Friday, 13 March 2015

Cinta Berani Mati

BAB 5

Suasana makan malam di banglo mewah Tengku Suffiyah agak sunyi. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu berlaga sesama sendiri. Tengku Ian Ishraf juga lebih suka melayan perasaan. Makanan yang terhidang di depan mata, terasa payau. Hati yang menggebu rindu pada si isteri, tidak tertahan rasanya. Tengku Suffiyah yang duduk berhadapan dengannya pun, langsung tidak dipedulikan.

“Ishraf, what’s wrong?” Sapaan Tengku Suffiyah menyentak lamunan. Pantas kepala dipanggung mengadap bondanya.

“Hah… nothing. Just thingking some other thing.” jawabnya selamba. Tangan menyudu nasi ke dalam mulut.

“Bonda tengok kamu macam resah je few days ni? Anything you want to share with me?” Tengku Suffiyah cuba mengorek.

Harapan di hati agar anak bujangnya berkongsi rasa. Lebih bertuah lagi andai Tengku Ian Ishraf sudah bersedia memberitahunya perkara yang menjadi rahsianya selama ini.Tengku Suffiyah ingin benar mendengar pengakuan dari mulut anaknya sendiri. Dia masih tercari-cari sebab kenapa Tengku Ian Ishraf mahu menyembunyikan perkahwinannya dengan Arabella. Pelbagai persoalan bermain di benak Tengku Suffiyah. Adakah Tengku Ian Ishraf takut dia akan menghalang pernikahannya seperti mana kisah-kisah yang berlaku di dalam novel atau drama-drama yang ditayangkan di kaca tv? Atau Tengku Ian Ishraf takut Tengku Suffiyah akan menggunakan segala kuasa yang ada untuk memisahkan dia dengan Arabella. Kalau itu yang menjadi persoalan, betapa jahilnya pemikiran Tengku Ian Ishraf terhadapnya.  Mungkin juga, kerana Tengku Ian Ishraf adalah seorang yang perfectionist. Dia terlalu mementingkan kesempurnaan sehingga dia takut pada bayang-bayang sendiri.

“Nothing bonda. I just… a bit busy lately.” Keluhan terdengar dari bibir anaknya.

“Then, why dont you take a rest.” Cadang Tengku Suffiyah.

“Tak pe lah bonda. Sikit je..”

“Kalau Ishraf kahwin, ada isteri, kan bagus tu. Sekurangnya, Ishraf ada teman. Tak la sunyi. Bonda pun dah tua.” Tiba-tiba topik itu yang terpancul di mulut Tengku Suffiyah.

Ambik kau Ishraf, tak mau sangat bagitau bonda kan. Bonda paksa kamu kahwin karang. Hati Tengku Suffiyah tersenyum sendiri.

Tersentak Tengku Ian Ishraf dengan pertanyaan Tengku Suffiyah. Hampir terjatuh sudu dari tangannya.

“Ish bonda ni. Kesitu pulak. Ishraf muda lagi bonda. Ishraf belum bersedia pikul tanggungjawab sebagai suami. Ishraf masih perlukan masa untuk Warisan Berhad.” dalihnya. Entah kenapa, bila isu perkahwinan di utarakan oleh bondanya, hatinya berdetak kencang. Mungkin inilah perasaan seorang anak apabila cuba merahsiakan sesuatu daripada ibunya. Perasaan bersalah menghantui diri. Ikutkan hati, mahu sahaja dia berterus terang, tetapi, Tengku Ian Ishraf terlalu bimbang dengan penerimaan bondanya. Tengku Ian Ishraf gelisah di kerusi.

“Ishraf, kamu kena ingat. Kamu tu makin hari, makin tua. Tak kan kamu nak hidup membujang sampai ke tua. Kamu tak nak ada anak ke? Yang boleh kamu wariskan semua harta kamu nanti. Lagipun, Bonda dah tua Ishraf. Bonda teringin nak timang cucu sebelum bonda tutup mata.” Tengku Suffiyah mengharap.

“Bonda, Ishraf tak nak fikir lagi lah pasal ni. Ishraf lebih suka macam ni lagi. Lagipun, Ishraf belum jumpa calon yang sesuai.”

