Monday, 23 February 2015

Cinta Adeline - Bab 6




“Rissa, jom duduk kat situ.” Syidah menuding jari ke arah sebuah meja kosong di dalam restoran. Entah apa mimpi Syidah hari ini mengajak Marissa Adeline makan di luar selain makan di cafeteria Idaman Holdings. Dalam restoran ini pun, boleh tahan ramai.

“Syidah, kau mimpi apa ni ajak aku makan kat luar.? Kau nak belanja eh.” Marissa Adeline senyum. Syidah tersengih.

“Alah Rissa, aku dapat durian runtuh kut.”

“Aik, apasal kau dapat aku tak dapat. Kita kerja satu pejabat. sepatutnya, kalau kau dapat, aku pun ada lah.”  Marissa Adeline tidak puas hati.

“Alah kau, aku nak belanja pun dah cukup baik tau. Jangan banyak tanya boleh tak? Kau nak makan apa?”

Menu di tangan ditenung. Selesai membuat pesanan. Marissa Adeline meminta diri untuk ke tandas. Di depan pintu tandas Marissa Adeline terlanggar batang tubuh seseorang.Luth Mikail.

“Awak, buat apa kat sini?”

“Makan.” balas Luth Mikail selamba.

“Dengan siapa.” Marissa Adeline dah macam polis pula. Tanya macam-macam.

“Kawan” Ringkas jawapan Luth Mikail. Kaki terus berlalu dari situ menuju ke meja. Dari jauh Marissa Adeline terlihat kelibat Luth Mikail mendekati meja yang diduduki oleh seorang wanita. Marissa Adeline tidak jelas wajah wanita itu.

“Ishhhh, tak boleh jadi ni.” Marissa Adeline geram.

Marissa Adeline kembali mendapatkan Syidah dengan hati yang sebal. Geram. Sedap-sedap saja Luth Mikail lunch bersama perempuan. Mana boleh.Marissa Adeline cemburu. Ya, itu lebih tepat.

Aku ni pun kurang kasih sayang jugak. Kenapa nak bagi kasih sayang pada orang lain! Marissa Adeline merungut.

“Kau dah kenapa, Rissa? Muka macam buntut ayam ja aku tengok,” Syidah menegur. Hairan melihat wajah Marissa Adeline. Tadi elok saja manis siap boleh gelak-gelak bagai. Ni , dah serupa muka hantu nyiang rapik dah pun.

“Tu haaaa…. “ Mulut dimuncungkan sedikit ke arah meja Luth Mikail. Luth Mikail sedang menikmati makan tengah hari bersama seorang wanita.

“Alamak Rissa. Tu Elva lah. Budak finance rambut karat tu.Apa dia buat kat sini Rissa. “ Syidah memberi kepastian.

Wajah Marissa Adeline sudah cemberut.

“Ei.. miang. Gatal”

“Eh Rissa, kau marah kenapa pulak.”

“Aku punya sukalah nak marah, hak aku.”

“Kalau iyer pun Rissa, agak-agaklah.” Syidah hairan. Mata memandang wajah Marissa Adeline yang masam bagai cuka basi.

“Rissa!! Entah-entah, kau ada hati dengan Tuan Luth Mikail ehhhh…” teka Syidah.

“Ada hati ka, tak da hati ka. Hati aku. Kau peduli apa.” Marissa Adeline marah lagi. Tidak mampu menahan cemburu di hati.

Orang tua ni pun satu. Tadi aku ajak lunch sekali dia tak nak. Kata ada lunch date. Ingat kut dah janji dengan En Kadir. Alih-alih si Elva ni pulak.!! Marissa Adeline merungut di dalam hati.

Tak boleh jadi ni. Kena fikirkan sesuatu. Marissa Adeline mencari akal. Bila cemburu menguasai diri, Marissa Adeline sanggup buat apa sahaja.

Wajah Syidah yang sedang menikmati makanan di depannya langsung tidak dihiraukan. Akal sedang mencerna sesuatu agar perhatian Luth Mikail beralih kepadanya.

