Wednesday, 4 March 2015

Cinta Berani Mati

Bab 3


Setelah selesai menolong Mak Nani memasak, kaki Arabella di bawa ke sebuah buaian di satu sudut di laman banglo mewah Tengku Suffiyah. Punggung dilabuhkan di atas buaian besi berwarna emas itu, lalu kaki menolak sedikit agar buaian itu terbuai-buai perlahan. Mata merenung sebuah kolam kecil si satu sudut. Betapa Arabella rasakan dia senasib dengan ikan-ikan  itu. Hanya mampu berenang di kolam yang terhias indah. Tetapi hakikatnya, dia terkurung. Terkurung angkara perkahwinan rahsianya. Entah bila akan berakhir, Arabella pasrah. Nafas dihela dalam. Langit yang mendung ditenung.

“Sayang, puas abang cari kat dalam. Ara kat sini rupanya.” Tengku Ian Ishraf menegur, lantas duduk di sebelah Arabella di atas buaian itu.

“Eh,.. abang. Terkejut Ara.” Sambil kepala menoleh si suami yang duduknya agak dekat dengannya.

“Kenapa? Tak boleh dekat ke?” Tengku Ian Ishraf menyoal kerana terpandangkan dahi isterinya berkerut.

“Mak kan ada kat dalam tu, karang mak sampai sini, Abang pulak tergagap-gagap nak jawab.”

“Mak kat atas. Tadi abang bertembung dengan dia. Katanya Bonda panggil dia ke atas,” duduknya dirapatkan lagi ke tubuh Arabella.

“Semalam pergi mana? Abang balik lambat sungguh.”Mata masih tunak memandang air terjun di kolam ikan itu.

“Lepas office hour, abang jumpa Adam.”

“Hmm.. Adam Armand, kawan abang masa di Oxford dulu kan?”

Tengku Ian Ishraf mengangguk.

“Pergi mana dengan Adam?”

“Aik, tak kan dengan Adam pun sayang nak jealous kut.” wajah sudah didekatkan ke wajah Arabella. Bibir merah Arabella yang tiada secalit lipstik pun itu ditenung geram.

“Bukan jealous, tapi takut abang tu ke lain tempatnya. Ada Adam tu, lagilah kaki abang tak duduk diam. Dah macam kaki Pak Maun dan Ara tengok.”

“Kaki Pak Maun tu dulu sayang. Sekarang kan abang dah ada Ara, buat apa jadi Pak Maun dah. Dulu jadi Pak Maun, sebab Ara tak nak kat abang,”

Arabella maklum dengan perangai nakal suaminya. Semasa mereka belajar di Oxford dulu, kehidupan Tengku Ian Ishraf agak liar. Teman wanita keliling pinggang. Suaminya itu memang terkenal dengan jolokan “Playboy of University”. Kerana itu, Arabella amat takut untuk mendekati Tengku Ian Ishraf. Arabella dan Tengku Ian Ishraf bagai langit dengan bumi. Entah di mana kekuatan yang Arabella dapat untuk menerima lamaran Tengku Ian Ishraf. Arabella juga tidak tahu. Mungkin melihat kesungguhan Tengku Ian Ishraf untuk menikahi dia, hatinya terbuka.

Arabella juga meletakkan syarat pada Tengku Ian Ishraf, andai Tengku Ian Ishraf ingin mendampingi Arabella, Arabella tidak mahu menjadi kekasihnya, tetapi Arabella mahu terus menjadi isteri. Arabella tidak yakin pada cinta Tengku Ian Ishraf. Tidak yakin pada kata-kata manis lelaki itu.

Kenangan lalu menerjah jiwa.

“I tak boleh terima cinta you kerana cinta I hanya untuk suami I.”

“You tahu tak siapa akan jadi suami you nanti?”

“I berserah pada jodoh. Jodoh adalah ketentuan yang Esa. I terima siapa sahaja yang ditetapkan untuk I”

“Kalau jodoh you dengan I, macam mana?”

“I redha. Yang pasti, I tak percaya pada cinta kekasih. I lebih rela kahwin dan bercinta selepas kahwin. Itu lebih manis.”

“Kalau macam tu, kita kahwin,”


“Ara, tak baik tuduh suami macam tu. Abang pergi dinner je dengan Adam. Lama tak jumpa, so kitorang borak panjang, sayang.” bahu Arabella di peluk. Tersentak Arabella. Terbang melayang segala kenangan mereka dahulu semasa kali pertama Tengku Ian Ishraf melamar.