“Pasal calon, Ishraf jangan lah takut. Bonda boleh tolong carikan. Tengku Dahlia Ezara, anak Tengku Ammir, baru balik dari France bulan lepas. Bonda ingat nak tanyakan ayahanda Ammir kamu pasal dia?”

Hah sudah. Tengku Dahlia Ezara pula. Bala datang.

“Kalau kamu setuju, bonda boleh pergi meminang dia untuk kamu. Dahlia pun, apa kurangnya Ishraf. Cantik budaknya. Lagipun, Dahlia bukan orang lain.” Beriya-iya Tengku Suffiyah berharap.

Tengku Ian Ishraf hanya duduk membatu. Pinggan yang sudah kosong, di kuis-kuis dengan sudu. Lidah kelu. Masih belum ada kekuatan mahu membantah kata-kata bondanya. Tetapi hati walang teringat si isteri yang tiada sisi.

Ara, tolong abang!!

“Ishraf, kamu setuju tak? Kalau setuju, bonda boleh tanyakan Bonda Badariah kamu?” Teguran Tengku Suffiyah mengentak lamunannya.

“Bonda, nantilah. Ishraf fikir dulu. Ishraf belum bersedia lagi la Bonda.Lagipun, Ishraf tak kenal Dahlia sangat. Nak ke Dahlia tu kat Ishraf ni.” sebolehnya dia cuba berdalih.

“Ishraf, kalau tak kenal, boleh je berkenalan kan? Dahlia tu baik budaknya. Cantik tau” Bondanya cuba memujuk lagi.

“Bonda, nantilah dulu. Bagi Ishraf fikir dulu.” Punggung diangkat, lalu kaki melangkah meninggalkan ruang makan itu. Kusut.

****************************************

Selepas solat isyak berjemaah di rumah pak busu, Arabella terus ke dapur, menyertai sanak saudaranya yang berkumpul untuk menyediakan makan malam. Hingar bingar bunyinya dengan suara ibu-ibu bersembang. Pelbagai tajuk yang dibualkan. Maklum sahajalah, bukan selalu berkumpul ramai-ramai begini.

Arabella duduk bersila di sebelah Mak Nani yang menceduk lauk ke dalam pinggan untuk dihidangkan kepada kaum-kaum bapa yang sudah bersedia untuk makan malam.

“Nani, Ara tu bila lagi Nani? Antasya yang sebaya dengan Ara pun dah nak kawin esok. Tak kan kamu tak der calon untuk Ara?” Mak long yang datang dari depan, terus duduk di sebelah Ara.

Soalan yang paling takut untuk Arabella dengar. Soal kahwin. Dia sendiri masih belum ada jawapan. Terpaksalah menadah telinga mendengar bebelan Mak Longnya.

“Biarlah dulu kak long. Ara pun baru balik kan. Kerja pun belum. Biarlah dia kerja dulu.” Jawapan selamat dari Mak Nani.

“Kerja tu kerja la jugak Nani.Umur Ara ni, makin hari makin meningkat. Tak kan selamanya Ara nak duduk bawah ketiak kamu.”

“Ara, belum ada calon ke? Kalau tak der calon.Mak long boleh cari.” Mata long  tajam merenung Arabella. Arabella terkejut.

“Errr…err….  mak long, Ara nak cari kerja dulu mak long. Soal tu, Ara tak fikir lagi. “ Dalihnya.

Mak long diam. Malas mahu berbahas panjang lebar lagi jika tuan badan sudah ada membuat keputusan.

******************************************


“Mat, petang ni bolehlah jemput Kak Nani dan Ara balik.Semalam Kak Nani call kata nak balik hari ni,” Tengku Ian Ishraf yang sedang membaca surat khabar di tepi kolam, cuba menguping.

Ara balik hari ni? Bukan seminggu ke? desisnya di dalam hati.

“Baik Tengku. Tapi, rasanya hari tu Kak Nani kata, dia nak balik hari Rabu. Hari ni baru ahad Tengku. Katanya nak duduk dulu dua tiga hari lepas kenduri.” tangan Pak Mat masih sibuk mengelap cermin kereta.

“Entahlah Mat, dia call semalam kata nak balik hari ni. Ara yang sibuk nak balik katanya.” Mata meliar menjeling anaknya yang pura-pura membaca suratkhabar.

