Friday, 20 February 2015

Cinta Adeline - Bab 4



Sejak pertemuan makan malam di rumah Puan Seri Rohana, Marissa Adeline lebih banyak mendiamkan diri. Di rumah mahupun di pejabat. Luth Mikhail pula sibuk berulang alik ke Johor Bharu. Kadang-kadang Marissa Adeline kasihan melihat wajah penat Luth Mikhail, tetapi takut untuk melontarkan simpati, kerana Marissa Adeline sedar Luth Mikhail tidak perlukan simpati dia. Biarlah. Berikan Luth Mikhail masa.

Marissa Adeline bangun, menuju ke pantri. Cawan dicapai lalu dituangkan air kosong ke dalamnya. Marissa Adeline meneguk. Habis. Dia mahu kembali ke mejanya, tetapi kakinya kaku bila terdengar orang lalu di tepi pantri.

“Kau Luth, kerja pun kerja jugak. Tapi jangan lah sampai tak jaga makan. Ni dah pukul 3 bro. Kau tak makan lagi.” En Kadir berjalan beringinan dengan Luth Mikail menuju ke lif. Mahu turun makan barangkali.

“Aku pening dengan projek kita di JB ni Dir, aku tak tahu macam mana GM dulu buat kerja. Pembekal untuk bahan mentah kita dah tak nak berurusan dengan aku dah sekarang ni. Semua cari En Shamsul. Apalah yang si Shamsul gula-gulakan diorang pun aku tak tahu lah” Luth mengeluh.

“Dahlah, jangan fikir pasal kerja dulu. Sekarang aku nak kau makan dulu. Nanti kau yang sakit, siapa pulak nak buat kerja kau di pejabat ni. Kau nak makan apa.Lunch is on me today.” En Kadir offer. Rancak sungguh dua sahabat tu berbual, sampai tak perasan ada yang memasang telinga di balik dinding pantri.

“Aku dah lama tak makan nasi lauk kampung Dir. Sejak balik Malaysia bulan lepas, aku tak sempat lagi nak makan ikan cencaru sumbat cicah air asam.”

Aiissshhhhh… dah bunyi macam orang mengidam dah Luth Mikail ni.

“Alahai bro, mana nak dapat dah lauk tu.Ni dah pukul 3 bro. Nasi lauk kampung di kampung baru tu pun dah habis agaknya. Kita makan nasi arab je lah hari ni. Restoran arab ada area ni ja. Dekat la sikit. Tak de lah kau penat memandu jauh”

Tinggggggg!! Idea.! Marissa Adeline tersengih. Cencaru sumbat dan air asam.

***************************************************************

Awal pagi Marissa Adeline bangun mengikuti Datin Zakiah ke pasar pagi. Pelik pulak Datin Zakiah apabila melihat Marissa Adeline sibuk hendak ke pasar pagi hari ini. Karang hendak siap-siap ke office pula.Apa-apalah Marissa Adeline. Asalkan tak buat perkara pelik-pelik sudah.

“Ma, ni ikan cencaru kan ma,”  Satu kelemahan Marissa Adeline, dia tidak kenal  ikan di pasar. Hanya yang dia tahu, ikan tenggiri, ikan kembung. Ayam dan daging tu kenallah. Terkejut Datin Zakiah apabila ditegur Marissa Adeline. Jam baru pukul tujuh pagi, langit masih gelap lagi. Dia dan Marissa Adeline sudah berada di pasar ikan.

Marissa…. Marissa.. Apa sahaja kau nak buat anak oi!

“Ma, cepatlah. Ni ikan cencaru kan? Rissa nak buat cencaru sumbat cicah air asam.” Marissa Adeline berterus terang.

“Aik, rajin pulak anak mama. Tiba-tiba ja nak masak. Kenapa? Ni mesti ada special ni” Datin Zakiah meneka.

“Takdelah ma, boss office Rissa tu, dah lama tak makan cencaru sumbat katanya. So, ni Rissa nak masakkan lah. Kesian dia ma, dah lama balik Malaysia, tapi tak sempat nak makan lauk kampung lagi.”Marissa Adeline buat muka bersahaja. Sambil tangan memilih ikan di depannya dan mencapai beberapa jenis ulam-ulaman.