Arabella menepis tangan Tengku Ian Ishraf. Tubuh dibawa berdiri dan kaki dilarikan sedikit dari lelaki itu. Hati masih takut akan terserempak dengan ibunya, atau Tengku Suffiyah. Tangan dibawa ke dada, rapat.

“Macam mana Ara boleh tidur dalam bilik Abang semalam?” Soalan lain pulak yang ditanya.

“Aik, kenapa tanya abang. Sayang berjalan masa tidur kut.” Tengku Ian Ishraf tersengih.

“Ada pulak. Ara tak pernah la tidur berjalan tau.” Suaminya dirapati. Mata merenung ke dalam anak mata lelaki itu. Arabella tahu kelemahan Tengku Ian Ishraf. Dia tidak akan mampu bertentang mata dengan Arabella.

“Yerlah. Abang mengaku. Abang yang angkat sayang naik atas semalam. Abang tahu, sayang marah abang kan, sebab balik lambat. Abang tunggu sampai pukul 2 pagi, sayang tak naik lagi. Abang turun la masuk bilik and kidnap isteri abang bawa naik atas.”Terbuntang mata Arabella mendengar penjelasan polos dari suaminya.Lantas bahu Tengku Ian Ishraf ditampar lembut.

“Kalau mak terjaga macam mana? Abang ni, berani sangat kan.?”

“Kalau mak terjaga, abang pura-pura la ngigau. Apa yang susah.” Tengku Ian Ishraf ada saja akalnya.

“Nasib abang angkat Ara, kalau abang silap angkat mak, macam mana?” Arabella ketawa, sambil mulut ditekup dengan tangan.

“Amboi, tak sayang mulut nampak. Karang abang buat bagi mulut tu tak boleh ketawa lagi baru tau.” Si suami sudah memberi amaran.

“Hahaahahaha… ok ok. Ara tak cakap apa dah..” Mulut yang masih ada sisa ketawa, ditutup rapat.

“Semalam abang pesan apa dekat Ara?”

“Pesan apa?” Kedua-dua kening Arabella bersambung. Hairan.

“Kan abang kata pakai pink. Semalam masa angkat Ara, abang nampak putih.” Arabella sudah membuntangkan matanya. Bibir diketap.

“Abang ni memang tak habis miang kan. Karang Ara sembur mata abang tu dengan ridsect baru tau.” Wajah Ara sudah kemerahan menahan malu.

Sempat lagi Tengku Ian Ishraf menelek tubuhnya semalam. Oh tidakkkkkkk!!!! Arabella teringat rutin hariannya sebelum tidur.

**********************************

“Kak Nani, apa kita nak buat dengan budak-budak berdua ni kak. Dah 3 bulan balik, seorang pun tak nak buka mulut pasal perkahwinan diorang ni?”

Tengku Suffiyah duduk di atas sebuah wing chair yang terletak di satu sudut di biliknya. Mak Nani yang baharu saja menutup pintu bilik, melangkah menghampiri Tengku Suffiyah. Bukan mereka tidak tahu akan perkahwinan anak-anak mereka. Sejak dari awal perancangan perkahwinan Tengku Ian Ishraf dan Arabella sudah diketahui dari pembantu peribadi keluarganya, Bahar. Tengku Suffiyah telah mengupah penyiasat persendirian dengan bantuan Bahar. Sebenarnya, penyiasat itu diupah untuk mengintip gerak geri Tengku Ian Ishraf selama berada di UK. Tetapi, berita lain yang diterima. Antara gembira atau tidak. Gembira kerana Tengku Ian Ishraf memilih Arabella yang sudah dianggap sebagai anak sendiri. Sedih kerana Tengku Ian Ishraf sanggup membelakangkan dia di dalam soal yang paling penting dalam hidup anaknya itu.

‘Engku, saya pun tak tahu dah nak buat macam mana Engku. Si Ara langsung tak pernah sebut pasal benda ni. Teringin juga saya nak bertanya,… “

“Jangan kak, kita biar saja. Kita tengok sampai bila budak berdua ni boleh sorokkan perkahwinan mereka. Kita kena buat sesuatu supaya mereka buka mulut.” Tengku Suffiyah tegas.

