Friday, 20 February 2015

Cinta Adeline - Bab 5





 “Masuk dulu Luth”

Datin Zakiah mempelawa Luth Mikail masuk setelah menghantar Marissa Adeline ke rumahnya.Luth Mikail hanya ingin menghantar sehingga di depan pintu sahaja, tetapi melihatkan wajah Datin Zakiah, Luth Mikail serba salah.

“Tuan Luth duduklah dulu, Saya nak mandi sekejap.” Marissa meminta izin setelah mereka masuk ke dalam banglo. Marissa Adeline memanjat tangga menuju ke tingkat atas. Luth Mikail hanya memerhati lenggok Marissa Adeline melalui ekor matanya.

“Macam mana Luth sekarang?” Datin Zakiah memulakan perbualan.Luth Mikail menghela nafas panjang.

“Macam ni la mama. So far, so good.”

“Luth, mama harap Luth boleh didik Marissa dengan baik. Mama bersyukur sangat Luth dah balik. Sekurang-kurangnya, ada orang nak tengok Rissa kalau mama tak der nanti.” Datin Zakiah mula sebak mengenangkan nasib anak tunggalnya.

“Ma, jangan cakap macam tu. InsyaAllah, Rissa ok. Luth akan jaga dia.”

“Luth, mama minta maaf pada Luth atas apa yang Rissa buat pada Luth dulu. Mama tak sangka Rissa boleh bertindak sebegitu nekad. Mama betul-betul tak sangka. Arwah papa juga terkejut sehingga terkena serangan jantung.” tersusun Datin Zakiah melontarkan kata-kata.

“Ma, semua tu takdir Ma. Kita sebagai hamba Allah kena terima dengan redha. Luth pun minta maaf sebab tak boleh didik Rissa dulu. Luth lemah. Luth lemah pada cinta Luth sendiri Ma. Terlalu inginkan kebahagiaan Rissa, Luth lupa bahawa Rissa adalah tanggungjawab Luth.”

Jeda.

“Mama harap, Luth boleh terima Rissa kembali. Mama kesian tengok Rissa. Dah lima tahun Rissa tunggu Luth.”

“InsyaAllah Ma, Luth cuba. tetapi bagi Luth masa.”

Marissa turun dari tingkat atas setelah lengkap berpakaian. Rambutnya yang panjang beralun, basah, dilepaskan. Tubuh di sarungkan dengan sehelai pijama berwarna pink. Walaupun menutup tubuhnya, pijama itu agak jarang. Terbuntang wajah Luth Mikail melihat Marissa Adeline. Wajah dikalihkan ke arah lain. Air liur ditelan.

Tunggu kau Luth!

“Rissa, buatkan air untuk Luth sayang.” arahan dari Datin Zakiah. Marissa Adeline yang baru hendak duduk di sebelah Datin Zakiah, bangun kembali menuju ke dapur.

“Eh, tak pe lah Ma, Luth dah nak balik.” Luth Mikail sudah penasaran.

“Luth, inikan rumah Luth juga. Kalau tak nak bermalam di sini pun, jamahlah air dulu.” Datin Zakiah memujuk.

Seketika kemudian, Marissa Adeline keluar dari dapur menatang sebuah dulung berisi secawan kopi di tangan. Lenggang lenggok yang sengaja dibuat-buat menyebabkann langkahnya agak perlahan.

Lantak la Marissa, janji tak terbalik dulang tu.!

Cawan diletakkan perlahan di atas coffee table. Punggung di labuhkan di sebelah Datin Zakiah.

“Rissa, berbuallah dengan Luth dulu yer. Mama nak solat sebentar.” Datin Zakiah mengangkat punggung lalu beredar memasuki biliknya.

Yesss! Ini sudah bagus.! Marissa Adeline senyum sendirian.

‘Tuan Luth, minumlah” Marissa Adeline mempamirkan gigi yang putih.

Jeng…jeng..!!!

Perlahan-lahan Marissa Adeline mengangkat punggungnya, di bawa ke tepi Luth Mikail lalu duduk di atas sofa di sebelah Luth Mikail. Dekat. Dekat sangat sehingga Luth Mikail boleh hidu haruman badan Marissa Adeline. Dengan selamba, Marissa Adeline menyilangkan kakinya yang gebu. Saja memancing perhatian Luth Mikail. Luth Mikail sudah tidak senang duduk.

“You,.. errrrr….kenapa ni..” Suara Luth Mikail sudah terketar-ketar. Dahi berkerut.

