Tuesday, 24 March 2015
KASIH SI MERAK
BAB 1
Hud Zafry dan Chempaka Sari hanya dinikahkan di pejabat agama sahaja. Tiada persandingan mewah, tiada kenduri kendara, juga tiada majlis resepsi. Perkahwinan menjadi lebih mudah kerana Chempaka Sari merupakan anak yatim. Ayahnya telah meninggal dunia semasa dia berusia 10 tahun. Chempaka Sari mempunyai ibu dan seorang adik perempuan. Kepada ibunya dia memaklumkan bahawa dia terpaksa berkahwin malam ini juga. Ibunya yang tinggal di kampung, tidak mampu untuk ke kota besar ini serta merta. Chempaka Sari bukan berasal dari keluarga yang mewah. Dia ke kota metropolitan ini untuk menuntut ilmu berbekalkan sedikit biasiswa dan wang ihsan dari ketua kampung.
Mata merenung kepekatan malam. Jauh dia mengelamun menyesali nasib diri. Bukan ini yang dipintanya. Dia tidak menyangka ini balasan di atas segala dosa yang telah dilakukan selama ini. Disebabkan keinginan untuk hidup senang, pelajaran diabaikan. Segala nasihat dan pesanan ibu di kampung, sudah bagai angin lalu menyapa telinga. Mungkin inilah balasan di atas segala keterlanjuran perbuatannya selama ini. Dan sekarang, dia terkurung di dalam sebuah ikatan perkahwinan. Dia tidak mengenali siapa lelaki yang dinikahinya. Dia hanya mengetahui namanya sebentar tadi apabila imam menyebut nama lelaki itu. Hanya satu yang dia tahu, suaminya adalah anak kepada sugar daddynya, Tan Sri Zufry.
“Kau jangan ingat, setelah apa yang kau lakukan pada keluarga aku, aku nak biarkan saja. Kau banyak berhutang dengan aku. Kau ganggu rumahtangga mummy dan daddy aku.Aku tak kan biarkan kau hidup bahagia walau sesaat.” suara kasar menyapa gegendang telinga Chempaka Sari.
Tubuh yang masih tersarung pakaian pagi tadi itu, didudukkan di birai katil. Si isteri yang sedang duduk di atas sebuah kerusi sambil bersilang kaki diperhati. Panas hatinya melihat lagak isteri yang baru di kahwininya sebentar tadi. Jika bukan disebabkan angkara daddynya, dia tidak akan sanggup menikahi perempuan jalang di hadapannya.
“Kau ingat aku suka ker kahwin dengan kau. Kalau tak sebab perangkap daddy kau yang dah tua tak sedar diri tu, aku pun tak hingin tau. Kau dengan daddy kau, sama saja.” gadis itu bangun dari duduknya lalu tubuhnya yang langsing di bawa berdiri di hadapan si suami.
“Tapi…. antara kau dengan daddy kau, aku prefer untuk kahwin dengan daddy kau lagi. Daddy kau sure banyak experience kan. Dia sure tahu, macam mana nak layan aku.” Jemarinya di larikan di wajah sang suami. Geram dengan lontaran kata-kata kesat dari suaminya yang bagai merentap jantung hatinya.
“Kauuuuuuu memang perempuan sial. Kau dah kahwin dengan aku pun, kau masih ingat dengan orang tua tu. Apa yang kau dah buat pada daddy aku sampai dia angau tak kira siang malam?” Dia naik berang. Dia bangun dari duduknya. Muka bagai disimbah minyak panas.
“Hmmmmm….. well. Mummy kau dah tua. Mana dia larat nak layan nafsu kuda daddy kau tu. Sebab tu daddy kau cari aku. Aku kan masih cantik lagi. Bergetah..!!” Lantas bibir yang masih merah dengan lipstik itu, didaratkan di pipi suaminya. Sebolehnya, dia mahu memanaskan hati si suami hingga mencapai tahap kepanasan yang maksimum.
“Hei perempuan… Kau dengar sini baik-baik. Sekarang kau dah jadi isteri aku. Aku tak kan biarkan walau sesaat pun kau menghampiri daddy aku. Dan kau perlu ingat, kau hak aku. Segala apa yang ada di tubuh badan kau, adalah milik aku. Bukan daddy aku.” lalu tangan kasarnya menolak si isteri di atas katil. Perlahan-lahan dia merangkak menghempap tubuh langsing itu. Gadis itu hanya mampu tersenyum sinis.