“Apa kita perlu buat Engku.?” Mak Nani yang sedang berdiri, perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di birai katil berhadapan dengan Tengku Suffiyah.

“Kita kena rancangkan sesuatu kak Nani. Saya nak Ishraf datang mengaku depan saya dan kak Nani. Saya nak Ishraf minta maaf dengan kak Nani sebab ambil anak kak Nani tanpa pengetahuan kak Nani.” kesal dengan sikap anaknya Tengku Ian Ishraf yang mengambil mudah akan hal nikah kahwin ini.Usia anaknya budak belasan tahun lagi, sehingga tidak boleh berfikiran matang. Tengku Ian Ishraf sudah berusia 33 tahun. Sudah cukup matang untuk berfikir mana baik dan yang mana buruk.

“Engku, sekurang-kurangnya saya bersyukur kerana mereka sudah ada ikatan yang sah. Saya dah tak risau dah tentang Ara lagi. Ara dah jadi hak Tengku Ian Ishraf sekarang.Budak-budak tu pun, bukan buat kerja tak elok depan-depan kita Engku.” jawab mak Nani lembut.

“Kak Nani, buat kerja tak elok apanya kak. Semalam saya nampak si Ishraf angkat Ara masuk bilik dia. Pukul 2 pagi kut kak. Ara yang tengah tidur langsung tak sedar. Ishraf..Ishraf.. kemaruk sangat nak kahwin, sampai tak sabar-sabar.” Tengku Suffiyah menggelangkan kepalanya. Kening dilurut. Pening memikirkan perihal anak dan menantunya. Bukan Tengku Suffiyah tidak perasan akan kelibat Tengku Ian Ishraf mengangkat Arabella semalam.

“Itulah Tengku, saya risaukan si Ara tu. Tidurnya entah kemana. Asal pukul dua tiga pagi je, mesti dah lesap tepi saya Engku. Diorang ingat kita ni tua, tapi mata tua kita ni tak pernah silap menilai engku, ” Mak Nani pula mengadu.

Tengku Suffiyah mengangguk. Setuju.

“Tapi kak, saya pun bersyukur sangat-sangat, sebab Ara sudi kahwin dengan Ishraf. Sekurang-kurangnya, perangai nakal si Ishraf tu dah kurang. Ara ajelah yang boleh ubah Ishraf tu kak. Kalau tidak, saya pening kepala dengan perangai miang dia tu.” Tangan Mak Nani diraih dan dielus lembut.

“Kak, saya minta maaf atas apa yang anak saya lakukan pada akak dan Ara. Saya bersyukur, Ara yang jadi menantu saya. Dan saya bersyukur, Kak Nani boleh terima anak saya seadanya.” tambahnya lagi.

“Engku, jangan begitu Engku.Sepatutnya saya yang perlu malu pada engku sekeluarga kerana saya tak pandai didik anak. Anak saya kahwin dengan anak Engku.Kita tidak setaraf Engku.” Mak Nani tunduk.Malu.

“Kak Nani, kita sama sahaja. Saya dah anggap kak Nani dan Ara macam keluarga saya sendiri. Ara tu saya dah anggap macam anak saya sendiri kak. Saya sayang Ara. Sebab tu saya rasa lega sangat bila Bahar bagitau saya yang Ishraf dan Ara sudah berkahwin. Sekurangnya, saya tahu dan kenal hati budi Ara tu. Ara baik budaknya kak.Cuma saya kesal dengan sikap Ishraf, sampai sekarang masih nak berahsia,”

“Apa kita perlu buat Engku?”

“Kita kena buat sesuatu kak. Saya tak nak, sampai ke sudah si Ishraf tu sembunyikan perkahwinan dia dengan Ara. Dalam rumah, mungkin orang tak nampak. Di luar, kita tak tahu.”

Ada betulnya kata Tengku Suffiyah. Mak Nani hanya mampu mengangguk.

“Kak, kita ikutkan saja dulu permainan budak berdua ni.Nanti saya cuba minta tolong Bahar yer kak.” Tengku Suffiyah menyakinkan Mak Nani.

*********************************************


Telefon bimbit Tengku Ian Ishraf berbunyi. Pesanan ringkas masuk lalu telefon disentuh, pesanan dibaca.

