Sunday, 15 February 2015
Cinta Adeline - Prolog
Luth Mikail membelok masuk ke perkarangan banglo. Dia memberhentikan keretanya, menarik brek tangan. Enjin di matikan. Luth Mikail duduk seketika. Apa yang harus dilakukan? Wajarkah Luth memberitahu Marissa Adeline tentang apa yang dia dapat dari penyiasat persendiriannya. Dia tahu, Marissa memang menunggu saat itu. Rayyan Haikal. Ya, insan pujaan hati Marissa Adeline. Tapi, bagaimana dengan hati seorang Luth Mikail. Selama 6 bulan ini, hatinya sudah tertambat pada Marissa Adeline. Wajah Marissa di merata-rata. Cinta Luth Mikail hanya pada Marissa Adeline. Luth Mikail kusut. Demi sebuah janji Luth Mikail, dia terpaksa tunaikan.
Luth Mikail menghela nafas panjang. Pintu kereta di buka. Keluar dari kereta menuju ke pintu utama banglo.
“Luth baru balik?” Dia di sapa mamanya, Puan Seri Rohana.
“Ya mama. Sunyi je rumah. Mana Adeline ma?” Luth menghampiri Puan Seri Rohana. Tangan tua itu diambil dan dikucup. Luth Mikail seboleh-bolehnya cuba menyembunyikan gusar di hati. Takut mamanya bertanya lebih-lebih pulak.
“Adeline baru je naik atas Luth. Tadi dia buat roti sarang lebah katanya. Sedap jugak. Dia pegi mandi, bersihkan diri. Nak tunggu kamu balik.”
Ya, Adeline memang istimewa. Walaupun baru berusia 20 tahun, Adeline pandai memasak. Serba serbi jenis masakan dicubanya. Yang hairannya, walau baru pertama kali mencuba sesuatu resepi, Adeline pasti akan berjaya membuatnya. Sedap pulak tu. Mungkin air tangan Adeline yang sedap kut. Anak Dato Zakuan dan Datin Zakiah ini memang istimewa.
Luth Mikail melangkah mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Briefcase dijinjit. Lengan baju kemeja sudah di lipat. Tali leher juga sudah dilonggarkan. Namun fikiran masih kusut. Luth merapati daun pintu yang sedikit terbuka. Mana Adeline ni? Bisik hatinya.
Daun pintu di tolak. Tangan masih memegang tombol pintu.
“Sayang,?” Sepi. tiada jawapan.
Perlahan Luth Mikail masuk. Atas katil, kemas. Tiada penghuni. Bilik air, kosong. Sofa? No body.
Tiba-tiba terlihat sekujur tubuh sedang berbaring di balkoni biliknya.
“Sayang,” Tiada sahutan. Luth Mikail melangkah menuju ke balkoni. Duduk bertinggung di tepi Marissa yang sedang lena tidur. Diperhati wajah polos itu. Alis mata yang terbentuk cantik. Hidung mancung, lesung pipit di pipi menambahkan kemanisan wajah gadis di hadapannya. Rambut panjang yang berombak bisa menggetarkan jiwa lelaki Luth Mikail. Semua tentang Marissa Adeline amat menarik pada Luth Mikail. Tapi sayang, hati Marissa Adeline bukan untuk Luth Mikail.
Luth Mikail menyentuh pipi Marissa Adeline. Terkesan dengan sentuhan tangan seseorang, Marissa membuka matanya. Tersenyum. Comel sungguh.
“Abang, sorry, Rissa tertidur. Abang dah lama balik” Soal Marissa terpisat-pisat menggosok mata.
“Kenapa sayang tidur sini? Kan sejuk lantai ni. Sini pun angin kuat,” tangan Marissa di ambil. digenggam. Dibawa ke bibir, lalu di kucup. Lama.
“Abang, kenapa ni?” Marissa pelik.
Marissa bangun. Tangan ditarik dari genggaman Luth Mikail. Rambut yang kusut dikemaskan.
Orang tua ni, tak boleh bagi lebih-lebih. Karang pelik jadinya! Rungut Marissa di dalam hati.
“Sayang, stay” Luth Mikail rapat. Tubuh genit gadis itu dibawa dalam pelukannya. Erat. Luth Mikail cuba menyalurkan rasa cinta, kasih dan sayang pada Marissa Adeline. Mustahil. Mustahil akan terjadi.
Marissa semakin pelik. Sesak nafasnya dipeluk begitu. Cuba meloloskan diri, tetapi tangan sasa itu kuat memeluknya. Dia tiada pilihan. Redha buat seketika. Lagipun, Luth Mikail hanya memeluk. Bukan mereka tidak pernah berpelukkan sebelum ini.