Hailah anak, tak payah la tipu mama sayang.Mama tau siapa boss Rissa tu. Mata mama je tua, tapi hati dan perasaan mama, belum buta lagi sayang. Buatlah Rissa. Buatlah apa sahaja untuk menangi

“Jom lah mama, dah siap ni. Karang Rissa nak ke office pulak. Rissa nak balik masak dulu. Rasanya, Rissa lambat sikit masuk office hari ni kut.” tangan Datin Zakiah dicapai, lalu mereka beredar dari situ. Ternganga Datin Zakiah, mana tidaknya. Datin Zakiah tak sempat membeli apa-apa lauk pun, sudah diajak balik oleh Marissa Adeline. Ikut ajelah Datin.









******************************************************************

Terkocoh-kocoh Marissa Adeline keluar dari keretanya menuju ke lif. Tangan kanan menjinjit tupperware plastik berisi ikan cencaru sumbat, air asam, sambal belacan dan sedikit ulam-ulam. Mamanya sempat membuat gulai nangka kegemaran Marissa Adeline. Itu pun sudah dimasukkan ke dalam tupperware sekali. Untung-untung boleh makan sekali dengan Luth. Paling tidak, dia nak Luth merasa air tangannya.

“Hai Rissa. Kau bawak apa tu?” Syidah menegur apabila kaki Marissa Adeline melangkah masuk ke tingkat 9 bangunan Idaman Holdings.

“Adalah. Mama aku masak sikit. Aku bawak la,”

“Aku nak jugak. Nanti lunch kita makan eh..” Syidah menghampiri Marissa Adeline.Senyum.

“Oh no, bukan untuk kau.” Marissa Adeline berlalu terus menuju ke pantri menyimpan barangan yang di bawanya. Langkah di gerakkan menuju ke meja kerjanya. Beg tangan di letak di dalam drawer. Butang on di komputer ditekan.

“Kau dah bagitahu En Luth ke aku lambat hari ni.” Marissa Adeline bertanya.

“Dah. Aku dah cakap pagi tadi. Tapi angin Tuan Luth tu macam tak betul je. Muka masam. Masa aku bagitahu kau lambat tadi pun, dia angguk je.”

Awal pagi lagi Marissa Adeline menitipkan pesanan ringkas pada Syidah memberitahu kelewatan dia hari ni. Sudah disampaikan Syidah pada ceo juga. Tanggungjawab sudah selesai. Kalau ceo meragam macam perempuan kena dysmenorrhea, tak tahu Syidah nak kata apa dah. Dah lah mood ceo tu kebelakangan ini, memang tak baik.

Marissa Adeline menghela nafas panjang. Nasib aku lah hari ni Syidah. Marissa mengeluh.

Interkom di meja Marissa Adeline berbunyi. Suara Luth Mikail memanggilnya. Marissa Adeline berdiri. Membetulkan baju kurung kain kapas berbunga kecil yang dipakainya pagi tadi. Tudung bawal berwarna oren di kepala dibelek sedikit. Buku nota dan sebatang pen diambil. Kaki perlahan berjalan menuju ke bilik Luth Mikail. Dalam hati Marissa Adeline, Bissmillahhirrahmanirrahim. Mudahan mood dia elok kali ini!

Pintu diketuk. Setelah arahan masuk diberi, Marissa Adeline menolak daun pintu sedikit dan meloloskan diri di balik pintu kaca itu.

“Nah,”

Tubuh Marissa Adeline sedikit terangkat apabila disergah oleh Luth Mikail.

Terkejut Marissa Adeline apabila beberapa keping kertas dilempar oleh Luth Mikail terkena wajahnya. Berderau hatinya.

Apa lagi Luth Mikail ni!

 Perlahan-lahan Marissa Adeline tunduk mengutip kertas-kertas itu.

Ini macam report yang aku bagi dia semalam! Detik hati Marissa Adeline.

“Report apa yang you buat? Rubbish. Spelling banyak salah. Kira pun tak betul. Jangan makan gaji buta kat sini Marissa. Ni tempat cari rezeki. Bukan tempat you nak bergosip. Focus on your work.” Suara Luth Mikail meninggi.

“Lagi satu, I tak suka you datang lambat. Dah la datang lambat, you suruh si Syidah inform I. I ke Syidah yang boss you ni.” Marah betul Luth Mikail. Mana tidaknya, di rumah mama tak habis-habis berleter pasal hubungan dia dan Marissa Adeline, sampai office ingatkan hati boleh sejuk bila lihat wajah Marissa Adeline. Alih-alih pagi tadi, tiada wajah manis menyapa matanya.

