Bab 4.
Setelah siap menyisir rambut, Tengku Ian Ishraf, merapikan pakaian yang terletak elok ditubuhnya. Sehelai kemeja berwarna biru muda dipadankan dengan slack berwarna hitam, disarungkan ke badannya yang sasa. Baju kemeja memang sudah disiapkan Arabella setiap hari. Arabella akan meletakkan pakaian yang sudah digosok di dalam almari pakaiannya. Tinggal dia hanya memilih dan memadankannya sahaja. Tengku Ian Ishraf agak cerewet dalam pemilihan pakaian. Sehinggakan pakaian Arabella pun, kadangkala tidak kena di mata Tengku Ian Ishraf. Kadang-kadang Arabella rimas dengan sikap Tengku Ian Ishraf yang satu ini.
Kaki diatur langkah menuruni tangga. Seperti biasa, kelibat Arabella dicari. Terus Tengku Ian Ishraf menjengah dapur. Wah, cinta hatinya ada di situ. Sedang asyik membancuh air di dalam teko. Lantas, tubuh Arabella dipeluk dari belakang.
“Good morning sayang.” Pipi gebu Arabella menjadi mangsa bibirnya.
“Ishh abangggg,… apa ni. Mak dan Bonda Engku kan ada tu.” Arabella menjauhkan tubuhnya sedikit dari Tengku Ian Ishraf.
“Ye lah, ye lah.. sayang ni, kedekut betul la sekarang. Nak pegang sikit pun tak boleh.” sudah merajuk bunyi tengku yang seorang ni.
“Bukan tak boleh pegang, tapi tempat tak sesuai lah bang. Kalau mak nampak macam mana? Ara tak kisah kalau abang dah bersedia bagitahu pasal kita dengan mak dan Bonda Tengku.” tangan masih sibuk mengacau air milo di dalam teko. Si suami langsung tidak dipandang.
Nafas Tengku Ian Ishraf dihela panjang. Jari diketuk di atas meja. Otak ligat berfikir.
“Abang tak habis fikir lagi Ara, nantilah.” Terus tubuhnya dibawa berlalu dari situ.
******************************************************
“Pak Mat, ni beg siapa pulak ni?” Tanya Tengku Ian Ishraf apabila terpandang sebuah beg di tepi pintu. Briefcasenya dihulurkan pada Pak Mat.
“Kan Mak Nani dan Ara nak balik kampung hari ni. Lepas hantar Tengku ke pejabat, Pak Mat nak hantar diorang balik kampung,” Kata Pak Mat sambil membuka pintu kereta, lalu meletakkan briefcase Tengku Ian Ishraf di tempat duduk belakang.
“Hah..!!” Tengku Ian Ishraf terkejut. Bebola matanya sudah membesar bak biji guli.
“Bonda,… bonda…!!!” Pantas kaki dibawa menuju ke ruang makan mencari kelibat Tengku Suffiyah. Terjengul wajah bondanya dari tingkat atas. Berdiri di anak tangga terakhir di satu-satunya tangga yang menghubungkan tingkat bawah dan tingkat atas banglo itu.
“Bonda, kenapa benarkan Ara balik kampung?” Tanyanya pada Tengku Suffiyah.
Tengku Suffiyah hairan. Pelik. Kedua-dua kening bersambung.
“Kenapa pulak Arabella tak boleh balik kampung? Apa kaitan dengan kamu?” Tengku Suffiyah mula bertarik tali.
“Ara mana boleh balik kampung. Siapa izinkan Ara balik kampung.?” SuaraTengku Ian Ishraf sudah agak meninggi.
“Eh kamu ni. Kamu siapa pulak nak halang Ara balik kampung?” Hati si ibu sudah berlagu riang. Si anak sudah terjerat.
“Errmmm… ermmmm……” Darah merah menyerbu muka. Lidah kelu tak mampu berkata-kata bagai dicucuk ubat bius. Tak mampu bertutur sempurna.