“Ishraf, kamu tak kemana-mana hari ni?” Tegur Tengku Suffiyah seraya duduk di bangku di hadapan anaknya.

Hati Tengku Ian Ishraf melonjak riang.Suratkhabar diletakkan di atas pehanya. Kepala menggeleng.

“Kenapa bonda. Nak suruh Ishraf jemput Mak Nani di kampung ke?” pucuk dicita ulam mendatang.

“Tak payah, Pak Mat kamu ada. Lagipun, kamu bukan tahu, kampung Mak Nani kamu kat mana?” Dalih Tengku Suffiyah.

“Boleh cari. Waze, GPS kan ada..”

“Tak payah Ishraf. Kamu teman bonda. Kita pergi melawat Tengku Badariah hari ni.Boleh jumpa Dahlia.Lama bonda tak jumpa dia.”

“Hahhhh..!! Ke rumah bonda Badariah? Errrr… err… bonda pergi sorang dululah. Ishraf baru teringat, Adam ajak golfing,” punggung diangkat meninggalkan bondanya di situ.

Ha Ishraf. Nak sangat main-mainkan bonda kan. Sekarang biar bonda main-mainkan kamu pula.!!

Kepala digeleng. Tengku Suffiyah sudah arif dengan perangai anaknya. Tengku Ian Ishraf terlalu berterus terang jika tidak menyukai sesuatu. Walau bukan dengan perkataan, sikapnya mampu menjelaskan segalanya. Tengku Suffiyah kenal benar dengan perangai anaknya. Kelibat Tengku Ian Ishraf memasuki banglo menerusi pintu depan, hanya dipandang sepi.

Hai lahhh anak bujang bonda.!


****************************************


“Aku pening la bro, bonda aku suruh aku kahwin” Kata Tengku Ian Ishraf suatu petang sambil kayu golf dihayunkan. Mata memandang lama ke arah bola yang dipukul untuk memastikan di mana bola putih itu mendarat. Setelah pasti, kedudukan bola putih itu, mata beralih kepada sahabatnya di depan.

“Then, kahwinlah. Apa kau susah. Kau kan ada kuota kahwin sampai empat ” Jawab Adam Armand selamba. Tangan asyik mengacu bola golf, kayu diangkat kebelakang, lalu bola putih itu dipukul pula. Jauh dia memandang untuk memastikan sasarannya tepat.

“Senanglah kau cakap kahwin. Kuota empat eh. Karang, Ara lari tinggalkan aku, mati aku bro.” Fikiran yang kusut, diluahkan kepada satu-satunya teman karibnya, Adam Armand. Adam Armand tahu tentang pernikahan rahsia Tengku Ian Ishraf dan Arabella, kerana dia lah salah seorang saksi semasa pasangan itu menikah di UK satu ketika dulu.

“Dah tu, apa alasan kau bagi kat bonda kau?” Langkah mengiringi langkah Tengku Ian Ishraf meninggalkan driving range. Penat dengan kerenah Tengku Suffiyah, dia menghubungi Adam Armand untuk bermain golf bersamanya.

“Aku malas nak layan bonda. Cepat-cepat aku keluar tadi. Aku nak balik kampung jemput Ara balik, bonda aku tak bagi.” keluhnya.

“Hmmmm, itulah kau kahwin senyap-senyap. Sekarang siapa yang susah? Kan elok kalau kau terus terang je pada bonda kau tu?” Sudah berkali-kali menasihati, tetapi Tengku Ian Ishraf masih menolak.

“ Belum masanya lagi Adam. Aku masih belum ada kekuatan. Kau tahu siapa Arabella di rumah aku kan? Kau tahu siapa bonda aku? Aku tak nak nanti, cinta aku dan Ara jadi cinta dua darjat. Aku tak nak Ara tertekan. Bagi aku masa. Aku nak buktikan pada bonda aku, aku boleh teraju Warisan, titik peluh ayahanda aku. Bila tiba masanya nanti, aku akan bagitau bonda aku.”

“Berapa lama bro? Kau yakin Ara boleh tunggu? Dan kau yakin rahsia kau ada bertahan selama yang kau mahu? Kau dah fikir masak-masak?”

Kedua-dua bahunya diangkat. Nafas dihela.

