Monday, 16 February 2015

Cinta Adeline - Bab 1

Tuan Luth Mikail Tan Sri Mokhtar


“Aduh..!” Marissa menjerit sedikit apabila bahunya dirempuh seseorang.Bau itu. Haruman itu. Aku kenal. Desis hati kecil Marissa Adeline.

Marissa menoleh sekilas mencari makhluk mana yang buta tak nampak orang tu.! Lelaki.

“Dasar jenis mata letak kat kepala lutut. Macam tu lah.Ikut suka je nak rempuh orang. Bahu orang pun bayar insurans tau. Bukan suka suki ja duk kat Malaysia ni”. Rungut Marissa.

Marissa Adeline berlari-lari mencari kelibat Zulaikha. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini agak sesak. Lebih-lebih lagi di tingkat lima balai pelepasanan. Mungkin sekarang musim orang menunaikan haji agaknya. Zulaikha Maisara, kawan sejati Marissa Adeline. Zulaikha akan berpindah ke Florida bersama suaminya Ammar. Zulaikha membuat keputusan berhenti berkerja untuk berada di sisi suami tercinta. Marissa Adeline pula, lebih senang sendiri. Hampir lima tahun dia menyendiri. Mencari jawapan yang belum pasti.

Pap..!!! Bahu Marissa ditepuk.

“Rissa” Zulaikha Maisarah menegur.

“Ish kau ni. Terkejut aku. Salam pun tak bagi.” Marissa mengurut dada.

“Apasal kau lambat sangat. Aku dah nak masuk boarding ni.” sapa Zulaikha  seraya memeluk sahabatnya.

“Sorry beb, jammed. Kau tahulah, KL. Lagipun aku lambat keluar office. Macam kau tak tau, office kita tu. CEO dah lama tak de, kerja banyak terbengkalai kan.” rungut Marissa.

“Tak pe beb, janji kau datang hantar aku. Karang sampai sana, aku takut aku rindu kau pulak” seloroh Zulaikha.

“Eh kau ni, kan ada Ammar dah. Rindu apa pulak dengan aku? Blah la kau.”

Dua sahabat yang amat akrab.Mereka sama-sama melanjutkan pelajaran di UITM, sama -sama berkerja di Idaman Holdings. Zulaikha, sahabat di kala kesunyian melanda. Sahabat tatkala susah dan senang. Ketika airmatnya mengalir, Zulaikhalah tempat mengadu. Tatkala senyum terukir, Zulaikha akan ketawa.

“Sayang, jom. Kita dah kena masuk ni” Ammar, suami Zulaikha  mendekati dua sahabat yang sedang asyik berborak.

“Rissa, jom aku masuk dulu beb. Take care. Kau jangan sedih-sedih masa aku tak der tau,”
pesan Zulaikha Maisarah.

“Yer beb, kau kan pergi dua tahun je,” Marissa berseloroh lagi.

“Jer kau kata. Dua tahun, kalau mengandung, boleh beranak siap tau.!”

Pap..!!  Marissa terpempan. Dua tahun? Aku dah sendiri lebih dari lima tahun. Kemana menghilang Luth Mikail.Hatinya liang libu.

“Sorry beb, aku tak bermaksud…..” tangan Marissa di ambil dan di usap lembut. Melihat mendung di wajah Marissa, rasa bersalah menghantui diri.

Cakap lepas. Ikut sedap mulut sahaja.! Rungut Zulaikha Maisarah di dalam hati.

Dua sahabat berpelukan.

“Ika, pergilah. Dalam solat kau, jangan lupa doa untuk aku. Doakan kebahagiaan aku beb. Aku sayang kau” airmata seakan mahu menitis. Zulaikha Maisarah akan pergi.

“Dah. Jangan nangis. InsyaAllah. Bahagia ada untuk insan yang sabar macam kau.” Tangan Marissa digenggam erat lagi.

Marissa tersentuh mendengarnya. Aku? Sabar? Tapi sabar aku, tidak sesabar lelaki itu. Aku belajar sabar dari seorang lelaki bernama Luth Mikail. Luth Mikail adalah insan yang bertanggungjawab di atas perubahan Marissa Adeline sekarang. Tanpa cinta Luth Mikail, Marissa mungkin sudah tiada.

Selepas berpamitan dan melambai ke arah Zulaikha Maisarah, Marissa Adeline menapak perlahan menuju ke ruang parkir. Dalam perjalanan ,Marissa Adeline melintasi beberapa deretan kedai di dalam bangunan itu.  Matanya tertancap pada figura seorang lelaki yang sedang menikmati secawan kopi di Starbucks Cafe. Duduk sambil membaca suratkhabar. Kaki kanan disilangkan atas kaki kiri.  Marissa seolah-olah cam akan figura itu. Tapi, hatinya melarang untuk menghampiri.