Sebenarnya, Luth Mikail tahu Marissa Adeline datang lambat hari ini. Datin Zakiah sudah menelefonnya sebaik dia sampai di biliknya tadi. Semua sudah diceritakan pada Luth Mikail. Cuma Luth Mikail ingin menduga  sejauh mana Marissa Adeline ingin memenangi hatinya. Kesian Luth Mikail melihat wajah Marissa Adeline yang ketakutan apabila  disergahnya.

Bertahanlah Marissa Adeline. Bertahan seperti mana abang bertahan menunggu cinta Marissa Adeline 5 tahun lalu.!!

Marissa Adeline tunduk. Muram.

“Kenapa? Mulut dah tak boleh buka ke?” Luth Mikail menghampiri Marissa Adeline.

“Maafkan saya Tuan Luth. Saya betulkan balik.” Marissa Adeline tergagap-gagap menjawab.

“You nak betulkan apa? Panas hati I, you boleh betulkan tak?” Soal Luth Mikail.

“I am sorry. It was my fault. Next time I’ll try my best to do it perfectly” Suara Marissa Adeline mengendur. Kertas-kertas di tangan di pegang kemas. Air mata bagaikan hendak gugur. Belum pernah ada satu manusia pun yang meninggikan suara padanya setinggi itu. Marissa kaku di tempatnya.Terasa batang tubuh Luth Mikail di belakangnya. Marissa Adeline pejam mata. Dia rindu pada bau itu. Rindu pada haruman tubuh Luth Mikail. Luth Mikail sengaja mendera perasaan Marissa Adeline.

Kalaulah sayang tahu, betapa saratnya hati abang menanggung rindu, mungkin sayang tak mampu nak balas balik rindu abang ini.Sedangkan lima tahun abang sanggup tunggu. Inikan pula sudah ada di depan mata.Cuma masa masih belum sesuai untuk abang berterus terang sayang. Sayang, abang rindu.!

Luth Mikail berdiri di belakang Marissa Adeline. Matanya di pejam. Menikmati haruman tubuh Marissa Adeline.


*********************************************************


Keluar dari bilik Luth Mikail, Marissa Adeline terus ke  pantri.Menenangkan hati.

Ya Allah, andai ini hukuman atas dosa-dosa aku yang lalu, aku redhakannya Ya Allah. Engkau lembutkanlah hati seorang Luth Mikail. Engkau bukakan hatinya untukku. Engkau bantulah aku dalam mengutip sisa-sisa cinta dan kasih sayangnya. Doa Marissa Adeline di dalam hati.

Air mata di sapu. Dia tidak boleh begini. Dia kena kuat. Demi untuk sebuah cinta Luth Mikail . Dia sanggup hadapi segala tohmahan Luth Mikail. Marissa, fight Marissa. Fight till the end. Marissa Adeline melangkah beredar meningalkan pantri. Dia terus menuju ke arah Syidah yang asyik berbual di telefon. Tangan kiri menggamit siku Syidah. Syidah menutup gagang telefon sedikit dengan tangannya.

“Syidah, nanti tengah hari kau makanlah lauk yang aku bawak tu. Hari ni aku rasa macam nak makan kat luar pulak.Rezeki kau la hari ni.”

“Aik, tadi kata bukan untuk aku?” Pelik.

“Alah, kau anggap je aku kasi hadiah sebab pagi tadi kau inform boss, aku lambat. So tanda aku berterima kasih pada kau, aku hadiahkan kau makan tengah hari.” Marissa Adeline berlalu. Tengah hari dia ingin keluar dari bangunan Idaman Holdings. Mahu mencari ruang untuk hatinya sendiri. Bosan dengan karenah Luth Mikail. Ego. Sombong. Suka mencari kesalahan Marissa Adeline. Biarlah dia tenang dulu. Mungkin selepas ini, barulah fikiran dia mencerna balik untuk mencari idea nak tambat hati Luth Luth Mikail. Tapi hari ni, dia hendak berehat sekejap.

Tepat jam 1 tengah hari, Marissa Adeline keluar menuju ke parkir. Kereta di pandu melewati Jalan Imbi menuju ke Putrajaya.Sampai di traffic light, lampu merah. Kereta berhenti.

Saya lunch di luar.
Pesanan ringkas melalui application whatsup di hantar ke telefon Luth Mikail.

+So?
~Luth Mikail~ Ringkas balasan Luth Mikail.