Macam mana aku nak buat ni.!! Marissa Adeline masih berkira-kira di dalam hati.

Nak buat ke, tak buat?

Marissa, kena buat.!! Luth Mikail hak kau.!!

Tiba-tiba dia ternampak Luth Mikail bangun dari tempat duduknya menuju ke kaunter. mungkin untuk membayar bil.

Yess Marissa. Chaiyokkk!!

Marissa Adeline mengira di dalam hati.Harap-harap menjadi. Satu… Dua… tiga…!!!

Bukkkkkkkkkk…. badan direbahkan longlai di atas lantai restoran. Berpura-pura pengsan. Yeahhhh!! Marissa ooo Marissa. Otak sengal.

“Rissa, kau kenapa.” Syidah cemas.

Perhatian Luth Mikail teralih ke satu arah. Syidah sudah duduk memangku Marissa Adeline. Luth Mikail cemas. Pantas kaki dihayun ke arah meja Syidah dan Marissa Adeline.

“Ya Allah, Marissa. Syidah, kenapa ni?” Luth Mikail menghampiri. Betinggung di sisi Syidah. Pergelangan tangan Marissa Adeline di sentuh.

“Entah, tadi elok-elok  je bersembang. Tiba-tiba rebah jatuh. Makan lambat agaknya ni.”

“Tak pe lah, I bawa Marissa ke klinik. You balik terus ke office, boleh?”

Syidah angguk. Luth Mikail mencepung Marissa Adeline keluar dari restoran itu. Tubuh Marissa Adeline di dudukkan di atas kerusi penumpang. Dengan pantas, Luth Mikail menghidupkan enjin keretanya membelah jalan.


*********************************************


“Lain kali jangan buat macam tu lagi boleh tak?” Luth Mikail bersuara sekembalinya mereka dari sebuah klinik. Doktor telah menjelaskan semuanya. Marissa Adeline sihat. Luth Mikail tahu, Marissa Adeline hanya berpura-pura pengsan.

Tunduk. Bibir muncung itik.

“Siapa suruh awak tipu saya. Awak tak nak lunch dengan saya, tapi awak keluar dengan Elva.” Marissa Adeline jujur.

Luth Mikail diam.

Cemburu rupanya Marissa Adeline ni.!! Senyumannya disembunyikan sedaya upaya.

“Apa salah saya lunch dengan Elva sekalipun.”

“Salah, sebab Elva tu bukan isteri awak.”

“Dah tu, kalau Elva bukan isteri saya, apa masalah awak pulak.”

“ Sebab saya iste……. “ Kata -kata Marissa Adeline tergantung di situ. Tidak mahu meneruskan. Bimbang. Adakah dia masih lagi isteri Luth Mikail. Luth Mikail sudah meninggalkannya 5 tahun yang lalu, tetapi, Luth Mikail belum melafazkan perkataan cerai padanya.

Cerai? Nauzubillah.!! Marissa Adeline takut.

Seingatnya, dia juga belum pernah menuntut apa-apa tuntutan di mahkamah. Pernah dia bertanya pada Datin Zakiah akan hal itu sebelum ini. Datin Zakiah hanya memberitahu Marissa Adeline masih hak Luth Mikail. Dan, mamanya juga tidak pernah menghalang Marissa Adeline untuk memikat Luth Mikail kembali.


**********************************


Luth Mikail membawa Marissa pulang ke rumah Puan Sri Rohana. Hendak ke office semula, hari sudah beransur petang. Saja Luth Mikail membawa Marissa Adeline ke situ. Puan Sri Rohana sudah berkali-kali memesan padanya agar membawa Marissa Adeline ke rumah. Rindu katanya pada menantu yang seorang ini.

“Adeline, baru sampai sayang.” tubuh Marissa Adeline di dakap erat.

“Luth, dah tak masuk pejabat dah ke”Puan Sri Rohana bertanya. Luth Mikail melabuhkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu.

