Showing posts with label Bab 2. Show all posts
Showing posts with label Bab 2. Show all posts

Monday, 16 February 2015

Cinta Adeline - Bab 2

Marissa Adeline Dato Zakuan



“Mama, abang Luth dah balik mama,” Lirih suara itu.

“Ya sayang. Tadi Puan Seri Rohana ada bagitau mama pasal ni,” tubuh anak kesayangan dipeluk. Erat.

Jeda

“Mama, Rissa, nak buat apa sekarang mama? Abang nak ke maafkan Rissa mama? Besar dosa Rissa pada abang. Rissa rasa bersalah sangat mama.”

Rasa bersalah yang menghantui dirinya dizahirkan pada satu-satunya insan yang memahami hatinya. Setelah pemergian Dato Zakuan 5 tahun lalu, anaknya, Marissa Adeline berubah laku.Dari seorang anak gadis yang manja, kini Marissa menjadi lebih matang, berhati-hati dalam pertuturan dan penampilan anaknya lebih sopan. Kematian Dato Zakuan adalah disebabkan onar yang dilakukan oleh Marissa sendiri. Sampai sekarang, Marissa masih terhenyak dengan kesalahan itu. Rasa bersalah Marissa di atas perbuatannya, mengheret Marissa menjadi seorang pendiam dan kurang ceria semenjak peristiwa itu.

“Rissa, pujuk Luth. Cuba berbincang dengan dia.Kalau nak teruskan, teruskan cara elok. Kalau nak tamatkan, tamatkan juga dengan cara elok.” nasihat si ibu pada anak gadis tunggalnya.
Marissa merebahkan kepala di riba mamanya. Airmata menitik. Tatkala itu, terasa tangan tua mamanya membelai rambut ikal Marissa Adeline. Ruang tamu rumah agak sunyi. Cuma sesekali kedengaran suara tv.

“Mama, Maafkan Rissa. Kerana Rissa, mama sendirian. Kerana Rissa, mama kehilangan papa. Rissa rindu papa. Maafkan Rissa mama.” tangan si ibu yang mengusap kepala diraih. Lalu, tangan itu dibawa kebibir. Mencium. Airmata menitis.

“Rissa, itu semua kisah lama. Dah lima tahun pun. Mama tak salahkan Rissa. Papa juga tak salahkan Rissa. Mama redha semua tu.” mata merenung ke arah tv. Kosong.

“Maafkan Rissa, mama” Mata di pejam. Pilu.

“Rissa, anak mama kuat kan. Anak mama boleh hadapi semua ni dengan tabah. Fikirkan untuk kebaikkan diri Rissa sendiri. Kalau masih ada cinta, Rissa dapatkan cinta tu. Kalau cinta tu dah pudar, gilapkan. Tapi, andai cinta Luth bukan milik Rissa lagi, Rissa kena redha.”

“Ma, Rissa nak minta maaf pada abang Luth Ma. Rissa berdosa besar pada abang Luth. Selagi Rissa belum dapat kemaafan dari abang, selagi itu Rissa rasa bersalah Ma.”

“Rissa, betapa besar harga sebuah kemaafan di atas hati yang terluka. Rissa kena hadapi Luth sendiri. Kalau Rissa mersungguh-sungguh, InsyaAllah sayang,”

“Atau, apa kata Rissa pikat Luth balik. Zahirkan cinta Rissa pada Luth. Dan mama rasa, mungkin Luth masih sayangkan Rissa. Rissa kan master soal cinta. Should be no problem, am I right? Cadangan Datin Zakiah amat menarik.

Marissa tersenyum. Tingg! Brilliant idea.

“Ma, betul ke abang Luth masih sayangkan Rissa Ma.”

Soalan yang terlalu sukar untuk dijawab.Mungkin masih sayang. Buktinya, hingga sekarang, Luth Mikail masih berdiam diri.

“Demi cinta Luth, Rissa kena buat sesuatu, sayang,”

*************************************





“Marissa, masuk bilik saya sekarang,”

Suara Luth Mikail kedengaran di interkom meja Marissa.

Bala datang lagi. sudahlah report untuk projek condo di Putrajaya ni tak siap lagi. Dia panggil pulak. Apa sajalah yang orang  tua ni nak.Gumam Marissa di dalam hati.

Langkah pantas menuju ke bilik Luth Mikail. Pintu bilik diketuk. Setelah dipersilakan masuk, Marissa menolak daun pintu. Terpandang wajah Luth Mikail yang kelat. Sibuk barangkali.

“Ada apa Tuan Luth?” Senyap. Tiada sahutan.