Takut salah orang karang Marissa, Malu je. Buat naya.! Hati berbisik.

**************************************************************************

Pagi yang indah, terkocoh-kocoh Marissa mengunci keretanya di parkir pejabat. Silap sendiri, layan cerita korea sambil pukul 3 pagi. Kan dah lambat bangun pagi. Jam di tangan menunjukkan pukul 9.30.

Merahlah punch card aku hari ni!

Dengan mata sedikit lebam. mana tidaknya, menagis tersedu tengok cerita Korea, Love Rain . Sedih sangat-sangat la tu. Nasib mama yang kejutkan dia pagi tadi. Dengan subuh gajahnya.Sarapan pun entah ke mana. Aduh… Marissa mengeluh. Sampai di lif, butang ke tingkat 9 ditekan.

“ Lambat kau hari ni Rissa. Cepat, En Kadir, dah tunggu kau tu.” Marissa membuntang mata. Syidah, teman sepejabat sudah bercekak pinggang. Dah macam mak tiri dah si Syidah ni.

Marissa cepat-cepat meletakkan beg tangannya di dalam laci. Dia tahu, perangai General Managernya yang seorang itu. Pantang dia kalau orang lambat. lebih-lebih lagi kalau lambat daripadanya.

“Dia nak apa cari aku Syidah?”

“Ya Allah Rissa, Kau lupa ke. Minggu lepas dia dah pesan kan. Ceo baru akan masuk hari ni.” Suara mengeras. Geram dengan perangai Marissa yang selalu lupa. Berangan lebih!

“Alamak, Syidah. Aku lupalah.Matilah aku Syidah” Marissa tepuk dahi.

“Ha, apa lagi, cepatlah. Karang mengaum harimau tu, kau jugak yang susah”

“Marissa!” Keras panggilan itu.

Aduh, bala!

“Rissa, tu En Kadir panggil kau. Pergi cepat.” Syidah sudah memberi isyarat mata. Cepat Marissa.

“Ok..ok. Thanks Syidah” kaki di hayun dengan cepat menuju ke bilik ceo.

Sampai di bilik Ceo yang sudah hampir setahun tidak berpenghuni.

“Ha, Marissa. kenapa you lambat hari ni. Takkan ada anak yang melalak tengah-tengah malam mintak susu kut. Sebab tu you terlajak tidur.” Adussss, pedas sindiran Encik Kadir.

Marissa menunduk. Malu. Lebih-lebih lagi bila disindir di hadapan ceo baru. Ceo baru yang masih belum diperkenalkan padanya. Terlihat seorang lelaki yang sedang membelakangi Marissa. Tangan lelaki itu sedang membelek fail-fail yang ada di rak-rak di belakang meja. Penuh karisma. Memakai kot hitam, tangan kanan di letakkan di dalam poket seluar slack, Tangan kiri memegang fail hitam dan mata sedang meneliti butiran di dalam fail itu.

Segak, tampan.Kata hati seorang Marissa Adeline.

“I am sorry En Kadir. My fault. It wont happen again.” Marissa berjanji.

“Marissa, I kenalkan, ini CEO baru Idaman Holdings, Tuan Luth Mikail Tan Sri Mokhtar. Anak saudara Tan Sri Khairil. Mulai hari ini, you akan jadi PA dia. dan segala tugas-tugas you di human resourses , I serahkan pada Puan Ella di department sana,”

Ya Allah. Nama itu. Luth Mikail. Marissa rindu.

Sejurus namanya disebut, Luth Mikail menoleh. Figura dua manusia di hadapannya diperhati.

Sayang.! Sayang cantik. Malah lebih cantik dari dulu. Abang rindu sayang abang! Hati kecil Luth Mikail berbisik.

Tetapi riak wajah tidak senada dengan hati. Wajah dikeruhkan sedikit, kerana Luth Mikail tidak mahu kisah lama diungkit kembali. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran En Kadir di ruang pejabat ini.

“Hi, Cik Marissa Adeline. Should I call you cik? Young lady?” Luth mempamirkan sengih yang di buat-buat. Hati bergetar hebat. Wajah yang dirindu ada di depan mata. Wajah yang membuatkan tidurnya tak lena selama 5 tahun ini.