“Dah lambat Ma, malas pulak rasa nak balik semula ke office. Lagipun , baru balik dari klinik. Bawa Adeline. Pengsan tadi.”

Gulp!!!

“Hah, Adeline kenapa? Tak sihat ke?” Datin Rohana cemas. Tubuh Adeline di belek-belek.

“Alah Ma, cemburu sampai  pengsan.” Luth Mikail selamba. Punggung diangkat , kaki mendaki tangga ke tingkat atas banglo Puan Sri Rohana.

Aiiissshhhhhhh, Luth Mikail ni memang tak sayang mulut. Kalau iyer pun, jangan lah bagitau mama.!

Marissa Adeline tunduk malu.

Puan Sri Rohana mengangkat wajah Marissa Adeline.

“Betul ke Adeline cemburu?” Puan Sri Rohana tersenyum.

Marissa Adeline diam tidak berkutik. Malu.

“Dahla, pergi naik atas. Bersihkan diri.”

“Ma, terima kasih. Terima kasih kerana masih menerima Adeline dalam keluarga mama. Adeline minta maaf atas apa yang Adeline lakukan dulu. Adeline benar-benar menyesal mama. Ampunkan Adeline.” tubuh Puan Sri Rohana di dakap Marissa Adeline erat.

“Adeline, perkara tu dah lama berlalu. Adeline dah berubah pun sekarang kan.Sekarang mama nak Adeline pikat balik Luth. Menangi cinta Luth balik. Boleh kan?” Puan Sri Rohana berharap.

Marissa Adeline angguk.

“Tapi Ma, Adeline dengan abang…… errr….” kata-kata Marissa Adeline tersekat di situ.

“Pergilah, Luth Mikail masih suami Adeline. Bagaimana dan kenapa, nanti Luth akan ada jawapannya.” Puan Sri Rohana meyakinkan Marissa Adeline.

“Terima kasih mama,”


*********************************************


Marissa Adeline melangkah masuk ke bilik yang telah lama ditinggalkan. Bilik yang pernah didiaminya bersama Luth Mikail lima tahun lalu. Sejak pemergian Luth Mikail, bilik ini sunyi sepi. Banyak kenangan pahit dan  manis di dalam bilik yang berlatarbelakangkan warna unggu ini. Kaki Marissa Adeline merapati katil bersaiz king itu.Punggung dilabuhkan di atasnya. Nafas ditarik dalam. Bantal peluk di tengah-tengah katil diambil, lalu dipeluk erat. Rindu. Rindu pada saat-saat dia bersama Luth Mikail. Saat-saat indah. Bagaimana Luth Mikail melayan kerenahnya dengan lembut. Sabar Luth Mikail memang tebal.

Marissa Adeline berdiri. Kaki melangkah menuju ke almari pakaian lalu dibuka. Pakaiannya masih terletak elok di dalam almari.Kedengaran pintu bilik air dibuka. Luth Mikail melangkah keluar setelah selesai membersihkan diri. Marissa Adeline yang berdiri di sisi almari, langsung tidak diendahkan.

Angin apa pulak orang tua ni!

Marissa Adeline mengambil tuala di dalam almari, langkah di bawa ke bilik air.

Malas nak layan!

*******************************************************

“Awak, kejap lagi boleh hantar saya balik tak?” Tanyanya pada Luth Mikail yang sedang menonton tv di dalam bilik.

“Balik? You nak balik?”

Marissa angguk.

“Saya tak inform mama pun saya datang sini”

“Tak payah, I dah call mama tadi.” mata masih tertumpu pada tv yang terbuka.

“Hmm.. esok saya kerja, baju tak de.” Marissa Adeline beralasan. Takut sebenarnya.

“Dalam almari tu kan banyak baju you.” Luth Mikail beralasan.

“Tu baju lama, dah tak sesuai dah untuk saya.” Marissa Adeline duduk di birai katil.

Jeda.

