishraf telah berkahwin semasa mereka belajar di oversea lagi. Arabella melanjutkan pelajarannya di Universiti Oxford, dan Tengku Ian Ishraf masih di sana menyambung dalam bidang master. Akibat tidak mahu melakukan maksiat, Arabella dan Tengku Ian Ishraf, telah mengambil keputusan untuk berkahwin. Sampai di Malaysia, perkahwinan meraka masih di rahsiakan. Entah mengapa, Tengku Ian Ishraf ada alasan tersendiri. Mungkin takut pada bondanya, Tengku Suffiyah.

“Semalam Ara duduk kat dapur je. Ara dengar abang balik. Tapi Ara takut nak ke depan. Takut Bonda Engku perasan. “

“Lain kali, tepat pukul 7 malam, Ara tunggu abang kat depan. Ara buat-buatlah siram pokok ke, cabut rumput ke. Abang tak boleh la, satu hari tak tengok Ara. Nanti sampai pejabat, semua perempuan di pejabat tu, abang nampak macam Ara tau.” Tengku Ishraf bergurau.

“Eiiiiii,.. Ara cubit karang. Gatal” Ara marah.

“Ha.. tau pun. Abang ni, sehari tak nampak Ara,abang dah angau tau”

“Abang, sampai bila kita nak macam  ni. Sembunyi-sembunyi. Ara penat la bang. Ara penat nak bohong mak. Ara malam-malam tak cukup tido tau. Setiap malam Ara menyelinap masuk bilik abang ni.”
“Ara, abang tak penat pun. Abang suker layan Ara. Abang tunggu Ara masuk bilik.Cuma kadang-kadang, abang tertidur.” sengih.

“Tidur jugak kan” Ara merajuk.

“Ara, belum sampai masanya lagi kita nak bagitau bonda pasal ni. Abang belum bersedia.Abang kena buktikan pada bonda yang abang boleh teraju Warisan Berhad dulu. Bila bonda dah yakin dengan abang, InsyaAllah, masa tu abang akan beritahu semuanya.”

“Abang, Ara takut. Ara takut Bonda Engku tak boleh terima Ara. Ara tak setaraf abang.”

“Jangan bincang pasal taraf di sini Ara. Abang tak suka. Manusia sama di sini Allah Taala. Yang membezakan manusia hanyalah amal soleh dia.” tegas suara Tengku Ian Ishraf.

Arabella diam. Bercakap dengan Tengku Ishraf, memang tak pernah menang.

“Ara, Sabar dulu yer sayang. Bagi abang masa. InsyaAllah. Sampai masa nanti, kita akan seperti suami isteri yang lain. Kita tak payah lagi sembunyi-sembunyi macam ni. Abang perlukan sokongan dari Ara.”

“Dah 3 bulan kita balik bang. 3 bulan tu jugak Ara rasa macam Ara ni perempuan simpanan abang,”

“Ara, sikit lagi yer Ara. Sabar sedikit.” Tubuh Ara dipeluk.Menyalurkan kekuatan yang ada.

Jeda.

“Sayang, dah boleh solat ke?”

Aik, pelik dengan soalan suami sendiri. Dahi Arabella berkerut.

“Abang nak ajak Ara buat Tahajjud ke?” Soalan poyos si Arabella.

Tengku Ian Ishraf tersenyum. Gatal.

“Abang ni memang tauuu… Otak tu kotor je”

“Eh, mana ada kotor. Itu kan satu ibadah.”

Tengku Ishraf perlahan-lahan mencium ubun-ubun isterinya. Kemudian ke dua-dua belah mata Ara, pipi Ara yang gebu, lalu turun ke bibir Ara. Diam. Ara lemas dalam cinta dan kasih sayang Tengku Ishraf. Hujan di pagi itu, menemani kedua-dua makhluk Allah dalam pelayaran mereka. Pelayaran cinta yang di bina Arabella dan Tengku Ishraf.


*************************************


Terkocoh-kocoh Arabella keluar dari bilik Tengku Ishraf.