“Nanti kalau Ara dan mak Nani balik kampung, siapa nak tolong bonda. Siapa nak masak? Baju Ishraf siapa nak iron.” Menyedari akan keterlanjuran kata-katanya, terus nama Mak Nani dipetik. Kalau tidak tadi, nama Arabella aje yang disebutnya.
“Owhhh, kalau itu yang kamu risaukan, tak pe. Bonda masih kuat lagi nak masak untuk kamu. Bonda boleh je masak takat makan untuk kita berdua. Baju kamu tu, kan Ara dah iron siap-siap untuk seminggu.” langkah Tengku Suffiyah diatur ke ruang tamu.
“Hahhhh…..!! Seminggu??? Biar betul Bonda?” Tengku Ian Ishraf mula naik berang. Lama tu. Arabella akan meninggalkannya seminggu. Seminggu jugalah Tengku Ian Ishraf tidur tidak berteman.
“Lahhhh Ishraf, biarlah Mak Nani dan Ara berehat di kampung dulu. Mak Nani kan dah lama tak balik. Lagipun, anak saudara Mak Nani kamu tu nak kahwin minggu depan.” Kata Tengku Suffiyah tanpa menghiraukan reaksi anaknya bujangnya.
“Bonda, yang kahwin anak saudara Mak Nani kan. Bukan Ara. Kenapa Ara nak kena balik seminggu pulak.?” ketidakpuasan hati jelas terpapar di wajah Tengku Ian Ishraf.
“Eh kamu ni Ishraf, kalau iyer pun si Ara tu nak kahwin., kamu sibuk kenapa? Sudahlah, pergi kerja sana. Pak Mat dah tunggu kamu tu. Kang lambat Pak Mat kamu hantar kamu, lambat lah Ara dan mak Nani kamu sampai kampung” Tengku Suffiyah menolak tubuh anaknya keluar pintu.
“Bonda, tapi kenapa sampai seminggu?” ulangnya lagi.
Tengku Suffiyah membulatkan matanya. Kepala digeleng ke kiri dan ke kanan. Petanda tiada sesiapa berani membantah keputusannya.
Tengku Ian Ishraf semakin tidak keruan. Arabella isterinya, tetapi kenapa bondanya pula yang berani membuat keputusan berkaitan isterinya. Oh ya, Arabella hanya seorang isteri rahsia. Tiada sesiapa tahu hakikat itu.
Masa ni lah nak guna kuasa veto!!
Lantas telefon bimbit dicapai. Pesanan ringkas dititipkan ke telefon Arabella.
“Sayang, jangan balik kampung. Abang tak izinkan.” ~Tengku Ian Ishraf~
Arabella sudah panas punggung di biliknya. Kakinya mundar mandir dibilik sederhana besar itu.Telefon bimbit masih berada kejap di tangannya. Apa yang perlu dilakukan? Dia perlu balik kerana Mak Nani tiada di banglo mewah itu. Jika dia tinggal, pasti Tengku Suffiyah akan curiga.
Tak pasal-pasal rahsia pecah pulak.!! Kepala yang tidak gatal digaru.
“Kenapa Ara.?” tersembul wajah Mak Nani di pintu. Arabella urut dada. Terkejut.
“Hmmmm…. tak de apa-apa mak. Pukul berapa nak balik Mak?”
“Kejap lagi, tunggu Pak Mat balik balik dari pejabat Tengku Ishraf. Kenapa?”
“Mak, kita memang kena balik ke mak?” Tanya Ara lagi.
“Soalan apa kamu ni Ara. Anak Pak busu kamu nak kahwin, si Antasya tu. Takkan kamu tak nak tengok kut.” Mak Nani sudah naik angin.
“Kita balik dua hari je lah mak eh..” Rayunya pada si ibu. Si ibu memandang penuh hairan.
“Kamu ni dah kenapa Ara?”
“Errr…err… “ mata menekur lantai. Jari diramas-ramas.
Macam mana aku nak cakap dengan mak ni. Takkan la nak cakap Tengku Ian Ishraf tak izinkan balik. Karang mak tanya pulak, apa hak Tengku Ian Ishraf tu? Karang pecah rahsia aku.!! Arabella kusut.
“Sudahlah, baju-baju kamu dah kemas ke?” Tanya Mak Nani .