“Hmmmmmm….. Bukan you suka ker duduk sebilik dengan I,” Luth Mikail tersengih. Perlahan-lahan merangkak di atas katil menghampiri Marissa Adeline.

Marissa Adeline telan air liur.

“Errr…er…” Marissa Adeline mengangguk.

“Ha, kalau suka, duduklah dengan I malam ni pulak. Sama je macam semalam pun.” Luth Mikail mengenyitkan mata.

Fuh, Marissa Adeline pegang dada.Gila Luth Mikail.

“Kenapa? Takut?” sinis.

“Ehh.. tak, saya nak takut apa?” Wah, Marissa Adeline berani.

Tiba-tiba terdengar Luth Mikail ketawa.

“Nampak sangat muka takut you tu. You ingat I ni kucing ke? Main makan je ikan depan mata. Kalau pun I ni kucing, I jenis kucing yang choosy tau. Bukan main baham sesuka hati” Luth Mikail bangun. Telefon bimbit dicapai, tubuh dibawa ke balkoni.

‘Eiii.. you memang…!! Marissa Adeline mencapai sebiji bantal lalu di baling ke arah Luth Mikail.

Jaga kau Luth. Siap lah kau malam ni.!! Marissa Adeline Geram.

Misi menyerang kembali.!!

Selesai menunaikan solat isyak, Marissa Adeline masuk ke bilik air untuk mencuci muka sebelum tidur. Tubuh yang tersarung tshirt longgar dan tracksuit di belek di hadapan cermin.

Agaknya, kalau misi menggoda malam ni lepas tak? Boleh lah kan. Goda pakai tshirt dan tracksuit ni, selamat sikit.

Marissa ooo Marissa. Mana ada orang goda suami pakai tshirt dengan tracksuit. Agak-agaklah.!!

Marissa Adeline membuka pintu bilik air. Perlahan-lahan dia keluar. Langkah kaki di atur menuju ke katil. Marissa Adeline memanjat katil. Bantal ditepuk-tepuk, ikatan rambut dilurutkan. Dengan gaya yang paling seksi, Marissa Adeline mengangkat rambutnya ke atas, lalu dibawakan kepalanya mendarat di atas bantal.Tindakannya langsung tidak di hiraukan oleh Luth Mikail. Luth Mikail masih leka dengan telefon bimbit di tangan. Marissa Adeline geram.

“Ehem… Ehem…” Marissa Adeline cuba mengumpan.

No respond.!

“Ehem.. ehem..”

Still. No respond.

“ Kalau sakit tekak, pergilah turun bawah. Minum air .” Luth Mikail bersuara, tetapi mata tetap tidak berganjak dari memandang telefon bimbitnya.

Marissa Adeline bertambah menyampah. Kaki turun dari katil. Dengan sebal dia menghampiri Luth Mikail, berdiri di depannya. Luth Mikail yang asyik dengan Iphone nya itu  langsung tidak berkutik sedikitpun. Marissa Adeline bertambah geram. Iphone , dirampas, disembunyikan di belakangnya. Luth Mikail mendongak.

“You…” Terkejut.

“Awak ajak saya tidur kat sini, tapi awak leka dengan telefon ni. Siapa nak borak dengan saya.” Marissa Adeline marah.

“ Bak sini balik handpone I tu.” Luth Mikail sudah berdiri. Hampir tergelak melihat baju yang tersarung di tubuh Marissa Adeline. Tshirt longgar dengan gambar hello kitty di depan. Comel memang comel, tapi tak sesuai lah. Besar sangat. Baju Mak Odah kut Marissa Adeline pinjam.

“Tak nak,” Marissa Adeline geleng kepala.

“Bak sini, you jangan degil.” keras.

“No” Marissa Adeline melarikan diri ke dalam bilik.

“You nak buat apa pulak. Nak simpan tempat semalam.? Buat lah I tak kisah. I still boleh ambil.” Luth Mikail tersenyum. Marissa Adeline semakin sebal.

“Eiiii,.. you ni kan.” Gigi diketap.