“Kau tahu ke macam mana nak layan aku? Setakat lelaki muda macam kau ini, tak kan mampu mencairkan aku dalam pelukan kau. Well, but… you can try.” cabar Chempaka Sari.
*****************************************
Tubuh Hud Zafry dibawa di bawa ke balkoni bilik. Tubuh yang basah setelah disiram air, terasa segar. Tuala kecil diramas-ramas di atas kepala, mengelap air yang masih membasahi rambutnya. Punggung didaratkan di sebuah kerusi. Mata memandang ke dada langit. Burung-burung terbang bebas si angkasa direnung. Betapa bertuahnya burung-burung itu. Langsung tidak perlu memikirkan masalah yang membendung jiwa. Bukan seperti manusia yang hidupnya penuh berliku-liku. Otak berfikir, sambil mata dipejam.
"Siapa gadis yang aku kahwin ni? Kalau betul dia perempuan jalang seperti yang diceritakan oleh Robert padanya, kenapa maruah diri dia terpelihara elok. Akulah lelaki pertama yang memusnahkan mahkota dia."
Rokok yang menyala di tangan, diletakkan di bibir, lantas disedut senafas. Wajah dipaling ke arah sekujur tubuh yang sedang berselimut tebal di atas katil. Walaupun wajah gadis itu kurang jelas dimatanya ketika itu, tetapi dia akui, gadis yang tidur bersamanya semalam memang cantik. Dan dia begitu pasti, gadis itu masih suci. Buktinya, ketika dia melunaskan hawa nafsunya ke atas gadis itu, ternyata gadis itu masih kekok lagi. Dan semalam adalah pengalaman pertamanya bersama gadis itu.
Huhhhh,.. semalam kata lelaki macam aku tak boleh cairkan dia, sekarang tengok, siapa yang kalah. Cakap je lebih! Hatinya berbolak balik.
**********************
Telefon bimbitnya berbunyi. Tangan menggagau di atas meja di tepi katil, lalu telefon bimbit itu dicapai. Nama pemanggil dilihat. Shila.
“Hai beb.” Jawabnya lemah. Tubuh yang hanya berselimut, dibetulkan duduknya. Sambil menjawab telefon, kepala menjenguk-jenguk serata bilik mencari kelibat lelaki yang baru dinikahinya semalam.
Dah pergi kerja agaknya dia tu! Gumamnya di dalam hati.
“Beb, kau tak pegi kuliah ke? Kau dah dua hari tak balik hostel ni. Kau ke mana?” Soalan Shila bagai peluru berpandu menerpa cuping telinganya.
“Whooooo beb. Kejap satu-satu okey.” Rimas dengan pertanyaan sahabatnya, Chempaka Sari mencelah.
“Ok, kau anggap je lah sem ni, aku drop dulu. Next sem aku sambung balik ok.” Terang Chempaka Sari satu persatu.
“Ehhh kauu, senangnya kau cakap. Boleh main drop-drop ikut suka hati je. Kau ingat kau tu siapa? Anak dekan ke? Sari oiii,.. sedar diri sikit.” Telefon dijauhkan dari telinganya. Bosan mendengar bebelan si Shila.
“Dah..? Kau dah habis bebel ke? Kalau dah habis bebel, aku nak letak phone ni.” ugutnya pada Shila. Dia tahu, Shila tidak akan berputus asa selagi belum mengetahui ke mana dia pergi sejak dua hari lepas.
“Isshhh kau ni, main-main pulak. Ya lahh… ok. aku tak bebel dah. Sekarang kau bagitau aku, kau ke mana dua hari? Jangan cakap kau ikut bapa saudara kau outstation lagi.” Teka Shila.
