Awal pagi Marissa bangun. Bersiap. blouse berwarna pink di pakaikan ke tubuhnya. Dipadankan dengan skirt labuh potongan kembang berwarna putih. Shawl dililit di atas kepala. Blazer disarung di luarnya. Bibir dioles sedikit dengan lip bum. Lipstik? No, Marissa memang tak gemarkan make up. Badan di semburkan sedikit dengan Parfume Channel. Beg tangan Coach Duffle berwarna kuning dicapai dari atas katil dan disandang dibahunya. Langkah kaki pantas menuruni tangga.
“Ma, Rissa pergi dulu,” menyapa mamanya yang sedang menyiram pokok bunga di luar rumah.
“Rissa, lawa anak mama hari ni? Kalau tambah senyum sikit lagi, karang datang pulak semut hurung.” Datin Zakiah merapati anaknya. Langkah terhenti dihadapan Marissa, seraya memeluk tubuh genit itu.
“Aik ma, kenapa semut nak hurung pulak.?”
“Sebab anak mama manis sangat.” tersengih Marissa mendengar pujian ibunya.
“Ma, nanti nak tengok semut mana yang nak hurung sangat anak mama ni.” hati teringatkan Luth Mikail di pejabat. Entah terkesan ke tidak Luth Mikail dengan senyuman manis seorang Marissa Adeline.
Marissa berlalu, enjin buah hati kesayangannya dihidupkan. Beetle Wolksagen berwarna merah itu hadiah dari arwah papanya 5 tahun lalu. Sayang sangat.
Marissa masuk ke dalam kereta, mengundurkan sedikit lalu keluar dari pagar banglo rumah. Datin Zakiah hanya memerhati anak gadis tunggalnya. Lindungilah dia Ya Allah.
Telefon bimbit berbunyi.
“Assalamualaikum Ana,” Puan Sri Rohana di talian.
“Waalaikumsalam kak Kiah. Apa khabar kak?” Puan Sri Rohana memulakan bicara.
“Akak sihat Ana. Yang tak sihat, Si Marissa tu. Dia dah jumpa Luth semalam.”
“Macam mana kak? Agak-agak hujung tahun ni kita boleh timang cucu tak?” Puan Sri Rohana tak sabar.
“Entah la Ana, kita tunggu dan lihat bagaimana Rissa nak pikat Luth tu balik. Bersemangat dia ke pejabat hari ni. Ceria sungguh.”
“Iyer..” terdengar suara Puan Sri Rohana ketawa sedikit.
“Ana, Luth macam mana? Masih boleh terima Rissa ke?” Datin Zakiah masih mengharap.
“Kak, dari riak wajah dan tindak tanduk Luth tu masih ada sayangnya kak.Tapi, mungkin perlu masa sikit. Ana harap, Adeline tak jemu untuk pikat Luth balik kak.” Puan Sri Rohana lebih selesa memanggil Marissa, Adeline. Lain dari yang lain katanya.
“Itulah Ana, akak minta maaf sangat atas apa yang Rissa lakukan pada Luth dan Ana sekeluarga. Akak malu pada Ana, kalau orang lain, dah lama Rissa tu ditinggalkan. Tapi, mungkin, cinta Luth masih kuat pada Rissa.”
“Kak, jangan cakap macam tu, dulu Adeline masih muda. Terlalu ikutkan hati. Dan sudah menjadi tanggungjawab Luth untuk bimbing Adeline. Tapi mungkin cara Luth silap.Apapun, kita lupakan kisah lama kak. Sekarang kita kena bantu untuk jernihkan keadaan.Saya tak nak Luth lari lagi kak. Lima tahun saya pujuk dia untuk kembali, Baru sekarang dia balik.”
“Ana, akak berharap sangat kali ini, Luth balik untuk selamanya.Akak akan pastikan Rissa berjaya pikat hati Luth balik.
“Saya ni, call akak pun sebab nak ajak akak dan Adeline dinner kat rumah saya malam ni. Kita cuba temukan diorang berdua yer kak. Harap ada perubahan positif. Terutama anak saya si Luth tu kak.”
“Ok Ana, InsyaAllah. Akak usahakan. Terima kasih Ana atas jemputan.”
**********************************************************
“Mama long!”
Datin Seri Rohana berpaling.
