Sunday, 22 March 2015

KASIH SI MERAK

PROLOG


“Sari… ada orang cari kau kat pondok pengawal tu,” Tubuh Chempeka Sari yang sedang enak diulit mimpi digoncang Shila beberapa kali.

“Sari, bangunlahhh. Dah pukul berapa ni. Ada orang cari kau. Bapak saudara kau yang naik mercedes tu lah..” Mendengar perkataan Mercedes dari bibir Shila, Chempaka Sari menyelak selimut, lalu matanya di terbuka luas.

“Oh shit…!! Dia dah sampai.” Jeritnya lalu terus bangun duduk. Telefon bimbit di bawah bantal dicapai. 8 missed call. Dahi ditepuk. Patutlah, silent. Mata mengantuk sangat, sampai di terpaksa ponteng kelas hari ini.

Nombor telefon itu didail. Tidak sampai lima saat, talian bersambung.

“Sorryyyyy… I tertidur. I penat sangat. Malam tadi tidur lambat.” Katanya usai talian bersambut.

“Its ok baby. I tunggu baby kat bawah ni. Jom la temankan I lunch.” Kata suara garau itu.

Chempaka Sari terasa bagai mahu muntah mendengar suara tua itu. Kalau tidak disebabkan poket si tua itu yang berkepuk-kepuk, Chempaka Sari tak lalu mahu berdampingan dengannya. Motif Chempaka Sari hanya satu. Dia mahu senang. Dia mahu hidup serba sempurna. Bergaya dan berharta. Tidak kira walau bagaimanapun cara untuk mendapatkannya. Hanya lelaki tua itu yang mampu melunaskan segala kehendaknya. Chempaka Sari mengenali lelaki yang boleh di anggap sebagai bapa itu melalui seorang teman sekuliahnya. Disebabkan keinginannya terlalu tinggi untuk hidup mewah, Chempaka Sari sanggup meletakkan harga dirinya ke tepi.

“Tunggu I mandi dulu boleh?” katanya dengan suara yang sengaja dimanjakan.

“Boleh, mandi wangi-wangi tau.I tunggu baby kat sini.” balas si tua boroi itu.

Usai talian diletakkan, Chempaka Sari bergegas ke bilik air. Tuala dicapai, lalu tubuhnya menghilang ke di balik pintu.



Dari jauh, Tan Sri Zufry melihat kelibat gadis idamannya sedang berjalan berlenggang lenggok menuju ke arahnya. Sehelai dress kembang separa lutut tanpa lengan berwarna kuning menyerlahkan manis si pemakai. Beg tangan Coach Duffle berwarna senada yang baru dibelinya seminggu sudah, terletak elok di bahu gadis itu. Tan Sri Zufry tersenyum riang. Bangga bila ada bunga muda yang sudi berdampingan dengannya.

“Sorry sayang, I lambat.” sapa Chempaka Sari.

“Its ok. Kalau dengan you, I tunggu berjam-jam pun tak pe.” bibir manis Tan Sri Zufry sudah bagai dilumur madu asli.

Tan Sri Zufry membukakan pintu, lalu tubuh Chempaka Sari lolos ke dalamnya. Dia berlari ke pintu sebelah lalu pintu itu dibuka oleh seorang lelaki berbadan sasa. Hadi. Pemandu dan pembantu Tan Sri Zufry. Kereta mewah itu meluncur ke tengah-tengah kota Kuala Lumpur.


Tan Sri Zufry tersenyum lebar, tatkala lengan berkedutnya disauk oleh tangan seorang gadis muda berusia 21 tahun. Betapa bertuah rasanya kerana gadis semuda itu mahu berdampingan dengannya. Bukan susah mahu mengumpan gadis seperti Chempaka Sari. Taburkan sedikit wang ringgit, penuhi keinginannya untuk mewah, sudah pasti Chempaka Sari tidak akan ke mana-mana lagi.

Sudah hampir dua bulan dia mengenali Chempaka Sari, selama dua bulan itulah Chempaka Sari akan menemaninya ke mana sahaja jika diperlukan. Tidak kira siang atau malam, asalkan upahnya lumayan. Chempaka Sari akan tersenyum lebar, jika disogokkan dengan wang ringgit dan barangan berjenama. Tan Sri Zufry tidak pernah menolak segala permintaan Chempaka Sari. Segala kehendaknya diturunkan.

Tan Sri Zufry berjalan megah menuju ke coffea house di sebuah hotel terkemuka di ibu kota itu. Betapa bangga dirasakan kerana bergandingan dengan Chempaka Sari yang cantik. Tangannya yang berkedut, memeluk pinggang Chempaka Sari yang langsing.

