Saturday, 28 February 2015

Cinta Adeline bab 7

Bab 7


Luth Mikail menurunkan Marissa Adeline di perkarangan rumah Datin Zakiah. Niat di hati hendak terus pergi, tetapi terpandang batang tubuh Datin Zakiah berjalan ke arahnya, lalu butang Off di keretanya ditekan. Tubuh dibawa keluar dari perut kereta.Ibu mertuanya dihampiri.

“Ma, Luth hantar Rissa je ni. Luth balik tidur rumah mama malam ni. Esok Luth nak ke JB.” Tangan datin Zakiah diraih, lalu dicium.Marissa Adeline sudah berada di sisi Datin Zakiah. Lengan mamanya disauk, lalu kepala direbahkan ke bahu Datin Zakiah.Manja.

“Singgahlah dulu, kita dinner sama-sama. Mama ada masak sikit tu,” pujuk Datin Zakiah.

Hati terusik dengan ajakan ibu mertuanya. Luth Mikail bersetuju. Lantas kaki dibawa merapati ruang pintu masuk bersama Datin Zakiah dan Marissa Adeline. Sepatu Hush Puppies berwarna hitam dilucutkan dari kakinya lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Walaupun dia jarang ke rumah Datin Zakiah semenjak pemergiannya ke US 5 tahun lalu, hiasan dalaman banglo itu masih sama. Sebuah potret keluarga tergantung di ruang tamu. Gambarnya bersama Marisa Adeline di hari perkahwinannya juga masih terletak elok di satu sudut. Cantik. Marissa Adeline cantik mengenakan busana songket berwarna hijau serindit. Senyuman yang dibuat-buat Marissa Adeline semasa gambar itu dirakam, masih boleh diselindungkan dengan wajah manisnya.

Tubuh dibawa menghampiri meja makan. Kerusi ditarik di sebelah Marissa Adeline, lalu punggung didaratkan di atasnya. Mata memerhati beberapa jenis lauk yang dimasak sendiri oleh Datin Zakiah. Mungkin sikap Datin Zakiah yang suka memasak ini yang diwarisi oleh Marissa Adeline. Dan semenjak Dato Zakuan meninggal dunia, Datin Zakiah tidak lagi memerlukan pembantu rumah. Katanya, hanya dia dan Marissa Adeline sahaja yang tinggal di situ, tiada apa yang perlu di kemaskan sangat di banglo peninggalan suaminya.

Tangan menyambut huluran pinggan berisi nasi dari Marissa Adeline. Senyuman manisa terukir dibibir wanita itu. Mungkin gembira kerana Luth Mikail sudi singgah dan makan bersamanya malam ini. Tangan Luth Mikail diangkat membaca doa, setelah mengaminkan, nasi mula disuap ke mulut. Perut yang berlagu metalica sudah bersedia untuk berhenti menyanyi.

“Makan Luth. Mama masak simple je. Nanti kalau nak singgah makan, kita suruh Rissa masak yer.” lirikan mata ditoleh ke arah Marissa Adeline yang sedang meneguk air sirap.

“Ma, ini pun dah cukup banyak ma.” Luth Mikail bersuara.

“Hari tu, kamu makan tak cencaru sumbat yang Rissa bawa,” Datin Zakiah mula bertanya. Marissa Adeline sudah membuntangkan matanya.

Janganlah mama bagitau aku buat cencaru tu untuk orang tua ni.Malu aku.!! Marissa Adeline sudah panas punggung. Nasi di pinggan sudah dikuis-kuis dengan jari.

“Ma……” suara Marissa Adeline sudah mendayu. Memberi isyarat agar mamanya tidak meneruskan cerita tentang cencaru sumbat itu.

Luth Mikail tersedak.Teringat peristiwa dia menghabiskan lauk itu di pejabat. Melayang dua ratus ringgitnya untuk upah Syidah menyimpan rahsia.

“Uhuk…uhuk….” Lantas tangan mencapai cawan, lalu air diteguk. Dada diurut lembut.

“Cencaru sumbat?” wajah ditoleh ke arah Marissa Adeline.

“You ada bawa ke?” tanya lagi berpura-pura.