+Abang, hujung minggu ni mak ajak Ara balik kampung kejap. Ara minta izin ni.~Arabella~

+No! Big no! ~Tengku Ian Ishraf~

+Mak ajak Ara balik la. Takkan Ara nak cakap tak boleh kut.~ Arabella~

+Sayang bagilah apa-apa alasan pun. Ara tak boleh ikut mak. Nanti abang rindu ~Tengku Ian Ishraf~

+Abang, Ara nak bagi alasan apa ni? Ara kena balik, anak pak busu nak kahwin minggu ni. ~Arabella~

+Ara tunggu abang tempat biasa. Sekarang jugak abang turun.~Tengku Ian Ishraf~

Ish, dia ni. Tak menyempat. Keluh Arabella di dalam hati. Pantas tangan memulas tombol pintu, ingin keluar dari bilik.

“Ara, nak kemana tu? Dah malam ni nak.” Mak Nani yang sedang bertelekung menegur.

“Ara nak pergi dapur jap mak. Ara dahaga,” Alasan.

Bippp..bippp… Telefon bimbit Mak Nani berbunyi tanda pesanan ringkas masuk.

+Kak, burung helang saya dah turun ke bawah kak. ~Tengku Suffiyah~

+Engku, burung belatuk saya pun keluar dari bilik ni ha. Haus katanya. ~Mak Nani~

+Mesti si burung helang tu ajak bertenggek kat bilik laundry di dapur tu kak. ~Tengku Suffiyah~

+Hmmm,… nak rahsia sangat, macam tu lah Engku. Bertenggek la situ dulu  ~Mak Nani~

+Alamatnya, hujung tahun ni, bercuculah kita kak Nani.~ Tengku Suffiyah~

Senyum.

Kaki dibawa ke sebuah bilik laundry di satu sudut tersorok di dapur banglo itu. Di situlah tempat Arabella dan Tengku Ian Ishraf selalu berjumpa. Mungkin kerana bilik laundry itu, agak jauh dan tersorok, maka bilik itu dijadikan port mereka. Di bilik itu, hanya menempatkan sebuah mesin basuh, mesin pengering dan penyidai kain yang dilekatkan di dinding.

Arabella duduk di atas sebuah kerusi sambil tangan ditongkat di atas meja menggosok baju. Duduk silanya dibetulkan.

Mana pulak laki aku ni.!!

Di dalam gelap, pintu bilik itu terbuka. Tengku Ian Ishraf melangkah masuk, lalu tombol pintu itu ditekan kunci. Tubuh dibawa merapati Arabella yang duduk di atas kerusi. Lantas tubuh kecil Arabella dipeluk melepaskan rindu. Seharian, dia masih belum berpeluang memeluk isterinya dek kerana Bondanya langsung tidak lekang mata darinya. Tahulah hari minggu, macam-macam cara Tengku Suffiyah gunakan untuk tidak membenarkan Tengku Ian Ishraf sendirian.

“Hmmmmm,…. sedapnya bau Ara hari ni.” Hidung dikembang-kempiskan mencium haruman rambut Arabella. Tangannya melurut getah yang mengikat rambut Arabella, lalu terungkailah rambut ikal si isteri. Getah rambut si isteri disarungkan di pergelangan tangannya.

“Eiii… tak habis-habis gatal,” Arabella cubit perut suaminya.

“Oucchhhhhh… sayang. Sakit.” Lantas bekas cubitan itu di gosok perlahan.

“Abang, Ara kena balik kampung lahhhh. Mak ajak balik minggu ni.”

“No, No..!!” kepala digeleng. Kedua-dua tangan memeluk tubuh kecil Arabella, lalu diangkat dan didudukkan di atas meja menggosok baju.

“Alahhh, Ara nak buat macam mana. Mak ajak balik. Takkan Ara nak cakap, abang tak bagi pulak.” Kedua-dua belah tangan Arabella sudah memeluk pinggang Tengku Ian Ishraf yang sedang berdiri. Bibir dimuncungkan.

“Hmmmmm…. apa alasan yang kita nak bagi eh sayang. Jom kita fikir sama-sama.” Nafas dihela. Rambut dilurutkan. Melihatkan muncung si isteri, pantas jari jemari mengepit bibir itu.Geram.