Walaupun Chempaka Sari boleh diusung kemana sahaja, gadis itu terlalu menjaga kehormatan dirinya. Buktinya sehingga kini, Tan Sri Zufry masih belum berjaya menakluki gadis itu.Chempaka Sari lain benar dari wanita-wanita yang didampinginya sebelum ini. Kerana itulah Tan Sri Zufry menuruti segala kemahuan Chempaka Sari.Pernah juga Tan Sri Zufry mengajak gadis itu menemaninya di bilik-bilik hotel, tetapi Chempaka Sari memberi bermacam-macam alasan.

“Baby, malam ni kita bermalam kat sini. Baby teman I tidur yer.” Tan Sri Zufry mula menjual ayat - ayat cinta si tua kerepot.

“Hmmmm… sorry la dear. Teman tidur I tak boleh dear. Kalau you nak, kita kahwin. Then barulah I temankan you tidur.” suara manja Chempaka Sari diserati liuk lentok tubuh badannya setelah mereka duduk di meja cafeteria hotel itu.

“Kahwin? Tan Sri Zufry tersenyum. Untuk kahwin dengan Chempaka Sari tidak sama sekali. Dia masih ada kepentingan di dalam perniagaannya. Segala saham di Zee Sdn Bhd adalah bilik sepenuhnya oleh isterinya, Puan Sri Maziah. Andai dia berkahwin dengan Chempaka Sari, sudah tentu, segala kemewahan yang dikecapinya selama ini, akan lenyap sekelip mata.


********************

“Hud, itu bukan ayah kau ke.” tegur Iskandar sebaik mereka duduk di cafeteria itu. Hud Zafry menoleh.

Perempuan itu lagi. Desis hati kecilnya. Bukan sekali dua dia terserempak daddynya bersama perempuan itu. Sudah berkali-kali. Dan dia juga sudah jelak dan bosan dengan perangai miang Tan Sri Zufry. Mummynya juga sudah tidak mampu berbuat apa-apa, kerana sikap Tan Sri Zufry memang tidak pernah berubah. Tan Sri Zufry seringkali bertukar-tukar wanita, tetapi inilah yang paling lama melekat dengannya. Biasanya, hanya untuk beberapa minggu sahaja. Dengan perempuan muda ini, rasanya sudah dua bulan. Hud Zafry pasti  gadis ini hanya mahukan kemewahan. Hud Zafry pernah terserempak dengan daddynya di sebuah butik beg tangan terkemuka di ibukota.Pastinya,mahu membelikan beg tangan untuk gadis muda itu.

Hud Zafry hanya mampu menggelengkan kepalanya.


****************************************


Tubuh Chempaka Sari yang sudah lembik dan longlai, dipapah masuk ke bilik hotel oleh dua orang lelaki yang berbadan sasa lalu diletakkan berhati-hati di atas katil. Tan Sri Zufry yang sedang mengekori dari belakang, tersenyum lebar. Tidak menyangka bahawa hari ini, gadis muda di hadapannya akan menjadi lauk untuk makan malamnya. Sudah lama dia mengidam tubuh Chempaka Sari, tetapi Chempaka Sari bak burung merpati. Semakin didekati, semakin jauh dia pergi.Hari ini, nafsu serakahnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Tidak sia-sia dia mengajak Chempaka Sari makan malam di hotel mewah ini. Dengan memasukkan sebiji pil di dalam minuman Chempaka Sari, gadis itu sudah terhoyong hayang. Perutnya yang boroi diusap dengan tangan yang sudah berkedut.

Usai kedua-dua lelaki berbadan sasa itu berlalu dari situ, Tan Sri Zufry menutup daun pintu. Tombolnya ditekan. Tubuh Chempaka Sari dihampiri. Dia duduk di barai katil lalu memerhati Chempaka Sari yang sedang bergerak-gerak sedikit. Mamai. Mata tertancap pada betis bunting Chempaka Sari yang terdedah dibalik skrit yang dipakainya. Air liur ditelan. Inilah pertama kali dia mendapat pucuk muda. Sudah berbulan lamanya, dia bersama Chempaka Sari, tetapi Chempaka Sari langsung tidak mahu menunaikan kehendaknya. Chempaka Sari terlalu berhati-hati dalam menjaga mahkotanya. Mereka akan duduk di bilik yang berasingan tatkala gadis muda itu menemaninya outstation atau kemana sahaja.

Tan Sri Zufry merangkak di atas katil. Wajah Chempaka Sari diteroka. Mata singgah di dada Chempaka Sari.Perlahan-lahan, butang baju yang dipakai Chempaka Sari dilepaskan satu persatu. Chempaka Sari tidak berdaya. Tan Sri Zufry tersenyum menang kerana malam ini dia makan besar.

