Sunday, 1 March 2015

Cinta Berani Mati -Bab 2-

Bab 2

“Ara, kak, jom makan sekali.” Pelawa Tengku Suffiyah. Kerusi makan ditarik lalu punggung di daratkan di atasnya.

Memang kebiasaannya, Mak Nani dan Arabella akan makan di dapur sahaja. Bukan tidak dijemput Tengku Suffiyah, tetapi Mak Nani segan. Mak Nani sedar akan taraf dia di rumah Tengku Suffiyah. Kerana itu, Arabella dididiknya supaya tidak terlalu bermegah di banglo mewah itu. Tengku Suffiyah terlalu baik kepada mereka berdua.Terlalu banyak budi Tengku Suffiyah pada Mak Nani dan Arabella. Malah tidak pernah sekalipun, Tengku Suffiyah menganggap Mak Nani dan Arabella sebagai orang luar.

“A ahlah Mak Nani, Ara. Jom makan sekali. Sunyi lah makan berdua saja dengan Bonda” Tengku Ian Ishraf pula menyampuk. Tangan mencapai pinggan lalu dicedukkan nasi ke dalamnya.

“Duduklah kak, kita makan malam sama-sama. Dalam rumah ni pun, bukan ada sesiapa pun.”
Tengku Suffiyah memujuk lagi.

Serba salah, Mak Nani menarik kerusi lalu duduk. Arabella yang berdirinya dari tadi seperti tunggul digamit ibunya. Arabella menarik kerusi di hadapan Tengku Ian Ishraf. Sebolehnya, Arabella tidak mahu duduk di situ. Nafasnya sesak melihat wajah suaminya di hadapan. Arabella sebenarnya, lebih takut pada Tengku Suffiyah dan Mak Nani, ibunya.

“Ara, dah 3 bulan balik. Ara tak nak kerja ke?” Tengku Suffiyah memulakan perbualan.

Alamak, apa nak jawab ni! Arabella resah.

“Errrr….err… Ara nak rehat kejap Bonda Engku. Nanti dah habis rehat Ara akan cari kerja.” Tergagap-gagap Ara menjawab.

“ Tak pe Ara, kalau rasa dah bersedia nak berkerja, Ara bagitau Bonda. Bonda akan bawa masuk Ara ke Warisan Berhad.”

Terbuntang mata Tengku Ian Ishraf bila mendengar kata-kata Tengku Suffiyah.

Tak boleh jadi ni. Ara tak boleh kerja.! Di Warisan pulak tu! No..No..!!
“Terima kasih Bonda Engku. Tak pelah, biar Ara cari pengalaman di tempat lain dulu.” Arabella menolak baik.

“Alah Ara, tak payah la kerja tempat lain. Syarikat bonda kan ada. Timba pengalaman di sana. lagipun Ishraf ada. Boleh bantu.”

“Huk..huk.. “ Tersedak Tengku Ian Ishraf mendengar namanya di sebut.

“Ishhh budak bertuah ni. Kenapa kamu?”

“Bonda sebut nama Ishraf tak bagi salam. tersedak lah”

“Tu, mama ajak Ara masuk Warisan Berhad. Kamu siapkanlah jawatan untuk Ara satu.Kesian bonda tengok dia duduk di rumah je.”

“Hmmmm…. buat masa sekarang belum ada position yang sesuai dengan Ara lagi bonda. Nanti kalau ada, Ishraf bagitau bonda.” Tengku Ian Ishraf berdalih.

“Alah Ishraf, kalau tak de, adakan lah. Apa guna Ishraf jadi ceo kat sana. Mama kesian tengok Ara ni. Penat belajar di overseas. Tapi duduk kat rumah je,”

Mak Nani dan Arabella diam. Tidak berani mahu mencampuri urusan kedua beranak itu. Mak Nani juga maklum, Arabella memang belum bersedia untuk berkerja. Arabella ingin membantunya membuat kerja di rumah. Arabella kesian melihat ibunya.

“Bonda, nantilah yer. Ara, you tunggu dulu. Kalau ada kosong nanti I bagitau Ara , ok.”

Tengku Ishraf begitulah. Di depan Tengku Suffiyah dan Mak Nani, hanya membahasakan dirinya I you dengan Arabella.