“Dahhhh…. “ Jawabnya lemah.
Arabella sudah tidak mampu berbuat apa lagi. Arabella redha. Dia terpaksa mengikut ibunya tanpa keizinan suami tercinta. Hati berdoa, memohon agar suaminya faham akan situasi yang dihadapi.
“I’m sorry abang. Ara terpaksa ikut mak. Ara balik seminggu. Abang jaga diri yer.” ~Arabella~
Pesanan di titipkan ke telefon bimbit Tengku Ian Ishraf.
**************************************
Mak Nani bertinggung di sisi Tengku Suffiyah. Tengku Suffiyah sedang membelek bunga ros yang baru ditanamnya petang semalam.
“Engku, Ara pun dah gelisah tu. Tak nak ikut saya balik dah rupanya tu.” Suara berbisik. Takut disedari oleh Arabella.
“Samalah Kak Nani. Ishraf pun tadi macam dah nak mengamok bila saya kata Ara balik seminggu. Mata bulat macam mata burung hantu jeee pandang saya.”
“Itulah Engku. Si Ara dah tak senang duduk tu ha. Dari tadi duk membelek telefon.”
“Tak pe kak, akak bawa je Ara balik kampung seminggu. Kita tengok apa akal budak-budak ni pulak.”
Membawa Arabella balik ke kampung merupakan salah satu rancangan Tengku Suffiyah. Dia ingin melihat sejauh mana kekuatan cinta dan kasih sayang antara anak menantunya, ingin melihat bagaimana Tengku Ian Ishraf menahan rindu pada Arabella. Juga ingin melihat sejauh mana lagi Tengku Ian Ishraf dan Arabella sanggup menyembunyikan status perkahwinan mereka. Pada Mak Nani dia berpesan agak memantau Arabella. Takut nanti dalam diam, Tengku Ian Ishraf menculik isterinya sendiri. Tindakan Tengku Ian Ishraf memang di luar jangkaan.
********************************************
“Bahar, kau pernah bercinta?” tiba-tiba pertanyaan itu yang tercetus di minda Tengku Ian Ishraf tengah hari ini.
Dahi Bahar berkerut. Pelik dengan soalan bosnya yang tiba-tiba. Bukan dia tidak menyedari kelakuan Tengku Ian Ishraf sepagi ini di pejabat. Duduknya tidak betul, berdirinya juga tidak tegak. Seolah-olah ada sesuatu yang menggangu fikirannya.
“Bercinta? Cinta monyet ada lah Tengku,” Bahar senyum.
“Kau nak jadi monyet kenapa? Aku tanya kau bercinta betul-betul, pernah ke?” Tubuh disandarkan di kerusi sementara menunggu hidangan makan tengah hari sampai di mejanya.
“Owh… siapalah yang nak kan saya ni Tengku. Dah la yatim piatu, tak handsome pulak tu. Rupa pun tak de.” Bahar memang seorang yang merendah diri. Dalam usia menjangkau 40-an Bahar masih belum mendirikan rumahtangga. Mungkin kerana komitmennya pada kerja, atau mungkin kerana sayangnya dia pada keluarga Tengku Ammar yang sudah banyak berjasa padanya, menyebabkan dia masih belum berfikir untuk diri sendiri.
“Siapa kata kau tak handsome.Sekali kau petik jari, sepuluh perempuan yang datang menyendeng dengan kau tau.” Puji Tengku Ian Ishraf.
“Kalau yang datang menyendeng tu plastik ala-ala specis menggeletik, baik tak payah Tengku. Baiklah saya membujang sampai ke tua.” Kepala digeleng.
“Hahahhahaa.. kau ni Bahar, ada saja kan.”
“Kenapa Tengku tanya.”
“Hmmmm…. tak de apa-apa. Cuma, dua tiga hari ni, aku rasa rindu pulak.” Matanya dibawa merenung ke luar restoran itu. Hatinya jauh terkenangkan Arabella.
“Rindu? Siapakah yang bertuah tu Tengku? Mona?” Bahar cuba meneka.