+Saya tak berminat nak join awak lunch kat luar. Saya busy.
~Luth Mikail~
Tambah Luth. Saja pancing marah Marissa.

+Ya la, saya bukan nak ajak En Luth makan dengan saya. Saya nak inform, saya mungkin masuk lambat tengah hari ni.!
~Marissa Adeline~

+Whatever.! Do I care young lady?
~Luth Mikail~
Luth tersenyum. Dapat dibayangkan wajah mencuka Marissa bila diprovokasikan begitu.

+Takpelah, saya cuba balik secepat mungkin.
~Marissa Adeline~
Marissa agak kecewa.

+I want you, in the office sharp pukul 2. Ada meeting dengan staff Idaman Holdings. You lupa ke?
~Luth Mikail~

Gulp..!! Bukan meeting tu dah posponed ke. Ke aku yang silap. Marissa mencari kepastian. Betul ke ni? Hanya mampu bertanya di dalam hati sendiri. Andai disuarakan, confirm orang tua tu melenting lagi.

Macam mana ni, Marissa risau.Dia sudah memandu jauh meninggalkan bangunan Idaman Holdings. Nak patah balik, perut belum di isi. Patah balik pun, mau makan masa setengah jam. Kusut.



Di pejabat, Luth Mikail resah. Rasa bersalahnya pada Marissa meruntun hati sendiri.Tindakan di luar kawalannya pagi tadi menyesakkan kepalanya. Ingin keluar meminta maaf, Marissa tiada di tempatnya. Marissa awal-awal lagi sudah menitipkan pesanan ringkas tadi.

Kepala teringat kata-kata Datin Zakiah pagi tadi. Ikan cencaru sumbat. Cepat-cepat dia keluar dari bilik menuju ke pantri. Terlihat tupperware yang dibungkus plastik beg dia atas sebuah meja di pantri itu. Bungkusan dicapai, lalu di bawa beredar menuju ke biliknya.

Tanpa Luth sedar, ada sepasang mata memerhati tindakannya. Syidah.

Itu tupperware Marissa bagi aku.! Apasal Tuan Luth ambil pulak. Tak der la rezeki aku nak makan free tengah hari ni. Mana aci. Dah lah poket kopak tengah-tengah bulan ni.! Rungut Syidah.

Kepala sibuk memandang kiri dan kanan. Takut-takut ada yang nampak dia mengambil bungkusan dari pantri tadi. Luth Mikail duduk di kerusi biliknya. Tupperware dipandang sayu. Betapa Marissa Adeline berusaha ingin memenangi hati dia. Cuma hati Luth Mikail saja yang keras macam batu. Penutup tupperware di buka, aroma ikan cencaru sumbat dan air asam memang menyelerakan. Dengan lafaz bismillah, Luth Mikail menyuapkan nasi ke mulutnya. Sedap. Memang sedap. Dia tahu, Marissa Adeline memang pandai memasak. Dia tak pernah ragu-ragu tentang itu. Tanpa Luth Mikail sedari, habis licin nasi dan lauk - pauk dalam tupperware.

Perlahan-lahan, Luth Mikail meletakkan tupperware itu kembali di tempat asal. Baru sahaja dia ingin beredar, Luth Mikail terlanggar batang tubuh seseorang. Aduh…!!

“Tuan Luth. Hantar balik kosong ke?” Kantoi. Syidah nampak Luth Mikail mengembalikan Tupperware Marissa Adeline.

“Syidah, you jangan bagitau Marissa I yang makan lauk tu. Kalau tidak, I pecat you.!”

Alamak, kena pecat ke. Siapalah nak bagi makan mak dan ayah saya kat kampung nanti Tuan Luth. Takkan sampai nak pecat kut! Syidah dah mula takut.

“Errrr… tak..tak.. I tak cakap.” Syidah tergagap-gagap.

Bagus jugak budak Syidah ni. Boleh aku guna bagi perasa dalam ini cerita. Luth Mikail berfikir. Senyum.

“Ini rahsia kita berdua tau. Kalau rahsia ni pecah, I tau lah apa I nak buat dekat you. Jangan sampai Marissa tahu, I yang makan makanan ni semua.” Luth Mikail mengugut.

Syidah angguk.

“Nah, amik rm200 ni, buat belanja lunch awak.” tangan Luth Mikail menghulurkan beberapa keping not rm50. Terbuntang mata Syidah.