You akan jadi milik I Cempaka Sari. Walau you tak rela, I akan ratah tubuh you sampai puas.

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Tan Sri Zufry merengus.

Siapa pulak call ni. Kacau betul la.

Lantas telefon bimbit dicapai, nama pemanggil dibaca sekilas. Hadi. Salah seorang lelaki upahannya tadi.

“Tan Sri. Leave the room now. Saya dapat info,JAIS akan serbu hotel tu malam ni. Kalau nak selamat, you must take a move now.” Pesan Hadi di hujung talian.

“Shit…. Kau kata hotel ni selamat.” Marah Tan Sri Zufry pada Hadi.

“Tan Sri better keluar sekarang. Saya nampak van JAIS dah masuk parking dalam ni. I got to go.”

Talian dimatikan. Tan Sri Zufry teragak-agak mahu keluar dari situ. Mana tidaknya, meninggalkan Chempaka Sari di situ, merupakan kerugian besar buatnya. Tetapi, dia lebih bimbang lagi andai dia dicekup. Perniagaannya akan terjejas. Dia dan keluarganya akan malu besar lebih-lebih pada anak-anaknya.

Tanpa banyak soal, Tan Sri Zufry terus mencapai kot yang tersangkut di kerusi, lalu melangkah ke pintu. Tombol pintu dibuka. Terkejut Tan Sri Zufry apabila melihat wajah merah Hud Zafry di depan pintu.

“Daddy buat apa kat sini? Daddy bawa perempuan tu masuk hotel kan?” Sudah lama dia mengintip perbuatan daddynya. Dia nampak dengan mata kepalanya dua orang suruhan daddynya memapah Chempaka Sari masuk ke bilik hotel itu.

“Daddy yang perlu tanya Hud. Hud buat apa kat sini.” Tanya Tan Sri Zufry balik.

Geram dengan pertanyaan daddynya itu, Hud Zafry, menolak tubuh gempal daddynya ke tepi. Kakinya melangkah masuk ke bilik. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sekujur tubuh seorang gadis sedang dengan tidur pulas di atas katil. Malah semakin terkejut apabila melihat beberapa biji butang baju gadis itu telah terbuka sehingga menampakkan dadanya yang putih gebu. Hud Zafry berpaling ke pintu. Kelibat daddynya sudah tiada di itu.

Perangai daddy memang tak pernah berubah! Makin tua makin menjadi-jadi.

Gadis itu dihampiri.

Chempaka Sari!!

Ya, dia kenal gadis ini. Gadis inilah yang selalu bersama daddynya sejak akhir-akhir ini.

“Hei perempuan, bangun.” tangan menggoncang bahu Chempaka Sari. Langsung tidak bergerak.

Tidur mati ke perempuan ni.

Hud Zufry menapak ke bilik air lalu keluar bersama segelas air di tangan. Air itu disimbah ke muka Chempaka Sari. Chempaka Sari membuka mata sedikit.

“ Aduh…” tangan memegang kepala yang berdenyut. Mata memerhati sekeliling. Seingat dia, dia hanya menemani Tan Sri Zufry untuk makan. Setelah dia meneguk segelas oren jus, kepalanya pening. Dia masih ingat lagi, dalam keadaan mamai, wajah Tan Sri Zufry tersenyum padanya.

Cilaka lelaki tua boroi tu. Sial. Sini dia bawak aku.!! Gumamnya di dalam hati.

“Kau siapa?” Tanya Chempaka Sari pada seorang lelaki di hadapannya. Tangan masih memegang kepala. Mata terkejut melihat butang bajunya yang sudah terbuka.

“Aku? Aku anak kepada orang tua boroi yang kau selalu peluk tu. Hei perempuan….”

Tok..tok….

Kata-kata Hud Zafry terhenti di situ apabila pintu hotel diketuk. Dia segera berjalan ke arah pintu. Pintu bilik ditarik dan terbuka. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sekumpulan lelaki yang berkopiah berada di muka pintu. Hud Zafry terduduk.

8 comments:

  1. best...best....best....nk lg

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Hi miss kurus. Saya azfan zahardaro AZO Production. Novel ini ada potensi utk diangkat menjadi drama atau filem. Hubungi saya sekiranya novel ini sudah disiapkan. Email saya : azfan.zahar@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam cik kurus..novel dah siap ke.. cik hantar ke penerbit sebab berminat untuk membaca kesudahannya

      Delete
    2. salam cik kurus..novel dah siap ke.. cik hantar ke penerbit sebab berminat untuk membaca kesudahannya

      Delete
  4. apa khabar...karya anda telah disambung oleh penulis lain..

    ReplyDelete