Alamak, macam mana boleh terlajak tidur ni! Dah pukul 5.30. Kalau mak tak bangun lagi, selamat lah aku!

Arabella geleng kepala. Matilah kali ni.

Perlahan-lahan Arabella masuk ke bilik Mak Nani, nasib Mak Nani tak bangun lagi. Tuala di capai, Arabella memboloskan diri ke bilik air. Perlu membersihkan diri sebelum menunaikan solat subuh.

“Ara, hari-hari mak tengok kamu mandi awal pagi. Kenapa Ara?” Arabella terkejut disapa ibunya usai keluar dari bilik air.

“Ermm…. errrmmmm…. Ara panas. mandi awallah.” spontan.

“Panas apanyer Ara, kan hujan kat luar tu. Kamu tak sejuk ke.” Mak Nani hairan.

“Hujan eh mak… Ara tak perasan pun. Ara tidur nyenyak malam tadi.” Arabella gugup.

“Yer lah Ara, lepas solat kamu tolong mak masak bihun goreng, mak nak ke pasar dengan Pak Mat”

“Ok mak, beres.”


Arabella menghampiri Mak Nani, memeluk erat tubuh ibunya. Kasih sayang Mak
Nani hanya tertumpah kepada Arabella. Hanya Arabella seorang sahaja anaknya. Dia dan Arabella berpindah ke banglo Tengku Suffiyah atas ihsan Tengku Ammar. Tengku Ammar mengambil Mak Nani bekerja sebagai orang gaji. Tetapi Mak Nani tetap dilayan seperti saudara sendiri. Arabella juga dipelihara seperti anak sendiri. Mak Nani dan Arabella bertuah.

Usai menunaikan solat, Arabella dan Mak Nani ke dapur. Ligat tangan Arabella membantu ibunya memasak.
“Ara, nanti goreng karipap sikit yer.Mak nak ke pasar dah ni.Pak Mat kau tunggu kat depan tu.”

“Beres mak. Mak pergilah”

“Ara, jangan lupa. nanti pukul 8, Bonda Engku kau turun. Tengku Ishraf pun nak pegi keje. Ara siapkan semua eh.”

“Baik mak. Ara tau lah nak buat apa. Dont worry,” tubuh ibunya ditolak ke pintu dapur.

“Pak Mat dah tunggu mak tu. Cepat. Karang Pak Mat tinggal mak kt sini, mak jalan kaki pegi pasar.”

“Ishhh.. kamu ni Ara, merepek.”

“Dah..dah.. Mak pergi dulu. Tu karipap jangan lupa,” Mak Nani memesan lagi.

“Ya Allah mak,… yerrr. Ara tak lupa.”

Mak Nani beredar mendapatkan Pak Mat yang sudah menunggu. Pak Mat pemandu Tengku Suffiyah yang setia. Sudah berbelas tahun Pak Mat menjadi pemandu untuk keluarga Tengku Suffiyah. Pak Mat juga sudah dianggap seperti keluarga sendiri oleh Tengku Suffiyah dan arwah Tengku Ammar.

“Kamu masak apa Ara?” Tengku Suffiyah menegur.

“Bihun goreng dengan karipap je Bonda Engku.” Arabella menjawab. Kepala ditundukkan sedikit.

“Mak kamu dah ke pasar ke? Bonda Engku lupa nak pesan belikan Bonda Engku sayur keladi. Lama Bonda Engku tak makan asam pedas keladi.”

Asam pedas keladi air tangan Mak Nani memang menjadi kegemaran Tengku Suffiyah dan Tengku Ian Ishraf. Tetapi , bukan Arabella. Arabella tidak gemar makan keladi. Kalau Mak Nani memasak lauk asam pedas keladi, memang bertambah Tengku Suffiyah dan Tengku Ian Ishraf makan nasi. Sedap sangat katanya.

“Good morning bonda.” Tengku Ian Ishraf merapati Tengku Suffiyah. Pipi bondanya di cium.

“Jom, breakfast.” Tengku Suffiyah mengajak Tengku Ian Ishraf ke meja makan di depan. Arabella yang sedang membancuh air di tinggalkan di dapur.