“Ini bukan rasuah yer Tuan Luth? I tak makan rasuah. Haram.” Syidah jujur. Orang tua ni macam tau-tau je Syidah tak cukup budget sampai hujung bulan. Yerla, berapa sangat gaji Syidah pun. Sudah di tolak dengan mak ayah di kampung. Adik-adik lagi. Adalah sikit habuan bayar sewa, makan dan sedikit simpanan.

“Tak, saya ikhlas bagi. sebagai balasan, rahsia I, you simpan kemas,” Luth Mikail mengugut lagi.

“Errrrrr… baik Tuan Luth, I ambil. Tapi …..”

“Tak payah tapi-tapi. Kalau Marissa tanya, cakap je you makan semua.” Setelah duit bertukar tangan, Luth Mikail terus beredar.

Biar betul orang tua ni. Aku habiskan semua tu??? Perut gajah ke perut aku. Sampai licin ni Tuan Luth oi. Tapi tak pe, poket aku penuh. Terima kasih Tuan Luth. Esok-esok buat perangai macam ni lagi eh. Syidah tersengih. Hahahahhaahahaha…….


Berpeluh-peluh Marissa Adeline berlari dari ruang parkir menuju ke lif. Dah pukul 2.15 petang.
Matilah aku! Tak pasal-pasal kena sembur lagi dengan mesin gun ni. Marissa merungut.
Silap Marissa juga. Gatal nak makan di Umai D’Lake cafe Putrajaya. Konon nak menenangkan diri,  makan sambil melihat pemandangan tasik Putrajaya,alih-alih dia yang kelam kabut. Makan entah ke mana. Hadap jammed je lebih. Perut masih belum di isi. Teringat bekal makanannya pagi tadi, Marissa masih berharap akan ada lebih untuknya.

Sampai di tingkat 9, sunyi. Bilik mesyuarat juga lengang. Di tingkat 9 ini, cuma ada Marissa Adeline dan Syidah sahaja. Tingkat 9, hanya menempatkan bilik Ceo, bilik GM, En Kadir dan bilik mesyuarat. Tidak hairanlah mereka jarang berjumpa pekerja lain di sini. Tingkat 9 lebih dikenali sebagai tingkat VIP di kalangan pekerja Idaman Holdings.

Tadi kata ada meeting pukul 2.30. Tapi kenapa senyap je. Selalunya kalau meeting, mesti ramai dah pekerja Idaman Holdings kat sini. Marissa menggaru kepala.

“Syidah, meeting tak jadi ke?”

“Meeting?” Syidah buat muka pelik.

“Bila masa pulak ada meeting Rissa? Kau ni siang hari buta, tak kan mimpi kut,” Syidah menjawab sambil tangan sibuk menaip sesuatu.

“Tadi tu……” belum sempat Marissa menghabiskan ayatnya.

“Dah kenyang kau makan sorang-sorang di Putrajaya tu?” Syidah bertanya. Mata masih tertancap pada skrin komputer. Sibuk sangat lagak si Syidah ni.

“Kenyang apa nya. Aku tak sempat makan lahh.. Tak pelah..” Marissa Adeline bangun menuju ke pantri. mendapatkan tupperware bekal nya tadi.

Marissa buka. Kosong.

“Syidah, kau habiskan semua tu Syidah?” Jari ditunjukkan ke arah tupperware yang kosong.

Syidah angguk. Sorry Rissa, kalau kau kata aku bela hantu raya pun tak pe la. Aku dah diupah untuk tutup rahsia ni. Walaupun aku tak rasa langsung masakan kau tu Rissa.

Marissa hampa. Nampaknya berlaparlahh aku hari ni. Rungut hatinya.

*****************************************************************

Alamak, masa ni la pulak si merah ni nak buat hal!

Marissa menyepak sedikit tayar Beetlenya itu. Perkarangan parkir Idaman Holdings dah semakin sunyi. Hari dah semakin gelap pulak tu.

Nak call mama? Takkan mama nak datang sini. Mama tak boleh drive malam-malam. Alahhhh.. masalah betul.!!

Dalam Marissa merungut, terpandang Nissan Skyline masih berada di situ. For sure Luth Mikail tak balik lagi.

Alamak, nak minta tolong dia ke? Marissa berkira-kira di dalam hati. Marissa Adeline melabuhkan punggungnya di depan Beetle.

“Marissa? What’s wrong? Tak balik lagi?”

Ha sudah, Luth Mikail dah nampak Marissa Adeline di situ.

“Kereta saya tak boleh start Tuan Luth.!” Marissa Adeline berterus terang.