“Camelia, lama tak singgah rumah mama long? Apa mimpi hari ni?”
“Lia baru balik dari Milan semalam mama long. Daddy kata abang Luth dah balik, so Lia drop by lah. On the way nak ke butik lah ni.. Lama tak jumpa abang Luth mama.” Camelia, anak Tan Seri Akhbar, adik ketiga Tan Seri Mokhtar, sudah dianggap seperti anak sendiri.
“Owh, ingat abang Luth je lah, mama long tak ingat ke?”
“Alah mama long pun Lia rindu jugak. Kalau tak, takkan Lia belikan mama long ini,” sambil menunjukkan bungkusan di tangan. Wah, paper bag Prada. Senyum di bibir Datin Seri Rohana terukir. Tubuh Camelia didakap.
“Lia ni, macam tau-tau je apa yang mama long suka kan?” tangan menyambut huluran bungkusan dari Camelia. Anak saudaranya ini memang meminati bidang fesyen. Tidak hairanlah, mereka boleh bertukar pendapat dan idea dalam dunia fesyen kerana Datin Seri Rohana juga meminati bidang yang sama.
Camelia menghenyakkan punggung ke kerusi empuk di ruang tamu banglo Datin Seri Rohana. Sambil mata melilau memerhati sekeliling.
“Abang Luth mana mama long? Tak kan tak bangun tidur lagi.?”
“Eh kamu ni Camelia, abang Luth kamu ke pejabat lah. Sekarang Abang Luth kamu gantikan arwah uncle ngah di Idaman Holdings. Papa long kamu minta tolong dia handle Idaman.”
“Abang Luth macam mana sekarang mama? Masih macam dulu? Atau abang Luth masih ingatkan kisah lama dia?” Camelia tahu. Kenapa Luth lari satu ketika dulu. Kerana dia dan Luth Mikail rapat. Sepupu yang dianggap seperti adik kandung sendiri oleh Luth Mikail.Camelia dan Luth, tiada rahsia. Pada mulanya Camelia membantah tindakan Luth melarikan diri ke US, tetapi apabila melihat parahnya luka di hati Luth, dia faham.
“Abang Luth dah jumpa perempuan tu ke?” Camelia cuba mengorek rahsia.
“Kamu tanyalah dia sendiri Lia. Mama long tanya pun, bukan Luth nak jawab. Asyik senyap je. termenung. Pergi keje, balik kerja.” Datin Seri Rohana bangun dari sofa empuknya, berjalan perlahan menuju ke dapur. Camelia ikut dari belakang.
“Dah tu, macam mana? Perempuan tu, Tak tahu ke Abang Luth dah balik.” tangan kanan membuka peti sejuk di dapur Datin Seri Rohana lalu mengeluarkan sekotak jus feel fresh. Huluran gelas dari tangan mama longnya dicapai lantas jus oren itu dituang ke dalamnya.
“Lia, kita doakan yang terbaik untuk Luth dan Adeline yer. Mama long tak nak Luth terluka lagi. Biarlah Luth pilih jalan sendiri kali ni.Mama long tak nak paksa dia.”
Redha. Pasrah.
***************************************************************
Marissa membetulkan selendang di kepalanya. Wajah di belek sedikit di hadapan cermin kecil di sisi komputernya. Ok, perfect. lagi seminit pukul 9, Tua Luth Mikail akan masuk pejabat.Marissa nekad mahu menambat hati ketuanya. Mahu senyum semanisnya, seperti kata mama, manis sampai semut nak hurung.
Ting….
Lif di tingkat 9 berbunyi. Derapan kaki keluar dari lif, perlahan kedengaran. Luth Mikail berjalan menuju ke biliknya. Sebelum sampai dibiliknya, dia akan lalu di hadapan meja Marissa terlebih dahulu.
“Morning Tuan Luth,” Sapa Marissa sambil tersenyum.
Agaknya, inilah senyuman paling manis yang Marissa berikan semenjak dia berkhidmat di sini. Luth Mikail segak berkemeja purple lavender dilengkapi dengan slack berwarna kelabu gelap. Kot disangkut di tangan kiri yang membimbit briefcase. Tangan kanan dimasukkan ke dalam poket seluar. Wajah manis Marissa menyapa pandangan matanya. Memang cantik PAnya hari ini. Tapi hati Luth, masih sekeras batu.Berlalu tanpa menjawab apa-apa. Seperti orang pekak lagaknya. Seolah tidak mendengar Marissa menyapanya.