“Bonda ke depan dulu. Ishraf nak minum air kejap.” gelas di capai, pintu peti sejuk dibuka.
Hilang kelibat Tengku Suffiyah, Arabella dihampiri.

“Good morning sayang. Kenapa bangun tak kejut abang.” Bibir mendarat di pipi gebu Arabella. Suara Tengku Ishraf seakan berbisik. Takut bondanya mendengar.

“Ara pun terlajak tidur la abang. 5.30 baru Ara turun tau.Nasib mak tak bangun lagi.” Adu Arabella.

“Tengku  Ian Ishraf…!!!” Suara Tengku Suffiyah sudah memanggil.

“Alamak sayang,  bonda dah panggil tu.”

Cepat-cepat Tengku Ian Ishraf mencium pipi Arabella sekali lagi. Tubuh Arabella dipeluk.

“Abang pegi keje dulu tau. Duk rumah diam-diam.”

“Abang, kasilah Ara kerja. Ara bosan lah duduk rumah.”

“No..no…” Kepala Tengku Ian Ishraf digeleng. Tegas.

Arabella mencebik… “Ok”
Apa nak buat Arabella. Duduk je lah kat rumah ni. mengadap tv, handpone, tab. Bosan lahhhhh….!!!


Selesai urusan di dapur, Arabella mendaki tangga ke tingkat atas. Bilik Tengku Ian Ishraf perlu di kemaskan. Pakaian kotor perlu di cuci. Arabella mengemas katil yang berselerak. Senyum terukir di bibir apabila teringat peristiwa manis dia dan Tengku Israf setiap malam. Di atas katil inilah dia dan suaminya membuktikan kasih sayang. Di atas katil inilah dia dan suaminya berjanji untuk hidup bersama. Walaupun penat menyembunyikan hakikat sebenar, tetapi itulah kehendak Tengku Ian Ishraf. Sebagai isteri, Arabella tetap menurut.

Bantal yang berterabur di atas lantai di kutip. Katil yang berkeronyok di rapikan. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu benda berwarna hitam berenda di bawah sebiji bantal di atas katil itu.

Alamakkkkk!! Macam mana benda ni boleh ada sini.! Puas cari semalam. Ini mesti keja laki aku. suka sangat simpan!

Tangan mendail telefon bimbit Tengku Ishraf. Talian  bersambut.

“ Assalamualaikum Ara,” Tengku Ian Ishraf bersahaja.

“Waalaikumsalam, abang. Kenapa Ara punya tu ada bawah bantal ni. Dua malam sudah Ara cari, abang kata tak ambil” Soalan Arabella bagaikan peluru berpandu.

“Aik,.. benda apa tu Ara? “ Tengku Ian Ishraf blur.

“Ishhh abang ni,… benda tu laaaa”

Arabella malu mahu menyebut. Sungguhpun sudah berkahwin lebih dari 3 bulan, mereka masih dikategorikan sebagai pasangan baru. Masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

“Ara, cuba terus terang. Benda apa tu?” Tengku Ian Ishraf memang suka mengusik. Dapat dibayangkan wajah putih Arabella kemerahan  apabila menahan malu.

“Alahhhh abang ni, malas nak cakap lah. Ok bye.” Arabella sudah mula bosan.

“Ara, kejap lahh” Tengku Ian Ishraf memujuk.

“Dah tu, abang buat tak faham je” Arabella merajuk.

“Yelah, abang mengaku, memang abang simpan 'telefon lembut' Ara tu. Sebagai peneman tidur, sebelum Ara masuk bilik abang. Ara kan masuk bilik abang lambat. Abang rindu, tak sabar nak peluk Ara, abang peluk tu dulu lahh.”

Ya Allah laki aku!! Miang nyaaaaaa. Parah betul Tengku Ian Ishraf ni!!!

“Abang!! Tak senonoh tauuu!” Muka Arabella sudah merah padam.