Marissa Adeline dah lain. Marissa sekarang, bukan Marissa yang berusia 20 tahun lagi.Marissa Adeline nampak matang. Sehelai selendang yang menutupi mahkota Marissa Adeline, melengkapi tanggapan Luth Mikail bahawa Marissa Adeline sudah berubah. Manis.

“Hmm… Hi Tuan Luth Mikail” Katanya sedikit terketar-ketar. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia memeluk tubuh Luth Mikail di situ. Rindu.

Sabar Marissa. Sabar. Hati menenangkan akal fikiran.

Tangan dihulur tanda mahu berjabat dengan Luth Mikail. Luth Mikail bergerak sedikit, berdiri di hadapan Marissa. Haruman Tom Ford, jenis Grey Vetiver itu menyapa hidung Marissa. Marissa kenal Haruman itu. Ya , itu memang Luth Mikail. Marissa tidak bermimpi.

“Maaf Cik Marissa. Saya tak bersalam dengan perempuan bukan muhrim. Harap Cik Marissa faham” Suara itu dekat di telinganya.

Malu siot.!! Dengus Marissa di dalam hati.

Luth Mikail. Sebaris nama itu meniti di bibir Marissa. Memang betul, dialah Luth Mikail. Terlalu lama hati Marissa menanggung rindu disebabkan lelaki itu. Hilang, ya hilang tanpa berita. menjadikan Marissa sedikit kecewa. Tapi, itu memang salah Marissa. Tindakan yang diambil tanpa berfikir panjang, menyebabkan lelaki itu menghilangkan diri. Dan dia, kini digantung tidak bertali. Itu juga disebabkan sikapnya sendiri. Mencari cinta yang tak pasti. Terlalu mengikut hawa nafsu, dan cinta yang dikejar, hanya cinta pura-pura.

“Hello, Marissa. Are you still with us,” Suara En Kadir, menyentap lamunan Marissa.

“Oh, ya.. sorry. Is anything else En Kadir? or Tuan Luth maybe? ”  Marissa seupayanya menyembunyikan gugup di hati.

“Luth, you ada apa-apa tugas untuk Marissa hari ni,?” soal En Kadir. Hati Luth Mikail masih liang libu. Anak mata sedang mengekor memerhati wanita di depannya.Semakin cantik. Penampilan yang agak matang, berbanding dulu. Mata itu, masih seperti dulu. Dari mata Marissa, hatinya tertawan. tapi itu dulu. Sekarang, Luth Mikail kembali.Kembali untuk memenangi cinta di hati.Tetapi, dia perlu tahu, sejauh mana Marissa ingin mendapatkan Luth Mikail.

“Luth?….” sapaan En Kadir, mengejutkan Luth Mikail.

“Hmmm.. so far nothing. You can go” Luth Mikail kembali duduk di tempatnya. Mengeluh.





**************************************************************************

Marissa kembali ke tempat duduknya. Kepala berputar 360’. Tan Sri Khairil bapa saudara Luth Mikail.Kenapa Marissa tidak tahu semua itu. Atau Marissa memang tidak pernah cuba untuk ambil tahu.Seingat Marissa, mama yang suruh Marissa hantar resume ke Idaman Holdings. Katanya, syarikat kenalan mama.

Sudah takdir Marissa akan berjumpa Luth Mikail di sini. Bukan setakat bekerja sebumbung, tapi akan berkerja bersama-sama. Hari-hari akan mengadap muka Luth Mikail. Sanggupkah dia?

“Rissa, kau dh jumpa CEO baru tu. Hot beb. Aku dengar budak-budak marketing tadi bising-bising kata CEO baru handsome. Dah macam Orlando Blomm beb,”

“Hah..! Orlando Bloom. Oh, no..no. Kau Syidah, Agak-agaklah” Marissa sedikit terkesan dengan kata-kata Syidah.

“Eh, betul per beb, aku selisih dengan dia awal pagi tadi. En Kadir pun ada sama. Aku nampak dia senyum beb. Gila handsome kut,” Syidah masih tidak putus asa memuji Luth Mikail.

Kau tahu tak Syidah, Luth Mikail tu siapa. Kalau kau tahu, kau tak kan puji dia depan aku macam ni Syidah. Rengus Marissa di dalam hati.


****************************************************************************

Tok..tok. Pintu bilik diketuk.

“Masuk,” Luth Mikail bersuara.

Perlahan-lahan, Marissa membuka pintu bilik Luth Mikail, memboloskan diri ke dalam dan menutupnya kembali.

“Hmmm.. Tuan Luth , anything for me.” Suara Marissa agak terketar-ketar. Tangan kaki dah sejuk. Aircond dalam bilik ceo ni pun memang dah menyejukkan.