“Sombong,!” Luth Mikail dengar itu.Walau Marissa hanya menuturkan dalam nada yang perlahan.Luth masuk ke dalam bilik, tanpa mempedulikan aksi kucing si Marissa.Luth Mikail menyembunyikan senyumnya.
“Elehhhh, sombong tak bertempat.” sampai senget bibir Marissa merungut. Akibat tidak di layan oleh Luth Mikail. Punggung kembali dihenyakkan di atas kerusi.Tangan lincah menaip di papan kekunci komputernya. Tetapi fikiran masih melayang teringatkan wajah Luth Mikail. Alangkah bahagianya dia kalau Luth Mikail senyum padanya. Cukuplah untuk bekal seharian. Sampai petang dia kenyang dengan senyum Luth Mikail tu.Apakan daya, cubaan Marissa hari ni, kurang success.
Tak pe wahai Tuan Luth Mikail. Esok masih ada. Akan ku tawan hatimu sampai ke bintang.
Pekkkkk..
Terkejut. Meja Marissa di ketuk.
“Kau apasal Rissa? Kejap senget mulut kau, kejap senyum. Ada benda yang tak settle lagi ke?”
“Kacaulah kau ni Syidah. Aku baru nak feeling.”
“Feeling? Errrkkkk… Kau?” Syidah hairan. Pelik melihat gelagat Marissa akhir-akhir ini. Semakin cantik, wajah dah mula dihiasi dengan senyuman. Kalau dulu, punyalah payah. Serius je mukanya.
“Kau ada apa-apa ke dengan ceo baru tu?”
“Mestilah ada apa-apa. Aku kan PA dia,” tanpa mempedulikan reaksi Syidah, Marissa menyambung kerjanya.
“Eh,. stop..stop..! What does it means? Apa-apa? Kau jangan Rissa. ‘Orang tua’ kau kat dalam tu, peminat ramai kat tingkat bawah. Budak finance, Si Elva tu, aku tengok dah angau semacam je bila Tuan Luth kita tu tumpang makan di meja dia semalam.” Perkataan orang tua itu, ditekankan sedikit oleh Syidah.
Oh no, Luth Mikail makan di cafeteria semalam? Duduk dengan perempuan? Hati dah macam kena curah dengan petrol. Lagi Syidah lagi, ceritalah.
“Satu department dia cerita tau pasal Tuan Luth tumpang makan di meja dia. Memang lah Tuan Luth tu makan di meja dia, tapi sebab meja lain dah penuh. Tuan Luth pulak nak cepat, sebab tepat pukul dua, dia kena attend meeting di Subang. Takut dia tak sempat makan di sana katanya.Aku sendiri dengar Tuan Luth bersembang dengan dia,” panjang lebar si Syidah ni bercerita. Dah lagak mak jemah mengumpat dah rupanya.
Marissa buat pekak. Dalam hati, rasa terbakar. Mana tidaknya, dia yang cantik manis kat atas ni, tak di pandang oleh Luth Mikail. Yang duduk kat bawah macam tak cukup kain tu, dia nak pulak menyembang. Geram. Bukan tak kenal si Elva tu. Pakainya tak pernah nak elok. Hari-hari skrit pendek. Paling tidak pun, dress paras lutut. Rambut, tak payah cerita lah. Dah macam Barbie doll karat. Kalaupun Luth Mikail nak bercakap dengan Marissa, apa sahaja yang keluar dari mulut Luth Mikail, mesti menyakitkan hatinya.Jaga kau Luth Mikail.
“Eh, Syidah. sudahlah. Karang En Kadir cari kau pulak. pegi sana.” Marissa menghalau. Dia tahu temannya tak akan berkecil hati. Sudah lama dia mengenali Syidah. Sudah tiga tahun dia di Idaman Holdings, dan sudah tiga tahun jugalah dia mengenali Syidah, si mulut becok itu.
“ Kau halau aku eh? Rissa, apa kata kau aje yang pikat ‘orang tua’ kat dalam tu? Kau dengan dia sepadan aku tengok Rissa. Sama-sama manis.”