“Kenapa? Sajaaaaa….” Suara Marissa manja.

Duduk Marissa semakin rapat. Rapat dan rapat lagi. Wajah Marissa didekatkan ke wajah Luth Mikail. Marissa Adeline menyentuh wajah itu.

Jari jemari Marissa Adeline menyentuh mata Luth Mikail.

Luth Mikail pejam.

Jari telunjuk Marissa Adeline jatuh ke hidung Luth Mikail.

Luth Mikail sesak nafas.

Ibu jari Marissa Adeline mengelus lembut pipi Luth Mikail.

Jantung Luth Mikail seakan berlari 100 meter.

Jari lembut Marissa mendarat di bibirnya.

Luth Mikail terpana. Jantung berdegub bertambah kencang.
Marissa Adeline senyum. Senyuman yang paling manis buat Luth Mikail malam itu. Luth Mikail telan air liur.

Parah ni!!

“Errrrr… you. I nak pergi toilet.”

Bukkkkk… spoil mood betul la Luth Mikail ni. Tetiba pulak nak ke toilet Aisshhhh.. Marissa Adeline menyembunyikan senyumnya. Walau tindakan nya agak berani, tapi dalam hati, Hanya Allah yang tahu.

Luth Mikail cepat-cepat bangun. Langkah di hayun menuju ke bilik air. Bukannya untuk ke bilik air sahaja, tetapi lebih kepada mahu menenangkan hati apabila digoda Marissa Adeline. Luth Mikail mengurut dada.

Marissa Adeline tersenyum gembira. Nampaknya umpan dah mengena. Tiba-tiba mata tertancap pada sebiji kunci kereta di atas coffee table. Ini mesti kunci kereta Luth Mikail. Marissa Adeline mendapat akal. Lantas kunci itu diambil. Mata melilau memandang sekeliling. otak ligat berpusing mencari tempat  mahu menyorokkan kunci kereta Luth Mikail, agar Luth Mikail tidak akan balik malam ini. Otaknya sudah merancang mahu Luth Mikail bermalam di rumah mamanya sahaja.

Yesssss..!!

Otak Marissa Adeline memang berfungsi dengan baik. Kunci kereta  itu diselit di dalam anak bajunya yang berwarna merah. Dah macam orang tua dulu-dulu simpan duit je.!Confirm Luth Mikail tak jumpa. Senyum Marissa Adeline lebar. Marissa oh Marissa.!!

Sekembalinya Luth Mikail dari bilik air, dia duduk di kerusi di hadapan Marissa Adeline. Takut mahu duduk dekat-dekat.




“Errrmmmm … you I nak balik lah.Dah jauh malam ni.” Luth Mikail membuka mulut.

“Hmmm… ok.” Marissa Adeline selamba.

Luth Mikail bangun, menuju ke pintu utama. Marissa Adeline mengekorinya dari belakang. Sampai di keretanya, Luth Mikail meraba-raba poket seluarnya. Tak de!!

“Mana kunci kereta I ni.” Luth Mikail meraba poket seluar.

“You, ada jumpa kunci kereta I tak?” Tanyanya pada Marissa Adeline.

Marissa jongket bahu.

Luth Mikail kembali ke dalam rumah. Mencari di kerusi yang di dudukinya sebentar tadi. Tak jumpa.

Bawah coffee table. Tak jumpa.

Bawah pasu bunga atas meja. Tak jumpa.

Terus melangkah ke bilik air. Tak ada.

Tak kan jatuh dalam mangkuk toilet kut! Luth Mikail berfikir sejenak.

“You, tolong cari kunci kereta I kejap. I tak jumpa la” Pintanya pada Marissa Adeline.

“Tolong? Tak nak. Malas.” Marissa Adeline hanya berpeluk tubuh sambil bersandar di dinding.

“You, I nak balik ni. Tolong la kejap.” Luth Mikail panik.

“Tak nak….” Suara Marissa meleret.

Luth Mikail duduk. Tunduk.

Ishhhhh,.. mana pulak kunci kereta ni.

“You, I nak balik macam mana you.” Tanyanya pada Marissa Adeline.

“Tak payah balik.Tidur sini.” Selamba badak jawapan dari Marissa Adeline.

“Hahh.. you biar betul” Luth Mikail tercengang dengan jawapan Marissa Adeline.

“Betullah, takkan saya nak suruh awak tidur kat masjid depan tu pulak.”