Fuurrrrrr, muka bagai kena simbah cat merah. Memang bawa untuk orang tua ni, tapi sebab marah punya pasal, aku bagi Syidah makan. Takkan nak bagitahu kut! Perlahan-lahan Marissa sengih mempamirkan giginya yang putih.

“Ada, errrrr….. saya tak sempat bagi awak, Syidah dah makan habis.”

Luth Mikail lega! Fuhhhhh. Syidah memang pandai berlakon.

“Lah… Rissa tak bagi Luth ke,” mamanya sudah bagai inspektor polis pula.

Marissa Adeline tersenyum memandang mamanya.Datin Zakiah hanya menggeleng kepala.

Macam-macamlah budak-budak ni!!

Usai makan, Marissa Adeline mengangkat punggungnya. Tangan membawa pinggan menuju ke dapur. Singki dihampiri. Pinggan dicuci dan dibilas. Entah di mana silapnya, pinggan terlepas dari tangan lalu mendarat di atas lantai. Pecah berderai.Marissa terkejut. Tubuh dipalingkan, kaki melangkah ingin mengutip kaca-kaca bertaburan, tetapi kakinya pula yang terpijak kaca yang agak besar.

“Aduhhhhh.” Spontan suara menjerit.

Gedebukkkkkk…!! Marissa jatuh.

“Mama tolong”

“Rissa, hati-hati,” Datin Zakiah dan Luth Mikail bangun dari kerusi mendapatkan Marissa yang sudah terduduk di lantai.Luth Mikail bertinggung di sisi Marissa Adeline. Luka di kaki wanita itu disentuh. Darah mengalir keluar.

“Awak, ada darahlahh” Marissa Adeline pucat.

“Ma, ada kain tak? Kena tutup luka ni dulu, takut darah mengalir laju pulak.”

Datin Zakiah berlari keluar dari dapur. Sebentar kemudian dia kembali bersama sehelai kain tuala di tangan. Luth Mikail mengambil kain, dan membalut luka di kaki Marissa.

“You macam mana boleh terpijak kaca ni? Kalau you tak sayang diri sendiri pun, ramai lagi yang sayang pada you.” Luth Mikail sudah mula membebel.

“Ishhh, apa kaitan sayang dengan tak sayang ni. I tak sengajalah.” Marissa Adeline memang suka melawan.

“Ma, Luth bawa Rissa ke klinik dulu. Luka ni tak boleh biar. Karang melarat ni.”

“Hah,. klinik. Rissa tak mau pergi klinik. Ma, tolong Rissa ma.” Marissa Adeline mengogoi seperti kanak-kanak kecil.

Marissa Adeline memang takutkan doktor. Dari kecil hinggalah sekarang, Marissa Adeline memang tidak suka berjumpa doktor. Macam-macam alasan Marissa berikan untuk mengelak.

“Ma, tolong ma. Rissa tak nak.” Merayu mamanya. Kepala Marissa Adeline diusap. Wajah dipaling ke arah Luth Mikail yang asyik membersihkan darah di kaki Marissa Adeline.

“Luthhhh…” Datin Zakiah memanggil.

“No Ma, kena bawak pergi klinik ni. Nanti biar, boleh bernanah. Lambat baik.” Luth Mikail berkeras. Marissa Adeline sudah mahu menangis.

Tanpa mempedulikan wajah kelat Marissa Adeline, tubuh kecil itu dicepung. Wajah cemberut Marissa Adeline langsung tidak dihiraukan.Perlahan Luth Mikail meletakkan Marissa Adeline di kerusi sebelah penumpang. Luth Mikail berlari anak ke tempat pemandu. Enjin kereta di hidupkan lalu memandu ke klinik berdekatan.

“Sakit lagi tak.? Sabar kejap. Kejap lagi sampai klinik la.” Pujuk Luth Mikail. Jari Marissa Adeline dielus lembut.

Diam.

Tidak sampai 10 minit, Luth Mikail memberhentikan keretanya di hadapan sebuah klinik. Marissa dicepung masuk kedalam. Diletakkan berhati-hati di atas katil di bilik kecemasan.

“Sakit,…..” Suara Marissa terketar-ketar. Ini sakit betul tau. Bukan main-main.!