******************************************

Tepat pukul 7 malam, kedengaran bunyi kereta Tengku Ian Ishraf masuk ke parkir rumah. Arabella yang sedang menonton tv di ruang menonton bangun menuju ke pintu masuk. Arabella berdiri kaku apabila melihat kelibat Tengku Suffiyah dan ibunya sedang berkebun di halaman rumah.

Alamakkkk! Tak boleh sambut jugak laki balik kerja!!

Arabella cepat-cepat melangkah menuju ke ruang menonton semula. Punggung di labuhkan di atas sofa berbentuk L di ruang itu. Nafas dilepaskan. Mata di tumpukan pada cerita di tv. Tetapi fikiran masih kosong. Bantal kecil di sisi diambil, lalu di peluk.

Tengku Ian Ishraf yang baru masuk ke dalam rumah mencari kelibat Arabella. Tadi, Tengku Ian Ishraf nampak Arabella di pintu masuk, tetapi sekarang sudah hilang. Kaki di bawa menuju ke ruang menonton, Arabella duduk bersila di atas sofa sambil menonton tv. Tengku Ian Ishraf menoleh kiri dan kanan.

Ok, clear!

Lantas, tubuh dibawa berdiri di belakang sofa yang di duduki Arabella. Perlahan-lahan bibirnya mendarat di ubun-ubun Arabella. Arabella terkejut, lantas mendongak.
“Abang! Kan bonda Engku ada kat luar tu?” Arabella takut.

“Bonda tengah bersembang dengan mak Ara. Diorang tengah cerita pasal pokok orkid kat luar tu ha.” Tengku Ian Ishraf yakin.

“Owhhh, patutlah abang berani ni.” Arabella lega.

“Ara tengok apa tu?” Tengku Ian Ishraf mengambil tempat duduk di sebelah Arabella. Sama-sama menonton tv. Tangan Arabella di capai, lalu dicium.

“Abang, janganlah. Mak nampak nanti” Arabella menarik tangannya kembali.

“Tak, mak tak nampak. Mak tengah sibuk kat luar tu.” Tengku Ian Ishraf meyakinkan Arabella.

Tubuh Arabella dirapati lagi.Bibir dibawa ke leher jinjang Arabella. Arabella cuba menepis. Tetapi, Tengku Ian Ishraf terlalu cepat membenamkan wajahnya di leher Arabella.

“Abang, bonda Engku masuk karang,” Arabella menolak lagi. Tengku Ian Ishraf senyum.  Dengan pantas bibir Tengku Ian Ashraf mendarat di bibir Arabella pula. Arabella lemas. Diam seketika.

“Hmmmmmmmm… ha, puas hati abang. Tadi kat office duk teringat kat bibir Ara, duk teringat kat leher Ara. Balik rumah terus dapat. Thank you.” Tengku Ian Ishraf bangun dan terus berlalu. Seketika, dia kembali. Bibirnya dilekapkan ke telinga Arabella.

“Malam ni datang bilik abang awal sikit. Banyak kerja tertangguh ni.” Arabella sudah membulatkan matanya.

“Abang, tak senonoh”

“Ara, jangan ingkar perintah suami , berdosa tau,” Kata Tengku Ian Ishraf sambil berlalu meninggalkan Arabella di situ.


7 comments:

  1. Suitnya Tengku n Ara best la cite nie xsabar nak tau bab seterusnya cuma sampai bila nak rahsia perkahwinan mereka ya takut nanti terkantoi apa yg bakal berlaku xnak a terpisah huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. insyaAllah. sama2 kita melayari kehidupan Arabella dan Tengku Ian Ishraf. Terima kasih kerana sudi membaca.

    ReplyDelete
  3. Apalah punya susah kahwin sorok2.... Tau dek mak engku merana lah Arabella saying oii..

    ReplyDelete
  4. berani sungguh siang2 ian buat mcm gitu time2 ibu dgn bonda ada kat umah... anyway... misskurus... best CBM!!! teruskan eaaa... ;)

    ReplyDelete
  5. tq semua,.. happy reading. selalunya,.. yg sorok2 ni mencabar jugak!

    ReplyDelete
  6. Best cite ni.,br dpt bc.

    ReplyDelete