Lakonan kena mantap. Kalau tidak pecah rahsia.!!

“Its ok, I nak duduk rumah je buat sementara waktu ni. I tolong mak kat rumah.” Arabella bersuara lembut.

Tengku Ian Ishraf sembunyikan senyumnya. Arabella memang seorang isteri yang taat.

Tiba-tiba akal nakal Tengku Ishraf berputar. Kakinya yang berada di bawah meja, dihalakan ke kaki Arabella yang sedang makan. Ibu jari kakinya digesel-geselkan ke telapak kaki Arabella. Dia tahu, kelemahan Arabella di situ.

“Oppsss….” Arabella terkejut.

“Kenapa Ara?” Mak Nani cemas.

“Errr…. nyamuk mak. Gigit kaki Ara,”

“Eh, nyamuk? Tak pernah pulak mak kena gigit nyamuk kat sini Ara. Kamu ni, macam-macam lah” Mak Nani menggeleng kepala.

“A ah Ara, Bonda tak kena pulak. Agaknya nyamuk tu cari anak dara je kut.” Tengku Suffiyah tersenyum.

Tengku Ian Ishraf terbatuk lagi.

“Aiiii Ishraf. Tak kan nyamuk pun cari kamu jugak.” Tengku Suffiyah memandang Tengku Ian Ishraf.Pelik.

Aduhhhhhh,…!! Nasib tak kantoi!!

*********************************

Selesai makan malam, Arabella sibuk memcuci pinggan di dapur. Mak Nani sudah ke biliknya menunaikan solat isyak dan membaca Al quran. Begitu juga dengan Tengku Suffiyah. Kadang-kadang, selesai mengaji, Tengku Suffiyah akan menonton tv di ruang menonton di tingkat atas. Mak Nani biasanya akan terus tidur.

Tengku Ian Ishraf menapak ke dapur. Dia tahu Arabella berada di situ. Perlahan-lahan dia menghampiri Arabella yang sedang berdiri membasuh pinggan di singki. Tubuh kecil Arabella dipeluk dari belakang. Arabella tidak terkejut, kerana seringkali dipeluk suaminya begitu.

“Nak tolong Ara basuh pinggan ke malam ni?” Tanya Arabella.

“Macam biasa. Tangan abang basuh pinggan, tapi abang tetap nak peluk Ara.” Romantis Tengku Ian Ishraf.

Rambut Arabella yang panjang diselak sedikit menampakkan lehernya. Tengku Ian Ishraf membenamkan wajahnya di situ. Seketika. Kedua-dua tangan yang melingkar di pinggang Arabella, di halakan ke singki. Cawan-cawan dicapai, dan dibasuh.

“Abang, jangan kacau Ara boleh tak?”

Diam.

“Abang, Ara banyak kerja ni. Nanti Ara lambat naik atas,” Arabella memberi amaran.

“Ara buat lah, abang tak kacau.” mata Tengku Ian Ishraf masih terpejam. Menikmati haruman di tempat fovouritenya . Seketika kemudian, wajah Tengku Ian Ishraf, diletakkan di atas bahu Arabella pula. Bahu Arabella yang terdedah sedikit menjadi mangsa bibir Tengku Ian Ishraf.

“Abang, janganlah.” Arabella menolak.

“Ni, kenapa pakai tshirt macam ni. Leher baju ni dah besar tau. Tali “telefon lembut” tu dah nampak.” Spontan tali itu ditarik.

Pappppp..!!

“Abang, tak senonoh tau! Sakit lahh” Mata Arabella terbuntang. Wajahnya di toleh sedikit ke wajah Tengku Ian Ishraf. Tengku Ian Ishraf tersengih. Arabella buat muka marah.

“Jangan buat muka macam tu sayang, nanti abang gigit bibir merah Ara tu.” Tengku Ian Ishraf memberi amaran.

“Abang, nanti mak masuk sini baru tau.”  Tengku Ian Ishraf menggeleng. Sudah diketahui rutin harian Mak Nani dan Tengku Suffiyah. Selepas makan malam, kedua wanita itu tidak  akan turun ke dapur kembali.

“Ara, basuhlah cepat pinggan-pinggan ni. Lambat betul Ara ni.”