Kaki sudah terasa menyucuk-nyucuk. Kain balutan sudah penuh dengan darah. Muka Marissa pucat. Luth Mikail cemas. Tubuh didekatkan pada Marissa Adeline yang duduk diatas katil. Pantas, Marissa Adeline mencapai pinggang Luth Mikail, lalu memeluknya dengan kedua-dua belah tangan. Muka disembamkan ke perut Luth Mikail. Luth Mikail terkesima. Inilah kali pertama semenjak 5 tahun lalu, Marissa Adeline memeluknya. Hati yang beku tiba-tiba cair bagai air laju. Terdengar esakan kecil dari bibir Marissa Adeline, hati tersentuh.Tangan dibawa ke belakang tubuh Marissa Adeline lalu diusap lembut.

“Kenapa Encik?”

Seorang doktor menghampiri mereka.

Doktor ni, lagi mau tanya ka? Tak nampak darah tu. Luth Mikail geram.

“Kaki isteri saya terkena kaca, nampak luka macam dalam tu. Darah banyak.”

Isteri? Jelas di telinga Marissa Adeline mendengar perkataan itu. Alhamdulillah, akhirnya Luth Mikail mengaku. Dalam esakan tangisannya, syukur dipanjatkan.

“Kena jahit ni puan. Luka agak dalam.”

Uwwwaaaaaaaaa, kena jahit!! Rasa macam nak lari je.!!

“ Awakkkkkkk……. saya takut.”

Pelukan dipinggang semakin erat. Tubuh Luth Mikail digoncang sedikit mengharap ada ihsan agar kakinya tidak perlu dijahit.

“Sikit je ok, doktor bagi bius kut. Tak de la terasa jarum tu menyucuk kulit kaki you tu.” memujuk. Tangan mengusap perlahan belakang tubuh Marissa Adeline. Punggung di labuhkan di tepi katil, lalu tubuh kecil Marissa Adeline dipeluk.

Duppppppp..!! Akhirnya, setelah 5 tahun, dua pasang tubuh itu meleraikan rindu di dada. Marissa Adeline menangis di bahu Luth Mikail. walaupun, pada asalnya, menangis hanya kerana kaki yang luka.

“Ehem.. ehem…” doktor tadi kembali. Di sisinya, seorang nurse memegang kidney dish berisi jarum suntikan dan beberapa alatan lain. Marissa Adeline pejam mata. Mengumpul segala kekuatan yang ada.

Doktor mencuci, menjahit dan membalut luka Marissa Adeline. Luth Mikail tidak sedikitpun berginjak dari sisi Marissa Adeline. Jemari Marissa Adeline digenggam kemas.

Sebaik selesai urusan di kaunter ubat, sekali lagi, terasa tubuhnya ringan dibawa Luth Mikail ke kereta. Beberapa pasang mata memerhati mereka. Muka sudah terasa panas. Tapi apakan daya, Luth Mikail tidak benarkan dia berjalan. Infact, kakinya juga tidak boleh memijak lantai.

“Berat jugak you ni. Berpeluh I angkat.” Luth Mikail berbisik.

Spontan,bahu Luth Mikail ditepuk manja.


***********************************************************


“Thanks.” Suara Marisa Adeline memecah sunyi di dalam kereta.

“Welcome” Itu saja jawabnya. Mata tenang memandu.

“I bawak you balik rumah I. Kita balik rumah mama dulu, ambil baju you sikit-sikit. Kaki you tak boleh jalan lagi. Nak baik pun, seminggu. I tak nak you susahkan mama.”

Arahan ke tu Tuan Luth!

“Tak per, saya boleh jaga diri sendiri. Awak tak payah susah-susah.” Marissa Adeline menolak.

“Macam mana nak jaga diri sendiri. Nak gerak pun you susah. Tak kan nak suruh mama dukung you. Tak kesian ke.” suara Luth Mikail agak tinggi. Marissa Adeline tersentak.

“Sikit je ni”

“Boleh tak jangan degil.” Luth Mikail tidak mahu mengalah.

Jeda.

Sampai di rumah Datin Zakiah, Luth  Mikail seorang sahaja yang masuk ke dalam. Meminta izin dari Datin Zakiah untuk membawa Marissa Adeline ke rumahnya. Beberapa pasang baju Marissa Adeline di masukkan ke dalam beg dengan bantuan Datin Zakiah.