Tiada sahutan. Sepi.

“Tuan Luth, ada apa panggil saya” Marissa cuba bersuara kerana Luth Mikail nampak sedang sibuk meneliti report dan fail-fail di atas meja.

“ Give me one minute. I got to finish this things first. By the way, you have a sit.” Nampak sangat Luth Mikail tiada keinginan untuk berbual-bual kosong dengan Marissa Adeline.

Dah panggil aku nak cepat, lepas tu, sibuk dengan kerja dia pulak!

Dalam diam, Marissa meneliti wajah Luth Mikail. Dari rambut Luth Mikail yang disikat kebelakang, mata Luth Mikail yang berwarna coklat, wajah yang tiada sebutir jerawat pun, hingga kebahagian dagu Luth Mikail yang terbelah. Sebenarnya, lelaki ini memang cukup segalanya. Aura yang mampu menggetarkan hati semua wanita di luar sana. Hanya dia, Marissa Adeline sahaja yang tidak tahu menghargai lelaki ini dahulu.Betapa indahnya ciptaan Allah di matanya.

“Apa yang you pandang? Dah puas telek muka I? Dah kira berapa biji jerawat yang ada?” tersentak Marissa dengan teguran Luth Mikail.

Orang tua ni pun satu lah. Kalau nak sergah, bagi signal dulu boleh tak. Orang tengah feeling alih-alih terbantut. Hampeh.!!

“Oppss,.. Sorry Tuan Luth .Anything ?” Marisa menyembunyikan gugup di hati.

“Tolong rearrange balik appointment dengan Dato Zakri, dari Menara Properties tu.I rasa macam tak sempat nak jumpa dengan dia hari ni. I busy sangat. I baru nak baca profile syarikat, tu pun belum habis lagi. Mana dengan report-report ni, I nak check”

Sah. Memang sah Luth Mikail di depan Marissa Adeline sekarang bukan Luth Mikail yang dulu. Langsung tidak terkesan dengan kehadiran Marissa di depannya.

Marissa tunduk. Angguk.Pen di tangan menari-nari di atas note pad kecil itu, Ntah apa yang di tulis Marissa.

“Ok Tuan Luth.Ada apa-apa lagi tak?”

“Its ok, nothing,” Wajah Luth Mikail didongakkan sedikit, Memerhati figura wanita di depannya.

Perlahan Marissa bangun dari kerusi, menuju ke pintu…

“Marissa!” Namanya dipanggil semula. Marissa senyum.

“Please focus on your work.I tak nak tengok you berangan-angan dan mengelamun masa berkerja.” Marisa menganguk.

Aishhhhh, dia perasan ke? Nampak sangat ke aku berangan.!

“If you have any problems, just leave it at home. No personal matters in the office.”

“Baik Tuan Luth,” Marissa mengangguk. Kaki dihayun perlahan menuju ke pintu.

“By the way, how are you?” Luth Mikail memancing Marissa.

“Fine and thank you.” Sahut Marissa kendur.

“Abang,…”

“No, dont call me that.” Cepat-cepat  Luth Mikail mencantas panggilan Marissa.

Marissa terpempan seketika. Ya Allah, tegasnya suara itu.

*************************************************************************

“Rissa, kau tak keluar lunch ke. Jom lah.”

“Tak per Syidah. Aku nak habiskan sikit report ni. Karang aku turun. Kau pegilah dulu.” Ujar Marissa. Tangan masih menekan-nekan butang keyboard.

En Kadir melewati meja Marissa bersama Luth Mikail. Mungkin ke cafe agaknya.

Terpandang kelibat Luth Mikail, hatinya rawan. Sakit kerana lelaki itu seolah-olah tidak mahu mengambil tahu akan dirinya. Luth seakan tidak mahu mengingati Marissa Adeline lagi. Sedangkan dulu, Marissa adalah segalanya untuk Luth Mikail. Tetapi, Marissa buta. Buta pada cinta. Hingga tidak dapat membezakan antara cinta asli dan cinta palsu.Marissa menyesal kini. Dalam hatinya mengharap agar masih ada sisa cinta Luth Mikail untuknya.

5 comments:

  1. Permulaan yg menarik. Uda enjoy membacanya.:)

    ReplyDelete
  2. x pa Rissa sama-sama buat x kenal... sama-sama ada kesalahan... ditinggalkan dan meninggalkan..hihihi

    ReplyDelete
  3. Menangi hatinya belajar Dr kesilapan lalu

    ReplyDelete