“Yalah.. yalah. Nanti aku pikat dia cukup-cukup. Aku bagi dia cair dengan aku eh. Lepas tu aku pass kat kau? Nak?” seloroh Marissa.
“Ehhh, apa kelassss. kau nak pikatkan untuk aku. Tak payah, aku boleh buat sendiri.” Syidah berlalu menuju ke mejanya.
Syidah, kalau pun kau tak suruh aku tackle Tuan Luth Mikail, aku memang sedang berusaha. Aku mengharapkan Tuan Luth Mikail terbuka mata untuk memandang aku. Membalas cinta aku. Aku ada hak Syidah. Dia hak aku, dan aku hak dia. Tiada siapa boleh nafikan itu semua.
Tokkk…..
Meja Marissa diketuk. Sebatang tubuh tinggi lampai sedang berdiri tegak di hadapannya. Kaca mata hitam Gucci diselitkan di atas kepalanya. Tubuh tersarung sehelai dress paras lutut berwarna hijau bercorak abstrak menyerlahkan lagi penampilan si pemakai. Seksi. Buat seketika, Marissa terpegun. Anak mata berwarna coklat nampak sungguh galak. Wajah yang hanya dioles gincu berwarna pink tu nampak menawan dilengkapi dengan hidung yang mancung ala-ala Pakistan. Siapa dia ni? Bisik hati Marissa.
“You PA Luth Mikail kan? I Camelia, girlfriend Luth. Dia ada?”
Gedebukkk…!!!
Rasa nak terjatuh jantung Marissa mendengar pengakuan berani mati gadis didepannya. Tengok dari gaya, bukan sembarangan orang ni. Tapi kenapa datang kacau Luth kat office. Kalau nak diikutkan hati, mau saja Marissa menyinsing lengan blousnya, dan menarik-narik rambut perempuan depan ni. Ikut sedap rasa ajinomoto dia saja kata Tuna Luth Mukail tu boyfriend dia.
Eh pompuan, kau tahu tak siapa aku. Takat muka tak cukup sifat macam kau ni, Luth tak pandang lah.
Aik, baru tadi Marissa kata Perempuan ni cantik. Elok-elok lepas mengaku girlfriend Luth Mikail, dah muka tak cukup sifat pulak. Sabar Marissa sabar. Pompuan tak cukup kain ni, sure si Luth Mikail tak pandang punya. Marissa menyabarkan diri sendiri.
“Ada apa ya, nak jumpa Tuan Luth? Tuan Luth tengah busy sekarang?” Marissa seupayanya memberikan senyuman yang paling manis di hadapan tetamunya itu.
“I datang nak jumpa Luth. Dah lama I tak jumpa dia. I rindu.” usik si mata coklat. Mata dikenyit.
Menyirap darah Marissa dengar perkataan rindu tu. Sejenak, pintu bilik Luth terbuka. Wajah Luth tersembul keluar.
“Lia, what brings you here? Lama tak jumpa Lia, Abang rindu,”
Abang?
Rasa macam nak terbalik pulak pejabat ni dengar suara Luth Mikail yang lembut dan menggoda tu. bahasakan diri abang pulak tu? Ah sudah, kacau ni. Aku kena bertindak bijak. Fikiran Marissa menerawang.
“Abang Luth,” suara Camelia saja dibuat-buat manja. Sambil berjalan berlenggang menghampiri Luth Mikail. Tangan kanan menyauk lengan kiri Luth Mikail dan mereka sama-sama masuk ke dalam pejabat Luth.
“Eiiii, gedik,” sungut Marissa perlahan.
“Apa dia Marissa? Saya tak dengar?” Tiba-tiba Luth Mikail keluar menghampiri mejanya.
“Errrr… tak da apa-apa Tuan Luth? Lidah saya gatal. Pagi tadi makan nanas banyak sangat” Tipu sunat.
“Buatkan dua cawan nescafe panas, kurang gula ya. Girlfriend I jaga badan. Tak minum manis-manis.” Luth mengenyitkan mata.
“Lagi satu, lepas awak hantar minuman, jangan sambungkan apa-apa call ke bilik saya. I dont want office matters interrupt both of us. We misses each other.” sambungnya lagi.