Dalam sibuk mengemas, mata tertumpu pada baju-baju kecil Marissa Adeline. Kalau Marissa tahu, mesti mengamuk. Luth Mikail dah nampak ‘anak-anak kecil' itu. Bermacam-macam warna ada. Yang paling menarik perhatian Luth, yang bercorak zebra. hitam putih. Sure comel kalau Marissa Adeline yang pakai. Aiisshhhh… Luth Mikail menggeleng kepalanya. Sampai ke situ otak si Luth Mikail ni.

“Ma, Luth pergi dulu.Luth Bawa Rissa sekali.”

“Pergilah. Didiklah isteri kamu supaya menjadi isteri solehah. Dia masih isteri kamu Luth”

Luth Mikail angguk.

“Terima kasih mama. InsyaAllah Luth akan jaga isteri Luth sebaik mungkin. Luth tak kan ulangi silap Luth dulu.” tangan wanita itu disalam.

Datin Zakiah memandang sayu kereta Luth Mikail membelah jalan. Dalam hatinya bersyukur, kerana Luth Mikail sudah kembali pada Marissa Adeline.


************************************************************


“Kau kenapa bro? Tiba-tiba ajak aku keluar. Kedai mamak pulak tu.” Zariff Zidan, sahabat lama datang menyergah. Kerusi di depan meja makan ditarik.

“Sorry dude. Kacau kau malam-malam ni. Aku serabut” Rambut dilurut kebelakang. Badan disandarkan di kerusi. Nafas di tarik dalam.

“Kalau serabut, kenapa kau tak ajak aku ke litar sepang je. Boleh kita test power kereta lama kau tu?”

“Kereta aku dah terperuk kat rumah mama aku. Mama aku dah haramkan aku bawak kereta tu”

Zariff Zidan dan Luth Mikail memang meminati sukan lumba kereta.Tidak hairanlah mereka sanggup membeli harga tiket yang mahal untuk menonton sukan itu. Luth Mikail dan Zariff Zidan pernah ditangkap Tan Sri Mokhtar kerana menyertai lumba kereta haram di sekitar jalan bukit bintang suatu masa dulu. Minat Luth Mikail dalam kereta memang jelas. Kerana itu dia membeli Nissan Skyline untuk dirinya sendiri. Kadang-kadang Luth Mikail ke Putrajaya atau memasuki highway untuk memecut.

“Dah kau serabut kenapa?” Zariff Zidan menyandarkan badan ke kerusi. Sebatang rokok di ambil, di cucuhkan, lalu dihisap. Dalam.

“Marissa Adeline.” Sepotong nama dilontarkan.

“Ooooo…. so kau ada masalah la sekarang ni. Masalah dengan hati dan perasaan kau sendiri kan?”  Zariff Zidan seolah tahu gelodak hati Luth Mikail. Bukan sekejap dia kenal Luth Mikail.

“Aku bawa dia balik rumah aku. Dia tak sihat. Kaki luka tadi.” mata merenung jauh.

“So, apa masalah kau pulak.”

“Aku takut aku tak boleh kawal diri aku sendiri. Kadang-kadang aku rasa marah. Kadang-kadang, aku rasa sayang” Jujur Luth Mikail mengakuinya.

“ Kau rasa perasaan marah kau ke, perasaan sayang yang lebih” Zariff Zidan berteka-teki.

Air yang dipesan Zariff Zidan sampai. Dicicip. Lega.

“Aku tak tahu. I just…… dont know.” Luth Mikail keliru.

“ Then, kau balik, tenung wajah Marissa dalam-dalam. Kau akan dapat jawapan.” Zariff Zidan dah macam penasihat cinta pulak.

“Dude, betul ke apa yang aku buat ni? Aku takut. Dalam masa yang sama, aku sayang dia.”

“See,……… kau memang sayang dia. So, what for kau nak elak.?”

“Kau gila ke dude, dulu Marissa hampir bunuh diri tau, sebab tak dapat cinta Rayyan Haikal. Sekarang aku takut, cinta Rayyan Haikal masih kekal dalam hati dia.”