Luth Mikail mendongak sedikit. Cantik, Wanita dihadapannya cantik sekali. Dengan kebaya nyonya tersarung di tubuh genit Marissa, menambahkan kejelitaan gadis itu. Kebaya nyonya berwarna biru firus itu dipadankan dengan selendang yang menutupi kepala.Manis. Terlalu indah pandangan yang menyapu matanya ketika ini. Tetapi Luth Mikail tiba-tiba tersedar. Tidak, aku tidak akan terpedaya dengan perempuan ini lagi.

“Marissa, lunch nanti, temankan I jumpa client. Kita pergi Hotel Istana. ada beberapa tender yang Mr Wong nak pass pada kita. I perlu telitikan dulu. Sharp pukul 1, tunggu I di lobby” mata beralih pada beberapa keping kertas di tangannya. Menulis sesuatu.

Marissa angguk.

“Then, esok ingatkan I, lunch dengan Tuan Zariff Zedan. An old friend of mine.” Arahan Luth Mikail dicatatkan dalam diari.Kaki masih berdiri. Pegun.Selama dia bertugas dengan Tan Sri Khairil pun beginilah kerjanya. Menjaga jadual boss. Apatah lagi Tan Sri Khairil sudah dianggap seperti bapanya sendiri.

“And one more, don’t be late today. If not, I tinggalkan you tepi jalan je.”

Eh, suka-suka je Tuan Luth Mikail ni nak tinggalkan anak dara orang tepi jalan. Marissa masih ada mama tau. Ngadu kat mama karang!

Baru kakinya hendak melangkah pergi, namanya dipanggil lagi.

“Marissa, Buatkan I coffee. I tak sempat breakfast  pagi tadi.”

Bluweekkk, tadi nak sangat tinggal orang tepi jalan, ni suruh buat coffee pulak. Letak racun tikus dalam coffee awak baru tau, Tuan Luth Mikail oi.

Badan dipusingkan, kaki melangkah ke pintu.

***************************************************

Marissa masuk semula ke bilik Luth Mikail bersama secawan cofee di tangan. Diletakkan perlahan di atas meja Luth Mikail.

“Thanks, you can go now.” Luth Mikail bersuara, tanpa sedikitpun memandang Marissa Adeline.

“Tuan Luth. You didn’t drink coffee, am I right? It cause headache on you.?”

“Then, whats the problem with you? Yang sakitnya I, not you?” sindir.

“I drink coffee like water and I still never know what to say. I still dont’t know how to get out of bed half the time. Its hard for me.” Luth Mikail berdiri.Merapati jendela dan merenung ke luar. Coffee  ditangan dihirup, perlahan.

Jeda

Marissa tunduk.

I’m not perfect. I know that. I make mistakes. I know, I do, and I do know that I will always love you. Pengakuan hanya di hati. Terlalu kerdil rasanya dia untuk meraih cinta Luth Mikail kembali. Layakkah Marissa Adeline. Hati Luth Mikail sudah disakitinya dulu.Cinta Luth Mikail tidak pernah di hargai.


*****************************************************************************

Tepat jam 1 tengah hari, Marissa sudah siap sedia menunggu di lobby.

“Mana pulak orang tua ni.Kata tepat pukul 1.” Desis hati kecil Marissa.

Kaki dah lenguh berdiri, pakai tumit tinggi pulak tu. Marissa berdiri di tepi tangga Bangunan Idaman Holdings. Sesekali terlihat beberapa orang pekerja Idaman Holdings keluar masuk. Sudah 15 minit berlalu, kelibat Luth Mikail belum kelihatan.

“Isshhh.. orang tua ni, memang sengaja kenakan aku ke?”
 Kriukkkkk… kriuukkk…. perut Marissa berbunyi, minta diisi.

“Haishhhh, Macam mana ni.”  Marissa mengeluh. Pagi tadi dia tak sempat bersarapan, kerana tabiat tidur lewatnya menjadi-menjadi sejak kebelakangan ini. Tergesa-gesa dia bersiap pagi tadi, walaupun begitu, dia masih mahu kelihatan anggun di hadapan Luth Mikail.

Dalam menunggu, tiba-tiba sebuah kereta Nissan Skyline berhenti dihadapannya. Marissa cuba mengamati wajah pemandu Skyline itu. Kurang jelas, kerana pemandunya berkaca mata hitam. Segak. memang segak. Cermin tingkap dibuka.

“Marissa, come on! Takkan nak tunggu I bukakan pintu pulak.”

Bergegas Marissa membuka pintu di sebelah penumpang.Punggung dihenyak di kerusi. Luth Mikail terus memandu tanpa menoleh ke arah Marissa. Suasana agak canggung. Sunyi.