“Abang kacau Ara, macam mana Ara nak basuh cepat.” Arabella mula rimas dengan wajah Tengku Ian Ishraf di belakang lehernya.

“Eh, mana ada abang kacau. Abang buat kerja abanglah. Ara buat lah kerja Ara.” Tengku Ian Ishraf masih degil.

Pelukan dipinggang Arabella semakin kuat. Niat untuk menolong Arabella, entah ke mana. Lain yang dibuat Tengku Ian Ishraf ni. Arabella sudah mulai rimas.

“Abang, lepaslahhhh.. Ara nak cepat ni. Nanti mak panggil.”

“Shhhhh,.. Ara duduk diam-diamlah. Abang rindu Ara.” Suara Tengku Ian Ishraf tenggelam timbul.

“Abanggg…..”

“Sekali lagi abang dengar suara Ara, abang tau lah nak buat macam mana?’

“Abang ni,.. tepilah..” Suara Arabella keras.

Pantas, tubuh Arabella dipusingkan mengadapnya. Bibir Arabella dipagut lembut. Seketika. Arabella kehilangan kata-kata.

“Cakap banyak sangat.” Bibir Arabella dilepaskan.

“Abang ni memang tau.” Arabella memusingkan badannya kembali ke singki. Tangan menyambung kembali kerjanya. Hujung bibir digigit. Tengku Ian Ishraf melepaskan pelukan di pinggang. Tubuh dibawa menyandar di tepi singki. Wajah merah Arabella diperhati. Arabella tunduk, malu.


*****************************************

“Tengku, I suggest kita punya pelan bangunan di Semenyih tu, kita serahkan pada En Omar. En Omar is one of our talented architect. Dia pun, banyak exprience,” Tengku Ian Ishraf menggeleng. Cadangan  Bahar, ditolak mentah-mentah.

Bahar telah bekerja dengan Tengku Ammar, ayahanda Tengku Ian Ishraf bertahun-tahun lamanya. Bahar, seorang pembantu yang setia. Dia mula bekerja semenjak umurnya 20tahun lagi. Umur Bahar, hanya tua 6 tahun sahaja dari Tengku Ian Ishraf. Pesanan arwah ayahandanya juga, agar Tengku Ian Ishraf tidak menyingkirkan Bahar dari Warisan Berhad kerana jasa Bahar amat besar pada Warisan Berhad. Bahar amat teliti dalam pengurusan dan Bahar juga cekap dalam membantu menguruskan perniagaan.

“No Bahar, I tak boleh serahkan pada Omar lagi. Dah berapa banyak tender kita terlepas sebab kecuaian Omar. Pelan Omar tak tepat. I mahukan pelan baru, design baru dan yang penting new innovation in building design.”

“Tapi Tengku, Omar dah lama dengan kita Tengku. Tak kan…” 

“No Bahar. Omar tetap di sini. Tapi untuk Projek Mega di Semenyih ni, I yang akan handle. No arguing. I akan pilih team I sendiri.” Tengku Ian Ishraf membuat keputusan. Keputusannya memang tidak dapat dibantah oleh sesiapa. Kerana nasib Warisan Berhad adalah di tangan Tengku Ian Ishraf. Bukan nasib dia sahaja, tetapi nasib pekerja-pekerja yang bernaung di bawah Warisan Berhad juga adalah di bawah tanggungjawab Tengku Ian Ishraf. Tengku Ian Ishraf tidak mahu, titik peluh arwah ayahandanya sia-sia sahaja.

“Kalau begitu kata Tengku, saya ikut sahaja.” Bahar mengangguk.

“Tak per Bahar, I akan cuba seadaya upaya untuk menang tender tu.” Tengku Ian Ishraf yakin.

“ Baik Tengku. All the best.” Bahar keluar dari bilik Tengku Ian Ishraf.

Tengku Ian Ishraf menghela nafas lega. Punggung dilabuhkan di atas kerusi empuk di bilik itu. rambut dilurut ke belakang. Tubuh disandar melepaskan lelah. Mata tertumpu pada telefon bimbit nya. Sejak dari pagi tadi, telefon bimbit itu tidak berbunyi.

Aik, silent? Getusnya di dalam hati.