“Bro, kan mama kau dah ceritakan segalanya pada kau. Macam mana Marissa separuh gila cari kau lepas kau hantar dia jumpa Rayyan Haikal dulu. Hari-hari Marissa tunggu kau kat rumah mama kau. Menagis. Meracau. Dia tunggu kau kat rumah mama kau dekat setahun bro. Kau yang ego. tak nak balik langsung. Merajuk konon.” Itu hakikatnya.

Luth Mikail tahu tentang itu. Betapa dia sedih mendengar cerita dari mamanya. Marissa meraung-raung mencari Luth Mikail. Marissa menagis, Marissa tidak terurus. Lebih-lebih lagi jiwa Marissa tertekan bila Dato Zakuan meninggal dunia setelah mengetahui Marissa kembali mencari Rayyan Haikal.

“Apa perlu aku buat dude?”

“Cuba berlembut sikit. Didik hati kau sendiri. Cuba terima cinta dia perlahan-lahan.”

Angguk.


************************************


Wajah lena Marissa Adeline ditenung lama. Marissa Adeline terlena di atas sofa di ruang tamu rumah Luth Mikail. Rambut yang menutupi wajah Marissa diselak sedikit. Hidung Marissa yang mancung di sentuh. Bibir Marissa yang merah di sapu dengan jari. Mata Luth Mikail dipejam. Nafas di hela.

“I love you sayang,” dibisikkan di telinga Marissa Adeline yang sedang tidur.

Tiba-tiba tubuh Marissa bergerak.

“Awak, baru balik.?”

Luth Mikail terkejut. Janganlah Marissa dengar tadi.

“Awak, saya tak sempat makan ubat lagi. Saya cari plastik ubat tak jumpa. Kat mana awak letak.”

Luth Mikail terpinga-pinga.

“Alamak” Dahinya ditepuk.

“I tertinggal dalam kereta. Jap, I ambilkan.” Luth mencapai kunci kereta terus keluar ke ruang parkir rumahnya.

Senyuman terlakar di bibir merah Marissa Adeline. Telinga masih jelas mendengar kata-kata Luth Mikail sebentar tadi.. Dia pasti, Luth Mikail masih sayangkannya. Masih terasa sentuhan Luth Mikail pada wajahnya.

Bukan senang nak pura-pura tidur tau! Sikit lagi nak kantoi.!

Luth Mikail menghulurkan segelas air putih dan beberapa biji ubat penahan sakit dan antibiotik. Marissa mengambil lalu memasukkan ke dalam mulutnya. Air putih di teguk.

“Terima kasih awak.”

“Hmmm…” Gelas yang dihulurkan Marissa Adeline diletak di atas meja.

“Awak, saya tidur kat bilik bawah je malam ni. Kesian kat awak nak angkat saya naik atas,” Marissa meminta kebenaran.

“Ikut suka hati you lah. I tak kisah,”Luth Mikail berlalu pergi meninggalkan Marissa termangu di atas kerusi.

Aik, angin apa pulak orang tua ni. Tadi elok je. Takkan puting beliung lagi kut.!!

Marissa cuba berdiri. Kaki yang sakit menyukarkan pergerakkannya. Dia berpaut pada kerusi-kerusi yang ada di ruang tamu itu untuk memudahkan pergerakkannya ke bilik. Marissa perlu mandi dan membersihkan diri.

“Ouchhhh……. “ Terasa kesakitan di kakinya apabila memijak lantai.

Mendengar jeritan Marissa Adeline, Luth Mikail mengintai dari tingkat atas. Dilihatnya, Marissa Adeline terhinggut-hingut sambil sebelah kakinya diseretkan.Betapa sukar melihat wanita itu bergerak dengan kakinya yang berbalut. Hati ingin membantu, tetapi akal tetap melarang. Takut. Takut getaran di dada berdetak semula. Takut hati yang cuba dikeraskan mencair bak ais kala panas terik.

Kaki yang diseret, akhirnya sampai di dalam bilik. Pantas punggung dilabuhkan di birai katil. Tangan mencapai beg baju yang diletakkan Luth Mikail di atas katil. Baju dikeluarkan. Otak mencerna, bagaimana mahu ke bilik air yang terletak agak jauh di sudut bilik itu.

“Macam mana aku nak mandi ni.” Marissa Adeline mencari akal lagi.