“Serius la you. You amik kunci kereta I kan.?”

“Saya ambik? Ada ker? hmmmm…. Marissa Adeline menggaru kepala.”

“You, bagilah balik.” rayunya pada Marissa Adeline.

“ Kalau awak nak tahu mana saya sorok kunci kereta awak, ikut kena saya naik atas.” Bisik Marissa Adeline ke telinga Luth Mikail. Menggoda.

“Hmmmm… tak pelah. I call Zariff.” Luth Mikail yakin sahabatnya akan datang menjemput.Poket seluar slack Luth Mikail diraba lagi.

“Allah” Dahi ditepuk. Telefon bimbit Luth Mikail tertinggal di dalam kereta. Aduhh… Luth Mikail mengeluh.

No choice.!

Marissa sudah tersenyum. Menang,!!

“So, nak kunci kereta tak? Jom ikut saya naik atas.”
Marissa Adeline memanjat tangga ke tingkat atas. Luth Mikail mengekor dari belakang. Sekali sekala matanya terganggu dengan lenggok Marissa Adeline di hadapannya. Pandangan mata terhidang dengan jamuan yang agak meresahkan hati Luth Mikail. Adusss.. sabar..!!

Marissa Adeline membuka pintu. Luth Mikail masuk mengekori langkah Marissa Adeline. Marissa Adeline menutup pintu. Mengunci. Ah sudah… Luth Mikail terperangkap.

“You, cepat bagi kunci kereta I.” Rayu Luth Mikail.

Marissa Adeline merapati tubuhnya dengan tubuh Luth Mikail.Wajah didekatkan. Terasa dekat benar hingga deruan nafas Marissa Adeline dapat dirasai Luth Mikail.

“ Kunci kereta awak ada kat badan saya,” Bisik Marissa Adeline ke telinga Luth Mikail.

Gulpppp!! Luth Mikail telan air liur.

“Cuba lah cari” Jari telunjuk didaratkan di dada Luth Mikail yang berlapik dengan kemeja. Hati Luth Mikail tidak keruan.

Dugaan apakah ini.Ya Allah, selamatkah aku,! Jerit Luth Mikail di dalam hati. Poyo!!!



***********************************************************


Terpisat-pisat Marissa Adeline bangun pagi itu. Mengeliat. Tiba-tiba otak mencerna kembali peristiwa malam tadi. Luth Mikail! Sofa yang terletak di hujung katil, kosong. Mata terarah pada satu figura manusia yang sedang duduk bersandar di atas sebuah kerusi di balkoni biliknya.

Kat situ rupanya dia!

Marissa Adeline meraba-raba dada. Kunci kereta yang disimpan semalam sudah tiada.

Aisshhhhhh, ni mesti orang tua ni dah ambik! Marissa Adeline senyum sendirian.

Kaki diturunkan dari katil, melangkah perlahan menghampiri Luth Mikial. Rambut yang kusut, disanggul satu. Luth Mikail yang sedang mengelamun, langsung tidak menyedari kehadiran Marissa Adeline di situ. Terlau asyik Luth Mikial meneliti dada langit yang masih gelap. Fikirannya menerawang entah ke mana.

“Morning,” Marissa Adeline menyapa.

Luth Mikail menoleh. Tiada sahutan. Marissa Adeline merapati. Marissa Adeline berdiri betul-betul di belakang Luth Mikail.

“Boleh tak jangan duduk dekat-dekat dengan I.” Luth Mikail bersuara.

“Kenapa pulak. Tak salah kan“ Marissa Adeline menyoal.

“Salah memang tak salah. Masalahnya, you tu tak mandi lagi. Dan I , dah ada wuduk. I tunggu you bangun, nak solat subuh sama-sama. I tengah tunggu azan, cepatlah.”

Marissa Adeline sengih. Cepat-cepat kaki dibawa ke bilik air di dalam biliknya. Selepas membersihkan diri, Marissa Adeline ingin keluar, tetapi, Marissa Adeline lupa membawa masuk bajunya.

Aishhhhhh, takkan nak keluar pakai tuala ni.! Rungut Marissa Adeline di dalam hati.

Pintu bilik air dibuka sedikit. Luth Mikail sedang duduk di atas katil. Andai Marissa Adeline keluar begini, pasti Luth Mikail akan perasan. Marissa Adeline menggaru kepalanya. Malam tadi bukan main berani lagi Marissa Adeline menggoda Luth Mikail. Bila dah pagi macam ni, takut pula. Nasib Luth Mikail masih bertahan. Luth Mikail terlena di atas sofa putih di dalam bilik Marissa Adeline. malam tadi

Otak berfikir. Fikir Marissa. Fikir!