“Alahai Bahar. Perempuan lain tak de ke kau nak sebut. Mona tu dah specis powerpuff girl dah aku tengok. Mata besar macam bola tenis. Lama-lama tengok dah rupa langau pun ada.”
Hampir pecah gelak Bahar mendengar pengakuan ikhlas dari mulut Tengku Ian Ishraf. Powerpuff girl? Teringat karektor kartun yang bermata besar itu.
Ish, Tengku Ian Ishraf ni, agak-agaklah nak samakan orang kut. Besar benar mata si Mona tu.
“Dah tu Tengku? Kalau bukan Mona, siapa lagi. Tengku pun saya tengok dah jarang keluar ke mana-mana. Balik kerja, Tengku terus balik ke rumah kan?” Bahar akui sendiri, semenjak arwah Tengku Ammar meninggal dunia, kehidupan Tengku Ian Ishraf sudah berubah 360 darjah. Tiada lagi kehidupan malam. Tiada lagi perempuan - perempuan yang sering menemani Tengku Ian Ishraf ke mana-mana. Tiada lagi wanita-wanita yang seksi mengunjungi pejabatnya. Mungkin juga, hati dan jiwa yang kosong sudah di isi dengan kasih sayang Arabella. Betapa besarnya cinta anak Mak Nani itu, sehingga mampu mengubah Tengku Ian Ishraf yang dahulunya liar, menjadi seorang kekasih yang setia. Cinta Arabella banyak mengajar erti kasih sayang sebenar pada Tengku Ian Ishraf.
“Entah la Bahar.” rambutnya yang lurus, di lurut ke belakang. Nafas dihela dalam.
Tengku Ian Ishraf tidak mengetahui bahawa Bahar tahu akan rahsia perkahwinannya dengan Arabella. Ini adalah permintaan dari Tengku Suffiyah. Tengku Suffiyah berpesan agar merahsiakan segalanya dari pengetahuan Tengku Ian Ishraf. Tengku Suffiyah mahu Tengku Ian Ishraf sendiri yang menamatkan segala drama swasta yang dimainkan olehnya sendiri.
“Tengku, saya rasa, mungkin dah tiba untuk Tengku berumahtangga. Tengku pun, bukan muda lagi. Sudah 33 tahun Tengku. Molek benar dah usia Tengku ni untuk serius dalam sebuah perhubungan. Atau Tengku mungkin boleh mencari calon untuk dijadikan isteri, Tengku.” Polos cadangan Bahar itu. Jawapan dari Tengku Ian Ishraf dinanti.
“Hah?? Kahwin? Kau suruh aku kahwin, Kau sendiri dah nak masuk 40 tahun Bahar. Kau la yang kahwin dulu.” Tengku Ian Ishraf berdalih.
“Saya masih belum ada calon Tengku.” Bahar sengih.
“Hmmmmmm….. Carilah”
“Apa kata Tengku cari dulu. Kita suruh mak engku carikan, Nak?” Yes, cadangan bernas dari Bahar. Kita lihat apa reaksi pelakon utama pulak.
“Hah..!!! Suruh bonda cari? Nahas lahhh Bahar”
Mati aku Bahar, kalau Arabella tahu. Mau 10 bulan aku tidur sorang-sorang Bahar oi!!!! desis hati kecil Tengku Ian Ishraf.
************************************************
Ara duduk di pangkin di laman rumah pak busunya. Kaki dijuntaikan ke bawah, sambil digoyang-goyangkan. Keindahan suasana kampung menyapa matanya. Arabella ingin berehat sebentar. Berehat dari suasana hingar bingar suara-suara saudara mara yang berkunjung di majlis rewang rumah Pak Busunya. Betapa indah suasana kenduri kendara di kampung. Indah dengan kerjasama dari semua penduduk. Masyarakat kampung, tolong menolong dalam semua perkara. Tetapi sayang, di bandar, suasana ini, sudah agak pupus.