Idea…!!!!

Tangan mencapai telefon bimbit.

+Assalamualaikum orang di atas. Orang kat bawah nak mandi. Help me please.
~ Marissa Adeline~

+Waalaikumsalam. I dah mandi. Kalau you nak mandi, mandilah sendiri.
~Luth Mikail~

+Macam mana saya nak mandi? Kaki saya sakit. Nak berdiri tak boleh.
~Marissa Adeline~

+Kaki you je sakit kan. Dua tangan boleh je bergerak tu.
~Luth Mikail~

+Alahhhhhh, tolong pimpin saya masuk toilet kejap. Kaki saya sakit sangat-sangat. Tak boleh pijak.
~Marissa Adeline~

+You ni, memang suka susahkan I kan. I nak tidur lah. Good nite.
~Luth Mikail~

+Awakkkkkkkkkkkk….. tolonglahhhhhhh. Pleseeeee…!
~Marissa Adeline~

Tiada jawapan. Marissa sudah berkira-kira mahu bangun menuju ke bilik air, pintu biliknya di buka dari luar.

“Cepatlah. I mengantuk ni. Nak suruh I buat apa?” Luth Mikail menghampiri Marissa. Muka kelat macam buah limau purut.

“Awakkkkkkkk, pimpin I masuk toilet eh. Awak tunggu depan toilet tu. Saya nak mandi kejap” Bijak Marissa Adeline.

“Apa hal I kena tunggu depan toilet pulak. I hantar you masuk toilet. Lepas tu, you mandi sendiri.”

“Awakkkkkkkkk…….” suara dimanjakan. Aduhhh, menggoda. Lagi Marissa. Goda lagi.

“You ni memang mengada-ngada kan.” Jantung Luth Mikail sudah berlari bagai larian si Tom dikejar Jerry.

Luth Mikail memaut bahu Marissa Adeline dan memimpinnya ke bilik air.

“Awak, tunggu sini tau. Kalau saya jatuh, saya panggil awak eh. Nah. pegang ni”

Apalagi si Marissa Adeline ni! Huluran dari tangan Marissa Adeline disambut juga.Terbuntang mata Luth Mikail. Marissa Adeline menyerahkan sehelai baju tidur dan sepasang “anak-anak’ kecil. Oh myy..!! Wajah merah bak udang dibakar. Marissa Adeline ni, agak-agaklah.

“Awak, jangan pergi mana-mana tau” kepala Marissa Adeline dijengulkan sedikit dari dalam bilik air. Memastikan Luth Mikail tidak berginjak dari situ.

“ Yer lah, Cepat. I mengantuk ni”

“Stay there.” Tambah Marissa Adeline lagi. Mata dikenyitkan.

Hailah hati, tenanglah.Luth Mikail masih tetap berdiri menunggu di luar bilik air. Seminit, dua minit, kaki mula terasa lenguh. Tubuh badan dibawa menyandar di tepi dinding. Barang-barang Marissa Adeline yang berada di tangannya ditenung.

Baju tidur fesyen apa macam ni! Hati mula berbisik.

Pantas tangan kanannya membuka lipatan baju. Baju yang bertali halus itu diangkat mengadap wajahnya. Bola matanya sudah membesar tahap maksimum.

Ini baju ke jala ikan!! Kepala yang tidak gatal di garu. Tangan cepat-cepat melipat kembali ‘jala ikan’ itu.

Sepuluh minit kemudian, pintu bilik air di buka. Hanya tangan yang ditadah keluar pintu.

“Bak baju dan barang-barang saya”

Luth Mikail menurut. Baju dihulur dengan tangan yang terketar-ketar.

Oh jiwa, tenanglah.!

Marissa Adeline keluar setelah siap berpakaian. Baju tidur satin bertali renda halus separa lutut berwarna hitam mencuri pandang Luth Mikail. Marissa Adeline memang nak tempah maut. Bukan salah Marissa Adeline, mama yang kemaskan baju dia tadi. Dalam hati, hanya Allah yang tahu. Betapa Marissa Adeline takut dengan suasana begitu.