Ada benarnya kata-kata Adam Armand. Tetapi Tengku Ian Ishraf masih teguh dengan pendiriannya. Masih mahu merahsiakan perkahwinannya. Sampai bila, tiada sesiapa yang tahu.

“Bagilah aku masa. Aku betul-betul belum bersedia sekarang ni. Ara pun dah banyak kali tanya aku. tapi aku belum ada kekuatan untuk bagitau bonda aku.”

“Eh, cerita pasa Ara. Kau masih tak bagi Ara kerja ke? So, Ara buat apa sekarang.”

Kepala Tengku Ian Ishraf menggeleng.

“No, Ara duduk di rumah je. Aku tak bagi dia kerja. Susahlah aku, kalau Ara kerja. Nanti masing-masing sibuk, sampai tak sempat nak jumpa. Kau tahulah, walau duduk serumah sekali pun, kami terpaksa curi-curi tau!” terangnya pada Adam Armand. Betapa dia sukar untuk bertentang mata dengan Arabella kebelakangan ini.

“Hahahahhahaha.. itulah. Siapa suruh kau kahwin rahsia. Kan dah susah sekarang. Kalau terus terang lagi senang. Kau memang suka buat sesuatu yang orang lain tak buat.” Pecah ketawa Adam Armand mendengar keluhan dari bibir sahabatnya.

“Kau gelakkan aku eh. Kau tu, umur dah semakin naik, perempuan pun takut nak dekat. Nanti, umur dah 50, baru nak terhengeh-hengeh cari calon. Memang tak laku lah.” Sindir Tengku Ian Ishraf.

“Eh kau, kesitu pulak. Aku lain. The most wanted bachelor in KL ok.Hmmmmm… by the way bro, Ara tak merungut ke kau tak kasi dia kerja. Kesian pulak aku dengan Ara, dapat suami macam kau ni.” Bahu sahabatnya ditepuk.

“Ada lah jugak dia berbunyi. Tapi aku pandailah macam mana nak senyapkan dia.” Jawab Tengku Ian Ishraf sengih.

Lantas pecah ketawa dua sahabat itu.

******************************************

Lenguhnya berdiri, tubuh dibawa duduk di atas tangga. Jenuh menunggu Pak Mat dari tengah hari tadi. Di dalam hati berharap agar bukan Pak Mat yang menjemputnya, tetapi si suami rahsia yang akan datang. Hati gundah gulana. Bagai menunggu putera idaman. Duduknya tak senang. Kaki mundar mandir pula di beranda rumah pak busunya.

“Ara, dah nak balik hari ni?” Tegur Pak busunya. Pak Busu menghampiri, lalu duduk di atas tangga bersebelahan dengan Arabella.

Angguk.

“Kenapa tak nak duduk lagi dua tiga hari kat sini. Boleh Pak busu bawa Ara pergi pancing ikan di sawah tu.?” Pak Busu arif benar tentang kesukaan anak saudaranya ini. Sewaktu zaman kecilnya, Arabella memang gemar memancing. Arabella sudah dianggap seperti anak sendiri lagipun, Arabella tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah.

“Tak pe pak busu. Ara ada kerja, kena balik cepat. Ara pun dah lama balik Malaysia. Ara nak cari kerja lepas ni.” Terangnya pada Pak Busu. Perkara ini akan disuarakan kepada Tengku Ian Ishraf kelak. Dia perlu berbincang tentang hal ini. Dia sudah bosan duduk di rumah. Dia ingin berkerja. Arabella masih mencari kekuatan mahu berdepan dengan suaminya.

“Owh, Ara dah nak kerja. Pak Busu doakan Ara berjaya. Mak macam mana? Mak bagi ke Ara kerja.”

“InsyaAllah Pak Busu. Mak faham.”

“Nanti senang-senang, balik lah ke mari kerap sikit. Pak Busu pun, sunyi. Tasya dah kahwin. Tinggal Pak Busu dengan Mak Miah kamu je kat rumah ni. Kalau Ara selalu balik, tak de sunyi pak Busu.” Bahu anak saudaranya di peluk.

“InsyaAllah Pak busu. Kalau mak balik, Ara ikutlah.”