Akhirnya, yes!

“Awak, saya nak keluar. Awak tutup mata yer” Aik, tetiba suruh Luth Mikail menutup mata.

“Kenapa pulak nak tutup mata,” soal Luth Mikail.

“Saya lupa bawak baju masuk. Ni saya nak keluar ambil baju. Awak jangan tengok tau. Tutup mata tu.Saya malu.” Marissa Adeline berterus terang.

“Malam tadi you tak malu pun.” Luth Mikail turun dari katil menuju ke bilik air. Pintu bilik air yang terenggang sedikit itu dirapati.

Ahhh, sudah Marissa!

“Awak, jangan dekat.” Marissa Adeline telan air liur.

“Kenapa tak boleh dekat. Semalam you dekat, boleh je” Luth Mikail menguji.

“Tadi you kata, tak boleh duduk dekat dengan you.”

“Tadi you belum mandi. Sekarang dah mandikan. So, bolehlah dekat.” Luth Mikail mengusik lagi.

“Tak boleh, kita tak solat subuh lagi. Nanti terbabas.”

“So, lepas solat subuh boleh dekat lah yer.” Luth Mikail menolak daun pintu.Terbuntang mata Luth Mikail melihat pemandangan yang menyapu matanya. Tetapi, cuba beriak selamba. Niatnya hanya mahu mengusik Marissa Adeline.

Semalam berani sangat.!
Marissa Adeline yang hanya bertuala dari paras dada hingga ke lutut itu diperhati. Mata dibuntangkan agar Marissa Adeline takut.

“Awak, jangan macam-macam. Subuh ni.” Suara Marissa ketakutan.

“Kenapa, you takut ke? Apa salahnya subuh pun.” usik Luth Mikail.

“Errrrrrrr…… “ Suara Marissa Adeline terketar-ketar.

Luth Mikail semakin rapat.

“Semalam cerdik sangat sorok kunci kereta I. You ingat I tak boleh ambil balik ke kunci kereta tu. Kalau tidur macam you yang langsung tak dengar bunyi guruh sekalipun, apa pun I boleh buat tau,’
Gulpppppp, Luth Mikail dah ambil balik kunci kereta dia.Marissa Adeline tak boleh bayangkan bagaimana Luth Mikail mengambil kunci itu.

Oh tidakkkk!!! Mata terpejam. Maluuuuu..!!

Marissa Adeline senyum kelat. Tangan dibawa menyilang menutup dada. Dah paras bahaya ni!

“Memang saya cerdik pun, tapi malam je. Dah pagi macam ni, otak saya belum aktif lagi.” Marissa Adeline loyar buruk.

Azan subuh berkumandang dari masjid berdekatan. Luth Mikail tersedar. Dia terlalu rapat dengan tubuh Marissa Adeline. Nasib tak tersentuh Marissa Adeline. Kalau tidak, kenalah berwudhuk kembali.

Kaki diundurkan ke belakang sedikit. Marissa Adeline lega.

“ Cepat, dah azan. Kita solat subuh dulu. Lepas tu bersiap. I kena balik rumah I dulu. Salin baju. lepas tu kita ke office sama-sama.” Luth Mikail melangkah keluar dari bilik air meninggalkan Marissa Adeline.

Cepat-cepat Marissa Adeline keluar dari situ menuju ke almari pakaiannya. Selepas mengambil apa yang perlu, Marissa Adeline berlari masuk ke dalam bilik air semula.

Marissa Adeline. Nakalnya tidak boleh dijangka. Luth Mikail tersenyum sendirian. Selama lima tahun Luth Mikail sunyi. Sunyi tanpa Marissa Adeline. Hatinya kosong tanpa Marissa Adeline.

Ya Allah, Engkau tetapkanlah dia untuk ku. Doa Luth Mikail di dalam hati.




****************************************************************



Luth Mikail tersenyum teringatkan kisah malam tadi di rumah Datin Zakiah. Betapa bersungguh - sungguh dia menahan godaan . Langsung tidak menyangka Marissa Adeline senakal itu. Sedikit demi sedikit hatinya tercuit. Pagi tadi, terpaksalah dia balik ke rumahnya terlebih dahulu untuk menukar pakaian. Marissa Adeline yang menumpang keretanya, dilarang keras oleh Luth Mikail untuk masuk ke dalam rumah. Takut. Takut terlambat ke pejabat sebenarnya.