Luth Mikail menghampiri. Kunci kereta bertukar tangan. Luth cuba menghidupkan enjin beetle Marissa Adeline. Gagal.

“ Macam mana you bawak kereta. Bateri kong pun tak perasan. Nak panggil mekanik pun, dah malam ni. Tinggalkan kereta kat sini, esok pagi panggil mekanik tukarkan bateri kereta you.” Luth membuat keputusan.

“Hah..!! Habis tu, saya nak balik dengan apa ni? Kat luar susah nak dapat teksi time macam ni.” Soalan macam nak kena marah dengan Luth Mikail je Marissa Adeline ni.

“Terpulanglah, kalau rasa nak duduk sini sampai pagi pun tak per. Tapi kalau rasa sayang diri tu, boleh je tumpang I.” Dalam hati Luth Mikail, janganlah Marissa Adeline kata nak duduk sini. Karang dia juga yang susah. Risaukan keselamatan Marissa Adeline.

Apa pilihan yang Marissa Adeline ada. Nak tak nak kena la tumpang Luth Mikail malam ini. Perut dah meragam semacam. Ingat nak singah makan dulu. Tapi, kenalah dia menahan perut sekejap sementara nak sampai rumah mama nanti. Sejam jugak tu nak sampai Damansara. Itu pun kalau tak jammed.

Cepat-cepat Marissa Adeline mengunci Beetlenya. Dia berjalan mengekori Luth Mikail. Masuk ke dalam Nissan Skyline. Luth Mikail memandu membelah jalan. Senyap. Sunyi di dalam kereta.

“Jom, kita dinner dulu,” Luth memancing Marissa Adeline untuk berbual-bual. Kekok pulak rasanya bila berdua-duaan bersama Marissa Adeline.

“Kat mana?” Marissa Adeline menjawab. Memang Marissa Adeline lapar pun. Dari tengah hari tadi tak makan kut.

Yes..!! Jawapan positif !

“Makan kat mulut la sayang,” Luth Mikail memandu selamba.

Dup..!! Jantung Marissa Adeline seakan terhenti mendengar perkataan “sayang” dari bibir Luth Mikail. Marissa Adeline perhati wajah Luth Mikail. Luth Mikail langsung tidak terkesan.Masih meneruskan pemanduan. Sepuluh minit berlalu, Luth Mikail membelokkan keretanya ke sebuah restoran. Luth Mikail mematikan enjin kereta. Dia keluar bersama Marissa Adeline dari perut kereta menuju ke restoran.

Masuk ke dalam restoran, mereka memilih meja yang agak hujung sedikit.

“Nak makan apa?” Lembut suara Luth menyapa telinga.

Hailahhhh, Cair la Marissa malam ni.

“Apa-apa pun tak per. Saya tak kisah. “ jawab Marissa Adeline menyembunyikan gugup.

Mau nyer tak, Berdua-duaan dengan Luth Mikail kut. Rasa macam first date pulak. Itu pun kalau orang tua depan ni, boleh behave. Kalau tak, jadi gaduh pulak karang.!

“Sini tak der jual apa-apa sayang,” Luth Mikail berbisik di telinga Marissa Adeline. Terkejut. Tergamam. Debar ada di situ.

Setelah makan malam dihidangkan, masing-masing makan dengan tenang. Marissa Adeline curi-curi memandang wajah tenang milik Luth Mikail. Tidak pernah berubah. Sedikit kumis menghiasi wajah lelaki itu. Lesung pipit di pipi kiri, jelas kelihatan apabila Luth Mikail tersenyum. Menambahkan seri di wajah seorang Luth Mikail.

“Abang,…. Hub……….” kata-kata Marissa Adeline tersekat apabila jari telunjuk milik Luth Mikail diletakkan di bibirnya. Isyarat diam.!

“Shhhhhhhhh……. I nak makan dengan tenang. Tolong jangan spoil mood I. Nanti I mengamok kat sini” Luth Mikail memberi amaran. Matanya yang tenang merenung ke dalam mata milik Marissa Adeline. Marissa Adeline tidak senang duduk.

3 comments:

  1. Marissa perkara sensitif tanya dgn Luth ada pasal hubungan. So senyap jerlah... go by the flow... baru beberapa minggu... kalau bertahun Luth boleh tunggu... bertahan dulu ya Marissa... kalau sampai masanya nanti masih takde kesudahan bawalah diri.

    ReplyDelete