“Kalau tak ikut mak pun tak pe. Mak Miah kamu tu sedih benar dia bila Tasya kena ikut suami dia pindah ke Penang. Jauh katanya. Tinggallah Pak Busu berdua je,” Pak Busu tidak dikurniakan ramai anak. Hanya Antasya satu-satu anugerah Allah yang paling berharga. Kerana itu, apabila disuarakan oleh menantunya akan membawa satu-satunya permata mereka ke utara tanah air, Pak Busu dan Mak Miah, amat berat hati.

“Tak pe Pak Busu. Pak Busu dan Mak Miah kan ada Ara.” senyum semanis gula di berikan pada satu-satunya bapa saudaranya yang melayan dia bagai anak sendiri.

Seketika, sebuah kereta BMW 5-series berwarna putih memasuki perkarangan rumah Pak Busu. Arabella mengeluh. Sudah pasti bukan si putera idaman yang menjemputnya. Kecewa. Ini bermakna, dia perlukan masa sejam dua lagi untuk berjumpa si suami, kerana perjalanan dari kampung menuju ke KL mengambil masa lebih kurang dua jam. Rindu sudah tidak tertanggung lagi.

“Assalamualaikum,” Pak Mat keluar dari kereta berjalan menuju ke tangga rumah Pak Busu.

Usai salam bersambut, Pak Busu menghulurkan tangan bersalaman.

“Ara, dah siap nak balik?” Sapa Pak Mat.

“A ah Pak Mat. Pak Mat sorang je?” Tanya Arabella.

“Eh, yelah. Pak Mat je lah. Takkan Tengku Suffiyah nak ikut pulak. Lagipun bonda Engku kamu keluar tadi. Menjenguk Tengku Badariah katanya.”

“Abang Mat naik la dulu. Ara panggilkan mak kamu.” Pak busu bersuara.

Arabella angguk. Lantas kaki dibawa ke dalam rumah memanggil ibunya.

*********************************

Kereta yang dipandu Pak Mat, memasuki perkarangan banglo Tengku Suffiyah. Setelah Pak Mat memberhentikan kereta, pintu di bahagian penumpang, dibuka. Lantas, tubuh di bawa ke belakang untuk membuka bonet. Beg-beg baju di keluarkan. Pak Mat, melangkah menuju ke parking motosikalnya, lalu motosikalnya dihidupkan. Pak Mat menaiki motosikal ke banglo mewah itu setiap pagi. Apabila  selesai kerjanya, Pak Mat akan pulang ke rumah keluarganya dengan menaiki motosikal itu juga.

“Ara, nanti bawa masuk beg tu yer, mak ikut pintu dapur. Mak bawa pucuk ubi ni ke dapur terus.” Mak Nani meninggalkan pesan kepada Ara yang sedang sibuk mengeluarkan barang-barang yang di bawa  dari kampung dari bonet kereta.

Seketika, kedengaran enjin kereta masuk ke perkarangan banglo mewah itu. Sebuah kereta Nissan Murano berhenti di sebelah kereta BMW yang dipandu Pak Mat sebentar tadi.

Patut tak jemput aku balik.Keluar rupanya.! Entah mana dia pergi. Hati Arabella merungut. Dua tiga hari lepas, Tengku Ian Ishraf beriya-iya berjanji akan menjemputnya di kampung, Tetapi alih-alih Pak Mat yang datang. Wajah Arabella sudah cemberut, bagai tertelan kapur aje.!

Tengku Ian Ishraf keluar dari kereta. Tubuh yang tersarung sehelai Tshirt polo berwarna kuning air, dipadankan dengan seluar golf berwarna coklat di bawa menuju ke arah Arabella. Topi di kepala dibetulkan. Sebelah tangannya diselukkan di dalam poket seluar. Senyuman disembunyikan. Betapa hatinya gembira, bila melihat Arabella di situ. Hampir seminggu menahan rindu, seminggu juga lah tidurnya tak lena, tanpa Arabella di sisi. Arabella didekati. Dia berdiri di belakang Arabella yang sedang mengeluarkan barang-barang dari bonet kereta. Kepala di paling ke kiri dan ke kanan memastikan tiada sesiapa di situ.