“You ni, dengan Iphone pun nak cemburu. You nak buat-buat pengsan lagi ke? Sorry, I tak layan dah.” Luth Mikail memanjat katil lalu baring di atasnya. Meninggalkan Marissa Adeline dengan wajah cuka.

“Awak tunggulah. Saya buang Iphone awak dalam mangkuk toilet. Biar padan muka awak.” Marissa Adeline nekad. Kaki di bawa terus ke tandas.

Dengan pantas Luth Mikail bangun. Iphone kut, Marissa Adeline nak flush dalam mangkuk toilet.

“Youuu,… jangan.” Luth Mikail merayu.

Kedua batang tubuh itu sudah berada di dalam bilik air. Marissa Adeline memegang iphone milik Luth Mikail dan sedang di hala ke dalam mangkuk toilet. Luth Mikail berada di sebelahnya, cuba merampas, tetapi tidak berjaya.

“You.. pleaseeeee….”

‘No, tadi awak langsung tak pedulikan saya, sebab handphone ni lah.” Marissa Adeline berkeras.

“Tak, I tengah sembang dengan Zariff tadi. Please you, Bagi I balik.” Luth Mikail mencuba sekali lagi.

“Janji dengan saya dulu”

“Ok, janji apa?”

“Jangan cakap saya berat macam panda dah.”

“Ok, I tak cakap dah.”

“Jangan ungkit pasal kunci kereta dah.”

“Ok, I janji.” Luth Mikail tersengih-sengih.

“ You tak ikhlas.” Marissa Adeline berang.

Pluppppppp…. Iphone dijatuhkan ke dalam mangkuk toilet.

Senyap! Tergamam.

Luth Mikail terduduk. Iphone yang sudah berendam dalam mangkuk toilet diperhati kosong. Marissa Adeline beredar dari bilik air dengan wajah kepuasan.

“Lainkali, jangan main-main dengan saya, ok.” Marissa Adeline berbisik di telinga Luth Mikail. Luth Mikail memandang geram. Geram dengan kenakalan Marissa Adeline.

Jaga kau Marissa Adeline!!Luth Mikail sudah naik hantu.Kaki dilangkah mengekori lenggok Marissa Adeline lantas tubuh genit Marissa Adeline dicepung dari belakang, diletakkan di atas katil.

“You marah sebab I tak layan you kan.? Jom I layan you baik-baik malam ni,”

Marissa Adeline sudah seram sejuk. Mata terbuntang.

Luth Mikail merangkak menghampiri Marissa Adeline.

Marissa Adeline mengensot punggungnya kebelakang!

Luth Mikail mara!

Marissa Adeline mengensot lagi!

Luth Mikail terus mara. Mata dikenyitkan!

Marissa Adeline mengensot lagi hingga ke hujung katil!

Alamak.! Mati lah aku.

Wajah Luth Mikail sudah berada di depannya. Luth Mikail merenung ke dalam anak mata Marissa Adeline. Dari mata Marissa Adeline, pandangan mata Luth Mikail jatuh ke hidung dan bibir Marissa Adeline. Seketika, pandangan mata itu jatuh ke dada Marissa Adeline pula. Marissa Adeline seram. Cepat-cepat Marissa Adeline menyilang tangan ke dadanya.

“Awakkkk, jangan lah buat saya takut.” giliran Marissa Adeline merayu.

“You jangan goda I, dengar suara you, I dah tergoda tau” suara Luth Mikail sudah bertukar lembut.

Gulpppppp.. Aku nak buat apa ni.Cuak.

Wajah Luth Mikail sudah berada dekat dengan wajah Marissa Adeline.

Dekat, dekat dan dekat lagi.

Wajah Luth Mikail didekatkan dileher Marissa Adeline. Seketika, Luth Mikail sempat mencium haruman Blooming Bouquet, Chistian Dior kegemaran Marissa Adeline. Luth Mikail pejam mata, menikmati haruman itu.

Ya Allah, apa dia nak buat ni? Tangan dan kaki sejuk. Takut. Mata dipejam serapatnya.