Pada Shila, dia juga tidak memberitahu siapa sebenarnya Tan Sri Zufry. Dia mengenali Tan Sri Zufry semasa mengikuti seorang teman sekuliahnya ke sebuah kelab malam terkemuka di ibukota. Tidak menyangka, pertemuan itu merapatkannya pada Tan Sri Zufry. Ya, memang benar dia dibela oleh Tan Sri Zufry selama hampir dua bulan ini. Dia senang dengan sikap orang tua itu. Orang tua itu, sanggup menunaikan segala permintaannya. Orang tua itu juga tidak pernah gagal menurutkan segala kemahuannya. Tetapi, setelah peristiwa hitam itu, dia tidak lagi percaya pada Tan Sri Zufry. Mungkin pada awal-awal dahulu, hati mudanya tercuit dengan sikap caring Tan Sri Zufry, tapi sekarang tidak lagi. Tan Sri Zufry sudah menjadi musuhnya, kerana Tan Sri Zufry telah memerangkapnya dengan cara kotor.
“Aku ada ja. Aku balik kampung kejap.” Dia terpaksa menipu Shila. Dia tidak mahu Shila tahu apa yang terjadi padanya. Chempaka Sari malu pada Shila. Shila seorang anak baik. Shila seorang pelajar yang cemerlang, tetapi bukan Chempaka Sari.
“Eh, kenapa tiba-tiba kau balik kampung? Kau tak cakap kat aku pun. Mak kau tak sihat ke.” Soalan bertalu-talu ditanya Shila.
“Mak aku sihatlah. Aku saja balik. Rindu kampung aku. Rindu mak aku.” Dalihnya.
“Aik.. pelik pulak aku dengar kau ni. Lain macam je. Kau ok tak?” Tanya Shila. Dia kenal sahabatnya. Chempaka Sari bukanlah orang yang suka pulang ke kampung. Chempaka Sari hanya akan pulang untuk meraikan hari-hari tertentu sahaja. Cuti semesternya pun akan dihabiskan di hostel atau di rumah-rumah sewa rakan-rakannya yang lain.Chempaka Sari sering berpeleseran bersama mereka.
“Aku ok. Jangan risaulah. Ok lah, aku letak telefon dulu eh. Aku nak mandi.”
Cepat-cepat butang berwarna merah ditekan. Malas mahu berlama-lama melayan Shila. Bimbang rahsia hidupnya akan pecah pula. Dia bangun lalu tubuh di bawa ke bilik air untuk dibersihkan.
Usai membersihkan diri, dia keluar dari bilik air. Tubuh yang hanya berbalut sehelai tuala berwarna putih dibawa menuju ke almari pakaian. Dalam langkah perlahannya, dia terpandang sesuatu di atas katil. Sedikit kotoran berwarna merah terpalit di atas cadar katil pengantin itu. Nafas ditarik dalam. Kaki yang putih gebu, dibawa merapati katil, lalu dia duduk di situ. Mata merenung jauh.
"Apa yang kau tenung? Menyesal?" tegur si suami yang kebetulan baru masuk ke bilik itu.
Mata dipandang sekilas ke arah Hud Zafry. Lelaki itu sudah berpakaian kemas. Mungkin ke pejabat agaknya. dia juga tidak tahu, siapa lelaki yang nikahinya semalam.
"Hmmm... menyesal? Tak pernah ada perkataan menyesal dalam hidup aku." punggung diangkat dari katil. Lenggok dikemaskan. Kaki melangkah bersilang-silang ala-ala supermodel menuju ke arah suaminya.
"Kalau kau tak menyesal, kenapa kau tenung beriya-iya?" Si suami sudah tegak berdiri menanti si isteri yang sudah semakin hampir.
"I just... unexpected. Tak sangka, anak pun hebat.Mungkin sama macam daddy dia kut...." Katanya sambil kaki yang sudah hampir di depan suaminya melencong ke arah almari pakaian meninggalkan si suami yang penuh perasaan marah.
**************************
“Mak, kenapa termenung ni.” Jasmin Nabila meletakkan beg sekolah yang disandangnya di atas sebuah meja usang. Melihatkan ibunya yang termenung, Jasmin Nabila menghampiri.
“Min baru balik?” Menyedari kehadiran anaknya, Azura menegur. Dia yang sedang duduk bersimpuh menyambung semula kerjanya melipat kain yang baru diangkat dari jemuran.