“Baru sampai sayang?” Sapanya betul-betul di tepi telinga Arabella. Arabella menoleh sekilas. Angguk. Tubuh dikalih, lantas tangan Tengku Ian Ishraf, diraih dan dikucup. Tiada saat yang paling indah jika dibandingkan dengan keindahan tatkala seorang isteri mengucup tangan suami.

“Kenapa ni? Marah sebab abang tak jemput ke?” Tambahnya lagi melihatkan wajah cemberut si isteri. Tubuh isterinya dirapati lagi. Arabella mendongak memandang si suami. Handsome jugak.! Tengku Ian Ishraf senyum. Dagu Arabella disentuh lembut. Wajah Arabella diamati.

“Senyum sikit. Abang rindu nak tengok senyuman sayang” pintanya pada si isteri.

Hati yang hiba, tiba-tiba hilang. Hilang dengan pujukan manis Tengku Ian Ishraf. Senyuman bergaul madu, dihadiahkan buat Tengku Ian Ishraf. Hati berlagu riang, kerana wajah insan yang dirindui berada di depan mata.Sedikit gugup, kerana sudah hampir seminggu tidak bertentang mata.

Tengku Ian Ishraf berdiri betul-betul di hadapan Arabella. Ingin sekali memeluk tubuh Arabella melepaskan rindu di dada, tetapi keadaan sekeliling masih belum sesuai untuk itu semua. Cukuplah sekadar bibirnya singgah di ubun-ubun si isteri. Mata terpejam menikmati saat indah itu.

Jeda.

“Ara, barang dah keluarkan dari bonet ke?” Tiba-tiba suara Mak Nani kedengaran kuat di telinganya.

Pasangan merpati itu menggelabah. Sepantas kilat Tengku Ian Ishraf menjauhkan diri dari Arabella. Beg yang berada di tangan Arabella diambil lalu dibawa menuju ke pintu masuk.

“Mak Nani, ni Ishraf keluarkan beg Ara dari bonet. Ishraf letak sini eh.” Katanya pada mak Nani sekilas memandang tubuh Mak Nani bercekak pinggang di tepi pintu.

“Ishraf dari mana?” Tanya mak Nani apabila melihat tubuh Tengku Ian Ishraf di balik pintu.

Bukan dia tidak melihat drama sebabak di belakang kereta sebentar tadi. Hati tuanya kasihan melihat anak menantu itu terpaksa bersembunyi untuk berjumpa antara satu sama lain. Di sudut hatinya yang lain, geram dengan tindakan mereka merahsiakan perkahwinan dari pengetahuan orang tua.

“Ishraf golfing Mak Nani. Baru balik je.” Sepatu ditanggalkan dari kaki, lalu melangkah ke dalam rumah. Tangan tua Mak Nani disalami. Satu sikap yang amat disenangi Mak Nani. Tengku Ian Ishraf hormatkan orang tua. Tidak kira pembantu rumah atau pemandu. Tengku Ian Ishraf amat menghormati Mak Nani dan Pak Mat.Walaupun Tengku Ian Ishraf anak tunggal Tengku Ammar dan Tengku Suffiyah, sikap merendah diri amat jelas ketara sehingga sikap itu menjadi perhiasan  diri anak muda itu.

“Mak Nani sihat? Kampung macam mana?” Tanya Tengku Ian Ishraf sekadar berbahasa.

“Alhamdulillah, majlis dah selesai. Kampung macam biasa Ishraf. Lama tak balik, rindu pula. Ingat nak duduk lagi dua tiga hari. Tapi si Ara ni dah sibuk nak balik sangat.” Katanya apabila terpandang kelibat Arabella menghampiri pintu masuk.

“Ooooo, kenapa tak duduk lama sikit Ara. Kesian kat mak Nani.” tolehnya pada Arabella yang baru masuk ke dalam banglo itu.

“Hmmm… hmmm…” Arabella sudah mula gagap.

“Ara kata dia nak mula cari kerja Ishraf. Sebab tu nak balik cepat” Mendengar kata-kata mak Nani, Tengku Ian Ishraf terkejut. Terbuntang matanya.. Wajah ditoleh sekilas ke arah wajah Arabella yang sudah tidak keruan. Ara berhutang padanya. Hutang penjelasan.