“Oh,..” Dahi ditepuk.

Ni mesti kerja Arabella malam tadi. Masuk ke bilik Tengku Ian Israf pukul 1 pagi, melihat telefon bimbitnya menyala-nyala. Pesanan ringkas masuk bertubi-tubi, di dalam group whatsup kawan-kawan Tengku Ian Ashraf. Arabella geram, lalu di silentkan telefon bimbit Tengku Ian Ishraf. Hingga ke saat ini barulah Tengku Ian Ishraf perasan. Butang kekunci di tekan. Ada beberapa miss call dari Arabella.

Huhhhh,.. ni mesti merajuk karang. Jenuh nak pujuk lah!

Nombor Arabella di dail. Sesaat, dua saat, tiga saat.. tiada sambutan.

Mana pergi pulak Ara ni!!

Nombor didail lagi. Masih tiada sambutan.

Telefon bimbit diletakkan di atas meja. Tubuh disandarkan kembali ke kerusi melepaskan penat. Seketika, matanya terpejam.

Deringan lagu dari telefon bimbit Tengku Ian Israf mengejutkan lenanya. Telefon di ambil. Nama pemanggil di lihat. Arabella.

“Hello sayang. Assalamualaikum” menyapa si buah hati.

“Waalaikumsalam, abang call Ara eh tadi.”

“Yer sayang. Ara pergi mana?”

“Mandi.” Jawab Arabella selamba.

“Mandi? Hmmm… dah pakai baju ke belum tu?” Tengku Ian Ishraf mengusik.

 “Dari pagi tadi Ara call, abang tak angkat pun.” Ara merajuk.

“Kan Ara sendiri yang silentkan telefon abang semalam. Takkan lupa kut”

Arabella ketawa di hujung talian.

“Araaaaaa,… jangan ketawa macam tu. Abang kat office ni. Tak pasal-pasal karang abang lari dari office terus terkam Ara kat rumah.” Tengku Ian Ishraf memang gila.

“Abang, Ara ketawa je pun.  Bukan buat apa.”

“Ketawa Ara, senyum Ara, lenggang lenggok Ara, memang menggoda abang tau. Sebab tu abang tak bagi Ara kerja kat sini. Nanti tak pasal-pasal, kat sofa bilik abang ni pun jadi ,”

Gila Tengku Ian Ishraf ni.

“Isshhh abang ni, ke situ pulak.”

“Yerlah, dah Ara goda abang. Tadi abang tanya, tak jawab lagi.”

“Hmmm.. ada pertanyaan ke tadi. Ara tak perasan lahhh.”

“Abang tanya, dah pakai baju ke belum?” soalan Tengku Ian Ishraf ni, memanglahhhh!!

“Ishhh abangggg.. belum lahhh..”

“Araaaa,.. jangan goda abang.” Tengku Ian Ishraf sudah tersengih-sengih.

“Mana ada, abang sendri yang tergoda. Ara tak buat apa-apa pun.”

“Dah Ara tak pakai baju lagi tu. Abang tengah bayangkan la ni. Betis bunting Ara tu, bahu gebu Ara tu, bibir merah Ara, leher tempat favorite abang tu.. semualahhhh…” Tengku Ian Ishraf memang gila.

“Abang,…!!!! Suka usik Ara tau..”

“Ara suka goda abang” Katanya lagi. Kerusi di pejabat sudah berpusing-pusing.

“Dahlah, Ara nak pakai baju ni.” Arabella berdalih.

“Ara, pakai warna pink tau. Pink yang abang belikan minggu lepas masa abang pergi Penang tu.” Tengku Ian Ishraf sudah membayangkannya. Ohhhh tidakkkk!!

“Sudahlah bang. bye.” Muka Arabella merah menahan malu. Telefon diletakkan.

Tiba-tiba satu pesanan ringkas diterima di telefon bimbit Arabella.

+Pink please. I wanna see tonight.

Pengsan Arabella!!


*************************************

Pak Mat menurunkan Tengku Ian Ishraf di lobi. Setelah membukakan pintu,Tengku Ian Ishraf bersama Bahar, tergesa-gesa keluar dari kereta menuju ke bangunan Megah Holdings. Temujanji dengan Ceo Megah Holdings sepatutnya berlangsung pukul 3, tetapi mereka sudah kelewatan 30minit.