Seketika,terdengar suara Luth Mikail ketawa. Mata Marissa Adeline di buka sedikit. Tiada lagi wajah Luth Mikail di hadapannya. Luth Mikail sedang ketawakan dia.

“Ha, kata berani sangat nak goda I. I acah sikit dah takut, ” Luth Mikail bercekak pinggang di sisi katil.

“Eiiiii.. you kan, memangggg…..” gigi diketap.Geram. Tangan menggagau apa sahaja yang ada di atas katil lalu dibaling ke arah Luth Mikial.

Prraapppppp. Bunyi benda jatuh.

Telefon bimbit Marissa Adeline pecah berkecai. Luth Mikail dan Marissa Adeline berpandangan sesama sendiri.

Seri!!





************

Sehelai dress potongan badan berwarna kuning cair dipadankan dengan cardigan berwarna senada disarungkan ke tubuh Marissa Adeline. Kata Luth Mikail, dress itu milik kakaknya, Julia Irdina yang di ambil Luth Mikial dari bilik Julia Irdina pagi tadi. Dress itu terletak elok di tubuh Marissa Adeline yang langsing.

Marissa Adeline berjalan menuju ke dapur. Ingin menjenguk Mak Odah dan membantu menyediakan sarapan pagi. Luth Mikail yang sedang bersiap ditinggalkan di dalam bilik.

“Assalamualaikum Mak Odah. Good morning” Marissa Adeline menyapa.

“Waalaikumsalam Rissa. Cantiknya. Sesuai sangat dengan kulit Rissa.” Mak Odah memuji.

“Terima kasih.Ada apa Mak Odah puji Rissa pagi-pagi ni?” Marissa memeluk tubuh gempal Mak Odah.

“Tak delah. Dah memang Rissa cantik sangat. Mak Odah ikhlas. Dengan tudung di kepala, lagi tambah manis.” Mak Odah memuji lagi. Marissa Adeline tersenyum.

“Mak Odah pun apa kurangnya. Mak Odah comel sangat. Semakin hari semakin montel,” Marissa Adeline ketawa. Ketawanya disambut Mak Odah.

Tanpa disedari, Luth Mikail memerhati dari jauh. Marissa Adeline memang istimewa. Bukan sukar untuk seseorang rapat pada Marissa Adeline. Marissa Adeline memang pandai bergaul. Marissa Adeline terlalu hormatkan orang tua. Kerana hormatkan papanya Dato Zakuan, Marissa Adeline sanggup dinikahkan dengan Luth Mikail satu masa dulu. Kerana hormatkan Dato Zakuan, Marissa Adeline sanggup berbuat apa sahaja untuk papanya. Tetapi, Marissa Adeline lemah pada cinta. Cinta Rayyan Haikal.

“Luth, buat apa duk intai isteri tu. Tak puas lagi ke intai di pejabat, kat rumah pun sambung,” sapaan Tan Sri Mokhtar menyentap lamunan Luth Mikail.

“Eh Pa, good morning. Tak delah intai Adeline.” Luth Mikail senyum.

“Dah tu, tak kan anak papa ni intai Mak Odah kut. Dah beralih selera ke?” Tan Sri Mokhtar mengusik.

“Eh papa, ke situ pulak.” Luth Mikail malu.

“Luth, hati isteri kena jaga. Cukup-cukuplah tu. Perkara lama jangan dikenang sangat. Sekali sekala boleh, tetapi hanya untuk kita jadikan landasan dan panduan untuk meneruskan kehidupan yang akan datang,” Dalam nasihat Tan Sri Mokhtar. Tan Sri Mokhtar menepuk bahu anaknya.

“Ya Pa, Luth tahu. Luth akan cuba sedaya upaya Luth untuk pertahankan rumahtangga Luth.”