“Yer Ara? You dapat kerja kat mana? I tak tahu pun you dah dapat kerja?” Tanya Tengku Ian Ishraf. Sebolehnya,cuba menyembunyikan ketidak puasan hatinya kerana Mak Nani masih bersama mereka di situ.

“Errr..errr…. tak tahu lagi. I….I… baru nak cari,” Penyakit gagap si Arabella sudah kembali. Mana tidaknya, dia belum lagi berbincang tentang hal ini dengan Tengku Ian Ishraf, alih-alih mak Nani sudah menyebutnya dulu.Mau tak angin si tengku seorang ini.

“Owhh,.. tak pe. You carilah pelan-pelan. Di Warisan masih belum ada jawatan yang sesuai untuk you. mungkin di tempat lain ada kut.” Tegas. Tengku Ian Ishraf melangkah meninggalkan dua beranak itu di pintu masuk. Hatinya sebal. Arabella langsung tidak berbincang tentang hal itu dengannya. Sedikit sebanyak, hatinya terguris. Terguris kerana Arabella langsung tidak memikirkan tentang dirinya. Terguris kerana Arabella ingkar akan perintahnya. Sesampainya dia di dalam bilik, tubuh dihempas ke katil. Mata merenung siling.

Apa aku nak buat ni? Ara dah mula nak bekerja. Perlu ke aku izinkan dia bekerja.

Jari - jemarinya menggagau telefon bimbit di poket seluar. Telefon itu di tekan, lantas pesann ringkas dititipkan untuk Arabella. Dia perlu tahu kenapa Arabella tidak berbincang dengannya terlebih dahulu.

Naik ke bilik abang sekarang sebelum Bonda sampai. Jangan membantah.
~Tengku Ian Ishraf.

Pesanan di telefon bimbitnya dibaca.

Ishhhhhh. Dia ni lah. Tak sabar-sabar tau!

Nafas dihela dalam. Mencari akal untuk ke tingkat atas banglo Tengku Suffiyah. Kelibat Mak Nani di cari. Kaki melangkah ke dapur. Tiada. Kepala di jenguk keluar, terpandang kelibat ibunya yang sedang menyiram pokok-pokok bunga di tepi halaman.

Yes, bolehlah aku naik sekejap.

Sepantas kilat, kakinya berlari ke tingkat atas. Tangga di daki dengan laju. Tengku Suffiyah akan pulang bila-bila masa sahaja dari sekarang. Dia perlu cepat. Tombol pintu di pulas, lalu di tutup semula.

Tengku Ian Ishraf yang memang sudah menjangka akan kehadiran isterinya, bersembunyi di belakang pintu. Sebaik pintu ditutup, tubuh langsing si isteri disambar lalu dipeluk dari belakang. Belakang leher isterinya menjadi mangsa bibir Tengku Ian Ishraf. Seketika keadaan itu. Arabella tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya pegun merelakan rindu suaminya terubat seketika. Mata dipejam. Terasa pelukan di pinggangnya semakin erat. Ternyata rindu si suami menggebu-gebu pada dirinya.

“Abang,…” suara Arabella sudah serak-serak basah.

“Hmmmmmm…. sshhhhhhh…. I need some time.” Wajah dibenamkan di rambut isterinya pula.  Nafas dihela, menghidu aroma rambut Arabella. Perlahan-lahan, tubuh si isteri dipaling mengadapnya, lalu dakap erat. Ubun-ubun Arabella dikucup, jatuh pula pada kedua-dua alis matanya. Pipi Arabella yang mulus tidak ketinggalan menjadi mangsa Tengku Ian Ishraf. Arabella diam tidak berkutik. Tidak mampu berkata-kata, hanya tangannya sahaja  dibawa ke pinggang Tengku Ian Ishraf, lalu dipeluk erat. Wajah yang sudah kemerahan menahan malu dengan perlakuan suaminya, disembamkan ke dada bidang lelaki itu. Rambut yang jatuh berjuntai, menutupi wajahnya, dibiarkan.

“I miss you, sayang” Jemari Tengku Ian Ishraf, menyelak rambut Arabella lalu diselitkan di tepi telinga. Terdampar jelas, cuping telinga isterinya, yang dihiasi dengan subang berlian berbentuk hati, hadiah dari Tengku Ian Ishraf suatu ketika dahulu. Manis. Sesuai dengan kulit Arabella yang putih kemerahan.