Masa nilahhhh Marissa rasa macam nak jadi ustazah. Nak bagi ceramah kat pasangan dalam bilik tu. Tak boleh berdua-dua begitu. Haram. Kalau dah berdua, mesti akan ada yang ketiga. Syaithonn. Entah berapa ekor syaithon ada dalam bilik tu.Marissa tak senang duduk. Panas punggungnya mengingatkan dua batang tubuh manusia itu. Luth Mikail. Cintamu sudah berubahkah?
“Abang Luth, Adeline kan tu? Makin cantik dia eh” Camelia memulakan bicara sambil menarik kerusi duduk dihadapan Luth Mikail.
“Ya Lia. Itu lah Adeline abang Luth. Memang dia makin cantik sekarang. Mana Lia tahu dia keja kat sini?”
“Lia pergi rumah abang tadi. Mama long kata abang dah gantikan arwah uncle ngah dalam Idaman. Masa Lia nak balik, mama long kata kalau nak tengok Adeline pujaan hati abang Luth kenalah Lia datang sini. So, I am here now. And abang Luth, she is gorgeous. Patut abang sanggup larikan diri sebab dia,”
Jeda.
“Abang Luth tak sanggup untuk lepaskan dia Lia. Tapi dalam masa yang sama Abang Luth masih takut. Abang Luth takut, kalau-kalau cinta abang Luth tak berbalas macam dulu jugak.Abang Luth jadi penunggu setia Lia. Apa yang abang Luth dapat? Nothing.” Nada suara Luth Mikail agak kendur.
“Buktinya, sekarang abang Luth masih ada dia kan. Marissa Adeline ada di depan mata abang Luth sekarang. Abang Luth berjaya mengekalkan hak abang Luth sendiri. Cuma abang Luth masih terkesan dengan peristiwa lama. Abang Luth takut cinta Adeline beralih arah lagi.” Camelia cuba memujuk.
Luth Mikail menghela nafas panjang. Ya betul Camelia. Luth Mikail masih tidak pasti.
Camelia bangun dari kerusi, merapati Luth Mikail. Punggung dijongketkan sedikit di tepi kerusi yang diduduki Luth Mikail. Tangan kanannya mengusap belakang tubuh Luth Mikail. Luth Mikail tidak menolak. Dia tahu, Camelia cuma ingin menenangkannya. Peristiwa lalu amat pedih untuk dikenang.
Pintu bilik ditolak dari luar. Marissa menatang dulang berisi dua cawan nescafe permintaan Luth Mikail tadi. Terkejut melihat panorama di depan mata. Marissa cuba menahan marah di dada.
Camelia cuba bangun dari kedudukannya, tetapi lengan Camelia di sambar Luth. Mata Luth mengisyaratkan supaya Camelia terus duduk di situ. Cepat-cepat Marissa meletakkan cawan di atas meja dan ingin berlalu pergi.Benci tengok adegan mesra Luth Mikail dengan perempuan bermata palsu ni.
“Abang Luth? Explain. Now!’
“Lah, tadikan Lia dah kenalkan diri sebagai girlfriend abang, so apa lagi. mainkanlah peranan.” Luth tergelak sedikit.
“Lia, abang Luth memang sengaja bagi Marissa cemburu. Memang nak sakitkan hati dia. Abang Luth nak tengok sejauh mana dia bersungguh-sungguh untuk memenangi hati abang Luth. And for your information, abang rasa, dia memang cemburu tahap petala tujuh tengok Lia kat sini. Biarlah dia dulu.” Tangan mengambil cawan nescafe di atas meja, lalu diletakkan dibibirnya. Nescafe dihirup. Sedap.
“Abang, jangan biar lama-lama cemburu Adeline tu. Nanti makin parah, abang Luth pulak yang susah.” Camelia mengingatkan Luth Mikail.
“Abang Luth tahu apa yang abang buat. Lets play the game.” Luth Mikail tersenyum lebar
************************************************************
Sesampainya Marissa dan Datin Zakiah di banglo mewah tersebut, Puan Seri Rohana sudah menunggu mereka di pintu masuk. Adeline ayu mengenakan dress Zawara potongan badan berwarna turquoise. Dipadankan dengan selendang Ariani berwarna sedondon menyerlahkan keayuan Marissa Adeline pada malam itu. Beg tangan jenama Channel berwarna senada disangkut dibahu kirinya. Dia tahu, mama mengajak dia ke rumah Puan Seri Rohana sekembalinya dari pejabat lewat petang tadi. Walau badan masih terasa penat, di tetap gagahi demi menjaga hati tua mamanya.