“Bukan sekarang sahaja Luth pertahankan rumahtangga Luth kan, memang dari dulu lagi itu yang Luth lakukan. Buktinya, Marisaa Adeline masih isteri Luth yang sah sampai ke hari ini. Yang papa maksudkan, semai cinta kamu dan cinta Adeline dalam rumahtangga kamu. Biar semakin hari, semakin bahagia. Jangan biar lama-lama, nanti cinta tu pudar. Masa tu Luth juga yang putih mata.” Panjang lebar nasihat Tan Sri Mokhtar.

“ Ya pa, Luth faham. Luth cuba,’ Luth Mikail mengangguk.

“Ha, cuba sungguh-sungguh. Jangan lupa bagi cucu pada papa dan mama hujung tahun nanti.” Tan Sri Mokhtar tersenyum dan berlalu pergi meninggalkan Luth Mikail yang sedang merah padam mukanya.


****************

Sampai diperkarangan pejabat Idaman Holdings, Marissa Adeline terkocoh-kocoh menyaingi langkah Luth Mikail. Luth Mikail meninggalkan Marissa Adeline di belakang.

“Hai Tuan Luth. Good Morning.” Suatu suara menyapa.

“Morning Elva,” Luth Mikail senyum.

Marissa Adeline yang baru sampai, berpaling ke arah suara itu.

Eiiii.. perempuan rambut karat ni lagi. Spoil mood betul pagi-pagi ni!

“Cantik you hari ni.”

Dia mula dah. Luth Mikail ni memang suka tambah sakit hati aku tau. Aku dia tak puji pun! Marissa sudah sebal. Muka cemberut.

“ Hai Rissa, Good morning.” Si rambut karat menyapa.

“Hai,” Jawab  Marissa Adeline sepatah.

“Tuan Luth, ceria betul pagi ni. Ada apa-apa ker?”

“Ceria ke? Hmmm… mungkin pagi-pagi I nampak you kut. Sebab tu I ceria.” Si rambut karat sudah tersenyum lebar. Marissa Adeline buat tak tahu saja. Dalam hati, kecik besar je dia tengok Luth Mikail dan Elva di depannya.

Lama betul lif ni nak sampai. Aku dah rasa macam nak muntah ni.!! Marissa Adeline sudah berkira-kira mahu mendaki tangga sahaja. Malas nak menonton drama swata depan lif. Tetapi, bila teringatkan tingkat 9, Marissa Adeline membatalkan niatnya. Berpeluh jugak kalau naik tangga pagi-pagi ni.

“Rissa, are you ok? That day pengsan kenapa?”

“Lambat makan.” Jawab Marissa Adeline sepatah.

Ting!!! Lif terbuka. Beberapa orang pekerja Idaman Holding masuk. Luth Mikail berdiri di sebelah Marissa Adeline di bahagian belakang sekali. Kerana mereka yang akan naik ke tingkat yang paling atas. Seorang demi seorang keluar dari lif, tinggallah Marissa Adeline dan Luth Mikail sahaja.

“You tak nak pengsan dah ke,” Luth Mikail mengusik.

Marissa Adeline jeling.

Apa aku nak buat dengan dia ni!! Mata memandang kasut sendiri. Ting!!!

Sepantas kilat, kaki Luth Mikail dipijak dengan tumit kasutnya dan dia cepat-cepat keluar dari lif.

“Aduh, youuuu. Sakit tau!” Luth Mikail terkejut.Sakit kut. Tumit kasut tuuu..!!

Marissa Adeline menjelirkan lidahnya.”Bluweek.”

Ambik, rasakan kau. Nak sangat usik aku kan.! Marissa Adeline jalan menonong menghampiri mejanya.

“Oit Rissa. Awal pagi muka masam ni kenapa?” Syidah menegur.

“Aku jumpa beruang besar dalam lif. bukan setakat miang, gatal pulak tu. Aku pijakla kaki dia dengan tumit kasut aku ni.” beg tangan dihempas di atas meja. geram.

Tiab-tiba, Luth Mikail melintas di hadapan meja Syidah dan Marissa Adeline sambil terhencut-hencut.

“Kenapa Tuan Luth. Kaki tu?” Tanya Syidah.