“Kenapa sayang senyap jee?” Wajah Arabella pula diangkat mendongak.

“Hmmmm.. nothing. Ara ada benda yang bincang dengan abang.” Anak mata tunak memandang Tengku Ian Ishraf. Tangan masih memeluk erat pinggang suami. Jari jemari dimainkan di dada bidang Tengku Ian Israf yang hanya berbaju tshirt nipis.

“Next time kita bincang sayang. I need something first.” Mata dikenyit, bibir mengukir senyum.

Renungan mata si suami menyebabkan Arabella gelisah. Perlahan-lahan, Tengku Ian Ishraf mendekatkan wajahnya ke wajah Arabella. Dekat, semakin dekat. Lantas, bibirnya mencapai bibir merah si isteri. Arabella kaku.Hanya merelakan. Kucupan di bibirnya, dibalas ikhlas. Pelukan di tubuh, semakin erat.

Tiba-tiba, Arabella terasa tubuhnya ringan. Tengku Ian Ishraf mencepungnya. Tangan diletakkan di leher Tengku Ian Ishraf. Suaminya melangkah perlahan ke katil.

“Abanggggg…. Ara tak boleh lama ni…” Kata-katanya mati di situ.Sekali lagi bibir Suaminya mendarat di bibirnya. Arabella hanya mampu merelakannya. Hilang segala kata-kata.

“Shhhhhhh…. I dont want to hear any word.Come join me to the moon.” Bisikan di telinga Arabella kedengaran tatkala tubuhnya di letakkan perlahan-lahan di atas katil. Sepotong doa dibacakan oleh Tengku Ian Ishraf. Jelas.

“Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami dari dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau kurniakan kepada kami.”

Maka bersatu lah dua insan yang telah lama merindui antara satu sama lain. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

*******************************

Arabella terbangun tatkala mendengar azan maghrib. Kaki diturunkan dari katil. Selimut diambil menutupi tubuhnya. Pakaian yang bersepah di atas lantai dikutip. Pantas dia berlari ke bilik air mengemaskan diri. Setelah berpakaian, Arabella keluar. Tubuh si suami yang pulas tidur, dihampiri.

“Abanggggg,… dah maghrib ni. Ara kena turun bawah.” tangan menggoncang sedikit belakang tubuh Tengku Ian Ishraf. Suaminya bergerak sedikit.

“Abang, Ara turun dulu yer.” Lalu dia berdiri, mahu meninggalkan katil itu. Tiba-tiba, terasa lengannya ditarik. Imbangan badannya tidak stabil, lalu Arabella jatuh semula di atas dada Tengku Ian Ishraf. Tengku Ian Ishraf tersenyum.

“Terima kasih sayang. Terima kasih kerana menerima cinta abang walaupun banyak kekurangan.” Arabella senyum.

“Abang, dah maghrib ni. Nanti mak cari pula kat bawah.” hati mulai takut. Takut dengan segala soalan yang bakal dilemparkan oleh Mak Nani.

Wajah di isteri ditenung dalam. Tengku Ian Ishraf mengangguk.

“Pergilah, kalau mak tanya, Ara cakap Ara duduk di bilik bacaan sebelah, yer.” Memang bijak Tengku Ian Ishraf ni. Ada saja akalnya.

Arabella angguk. Lalu kaki melangkah menuju pintu. Tengku Ian Ishraf hanya memerhati lenggok isterinya keluar dari bilik itu.

Sayang, maafkan abang.Abang belum mampu mendedahkan segalanya pada bonda dan mak. Abang belum bersedia sayang. Berilah abang masa. Walau cinta kita cinta rahsia, abang mampu membuatkan Ara bahagia.

4 comments:

  1. Kenapa Tengku Israf tak mahu mengaku dia dah bernikah dengan Arabella? Takkan malu pasal darjat...

    ReplyDelete
  2. Kenapa Tengku Israf tak mahu mengaku dia dah bernikah dengan Arabella? Takkan malu pasal darjat...

    ReplyDelete
  3. Waduh waduh sampai bila mau gini...

    ReplyDelete
  4. Sampai bila nak sorok ian oiiii... Sian ara tu... Aiishhh

    ReplyDelete