Ini gara-gara kereta lembab tadi lah ni.!! Sumpahnya di dalam hati.

Sesampainya mereka di tingkat 7 menara Megah Holdings, Tengku Ian Ishraf dan En Bahar, disambut oleh seorang wanita cantik.

“Hi,…..” Sapa Tengku Ian Ishraf.

Seorang wanita tinggi lampai tersenyum. Bebola mata yang sudah sedia membesar tampak lebih besar dengan kanta lekap berwarna biru itu. Bulu mata yang tidak panjang mana, dilurutkan sehingga nampak seperti bulu mata barbie doll pula.

Inilah yang Ara panggil plastik! Desis Tengku Ian Ishraf di dalam hati.

“Hai,…” Balas wanita itu. Senyum

“I, Tengku Ian Ishraf dari Warisan Berhad. I ada meeting dengan ceo you?It should be at 3pm, but, I’am really sorry. 30 minutes late.”

“It’s ok Tengku. My boss is expecting you.” bibir berlipstik tebal itu bertutur lembut dan mata melirik ke arah Tengku Ian Ishraf, menggoda. Tengku Ian Ishraf tersenyum.

Lama juga tak test market ni..!! Hati nakal berbisik.

“Oh ya, by the way. You are…..?” Tengku Ian Ishraf sudah mula memasang jerat. Sifat nakal Tengku Ian Ishraf memang sukar dibendung. Wanita adalah perhiasan katanya. Tetapi, hanya Arabella sahaja yang mampu menundukkan Tengku Ian Ishraf.

“Mona. Secretary Tuan Armand.” Mona menghulurkan tangan tanda perkenalan. Tangan bersambut lantas dicium gatal.

“You cantik sangat Mona.” Mata dikenyit. Bahar hanya memerhati. Sudah arif dengan sikap Tengku Ian Ishraf yang memang peramah orangnya.

Perempuan ni dah rupa Garfield pulak aku tengok!!! Hati Bahar menilai.

Walaupun ini kali pertama Tengku Ian Ishraf ke sini, tetapi sikap mesra alam tengku yang seorang ini, mengundang rasa selesa di hati Mona.

Masuk ke bilik yang luasnya lebih kurang bilik mesyuarat di Warisan Berhad itu, matanya tertumpu pada satu potret seorang lelaki yang tergantung megah di dinding. Potret itu dirapati, direnung.

Siapa ni? Desis hatinya.

Tengku Ian Ishraf sepatutnya berjumpa dengan Ceo Megah Holding, Tuan Haji Abdul Rahman. Tetapi katanya, jawatan itu sudah diserahkan pada anaknya, En.Armand. Tengku Ian Ishraf tidak pernah bersua muka, samada dengan Tuan Haji Abdul Rahman atau dengan anaknya. Inilah kali pertama. Kunjungannya ke Megah Holdings adalah berkaitan dengan usahasama projek di Pulau Pinang. Disebabkan Tengku Ian Ishraf yang terlalu commited pada kerjanya, dia sanggup turun padang sendiri memastikan semua kerja dijalankan dengan betul dan sempurna.

Kedua-dua tangannya di masukkan ke dalam poket seluar, sambil mata merenung sekeliling. Tubuhnya yang belumpun duduk di kerusi, dibawa ke jendela yang berhampiran. Pemandangan KLCC di waktu tengah hari ditenung. Jalanraya Kuala Lumpur yang sesak walau masih di dalam waktu berkerja diamati. Nafas dihela panjang. Tangan diangkat. Jam rolex di bawah lengan kot hitamnya diselak. Sudah hampir 15minit menunggu, tetapi bayang-bayang ceo Megah Holdings masih belum kelihatan.

Pintu bilik itu ditolak dari luar. Tengku Ian Ishraf menoleh. Kelihatan seorang lelaki memasuki bilik itu.

“Heyyy, Ian..!!” Lelaki itu menegur. Tengku Ian Ishraf kerut dahi. Cuba mengecam wajah di depannya.

“Ya Allah.. Adam? Adam Armand Abdul Rahman.?” Tengku Ian Ishraf senyum. Tubuh sahabatnya dirapati, lalu dipeluk erat.