“I jumpa panda putih besar. Kuat cemburu pulak tu. Pijak kaki I.” Luth Mikail menjeling Marissa Adeline. Marissa Adeline mencebik. Syidah garu kepala.

“Sorang jumpa beruang, sorang jumpa panda. Peliknya.” Kepala Syidah dijengukkan sedikit ke arah lif.

“Betul ke ada panda dan beruang kat situ Tuan Luth.” Tanya Syidah pada Luth Mikail.

“Hmmmm… you tanyalah Marissa tu.” Luth Mikail berlalu.


**********************************


Pulang dari makan tengah hari itu, ada sebuah kotak terletak elok di atas meja Marissa Adeline. Di bungkus dengan plastik cantik.

Pelik. Siapa bagi ni? Soal Marissa di dalam hati.

Di atas kotak tertulis namanya. memang pasti ini untuk Marissa Adeline. Cepat-cepat Marissa Adeline membuka plastik pembalut. Terbuntang mata Marissa Adeline melihat kotak yang mempunyai gambar handphone di luarnya.

Mata memrhati sekeliling. Siapa bagi kat aku ni!

Tangan membuka kotak, isinya di tarik keluar. Sejenis telefon bimbit iphone 6 plus berwarna gold menyapa mata Marissa Adeline.

Ini mesti dari Luth Mikail. Bisik hatinya.

Kaki dilangkah menuju ke bilik Luth Mikail. Tangan menolak daun pintu.

“ Yes, kenapa tak ketuk dulu,” Luth Mikail terkejut.

“Sorry, saya lupa.”Marissa Adeline sengih.

“Errr.. er…. Thanks awak. Gantikan handphone saya” Marissa Adeline malu.

“Handphone? Saya?” Luth Mikail buat-buat tak tahu. Betapa dia kelam kabut hari ini, dalam masa sejam ke mall untuk membeli handphone menggantikan handphone mereka yang berkecai malam tadi. Walau bukan silap Luth Mikail, tetapi telefon bimbit amat penting untuk mereka berdua.

“Ha, awak kan, bagi handphone tu kat saya.” Marissa Adeline meneka.

“Hmmmmm…. awak silap orang kut. Bukan saya.”

Marissa Adeline kerut dahi. Siapa bagi ni!

Tiba-tiba mata tertancap pada sebuah handphone berjenama yang sama tetapi berlainan warna di atas meja Luth Mikail. Luth Mikail tepuk dahi. Kantoi!

Marissa Adeline senyum.

“Terima kasih awak,”

Marissa Adeline perlahan menghampiri Luth Mikail. Kaki dijongketkan sedikit, lantas pipi Luth Mikail dikucup.

Papppp…!!

Luth Mikail terpana!

Marissa Adeline senyum.

8 comments:

  1. tekaan sipi2 betul... pura2 jatuh... hahaha
    habis ipone masuk lubang tandas... adooii laaa rissa... beraninyer dia...
    dapat kiss youuuu... ahaksss... luth takyah nak terpana sgt ehhhh... :p

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.... πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  3. Nampaknya semakin erat dah hubungan Luth dan Marissa ni... tapi Luth jgn main api dgn Elva tu... nanti silap langkah Marissa plak yang bawa diri baru tahu...

    ReplyDelete
  4. nampaknya makin ada perubahan.......

    ReplyDelete
  5. hehehhe,.. terima kasih semua sebab sudi baca kisah Luth n Marissa ni.

    ReplyDelete
  6. sis, dah bpluh kali sye dok ulang cerpen ni tnggu smbungannya. tapi xda ����. ape kata ada lelaki lain yg dtg syok kat rissa ni. biar luth kmbali rasa trcbar.

    ReplyDelete
  7. sis, dah bpluh kali sye dok ulang cerpen ni tnggu smbungannya. tapi xda ����. ape kata ada lelaki lain yg dtg syok kat rissa ni. biar luth kmbali rasa trcbar.

    ReplyDelete