“Abang, Ara balik kejap je. Bukan lama. Dua hari je pun. Kesian la kat mak tu. Takkan mak nak balik sorang.” Arabella masih cuba memujuk. Tangan Tengku Ian Ishraf yang tidak pernah diam dari tadi ditangkap, lalu diletakkan selesa di pinggannya.

“Tak boleh sayang, nanti abang rindu Ara. Dua hari pun tak boleh. Abang nak tidur dengan siapa?” Pelukan tangan Arabella di pinggannya dilepaskan. Kerusi ditarik dengan kaki, lalu duduk di atasnya.

“Abang ni macam budak-budaklah. Bukan lama pun. Dua hari je. Ara balik dengan Pak Mat. Kalau abang nak ikut pun tak pe.” Arabella memberi cadangan. Jari jemari sudah memaut jari jemari si buah hati.

“Balik kampung lagilah kita tak boleh buat apa Ara. Bukan boleh curi-curi tidur sekali. Rumah bonda ni boleh lah..” Rambut yang menutup wajah Arabella di selak dengan jarinya lalu diselit di tepi telinga isterinya.

“Ishhhh.. abang ni. Semua tak boleh.!! Dah tu, macam mana? Ara balik lah ikut mak kejap. Abang tinggal sini.” kaki diturunkan dari meja. Lantas langkah laju menuju ke pintu. Dengan pantas, Tengku Ian Ishraf menyambar pergelangan tangan Ara dengan tangan kirinya. Tangan kanan memeluk tubuh Arabella lalu menarik rapat ke arahnya.

“Dengar cakap abang.” Katanya tegas. Bola mata Tengku Ian Ishraf sudah terbuntang luas. Gigi diketap. Geram. Jari telunjuk dibawa perlahan ke kening Arabella, jatuh ke matanya, pipi Arabella dan akhirnya mendarat di bibir Arabella. Arabella sudah tidak senang duduk.

Bahaya ni.!!

Spontan, tubuh kecil Arabella meronta minta dilepaskan. Semakin dia meronta, semakin kejap pelukan tangan sasa Tengku Ian Ishraf.

“Abang, lepaslah. Ara nak keluar ni.” Arabella merayu.

Tengku Ian Ishraf menggeleng. Pelukan dieratkan. Wajahnya di dekatkan ke wajah Arabella. Arabella cuba mengelak.

“Abang, mak tak tidur lagi tadi. Nanti mak datang cari Ara kat sini .” Arabella sudah tergagap-gagap.

“Biarlah mak cari. Mak kat luar, kita kat dalam. Sayang degil sangat, abang tau lah nak buat macam mana.” Tengku Ian Ishraf sudah tersenyum gatal. Anak matanya tunak merenung wajah Arabella, leher Arabella lalu jatuh di dada Arabella.

“Abanggggg… jangan lah dekat sini. Nanti Ara naik bilik abang yer.” Pujuk Arabella lagi.

Tak kan dalm bilik laundry ni kut Tengku Ian Ishraf. Ishhhh… memang sengal.!!

Tok..tok…tok….

“Ara, buat apa kat dalam tu.” Suara Mak Nani kedengaran dari luar pintu.

Bukkkkkk…. spontan, pelukan di pinggang Arabella terlepas. Nasib Arabella sempat berpaut pada kerusi. Kalau tidak, punggungnya akan mendarat di lantai marmar itu. Aduhhh..!!

“Ya makkkkk..!! “ Arabella menyahut.

“Ara, buat apa dalam tu. Gelap tu Ara.” Mak Nani sudah mula menyiasat.

“Yer mak, Ara nak keluar dah ni…” Tangan memberi isyarat pada Tengku Ian Ishraf untuk keluar dahulu.

“Ara keluar dulu, mak dah panggil tu..” Kata Arabella dengan suara berbisik.

“Abang?” Tanya Tengku Ian Ishraf.

“Duduk sini diam-diam dulu. Ara masuk bilik nanti, abang keluar ok.” Mata dikenyit.

Cepat-cepat tubuh Arabella melangkah ke pintu. Tetapi sekali lagi ditarik oleh Tengku Ian Ishraf. Bibir Arabella dipagut pantas.

“Araaa….. mak tunggu Ara ni..” Suara Mak Nani sudah meninggi.Lantas, tubuh Tengku Ian Ishraf ditolak. Kaki dilarikan ke pintu. Pintu dibuka sedikit. Keadaan bilik yang gelap, menyukarkan Mak Nani mengesan ada makhluk lain di bilik itu.