Hati terusik. Betapa bertuahnya Antasya. Bertuah kerana Antasya bakal diraikan di dalam sebuah majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan walaupun sederhana, tetapi tetap meriah. Dia? Walaupun sudah berkahwin, tetapi status perkahwinannya masih dirahsia. Dia juga masih belum merasai nikmat menjadi rasa sehari. Belum merasai debar duduk bersanding di atas singgahsana. Tiada sesiapa pun tahu akan perkahwinannya denganTengku Ian Ishraf. Tiada sesiapapun tahu, Arabella milik Tengku Ian Ishraf. Semua itu masih kekal menjadi rahsia antara dia dan Tengku Ian Ishraf.Sampai bila? Entahlah.
“Ara, kenapa duduk sini.?” Antasya yang datang entah dari arah mana mengejutkan lamunan Arabella.
“Tasya, terkejut Ara. Tasya dari mana?” Punggung dialihkan sedikit memberi ruang pada Antasya untuk duduk di sebelahnya. Mata terpaku pada jari jemari Antasya yang terhias indah dengan inai. Merah. Manis sangat. Inai dipasang oleh beberapa orang rakan Antasya semalam. Hati ingin membantu, tetapi terbit rasa cemburu di hatinya. Kerana dia masih belum berpeluang merasai nikmat berinai di majlis sendiri.
“Tasya dari atas rumah. Saja turun. Mak ngah cari Ara tadi.” Beritahunya.
“Panas sangat kat atas tadi Tasya, Ara turun la ke bawah ni kejap. Ambik angin.” Mata masih merenung sawah padi yang terbentang meluas di hadapan rumah pak busunya.
“Musim orang mengerat dah habis Ara. Sekarang orang bakar sawah. Sebab tu panas.” Antasya yang sudah sebati dengan suasana kampung tidak hairan dengan cuaca di kampung. Berbeza dengan Ara, walaupun dia hanya anak pembantu rumah, tetapi Ara dibesarkan di banglo mewah. Suasana agak berbeza.
“Hmmmmmmm….. itu lah. Atas pun ramai saudara-mara kita.Ada jugak yang Ara tak kenal.”
“Kalau macam tu, Ara kenalah rajin balik kampung. Barulah kenal,” Antasya tersenyum.
“Mak Ngah Nani tanya Ara tadi. Dia suruh Tasya cari Ara kat bawah ni. Dia takut Ara kecik hati dengan kata-kata mak long.”
Teringat sindiran pedas mak longnya sebentar tadi.
“Kau ni Ara, balik overseas dah lama. Kerja nyer tidak. Duduk di rumah macam orang kaya. Mak kau jadi pembantu rumah sampai ke tua Ara oi. Bila lagi kau nak balas jasa mak kau tu Ara.?”
“ Kalau tak pun, kau kahwin je lah dengan anak tuan rumah tu Ara. Senang hidup kau dengan mak kau.”
Kata-kata mak long ada benarnya. Sampai bila dia dan ibunya perlu tinggal di banglo mewah Tengku Suffiyah. Sudah tiba masanya Arabella membalas jasa ibunya. Tetapi, Arabella masih mempunyai satu tanggugjawab yang lebih besar di rumah itu. Tanggungjawab seorang isteri kepada suami. Walaupun dia hanya seorang isteri rahsia, tetapi tanggungjawabnya pada sang suami tetap tidak dikecualikan. Tidak kira isteri rahsia atau tidak, suami perlu didahulukan. Kerana permintaan suaminya, sehingga sekarang Arabella masih belum berkerja. Permintaannya untuk berkerja dihalang keras oleh Tengku Ian Ishraf.
“Tak pe Tasya. Betul cakap mak long tu. Ara tak kecik hati pun. Ara kesian dengan mak. Sampai bila mak nak kerja kat situ. Nantilah, Ara bincang dengan mak.” Nafas di hela panjang.