“A ah, mak asyik termenung je. Mana mak nampak Min lalu depan mak pun.” lalu Jasmin Nabila duduk bersila di sisi ibunya. Tangan dihulur mencapai sehelai kain batik, lalu membantu.
“Tak pe lah Min. Sikit je ni. Min pergi mandi, solat lepas tu boleh makan. Mak ada masak sikit tu.” katanya pada Jasmin Nabila apabila melihat si anak sudah mahu membantu melipat kain bersama-samanya.
“Mak ingatkan along ye?” tekanya. Memang sejak dua menjak ini, ibunya selalu termenung. Sejak menerima panggilan dari alongnya dua tiga hari sudah mengatakan alongnya akan berkahwin, ibunya menjadi murung. Entah apa yang difikirkannya, Jasmin Nabila kurang pasti. Pasti memikirkan keadaan alongnya. Pelbagai persoalan hinggap dibenak ibunya tatkala menerima panggilan itu. Sudah ditanya pada Chempaka Sari sendiri. Tetapi Chempaka Sari tidak mahu menjelaskan perkara sebenar.
Nafas dihela dalam.
“Mak telefon along kamu lepas mak balik dari hantar nasi lemak kat warung Pak Leman kamu. Tapi tak bersambung pulak. Mak rindu kat along. Banyak yang mak nak tanya kat dia. Dahlah dia kahwin, kita tak dapat nak pergi. Kahwin dengan siapa pun, kita tak tahu. Mak risau.” keresahan di hati, diluahkan pada satu-satunya anak yang tinggal di depan matanya. Jasmin Nabila, walau masih berusia17 tahun, Jasmin Nabila nampak lebih matang dari Chempaka Sari. Sikap Jasmin Nabila berbeza sama sekali. Jasmin Nabila lebih bertolak ansur jika dibandingkan dengan anak sulungnya, Chempaka Sari yang keras kepala.
Kerana keras kepalanya jugalah,dia berjaya melanjutkan pelajaran di ibu kota, walaupun sudah berkali-kali Azura menegaskan bahawa dia tidak mampu membiayai pelajaran Chempaka Sari hingga ke peringkat Universiti. Dengan hanya menjual nasi lemak dan dihantar ke warung-warung di kampungnya, berapalah sangat yang Azura dapat. Belum tentu cukup untuk menampung perbelanjaan rumah lebih-lebih lagi untuk membiayai pelajaran anak-anaknya. Nasib ada wang ihsan dari ketua kampung, dapatlah membantu sedikit untuk membayar yuran pelajaran Chempaka Sari. Suaminya sudah lama meninggal dunia akibat kemalangan motosikal semasa balik dari kerja. Kerana itu, Azura terpaksa bekerja mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya.
“ Mak nak Min telefon along balik ke mak?” teguran Jasmin Nabila menyentap lamunannya.
Kepala digeleng.
“Tak pe lah Min. Min pergi mandi dan solat dulu. Nanti mak telefon dia balik. Min tentu penat kan? Pelajaran macam mana?” Tanya ibunya.
“Min ok mak. Cuma cikgu kat sekolah tanya, bila nak bayar yuran peperiksaan SPM Min tu. Kawan-kawan dah bayar semua. Tinggal Min sorang je.” Kepalanya tunduk. Rasa bersalah menghantui jiwa. Niatnya bukan mahu menyusahkan ibunya, tetapi demi masa depannya, dia terpaksa memberitahu jua.
“Tak pe Min. nanti mak minta duit sikit dari gerai Pak Leman kamu. Dah dua hari mak tak ambik duit nasi lemak kat sana. Bolehlah campur sikit dengan duit yang mak simpan tu. Lagi dua tiga hari, Min bolehlah bayar kat cikgu yer.” Pujuknya pada Jasmin Nabila.
“Mak, kalau mak tak mampu, Min berhenti belajar dulu. Tahun depan Min sambung balik mak. Tahun ni, Min tolong mak meniaga dulu yer.”
“Min, jangan. Min habiskan SPM Min dulu. Duit biar mak cari. Mak tak nak anak-anak mak terkandas dalam pelajaran. Biarlah ada SPM pun, sudah memadai bagi mak. Kalau ada rezeki, tahun depan Min boleh sambung belajar macam along.” Tangan di bawa ke kepala anaknya yang masih lengkap bertudung lalu kepala itu di usap lembut.