Janganlah perut nyanyi lagu metalica pulak lepas ni. Marissa berdoa di dalam hati.

Kriuuukkkkkkkkkk……..

Kurang asam jawa sungguh perut ni. Tak bagi signal pulak tu nak berbunyi. Marissa menekan-ekan sedikit perut yang sakit.

“You lapar ke?” Sudah hampir tiba di perkarangan Hotel Istana. Luth Mikail membelokkan kereta ke kanan menuju parkir.

Dah dekat pukul 2 kut Tuan Luth Mikail oi. Soalan apa yang Tuan Luth tanya ni! Marissa menggomel di dalam hati. Tak kuasa nak layan orang tua sebelah ni.   

Kereta berhenti, Marissa terkocoh-kocoh keluar bersama beberapa keping fail di tangan. Luth Mikail berjalan terus tanpa mempedulikan Marissa Adeline di belakang.Langkah Marissa agak terganggu dengan kesakitan perutnya.

Masuk ke perkarangan Hotel Istana, mata Marissa meninjau-ninjau kelibat Luth Mikail. Tiba-tiba terpandang Luth Mikail sedang bercakap di telefon. Tangan kiri sedang mengurut rambutnya kebelakang.

Aduhhhh Luth Mikail. Handsome.!

Marissa menghampiri. Luth Mikail berjalan perlahan bersaingan dengan Marissa. Kedengaran dia bercakap di telefon. Mungkin si pemanggil tu Mr Wong agaknya.

“Orait Mr wong, Its ok. You take care.” Luth Mikail mematikan talian.

“You dah kenapa? Pucat je” tegur Luth Mikail. Telefon bimbit disimpan kembali di dalam poket seluar slacknya.

Diam. Malas nak layan.

“Gastrik serang balik eh?”

Luth Mikail meneka. Dia tahu penyakit Marissa Adeline yang satu itu. Kalau terlewat makan sikit, gastriknya menyerang. Pernah sekali sampai terguling-guling Marissa menahan sakit. Disebabkan Marissa menunggu Luth Mikial pulang dari pejabat untuk lunch, Marissa di masukkan ke hospital dua hari. Ya, Luth Mikail ingat itu.

“Meeting cancelled. Mr wong ada problem di site.”

Hah.! Dah sampai baru nak cakap. Marissa dah setengah mati menahan perut.

“ Jom la kita lunch dulu. Dah alang-alang sampai ni.” Luth menghayun kaki ke cafeteria. Marissa mengekor dari belakang. Nafsu makan sudah tiada. Angin dah masuk perut.

Semua makanan yang terhidang di meja buffet langsung tidak membuka seleranya. Sakit perut punya pasal la ni.Semua nampak tak sedap dah.

“Nah, makan.” Luth Mikail datang membawakan Marissa sepinggan nasi putih bersama sedikit kari dan ulam-ulaman.Dia bukan tidak tahu, Marissa tak suka makan sayur. Luth Mikail sengaja mendera Marissa.

Ish, orang tua ni, memang saja bagi aku sakit hati. Marissa geleng. Petanda tak mahu makan nasi tu. Selera Marissa Adeline sudah putus.

“Kenapa? Dah tak de mulut nak jawab? Penyakit bisu  you datang?” selamba Luth Mikail duduk di kerusi hadapan Marissa, Mengambil nasi yang di berikan pada Marissa tadi, dimakannya tanpa rasa bersalah. Marissa, memang sudah terbantut seleranya, hanya mampu duduk sambil memerhati teman datenya itu menghabiskan makanan.

Dasar orang tua tak de perasaan .Macam ni la. Langsung tak perihatin!

*************************************************************

Sampai di pejabat, Marissa bergegas ke pantri. Tadi sudah dititipkan pesanan ringkas kepada Syidah untuk tapaw sahaja makanannya. Tangan cepat-cepat membuka polisterin.Bau nasi goreng paprik kegemarannya betul-betul membuka selera. Membaca doa makan, dan nasi disudukan ke mulut. Nikmatnya. Sedang asyik makan,

“Best tak, lunch dengan boss”, Syidah menepuk bahunya.

“Tak, aku lapar,” kunyahan demi kunyahan ditelan.

“Asal? Boss tak ajak kau makan ke,” Tanya Syidah sambil berlalu mengisi air kosong ke dalam muk di tangannya.

“Tak sedap,” Jawabnya selamba.

“Eh, kau ni, memilih jugak bab makan eh?” Syidah menarik kerusi di hadapan Marissa.