Pintu bilik di ketuk.

“Masuk” Luth Mikail bersuara.

Terpacul wajah Marissa Adeline di balik pintu. Sehelai blous berwarna pink di padankan dengan palazo putih, menyerlahkan keayuan Marissa Adeline. Senyum manis terukir di bibir.

“ Ya, Marissa. Anything,” Luth Mikail sudah tidak mampu bertentang mata dengan Marissa Adeline. Wajah ditundukkan memandang beberapa keping dokumen di atas meja.

“Tuan Luth, boleh terangkan pada saya, some points dalam presentation ni tak? Ada few yang saya tak berapa faham.

Marissa Adeline sudah menghampiri meja Luth Mikail. Sekeping kertas dihulurkan kepada Luth Mikail. Luth Mikail mengambil,  dari tangan Marissa. Meja besar Luth Mikail membataskan pergerakan Marissa Adeline untuk mendengar penerangan dari Luth Mikail.

“Kejap-kejap Tuan Luth.” Marissa Adeline cepat-cepat bergerak menghampiri Luth Mikail. Marissa Adeline berdiri betul-betul di sebelah Luth Mikail.Dekat lagi.

Tenang Luth Mikail. Rilek!

Marissa Adeline menumpukan perhatian sepenuhnya pada penerangan Luth Mikail. Tetapi, Marissa Adeline yang seorang ini, memang panjang sungguh akalnya.

“ Kaki saya lenguh la berdiri lama-lama” Marissa Adeline sudah memulakan dramanya. Kepala tertoleh-toleh mencari kerusi untuk duduk. Ada, tapi di depan sana. Lambat sangat nak angkut ke sini. Berat pulak tu.

Akal Marissa Adeline panjang lagi. Dengan pantas Marissa Adeline melabuhkan punggungnya di atas riba Luth Mikail. Terkejut Luth Mikail. Kaku. Bisu.

“Awak, cepatlah sambung.” Marissa Adeline sengih.

Marissa Adeline menoleh ke arah wajah Luth Mikail.Kepala dibengkokkan sedikit. Jarak wajahnya dengan wajah Luth Mikail terlalu dekat. Luth Mikail ternganga. Terkejut. Dahi berkerut. Mata melirik pada punggung Marissa Adeline yang berada di atas ribanya.

“Hehhehehehe,.. kaki lenguh. Nak tarik kerusi, tak larat dah. Tumpang duduk sini ye,” Dua jari di angkat. Peace!

Luth Mikail kematian kata-kata tetapi tetap meneruskan juga, walau terasa berat bebanan di atas ribanya. Marissa Adeline makin selesa. Tiba-tiba pintu pejabat Luth Mikail di ketuk.

Oppssss… kacau betul lah! Marissa Adeline bangun. Cepat-cepat berdiri di sebelah Luth Mikail. Baju dan seluar yang berkedut, dibetulkan sedikit. Muka selamba.

“Masuk,” Luth Mikail tenang.

“Luth, tengah hari jangan lupa kita kena pergi Subang untuk tender Perkasa.” En Kadir melangkah masuk. Nasib En Kadir mengetuk pintu dahulu, kalau tidak , nayalah Luth Mikail dan Marissa Adeline.Mau kecoh satu Idaman Holdings ni.

“Oh ya, nasib kau ingatkan aku. Kalau tidak, memang lupa habisla. Tengah siapkan presentation dengan Marissa ni.Anything else?” Luth Mikail menyibukkan diri memeriksa helaian demi helaian kertas di atas meja.

“Ooooo,.. dicussion eh. Sorry, aku ganggu. Aku keluar dulu. Kau jangan lupa pulak eh,” En Kadir mengingatkan lagi. Kaki dihayun keluar lagi bilik Luth Mikail. Setelah En Kadir menutup pintu, Marissa Adeline dan Luth Mikail menghembus nafas lega.

“Fuh..” Luth Mikail lap peluh. Marissa Adeline tersengih.

“Ouucchhhh…” Luth Mikail cuba untuk bangun. Tetapi terduduk semula.

“Kenapa Tuan Luth?”Marissa Adeline cemas.

“Kaki I sakit. Lenguh. Tadi ada panda duduk atas riba I. berat sangat.”