Kalau dia nak buat lebih-lebih, aku bukak silat gayung nanti.! Marissa mengomel di dalam hati.
“Sayang, abang dah jumpa Rayyan Haikal. Saufi, penyiasat persendirian abang dah bagitahu abang alamat tempat tinggalnya.”
Bukkk……. Ambik. Semua Luth Mikail lontarkan dalam satu nafas.
Wajah Marissa ceria.
“Abang, betul ke?” Marissa tersenyum girang. Lagak seperti kanak-kanak baru dapat gula-gula.
Luth Mikail mengangguk.
Marissa memeluk pinggang Luth Mikail. Kepala dilentokkan di dada Luth Mikail.
“Terima kasih abang. Terima kasih kerana faham Rissa.” ujar Marissa. Ikhlas.
Ubun-ubun Marissa dikucup. Lama dua batang tubuh itu berpelukan di balkoni bilik. Sepi. Sepi kerana selepas ini masing-masing akan membawa haluan sendiri.
“Tadi mama kata sayang ada buat roti sarang lebah. Abang nak rasa boleh?” Suara Luth Mikail mematikan lamunan Marissa.
Marissa menganguk.
“Lepas mandi, abang nak rasa. Mana tau, mungkin ini kali terakhir abang rasa air tangan sayang.” ada nada sedih mengiringi kata-kata Luth Mikail. Marissa tunduk.
“Abang, maafkan Rissa. Rissa tak boleh,” Marissa sesal.
“Abang faham sayang. Kan abang dah janji pada sayang, abang tunaikan. 6 bulan Risa bersama abang, abang cukup gembira, sayang. Terlalu sukar untuk abang padamkan kenangan 6 bulan ini.”
Hati Luth Mikail menjerit. Sayang, jangan pergi dari abang!
****************************************************************************
Marissa bersiap ala kadar. Skirt labuh berwarna kuning air, dipadankan dengan blous berwarna biru tersarung tubuhnya. Rambutnya yang ikal dihujung dilepaskan. Dia mahu kelihatan cantik di mata Rayyan Haikal. Ya, Rayyan Haikal. Insan yang berjaya memenangi hati Marissa Adeline.Sudah 6 bulan Rayyan Haikal hilang jejak. Selama 6 bulan itulah Marissa Adeline menjadi sasau. Mencari Rayyan Haikal di merata tempat. Nasib, dengan pertolongan Luth Mikail, akhirnya, Rayyan Haikal dapat di jejaki. Marissa ingin berjumpa dengan Rayyan Haikal. Ingin menerangkan apa yang terjadi kepadanya. Dia rindu Rayyan Haikal. Bukan sedikit masa yang di ambil Marissa Adeline untuk menyulam cinta bersama Rayyan Haikal. Sudah 2 tahun mereka bercinta.
“Sayang dah siap?”
Angguk.!
Tubuh Marissa dirapati Luth Mikail.Cantik. Detik hatinya.
Marissa senyum. Manis.
“Selepas Abang hantar sayang di apartment Rayyan Haikal, abang kena pergi tau. Abang ada kerja sikit. Abang Saufi akan tunggu sayang di sana.Apa-apa, sayang call abang Saufi tau.” Luth Mikail berpesan.
“Abang jangan risau. Rissa tak apa-apa”
“Sayang kan kesayangan abang, mesti lah abang risau.” Nada berseloroh, tapi hakikatnya, itu lah kebenaran.
“Abang, kan abang dah janji pada Rissa kan. No heart feeling ok.” Marissa mengingatkan Luth Mikail.
Luth Mikail tersenyum. Jemari Marissa di ambil dan di kucup.
“Sayang, boleh abang peluk?”
Angguk.
Mungkin ini pelukan terakhir mereka. Masing-masing sepi melayan perasaan sendiri.
***********************************************************************
Luth Mikail memberhentikan keretanya di parkir sebuah condo. Menurut kata En Saufi, di sinilah Rayyan Haikal tinggal. Keluar dari kereta, Luth Mikail mendapatkan Marissa Adeline di tempat duduk sebelah. Pintu kereta dibuka. Marissa keluar.
“Sayang, abang tunggu sini sekejap tau. Sementara menunggu Abang Saufi datang. Sayang naiklah. Apa-apa call abang yer.” Luth berpesan lagi.
“Terima kasih abang. Maafkan Rissa. Halalkan segala makan minum Rissa bang.” Sebak dada Luth Mikail mendengarnya.