“Bukan memilih, tadi perut aku tak selesa. Makan dah lambat, selera tak ada. Tengok muka orang tua tu, terbantut selera aku. Senyum pun susah.” Punggung diangkat dari kerusi, tangan dibawa ke singki untuk dibasuh setelah meneguk secawan air kosong.

“Apa kau panggil? Orang tua? Helloooooo,… ceo tu umur baru 35 tahun kut, tua keee?” mata Syidah membulat.

“Tua la dari aku. Dari kau tu,” Marissa berlalu menuju ke meja kerjanya.

Melayan si Syidah ni, memang tak habis la sepanjang hari. Silap haribulan, macam-macam yang ditanya Shidah ni nanti. Baik blah siap-siap.


“Perut dah ok?” tanya Luth Mikail yang tiba-tiba menghampiri meja Marissa.
Angguk.

“Dah makan?” Rasa bersalah sebab biarkan Marissa tidak menjamah makanan di hotel istana tadi.
Angguk lagi.

Luth Mikail memerhati mata bundar yang asyik merenung komputer di hadapannya. Langsung tidak berkutik dengan kehadiran dia di situ.

Tak cukup handsome ke aku ni sampai tak nak tengok aku langsung!

Marissa perasan mata Luth Mikail memerhatikan dia. Dia saja buat tak tahu. Tadi nak sangat biar aku lapar kan. Rasakan kau. Malas aku nak layan.

Marissa buat muka cuka getah.Luth Mikail langsung tidak berganjak dari situ. Tangan kanan diseluk di dalam poket seluar slack, tangan kiri memegang bucu tray di atas mejanya.

Eiii, orang tua ni nak apa pulak?

Jeda

“Ok, good. Kalau dah makan, eloklah. Sure awak banyak tenaga nak buat kerja kan.” Luth Mikail berlalu.  Marissa geram.Eii, baling dengan pasu kecik ni nanti baru tau.! Sebal.



Luth Mikail duduk dibiliknya. dada berdegub kencang. Marrissa Adeline. Desis hati kecilnya. Sepotong nama itu meniti di bibir Luth Mikail. Kalau nak ikut rasa hati, memang tubuh Marissa itu, di dakapnya ke dalam pelukan. Tapi akal masih waras untuk tidak melakukannya. Karang satu bangunan Idaman Holdings ni bergosip tentang mereka. Ceo dan PA, scandal hot. Oh tidak! Bukan tidak kasihan melihat Marissa menahan kesakitan perut di Hotel Istana tadi. Dia tahu, Marissa ada gastrik. kalau makan lewat sikit, gastriknya akan menyerang. satu lagi kelemahan Marissa, dia tak makan sayur. Dari lobak merah, hinggalah ke sayur hijau. Dah macam lembu pulak kalau makan sayur hijau katanya dulu.


Adeline, I dont wish to be everything to everyone, but I would like to be something to you. I really proud of my heart. It’s been played by you, but somehow, it still loving you. I miss you sayang.
Mata Luth Mikail terpejam. Lama.

*********************************


Luth Mikail menapak perlahan keluar dari bilik air selepas membersihkan diri. Sekilas menilik wajahnya di cermin. Tubuh disarung tshirt putih longgar dan seluar tidur. Selepas menyikat rambut, dia menuruni tangga untuk ke tingkat bawah.

“Mama,” tegurnya bila melihat Datin Seri Rohana sedang menonton tv. Datin Seri Rohana yang hanya berkaftan, duduk selesa di lazy chair buatan Itali. Banglo mewah miliknya adalah hasil usaha dia dan suaminya. Disinilah, dia membesarkan Luth Mikail dan dua orang kakaknya, Julia Irdina dan Najwa Suffiya. Masing-masing sudah berumah tangga. Suaminya Tan Sri Mokhtar, ke masjid untuk solat isyak berjemaah di sana.

“Luth, dah hampir sebulan Luth balik, Luth tak nak jenguk Adeline ke nak?” Mama dah mula bagi soalan ulangan tahap SPM.

“Nantilah mama. Belum masa lagi Luth nak jumpa dia. Biarlah Luth tenangkan diri dulu.” Luth Mikail duduk di kerusi di hadapan Puan Seri Rohana. Tangan mengambil remote Astro lalu menekan program kegemarannya. Sport. tipikal man bro..!!

“Tak baik Luth buat macam tu kat Adeline tau. Yer, memang mama tau, salah dia. Adeline sedar kesalahan dia yang dulu. Adeline dah banyak berubah sekarang, Luth. Dia banyak belajar dari kesilapan dia. Dia bukan Adeline yang dulu.”