“Ara, sabarlah. Mak long tu,mulut dia memang macam tu. Tapi hati dia baik Ara. Ara tengoklah, dia yang bertukus lumus dalam majlis Tasya ni. Semuanya dia yang aturkan. Dia cakap macam tu, sebab dia sayang Ara. Esok-esok, bila majlis Ara, entah-entah dia jugak yang lebih sibuk dari tuan rumah.” Antasya akui, mak longnya sudah seminggu berkampung di rumahnya. Mak long yang sibuk menguruskan majlis Antasya, dari majlis merisik hingga ke majlis kahwin. Mak long tidak mempunyai anak. Mungkin disebabkan itu, semua anak-anak saudaranya, diangap seperti anak sendiri. Cuma satu perangai mak long yang menyebabkan orang lain tidak selesa, adalah mulutnya yang cakap lepas.
Arabella tersenyum. Kepala di toleh ke arah wajah Antasya. Walaupun berkulit gelap, Antasya masih manis. Senyuman Antasya mampu memikat lelaki yang memandangnya.
“Tasya, ceritalah. Macam mana Tasya kenal dengan suami Tasya ni”? Jemari mencapai tangan Antasya, lalu di elus. Kaki sudah disilakan di atas pangkin.
“Ohhhh,.. Ara nak korek rahsia eh?”
“Tak de lah, Ara saja tanya. Tasya bercinta ke atau pilihan pak busu?” Tanya Arabella ingin tahu.
“Pilihan ayah Tasya, Ara. Tasya terima seadanya, kalau itu jodoh yang Allah tetapkan untuk Tasya. Tasya percaya pada pilihan ayah.”
Tiba-tiba hati Arabella terusik lagi. Ayah? Arabella tidak pernah mendapat kasih seorang ayah. Dari cerita ibunya, ayah Arabella meninggal semasa ibunya mengandungkan Arabella lagi. Ayahnya meninggal kerana serangan jantung. Betapa bertuahnya gadis di depan Arabella ini. Mendapat kasih sayang secukupnya. Betapa bertuahnya menjadi Antasya, kasih sayangnya lengkap. Arabella tunduk.
“Ara……” Antasya memegang bahu Arabella.
“Sorry, aku tak berniat untuk……” Antasya tidak jadi meneruskan kata-kata apabila melihat kelibat Mak Nani datang menghampiri mereka.
“Ara, telefon Ara ni, dari tadi duk berbunyi. Rimas la mak dengar. Ara tengoklah.” Lantas telefon bimbit itu beralih tangan.
23 missed call. 5 message recieved.
Ya Allahhhh..!! Ini mesti laki aku!! Desis hati Arabella. Dahi di tepuk. Sesal dengan kecuaian diri sendiri. Telefon bimbit di letakkan entah di mana. Lepas ini kena tadah telingalah mendengar bebelan sang suami.
+Hai sayang, abang rindu.
+Sayang, bila nak balik? Kenapa abang call tak angkat.
+Sayang, kenapa tak balas message abang? Abang rindu sayang ni. Lenguh dah jari tekan no Ara dari tadi.
+Sayang, cepatlah balik.Abang rasa macam nak demam dah ni rindukan Ara.
+Ara, jangan buat abang macam ni boleh tak? Abang call tak angkat. Abang message tak jawab. Karang, abang balik kampung, culik Ara bawa balik KL baru tau!!
Alamak. Pesanan ringkas yang last tu macam gerun je.!! Mata Arabella sudah membulat. Kaki diturunkan dari pangkin, lantas di bawa menuju ke kaki sebuah pokok kelapa. Arabella bertenggek di batang pokok yang sudah tumbang. Arabella ni memang jenis burung betul. Suka sangat bertenggek.
No telefon Tengku Ian Ishraf didail. Belum pun sempat berbunyi nada deringan, telefon terus bersambut.
“Ara, pergi mana? Abang call tak angkat?” Soalan Tengku Ian Ishraf bagaikan peluru berpandu.
“Assalamualaikum abang.” Arabella memberi salam. Mahu menyejukkan hati si suami.
“Waalaikumsalam. Sayangggg…. pergi mana ni? Telefon letak kat mana Ara?Abang call tak jawab,” soalnya lagi.
“Abang, Ara kat kampung kan. Rumah pak busu ni ramai orang. Ara tak dengar telefon berbunyi pun.” Suara lembut menampar gegendang telinga Tengku Ian Ishraf.