“Pergilah sayang.” Luth Mikail berpaling. Tidak mahu melihat langkah Marissa meninggalnya. Menghantar Marissa ke sini, seolah-olah menjerut lehernya sendiri.
Marissa melangkah masuk ke perkarangan condo itu, menuju ke lif.
Luth Mikail mencapai telefon bimbitnya.
“Abang Saufi, dah siap. Abang Saufi boleh datang ambil saya sekarang. Barang-barang saya jangan lupa.” tanpa salam, Luth Mikail memberi arahan.
Tangan menggagau mencari dashboard kereta. Passport di keluarkan. Kereta dikunci. Luth Mikail nekad. Nekad bertindak setelah Marissa menjumpai Rayyan Haikal. Itu janjinya pada Marissa Adeline dulu. Kalau dia tidak berjanji, sudah pasti Marissa Adeline tidak bernyawa lagi.
Kelihatan, Abang Saufi, penyiasat persendiriannya datang menaiki sebuah teksi. Saufi keluar dari perut teksi, mendapatkan Luth Mikail. Kunci kereta Luth Mikail bertukar tangan. Tangan Abang Saufi dijabat.Tubuh lelaki di hadapannya di peluk erat.
“Tuan, betul ke keputusan tuan ni?” Saufi menyoal.
“Ya Saufi, aku nekad. Aku tak mampu melihat Marissa bahagia di samping lelaki lain. Hati aku remuk Saufi. Sakit. Biarlah aku pergi dulu. Kau jangan bagitahu sesiapa kemana aku pergi. Biarlah masa dan keadaan tentukan.”
“Tuan dengan Puan Marissa macam mana pula”
“Bila tiba masa nanti, kita akan tahu keputusannya. Aku pergi dulu.” Luth Mikail memasukki perut teksi.
“Airport” beritahunya pada pamandu teksi itu.
************************************************************************
Sampai di hadapan pintu condo, Marissa ingin mengetuk. Matanya tertancap pada sepasang kasut wanita di balik pintu.
Siapa pulak ni? Setahu aku Rayyan tak da adik perempuan! Desis hatinya.
Tangan diangkat mengetuk pintu. Salam diberi.Tiada sahutan. Marissa memulas sedikit tombol pintu. Tak berkunci.
Nak masuk ke tidak. Marissa berkira-kira di dalam hati.
Akal menghalang, tapi hati teruja ingin bertemu kekasih hati di dalam. So, ikut hatilah. Masuk je. Marissa menonolog sendiri.
Condo sunyi. Macam tak de orang je. Hati Marissa sudah mula tidak sedap. Kenapa pintu tak kunci.? Marissa dah macam pencuri pulak.
Pintu bilik utama sedikit renggang. Marissa menolak sedikit. Ya Allah terkejutya dia dengan pandangan yang menyapa matanya.
“What the hell are you doing here?” seorang wanita berambut perang bertanya. Kasar. Perempuan itu hanya berselimut separas dada.
Eh, aku salah masuk rumah ke. Marissa jadi takut. Tiba-tiba pintu bilik air dibuka. Rayyan Haikal!
“Rissa?”
Marissa terkejut. Rayyan Haikal hanya bertuala separas pinggang. Marissa terkedu. Otak masih belum mencerna apa yang berlaku di hadapannya. Ya Allah.
“Apa you buat dengan perempuan ni Rayyan?” Suara Marissa terketar-ketar.
“Rissa, I can explain it. Please. Rissa duduk dulu.”
“Nooooo……. nothing to explain. Action speaks more that words. And both of you now, are here. With all the things off… Oh My..” Marissa berlari mahu keluar dari bilik itu, tapi tangannya sempat
dipegang Rayyan Haikal.
“Rissa, pleaseeeeee……… “ Rayyan Haikal merayu.
“Take off my hand. And no explaination, thank you.” Marissa berlari keluar dari pintu condo. terus mendapatkan lif, menekan butang G. Airmata di seka.
“Abang.” Hatinya merintih… Sebak. Inikah balasan dosa yang dilakukannya pada Luth Mikail.
Abang, maafkan Rissa abang. Abang…… Marissa mencari-cari kelibat Luth Mikail di parkir. Tiada. Abang Saufi menghampirinya.
“Puan, Tuan Luth suruh saya bawa Puan Marissa balik.”
“Abang Luth mana?”
Dia dah pergi.
Saat itu, Marissa rasa dunianya gelap. Mata hampir tetutup. Marissa jatuh menyembah bumi.
Labels:
Prolog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kesian luth.... rissa tak patut buat mcm tu... ;(
ReplyDeleteSentap.. .prolog yg bestπππ
ReplyDelete