Ya mama, Luth tahu. Luth hari-hari jumpa dia di office! Bisik hati Luth Mikail

“Luth, pergilah jenguk Adeline nak. Tak baik Luth biar Adeline macam tu. Adeline tu tanggungjawab Luth tau. Besar tanggungjawab Luth pada dia,” Duduk Luth Mikail sudah mula panas.

“Ma, tanggungjawab Luth, dah lama Luth tunaikan. Cuma Adeline saja yang tak tahu apa yang Luth buat untuk menyelamatkan hubungan kami Ma. Just give me some time. I try to settle down by myself ma. Dont worry too much,”

“Luth,  mama sayangkan Luth. Mama pun sayangkan Adeline. Tapi, kalau Adeline bukan pilihan Luth lagi, Luth lepaskan dia sayang. Jangan gantung dia macam tu. Korang berhak bahagia walaupun tak bersama.”

Pedas kata-kata Datin Rohana itu. Untuk melepaskan Adeline, oh tidak. Walau masih ada saki baki cinta di hati Luth Mikail, dia akan cuba mengutip sisa-sisa itu dan akan disambungkan kembali. Cuma sekarang, dia tidak boleh terlalu menagih cinta dari Adeline, kerana cintanya pernah ditolak wanita itu satu ketika dulu. Betapa dia cuba mempertahankan cintanya, namun Adeline tetap mengejar cinta lelaki yang bukan menjadi haknya.

Sayang, abang kembali untuk Sayang. Tapi berikan abang masa untuk menyulam cinta kita kembali. Dulu, cinta abang sayang tolak. Bukan sikit pengorbanan abang. Tapi Sayang tak pernah nampak. Sayang hanyut pada cinta Rayyan Haikal. Hanyut pada janji manis Rayyan Haikal sehingga sayang lupa, cinta sayang sebenarnya pada abang. Berikan abang masa.


********************************************************

Telefon Adeline berbunyi. Isyarat pesanan whatsup masuk.

+Beb, alhamdulillah, aku dah few weeks di Florida. Sejuk beb. Kau acaner?
~Zulaikha Maisarah~.

Senyum di bibir terukir Marissa.

+Alhamdulillah beb. Aku sihat je. Kau pulak macamana?
~Marissa~

+Aku flu sikit. Mungkin belum addapt dengan cuaca agaknya. Ammar je yang masih bertahan.
~Zulaikha Maisarah~

+Beb, Dia dah balik. Tolong aku beb.
~Marissa~

+Hah..!!!! Siapa beb? Luth Mikail? Oh my, You gonna be crazy beb.
~Zulaikha Maisarah~

+Yes, aku gila beb. Luth Mikail tak pandang aku pun. Sebenarnya aku malu nak tunjuk muka aku depan dia. tapi, selagi perkara ni tak selesai, aku perlu buat sesuatu. Aku nak tebus kesalahan aku pada dia beb.
~Marissa~

+Are you sure beb? Kau jumpa dia kat mana?
~Zulaikha Maisarah~

+He is my new ceo beb. Dia anak saudara Tan Sri Khairil. Kau kan tahu, Tan Sri Khairil memang tak der anak. And for your information, rupanya, Tan Sri Khairil adik kepada ayah dia, Tan Sri Mokhtar.What a small world.
~Marissa~

+Then, what are you waiting for Rissa? This the time untuk kau pikat dia balik. Seduce him beb. Tak kan itu pun aku nak ajar kut.
~Zulaikha Maisarah~

+Masalah sekarang, dia dah tak macam dulu beb. Stone.Sukar aku nak dekat dengan dia.
~Marissa~

+Rissa, hati dia dah jadi keras bila satu masa dulu kau tinggalkan dia. Kau pilih jalan kau, dan dia memilih untuk pergi. Kau kena faham keadaan dia. Hati dia dah hancur. Dan kau, kalau kau betul-betul sayangkan dia, kau kena kuat. Kau kena fight untuk cinta kau.

Ya, Rissa. Kau kena fight untuk cinta kau!

Marissa akan buat apa sahaja untuk dapatkan cinta Luth Mikail. Walau dia kena korbankan perasaan malu untuk dapatkan cinta yang sudah lama dia cari. Selama 5 tahun Luth Mikail menghilangkan diri, selama itulah Marissa baru menyedarinya, hatinya hanya milik lelaki bernama Luth Mikail. Kerana itu juga, dia selalu berdoa pada Allah agar hati Luth Mikail juga miliknya. Mulai esok, dia akan cuba seadaya upaya untuk memenangi hati lelaki itu.Chaiyok Marissa.

Akhirnya,Marissa tertidur dengan telefon masih berada di tangan.