Langkah kaki keluar dari pintu bilik air terasa sejuk. Mana tidaknya, lengan dan betis sudah terdedah. Bukan sejuk yang dirisaukan, tetapi pandangan mata Luth Mikail yang merimaskan Marissa Adeline. Luth Mikail memaut lengan Marissa lalu memapahnya ke birai katil.Setelah duduknya selesa, senyuman manis dilemparkan buat Luth Mikail.

“Terima kasih awak.”

Tanpa sahutan, Luth Mikail cepat-cepat beredar. Kaki dibawa berlari ke tingkat atas. Marissa Adeline tersenyum sendirian.

Yesss,.. aku berjaya.!! Marissa tersenyum lebar.


*************************************


Usai solat subuh, Marissa melipat telekung yang dipakai. Terhinjut-hinjut Marissa Adeline membawa kakinya ke birai katil. Badan menunduk, pelahan-lahan balutan kakinya di buka.

“Ouucchhh….. sakitnya.”

“ Dah tau sakit, kenapa you tak reti duduk diam”

Luth Mikail berdiri sambil menyandar di balik pintu. Tangan disilangkan ke dada rapat.

“Nak duduk diam macam mana, saya kena gerak la. Saya kan manusia. Bukan robot.”

Luth Mikail segak. Walaupun hanya memakai seluar track dan sehelai tshirt longgar,lelaki itu masih bisa mencuri hati seorang wanita bernama Marissa Adeline.

“Jom, I dah belikan sarapan. Kalau you rasa nak makan, jom la. Kalau you rasa nak duduk sini mengelamun sambil tengok luka kat kaki you tu, silakan.” Luth Mikail berkira-kira mahu beredar.

“Awakkkkkk… tolong.!” Marissa memanggil.Buat muka seposen.

“Malas, jalan sendiri.”

“Kedekut,!”

“ Do I care.?” Luth Mikail berlalu pergi.

Memang dasar hati batu betul la orang tua ni.!

Marissa terjengket-jengket menghampiri meja makan di dapur.

“Cantik dapur awak. Saya suka kombinasi warna hijau dan putih ni.” puji Marissa. Tangan menarik kerusi lalu duduk.

“Hmmmm…. thanks.”

“Bila awak beli rumah ni.?”

“Its been five years already. Tapi tak der orang duduk, so I biarkanlah kosong.”

Jeda.

Tangan Luth Mikail mencapai sekeping roti. Di sapu jem strawberry, lalu dibawa mulut.

“Awak, nak tuuu..” Mulut Marissa muncung.

Dahi Luth Mikail berkerut.

“Nak apa”

“Tuuuu…” Mulut memuncung lagi ke arah roti di tangan Luth Mikail.

“Ni?” sambil menunjukkan roti yang ada gigitannya.

Marissa angguk.

“Nah roti, sapu sendiri.” Luth Mikail menolak bungkusan roti ke hadapan Marissa.

“Tak nak, saya nak yang tu. Yang awak dah gigit tu.” Marissa merengek

“Eh you ni! Kan banyak lagi roti tu. Sapu sendiri la. Bukan tangan you yang sakit kan”.

“Tangan saya tak sakit, tapi tangan saya kotor. Tadi sapu ubat kat luka ni. Tak sempat nak basuh. Bolehlahhhh..” Marissa membuka mulutnya.

“Pleaseee…”

Haru kau Marissa.

Luth Mikail teragak-agak untuk menyuakan roti ke mulut Marissa.

Perempuan ni, karang kalau tak makan, sakit. Aku jugak yang susah!

Tanpa pilihan, Luth Mikail suakan juga roti ke bibir  itu. Bagai ikan yang merentap umpan, Marissa Adeline menggigit roti dari tangan Luth Mikail.

“Hhhmmmm… sedap la. Nak lagi.”

Hai la Marissa, agak-agaklahhh..!

“You, pergilah basuh tangan dulu. Boleh you makan sendiri.”

“Tangan saya tak sama tangan awak. Tangan awak suap, sedap.”

Marissa mula dah.! Sewel.

“Ishhhh you ni, dah la I nak mandi. Kejap lagi I nak keluar. You duduk rumah diam-diam”

“Awakkkk,… nak ikuttt. Saya boringlaa duduk rumah” tangan Marissa memaut lengan Luth Mikail, lalu digoncang.