“Yerlah, kalau iyer pun duduk di kampung, tak kan sampai lupa dengan abang kut. Ara sampai tak call abang langsung.” suara si suami sudah merajuk.
“Abang, Ara sibuk kat sini.Tolong saudara mara siapkan majlis. Bukan Ara duduk saja pun.”
“Sayang, abang rindu lahhh. Balik lah cepat.”
“Abang, lagi tiga empat hari, Ara balik lah bang. Majlis tak selesai lagi,” Pujuk Arabella.
“Apasal majlis tu lama sangat. Abang ni tak de sapa nak teman tidur tau. Siapa nak masak untuk abang.?
“Alah, kedai kan banyak. Abang makan kat kedai dulu eh. Teman tidur tu, kan abang ada simpan ‘telefon lembut’ Ara, abang peluk lah dulu.” Arabella mengusik. Muka merah menahan malu.
“Araaaaa,…. jangan sindir abang. Nanti abang ajak Pak Mat balik kampung Ara, culik Ara bawa balik baru tau!” mengugut.
“Abang, sabarlah kejap. Tiga empat hari je lagi. Ara balik lah. Abang jangan buat benda tak senonoh main culik-culik ni. Karang abang pulak yang masuk lokap.”
“Sayang ni, macam tak rindu abang jeee…”
“Rinduuuu,… kenapa pulak tak rindu. Ara rindu pada suami Ara.” kaki yang berselipar jepun itu dikuis-kuis di atas tanah.
“Sayangggggg,… jangan buat suara macam tu. Aduhhhhh….” Tengku Ian Ishraf sudah pasang jerat.
“Kenapa abang?” Arabella cemas.
“Jantung abang jatuh sayang. Jatuh bila dengar suara Ara sebut rindu kat abang.” katanya sambil tersengih. Tengku Ian Ishraf ini, ada-ada saja perangainya.
“Isshhhh,.. Ara ingat apalah tadi. Abang, Ara kena letak telefon dah ni. Karang mak cari Ara pulak.”
“Hmmmmmm……. ok. Tapi abang nak one kiss dari sayang.” Sudah…!! Tengku Ian Ishraf ni memang sewel tahap giga.
“ Abang, orang ramai kat sini. Karang pelik pulak pakcik-pakcik ni nampak mulut Ara muncung kat telefon ni ha.” Gigi diketap geram. Ada-ada saja suaminya.
“Abang tak kira. Kalau Ara tak bagi kiss, nanti Ara balik, abang kurung Ara dalam bilik twenty four seven. Nak??” Tengku Ian Ishraf sudah menggunakan kuasa vetonya.
“Macamlah abang boleh buat? Karang abang kurung Ara dalam bilik abang, Bonda Engku sure cari punya, bluweekk…”
“Apa pulak susah. Kalau bukan dalam bilik abang di banglo, abang culik Ara kurung kat bilik hotel pun tak pe kan, Pandailah abang goreng Mak Nani dan Bonda. So, Ara kena redha, duduk mengadap abang 24 jam. Okeh?”
Oh tidakkkk..!! Tengku Ian Ishraf memang gila.
************************************************
Tengku Ian Ishraf bangun dari kerusinya. Kaki melangkah menuju ke sebuah tingkap yang bercermin gelap. Keindahan bandaraya Kuala Lumpur diamati. Sunyi. Sunyi dengan ketiadaan Arabella di sisinya. Pulangnya ke banglo saban hari, tiada wajah indah yang menyapa. Tanpa senyuman Arabella, hatinya kosong. Betapa besar impact Arabella di hatinya. Arabella satu-satunya wanita yang sudah menakluki hati seorang Tengku Ian Ishraf. Arabella berjaya mencuri hatinya dengan wajahnya yang polos, juga sikap gadis itu yang sederhana. Mereka membesar bersama-sama, tetapi jurang pangkat dan darjat tidak menyekat pergaulan mereka. Sungguhpun Arabella di besarkan di banglo mewah, Arabella masih sedar kedudukannya. Tengku Ian Ishraf tidak peduli akan semua tu. Yang pasti, sikap dan sifat lembut Arabella sudah menambat hatinya.Arabella berbeza dari wanita-wanita yang pernah didampinginya dahulu. Arabella bukan mata duitan, walaupun Arabella kenal dan tahu siapa Tengku Ian Ishraf yang sebenar. Pada mulanya, dia agak terkejut apabila Arabella menolak cintanya sebagai kekasih, kerana dia pasti, Arabella juga menyimpan perasaan padanya. Tetapi dia berasa lega dan bertuah, kerana Arabella menyambut cintanya sebagai suami.