“Rindunya Ana pada kak Kiah? Apa khabar kak? Sihat?” Sapa Puan Seri Rohana seraya memeluk tubuh Datin Zakiah. Dua tubuh wanita itu melekap sebentar menghilangkan rindu di hati masing-masing.
“Adeline, makin cantik sekarang.Apa khabar sayang?” Tubuh Marissa dirangkul Puan Seri Rohana. Lemas dia dalam dakapan seseorang yang sudah dianggap seperti ibu sendiri.Apabila selesai adegan berpelukan di pintu, mereka melangkah masuk ke dalam banglo.
Tan Seri Mokhtar berdehem.
“Ehem, Adeline tak rindu papa ke? Papa ada kat sini, Adeline macam tak nampak je” Sedikit cemburu nada suara Tan Seri Mokhtar itu.
Duduk di meja makan, Marissa banyak mendiamkan diri. Lauk pauk yang terhidang di pandang sepi. Mata bundarnya menerawang sekeliling ruang makan itu. Kemanakah Luth Mikail? Tak nampak bayang Luth dari tadi. Hendak bertanya, Marissa malu.
“Adeline, makan sayang. Adeline kan suka makan asam pedas ikan pari ni?” suara Puan Seri Rohana kedengaran lembut di telinganya.Memang Puan Seri Rohana lembut orangnya. Berhati-hati dalam tutur bicaranya. Tiada yang kasar keluar dari bibir Puan Seri Rohana sepanjang dia mengenali wanita yang sedikit muda dari mamanya.
Mangkuk berisi asam pedas itu disambut oleh Marissa. Dicedok dan diletakkan berhati-hati di dalam pinggan yang berisi nasi sedikit. Marissa gelisah. Mana Luth Mikail. Detik hati kecil itu. Dia bimbang kalau terserempak dengan Luth Mikail di dalam banglo itu. Dia bimbang apakah reaksi yang patut ditunjukkan bila dia bertentang mata dengan Luth Mikail. Dia takut Luth Mikail akan langsung tidak mempedulikan dia walau di hadapan ibu bapanya sendiri. Pelbagai persoalan di benak fikiran Marissa. Sambil nasi disudukan ke mulutnya perlahan-lahan.
“Assalamualaikum, mama, papa.”
Luth Mikail turun dari tangga. Merapati meja makan yang terletak di ruang tengah banglo itu. Tangan Tan Seri Mokhtar dan Puan Seri Rohana disalam. Kemudian dia menyalami Datin Zakiah sambil tunduk mencium tangan itu. Marissa teragak-agak.
Nak tegur ke tak. Karang tegur, melenting pulak. takkan nak melenting depan mama dan papa kut! bisik hati kecilnya.
“Luth, lambat balik hari ni? Sibuk ke di pejabat.?” Tanya Tan Seri Mokhtar.
“A ah pa. Tender baru masuk untuk projek di Johor. Tak menang tangan Luth sekarang ni. Lagipun, anak syarikat kita di Johor masih kekurangan pekerja. En Shamsul, branch manager baru sahaja berhenti kerja bulan lepas. Tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja En Shamsul letak jawatan pa.”
Luth menarik kerusi di sebelah Marissa, dan duduk di situ. Pinggan di hulur kepada Marissa minta di isikan dengan nasi dan lauk pauk tetapi mata langsung tidak memandang wajah Marissa. Benci sangat Luth pada Marissa.
Kau tunggu Luth. Satu hari nanti, kau tak kan tidur bila tak nampak muka aku!Rungut Marissa di dalam hati.
Marissa. Pikat dia. Tambat hati dia!
Suasana makan malam itu berjalan dengan lancar. Sesekali terdengar suara Puan Seri Rohana menyuruh Datin Zakiah dan Marissa menambah lauk. Diselangi dengan suara Luth Mikail dan Tan Seri Mokhtar. Marissa. Tak tahu nak menyampuk di celah mana. Kaku. Bisu.
Punggung diangkat dari kerusi, tangan membawa pinggan yang kotor ke dapur. Di dapur, Marissa berselisih dengan Mak Odah, orang gaji Puan Seri Rohana. Mak Odah asyik memotong puding jagung. Dihampiri tubuh Mak Odah yang agak berisi sedikit itu. Di cucuknya pinggang orang tua itu.