“Ara buat apa dalam tu.” Mak Nani menyoal.

“Ara cari baju Ara dalam mesin basuh tu. Tapi tak jumpa,” tergagap Arabella menjawab. Setelah menutup pintu, rambut yang terurai disanggul tinggi.

“Tak boleh cari esok ke Ara?” Tanya Mak nani lagi.

“Tak pe la mak, esok Ara cari lagi eh..” Bahu Mak Nani dipeluk , lalu tubuh ibunya di bawa masuk ke bilik. Memberi peluang pada Tengku Ian Ishraf untuk keluar dari bilik itu pula.

Setelah Arabella menutup pintu, Tengku Ian Ishraf perlahan-lahan keluar dari situ. Kaki terjingkit-jingkat mendaki tangga ke tingkat atas banglo Tengku Suffiyah. Sampai di atas, terkejut dia melihat Tengku Suffiyah sedang asyik menonton tv di ruang menonton. Cuba berlagak selamba. Kaki di bawa ke arah bondanya, lalu punggung dihenyak di atas sofa bersebelahan Tengku Suffiyah.

“Aik, dari mana?” tegur bondanya.

“Turun bawah kejap, tengok bintang,” Jawab Tengku Ian Ishraf selamba.

“Bintang kalau nak tengok, dari bilik kamu pun boleh kan?” Mata Tengku Suffiyah masih terhala ke arah tv yang terpasang.

“Bonda, kalau tengok bintang, kat bawah la best. Ada feel sikit.” katanya sambil memeluk bahu bondanya.

“Kenapa pulak ada feel lebih. Bintang kat bawah tu cantik ke. Ke bintang kat bawah tu ada berambut panjang, sampai getah rambut bintang tu kamu letak kat tangan kamu Ishraf?” terbuntang mata Tengku Ishraf mendengar kata-kata bondanya. Lantas pergelangan tangan di belek.

Adusssssss, getah rambut Ara tadi ni. Lupa nak bagi balik!! Desis hatinya.

Wajah Tengku Ian Ishraf yang sudah merah menahan malu cuba disembunyikan sebaik mungkin. Otak sudah mencerna alasan untuk diberikan kepada bondanya.

“Ermmmmm… ermmm… tadi jumpa getah rambut ni kat luar. Atas meja kat taman tu. Ishraf ambik bawa naik la. Ni mesti Ara punya. Esok Ishraf bagi balik kat dia lah.” Ha… alasan yang agak logik!

“Hmmmm… yer lahhh. Dahlah, bonda nak tidur.” Tangan Tengku Suffiyah mencapai remote, lalu butang off ditekan. Tengku Suffiyah berdiri, Tengku Ian Ishraf memeluknya.

“Good night bonda.” Pipi bondanya dicium.

Lalu kaki Tengku Ian Ishraf melangkah menuju kebiliknya. tiba-tiba, Tengku Suffiyah memanggilnya kembali.

“Ishraf, takkan kamu nak tidur dengan getah rambut Ara tu kut. Letak je lah situ, esok Ara nampak, Ara ambiklah” tegurnya.

Tengku Ian Ishraf tersengih. Dahi ditepuk.

“Lupa” Lantas getah rambut itu ditinggalkan di atas meja di ruang menonton.

Fuhhhhhhhh….. selamat. Dada diurut lega.!

8 comments:

  1. Hahahaha.... Al kisah Si helang Dan Si belatuk

    ReplyDelete
  2. Kikikiki macam a mak2 diaorg xtau diaorg da kawin kelaka tul alasan yg depa cipta na best best best siap ada nama samaran lagi yg bonda tengku n mak nani bagi c belatuk n si helang hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Aduiiiii nak sorok sgt....kantoi

    ReplyDelete
  4. Ni kalau emak Ara dan emak engku perdajal Tengku Israf kata ada org meminang Ara apalah helah Tengku Israf nnti...hehehe

    ReplyDelete
  5. Kelakar la ian dgn ara.... mak engku dan mak nani dah tau rahsia depa....best....best.. best

    ReplyDelete
  6. best sgt2 bce sekali xpuas....hihihi..
    tengku ian ishraf n arabella...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. best sgt2 bce sekali xpuas....hihihi..
    tengku ian ishraf n arabella...

    ReplyDelete