Tok…tok… Pintu diketuk.
Bahar meloloskan diri di balik pintu. Kaki melangkah menghampiri tubuh Tengku Ian Ishraf yang berada di tepi tingkap.
“Bahar, kau tahu kampung Mak Nani kat mana?”
Terkejut Bahar mendengar soalan dari mulut Tengku Ian Ishraf.
“Tahu tengku, Di Kuala Selangor Tengku,” Katanya.
“Aku tahu kat la kat Kuala Selangor, tapi belah mana?”
“Errrrr… itu saya tak pasti Tengku. Kenapa Tengku tak tanya Tengku Suffiyah. Tengku Suffiyah sure tahu.”
“Pasal aku tak nak tanya bonda aku lah, aku tanya kau ni” Tangan sudah di seluk di dalam poket seluar slacknya.
“Kenapa Tengku?” Tanya Bahar, poyo.
“Tak de apa-apalah. Aku saja tanya je..” Takut untuk berterus terang. Takut rahsianya pecah. Belum tiba masanya Bahar tahu.
“Tengku cuba tanya Pak Mat.Mungkin Pak Mat tahu.” Cadang Bahar.
Tengku Ian Ishraf sudah tersenyum. Ya, Pak Mat. Bibir mengukir senyum. Ara, tunggu abang. Abang jemput Ara balik!!
Bippp.. bippp…. Pesanan ringkas di terima di telefon bimbit Tengku Suffiyah.
+Mak Engku, Tengku Ian bertanya mana kampung Ara? Rasanya dia nak ke kampung Ara kut Mak Engku.
~Bahar~
+Bahar, jangan! Kamu halang dia dari jemput Ara di kampung. Nanti apa kata orang kampung pula. Mak engku tak nak, orang kampung pandang serong pada Mak Nani kamu dan Ara.
~Tengku Suffiyah~
+Baik Mak Engku. Tapi, Tengku Ian kata dia nak tanya Pak Mat”
~Bahar~
+Tak per, Pak Mat biar Mak Engku uruskan. Kamu uruskan boss kamu tu je. So, Macam mana dia.
~Tengku Suffiyah~
+Parah Mak Engku. Parah. Dah rupa orang mati bini dah saya tengok. Nak senyum pun susah.
~Bahar~
+Ishhhh Ishraf ni, isteri baru balik kampung seminggu, dah parah sampai macam tu. Belum lagi Mak Engku kamu ni letak si Ara tu jauh-jauh. Padan muka dia.
~Tengku Suffiyah~
+Jangan Mak Engku. Jangan seksa batin suami isteri Mak Engku. Kesian diorang.
~Bahar~
+Eh Bahar, kamu apa tahu? Kamu bukannya kahwin lagi. Sibuk je batin bagai. Sudahlah. Jaga boss kamu tu. Jangan sampai demam kepialu sudah.
~ Tengku Suffiyah~
Pesanan terakhir dihantar ke telefon bimbit Bahar. Hati teringat pada Mak Nani. Lalu butang telefon di tekan semula.
+Kak Nani, burung helang saya dah parah. Kuku tak asah, sebab belatok tak der.
~Tengku Suffiyah~
Mak Nani tersenyum usai membaca pesanan ringkas dari Tengku Suffiyah.
Hai laaa Engku. Belatok sini pun dah parah. Sana sini termenung. Rindu agaknya..!!!!!
best 3x.
ReplyDeleteHahaha.... parah ian dan ara....
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi membaca
ReplyDeleteHahaha.... kahwin rahsia Israf kan dah angau... jangan sampai Ara mengandung sudah....
ReplyDelete