“ Ian, kau bila balik? Apasal  tak hello aku kata kau dah balik Malaysia.?”

Adam Armand, sahabat lama Tengku Ian Ishraf. Mereka sama-sama menuntut di Oxford satu ketika dulu. Tidak menyangka bahawa Adam Armand adalah anak Tuan Haji Abdul Rahman.

“Oh my. Adam. Macam mana aku boleh tak perasan nama kau Adam Armand Abdul Rahman.” Kepala digeleng. Menyedari kekhilafannya mengenali sahabat sendiri.Memang tidak terlintas di ruang fikiran Tengku Ian Ishraf, bahawa Adam Armand adalah pewaris Megah Holdings. Ini kerana Adam Armand, terlalu berahsia tentang latar belakang diri sendiri. Mungkin juga Adam Armand adalah seorang yang terlalu happy, sehingga dia tidak mahu menceritakan kisah hidupnya pada orang lain hatta sahabat baik sendiri.

“Apa cerita kau sekarang?” Adam Armand menjemput Tengku Ian Ishraf duduk.

“Kau ni, sini kita bincang pasal kerja. Life, kita sembang di luar. Ini, pembantu aku, Bahar.” Menyedari kehadiran Bahar di situ, lalu diperkenalkan pada Adam Armand. Masing-masing duduk, dan memulakan perbincangan.

***************************************************



Ara mundar mandir di biliknya. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 11malam. Tetapi kelibat Tengku Ian Ishraf masih belum kelihatan. Telefon sudah ditekan beberapa kali. Namun tiada balasan dari lelaki itu. Hati sudah panas. Tengku Ian Ishraf tidak pernah pulang selewat ini ke rumah. Walau sesibuk mana pun dia di pejabat,pasti pesanan ringkas ada dititipkan di telefon bimbit Arabella.

Kaki dibawa duduk di birai katil. Wajah Mak Nani yang sedang tidur ditenung.Tiba-tiba hati dilanda sayu bila terkenangkan pernikahan dia dan Tengku Ian Ishraf langsung tidak diketahui oleh satu-satunya insan yang membesarkannya. Insan yang sanggup mengorbankan nyawa demi Arabella. Insan yang mencurahkan kasih dan sayang yang tiada nilainya kepada dia. Air mata bergenang di kelopak mata.

Tiba-tiba terdengar bunyi pintu banglo dibuka. Di dalam gelap, Arabella mengintai. Kelibat Tengku Ian Ishraf masuk ke dalam banglo di perhati. Terasa ingin menyerbu si cinta hati dan memeluknya, tetapi akal melarang. Lampu di ruang menonton di tingkat atas masih terbuka. Sudah tentu Tengku Suffiyah masih belum lena. Pintu bilik di tutup kembali. Badan dibawa ke atas katil, lalu direbahkan di sisi ibunya. Perlahan-lahan mata dipejam.

Arabella terjaga tatkala azan subuh kedengaran dari surau berhampiran. Arabella membuka mata, siling di tenung.

Kenapa lain? Soalnya di dalam hati.

Semalam aku tidur di bilik mak, macam mana boleh ada di bilik ni pulak.! Arabella pelik.

Secepat kilat Arabella meninggalkan kamar itu. Tubuh suaminya yang pulas tidur, langsung tidak diendahkan. Kaki pantas menuruni tangga. Takut. Takut keberadaannya di tingkat satu banglo itu diketahui oleh Tengku Suffiyah. Lebih tepat, di bilik Tengku Ian Ishraf. Walaupun masih ada persoalan yang belum terjawab, dia perlu segera beredar terlebih dahulu.











5 comments:

  1. πŸ˜»πŸ˜»πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  2. waduh2... ian kemaruk sungguh... jeng2.... ara diselubungi misteri... hehehe
    mcm mana eh blh ada kat bilik ian... mesti ian masuk senyap2 angkut ara g bilik dia...

    ReplyDelete
  3. susahnya kalau kawen senyap2 mcm nie... lg la bila tgl sekali dgn mak dan mentua... huurrmmm..

    ReplyDelete
  4. heheheheheh, susah tapi seronok plak tgk akal diorg ni!!

    ReplyDelete