“Opocotttttt…, tikus datang cucuk aku.!!” Mak Odah melatah. Marissa mengekek gelak. Berjaya mengusik Mak Odah. Rindu dengan telatah Mak Odah yang sering menemaninya di banglo ini satu ketika dahulu.
“Eh.. bertuah budak Rissa ni. Suka sangat kenakan Mak Odah eh. Perangai sama macam Luth. Hari-hari ada sahaja kerja Luth nak usik Mak Odah.” Mak odah menampar lembut bahu Marissa.
“Alah Mak Odah, Rissa rindu Mak Odah. Lama tak usik Mak Odah.”
“Kalau lama tak usik Mak Odah, kenapa tak ke mari. Mak Odah ada ja kt rumah ni. Kalau Rissa rajin datang sini, ada jugak teman Mak Odah. Boleh kita buat kek sama-sama,”
“Rissa sibuk sekarang Mak Odah. Lagipun, Rissa dah tak boleh datang ke sini selalu sangat dah. Rissa dan Abang bukan ada apa-apa hubungan dah Mak Odah.” Suara Marissa mengendur. Tangan masih ligat mencuci pinggan - pinggan yang kotor. Satu keistimewaan Marissa, dia tidak kekok di dapur. Dari bab memasak, hinggalah bab mengemas, Marissa memang pandai.
“Rissa, kenapa cakap macam tu? Rissa dah tanya Luth ke, apa kedudukan korang berdua sekarang. Setahu Mak Odah, Luth tak pernah pun kata dia tak da apa-apa hubungan dengan Rissa.Baik rissa dapatkan penjelasan dari Luth.”
“Penjelasan apa Mak Odah?’
Terkejut Marissa dan Mak Odah mendengar suara garau itu.
Isshhh.. dia ni la. tak reti ke nak bagi salam. Main terjah je. Karang pengsan Mak Odah sebelah aku ni kang, dia jugak yang susah. Kena angkat tubuh gempal Mak Odah ni! Gumam Marissa di dalam hati.
“Tak de apa-apa Luth. Nanti Luth bincanglah dengan Rissa ye. Mak Odah nak ke depan. Hantar puding ni pada mama kamu”. Mak Odah cepat-cepat beredar.Bom dah nak meletup Mak Odah oi.
“Apa you nak ? I tak ada apa yang nak dijelaskan pada you. Setakat perempuan macam you, bersepah tepi jalan. Harga diri letak bawah tapak kaki sendiri.” Keras. Sinis.
“Maafkan I Luth. I tahu I salah satu ketika dulu. Give me one more chance.” Airmata sudah mahu mengalir.
“Peluang? Peluang pada you, I dah berikan lama. Tapi semakin banyak ruang yang I bagi pada you, semakin itu you sia-sia kan. You langsung tak fikirkan hati I.”
“Luth….. I am sorry.” airmata menitis jua.
Luth Mikail berlalu pergi tanpa rasa rasa bersalah sekalipun.
Sabar Marissa. Kau tahu itu salah kau. Bukan senang nak pujuk hati keras Luth Mikail. Perlukan masa. Kau bukan berdepan dengan Luth Mikail yang dulu. Ini Luth Mikail versi baru. Hati Luth Mikail sekeras batu, Marissa berazam akan lembutkan hati Luth Mikail demi sebuah kemaafan.Airmata yang gugur, diseka dengan jari.
***********************************************************
BEST 3X.
ReplyDeleteaduhhh... kesian pulak rissa... errmmm... best2!!!
ReplyDeleteRissa kena belajar dr kesilapan lalu.
ReplyDeleteterima kasih semua.. ya, luth mikail memang nak ajar si rissa ni. hehehhehehe
ReplyDeleteAdakah Marissa curang sblm ni atau tidak membalas cinta Luth menyebabkan Luth jauh hati. Kalau kahwin paksa tentulah Marissa protes tambahan dengan usia yang belum matang sepatutnya Luth membimbing Marissa. Luth jgm main api... sabar Marissa tu ada batasnya... kalau dia bawa diri baru tahu.
ReplyDeleteCome on Marissa don't give up...
ReplyDeleteLuth tu ego