“Pleaseee…. “ Marissa Adeline buat muka lagi.

“Tak boleh. Kaki you tak baik lagi. You nak jalan macam mana.?”

“Awak kan ada, boleh papah saya. Lagi suka kalau awak dukung. Ngeeee… “ Marissa Adeline sengih.

“Hello, you ingat you tu ringan ke? Suka-suka suruh I dukung, Berat tau tak,”

Mulut Marissa mencebik. Nyampah.

“ Dah la, I nak mandi.” Luth Mikail melepaskan tangan Marissa. Laju Luth Mikail mendaki tangga ke tingkat atas. Marissa berfikir sejenak.

Apa aku nak buat ni? Otak ligat berpusing. Kalau saya tak boleh keluar, awak pun tak boleh keluar wahai Luth Mikail.






***********************************************************




Luth Mikail turun dari tingkat atas. Tubuh di sarung sehelai Tshirt polo berwarna biru dikenakan dengan jeans. Simple. Kunci kereta dicapai, pintu utama rumah di buka. Luth Mikail berjalan menghampiri keretanya. Marissa Adeline yang duduk di kerusi di luar rumah hanya memerhati. Sengih.

Kejap lagi mesti bergema rumah ni.Satu, dua, tiga. Marissa Adeline mengira di dalam hati.

“Marissaaaaaaaaaaaa…….!!!!!!”

Ha sudah! Orang tua tu sudah memekak.

Marissa Adeline buat tuli. Duduk silanya di atas kerusi di taman itu dibetulkan. Mata merenung beberapa biji pasu yang tertanam bunga. Bunga lalang.!

Luth Mikail mencari-cari kelibat Marissa Adeline. Muka sudah merah menahan geram. Dari bilik bawah hingga ke dapur, kakinya merayap mencari wanita itu. Kemarahan di hati perlu dilepaskan. Akhirnya, dia terpandang tubuh Marissa Adeline sedang duduk di atas kerusi di tepi laman. Marissa Adeline dihampiri.

Kedua-dua tangan sudah berada di pinggang. Mata sudah dikecilkan. Gigi diketap.

“Kenapa you pancitkan tayar kereta I.”

Marissa Adeline bangun berdiri. Tubuh Luth Mikial yang menghalang laluannya, ditolak sedikit. Kaki diseret menuju ke pintu masuk.Marissa Adeline sengih. Dua jari diangkat. Peace!

“Nak keluar, kena bawak saya. Kalau tak, kita sama-sama duduk rumah. Adilkan?” Marissa Adeline senyum.

“Ishhh.. you ni. Satu kerja pulak I nak kena pam balik tayar tu, kalau satu ok la. Ni empat tayar you buangkan angin Marissa?”

“Do I care, old man?”

Marissa Adeline memulangkan paku buah keras. Marissa berjalan terhencut-hencut masuk ke dalam rumah.

Ambik kau, buku dah bertemu ruas. Gamat lahhhh….!!

Tak padan dengan kaki sakit.! Luth Mikail merungut.

10 comments:

  1. Senget la wahai marissa... luth ni ego la pulak.. hishhh...

    ReplyDelete
  2. sikit lagi ego si luth akan runtuh..!!

    ReplyDelete
  3. Kikiki zibra dua2 memang senget but so suit lak rasa adoi ai c Luth nie udah2 a tu geram lak tau

    ReplyDelete
  4. heheeehe... udah-udah lerrr ehhh..!! kita tggu scene Marissa merajuk. Luth sakit nyawa nk pujuk..

    ReplyDelete
  5. Hahaha... Marissa mmg childish skit dlm bab merajuk ni... kira Luth mmg hati wajalah melayan karenah Marissa ni... kalau reality kalau over mengada ni mmg lama dah kena dump ni...

    ReplyDelete
  6. hahaha....so cute la duan org ini.....

    ReplyDelete
  7. Bes citer ni.. berjage smpai pagi abiskn smue tajuk, cepat smbung writer.. x sabar dah ni..

    ReplyDelete
  8. Bes citer ni.. berjage smpai pagi abiskn smue tajuk, cepat smbung writer.. x sabar dah ni..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Ada kat tmpat lain ke cerita ni?best..

    ReplyDelete