Muka Marissa Adeline merah padam.

Nak kata aku berat lah tu.! Pijak kaki karang! Marissa Adeline berlalu keluar. Geram.

Luth Mikail ketawa. Puas, boleh kenakan Marissa Adeline.


************************************************************


“Marissa, tengah hari temankan I ke Subang. En Kadir tak boleh attend pulak. Dia ada urgent meeting.” Suara Luth Mikail terdengar di interkom.

“Baik Tuan Luth. Pukul berapa?”

“ Macam biasa, sharp 1. With my car.” Luth Mikail memberi arahan.

“Hmmm… Tuan Luth. naik kereta sayalah. Saya tak suka naik kereta awak tu, Kecik.”

“Eh you. Suka-suka je kata Nissan Skyline Gtr tu kecik eh. Mahal tau..!!” Luth Mikail sebal. Geram. Pantang sungguh dia kalau orang komen pasal  kereta dia.

“Alah Tuan Luth, kali ni je. Lagipun kereta saya dah ok. So, sebagai tanda terima kasih saya pada Tuan Luth, hari ni, I am your driver? boleh?”

“Whatever lah Marissa”

Yessss… Marissa Adeline senyum lagi.Next plan.!

Luth Mikail dan Marissa Adeline berjalan beriringan menuju ke parkir kereta. Luth Mikail menggeleng kepala.

Kenapalah aku setuju naik kereta minah ni.! Rungut Luth Mikail.

Setelah masuk ke dalam kereta, enjin dihidupkan. Radio di buka. Seat belt ditarik.

“Tuan Luth. Pakai seat belt tu. Saya ni laju bawak kereta tau.” Marissa Adeline yakin je. Luth Mikail menurut. Seat belt dipasangkan. Luth Mikail duduk diam sambil memerhati jalanraya. Jalan ke Subang agak sesak. Kereta Marissa Adeline bergerak macam kura-kura. Wajah Luth Mikail di sebelah dipandang. Tidur.

Mana aci dia tidur. Aku pulak kena bawak kereta. Ishhh..! Marissa Adeline geram. Akal nakal datang lagi. Perlahan-lahan tangan menyentuh lembut peha Luth Mikail yang sedang lena tidur di sebelah. Berani betul Marissa Adeline. Dalam berani Marissa Adeline, tangan sebenarnya, terketar-ketar.

Luth Mikail yang pura-pura tidur, membuka matanya sedikit.

“Marissa Adeline, gear bukan kat situ.” Terkejut Marissa Adeline.

“Ingatkan awak tidur.” Marissa Adeline menarik tangannya.

“Kalau duduk berdua dengan you ni, memang kena hati-hati.” Luth Mikail selamba.

Marissa Adeline buat pekak je.

“Yer lah, mana aci. Awak tidur. Saya bawak kereta. Awak boraklah dengan saya”

“Tadi kan I dah kata, naik kereta I, you degil. So, you nak salahkan I pulak ke”

“Alah, sekali sekala naik kereta saya, tak salahkan. Keta saya best apa.”

“Best la sangat. Nanti balik, biar I yang drive. You drive macam siput. Kata bawak laju. Laju lagi siput bergerak kut.”

“ Awakkk,.. kan jammed depan tu. Of course ler siput. Awak nak suruh saya ikut celah mana pulak nak bagi laju macam roket.” Marissa Adeline sudah sebal.

“ Kalau dah perempuan tu, perempuan jugak. Bawak kereta tersungguk-sengguk” Luth Mikial menyindir.

“Hello mister. ini perempuan bukan sembarangan perempuan tau. Ini perempuan, serba serbi boleh.”

“Serba serbi boleh  konon. boleh apa?Apa yang you boleh buat.” Luth Mikail melawan lagi.

“Macam-macam saya boleh buat. Yang penting, saya boleh kembalikan suami saya balik. “

Duppppppppp… Luth Mikail terpempan. Marissa Adeline yakin. Wajah Marissa Adeline dipandang. Ada riak sedih diwajahnya.

Sekali lagi Luth Mikail kehilangan kata-kata.

3 comments:

  1. sorang nak menggoda, sorang lg nak tergoda...
    alahaiii rissa sedih la pulakkk... go rissa buktikan pd luth...

    ReplyDelete
  2. Adoi memang padanlah kedua-dua ni...ego.

    ReplyDelete
  3. Hahahaha.... Nottynya Marissa nasib la KO luth

    ReplyDelete