“Mak, along kan tengah belajar. Kalau Min pun sambung belajar, siapa nak jaga mak. Mana mak nak cari duit untuk tampung pelajaran kami mak. Min tak nak. Min nak duduk dengan mak. Mak tak nak tinggalkan mak sorang-sorang kat kampung.” Lantas, tubuh kecil ibunya dipeluk erat.
“Min sayang mak. Min sayang mak lebih dari segalanya.” Bisik Jasmin Nabila di dalam hati.
********************************
“Hud dari mana?” tanya Toh Puan Azizah. Terkejut melihat cucu kesayangannya singgah di rumahnya tengah hari itu. Sepatutnya Hud Zafry berada di pejabat ketika ini. Pasti ada yang merunsingkan jiwanya, hingga membawa Hud Zafry ke mari.
“Dari rumah, Tok Ma. Saja singgah. Rimas duduk kat rumah tu.” Adunya pada satu-satunya insan yang paling dia hormati selain dari kedua ibu bapanya.
“Kenapa rimas Hud? Mana isteri Hud? Kenapa tak bawa balik sama sayang? Bolehlah Tok Ma kenal dia sama.Tak baik tinggal isteri tu sorang-sorang kat rumah.” Kepala Toh Puan Azizah sudah menjenguk-jenguk ke keluar. Mana tahu, Hud datang membawa cucu menantu ke rumahnya.
Hud Zafry geleng kepala.
“Tak bawak.Biarlah dia duduk kat rumah. Hud bawak dia pun, buat semak kepala Hud je.” dia bangun lalu duduk di sebelah tubuh tua itu. Tangan Tok Ma nya di capai, lalu dikucup lembut.
“Tak baik macam tu Hud.She is already your wife. Ijab dan qabul pun Hud dah lafazkan depan imam kan, ada saksi pun. Maksudnya, buruk baik isteri Hud, Hud kena terima. Kalau dia tak sempurna, Hud didik dia.” Nasihat Toh Puan Azizah. Bukan dia tidak tahu, gelodak di hati cucunya. Dia mengetahui segalanya, kerana Hud Zafry amat rapat dengannya. Sebelum Hud Zafry dinikahkan dua tiga hari lepas, dialah orang pertama menerima berita gembira itu. Dia juga tahu, bagaimana Hud Zafry boleh ditangkap, dan dia juga tahu, siapa isteri Hud Zafry. Baginya, segalanya, di tentukan oleh Allah Taala. Kita sebagai hamba, tidak tahu akan perancanganNya.
“Tok Ma, Hud masih tak boleh terima. Tak tahu kenapa.”
“Tok Ma tahu……” cepat-cepat dia memintas kata-kata Hud Zafry.
“Bukan mudah Hud nak terima semua ni kan. Tok Ma faham. Tapi Hud kena redha. Jodoh pertemuan, adalah aturan Yang Esa. Semuanya sudah tertulis di loh mahfuz. Hud kena tabah.InsyaAllah segalnya Allah permudahkan untuk Hud.” Toh Puan Azizah, tidak pernah lekang dari memberikan kata-kata semangat dan nasihat pada Hud Zafry.
“Entahlah Tok Ma. Bagi Hud masa.” Kepalanya di rebahkan di atas riba Toh Puan Azizah. Mata dipejamkan.Nafas di hela dalam. Tangan tua Tok Manya mengelus lembut ubun-ubunnya. Terasa damai di hati. Toh Puan Azizahlah tempat dia mengadu. Toh Puan Azizahlah yang banyak membantunya. Dari kecil dia dan adiknya, dijaga oleh Toh Puan Azizah kerana sering diabaikan oleh ibu dan bapanya yang terlalu sibuk bekerja.
“Hud dah makan.?”
Kepala digeleng.
“ Tok Ma dengan mak Yam ada masak ketam goreng telur masin. Hud suka kan?” Mata yang tertutup tiba-tiba terbuka. Mendengar ketam masak telur asin, perutnya terus berlagu riang. Dia bangun, lalu tubuh tua Toh Puan Azizah dipeluk kasih.
“That’s why I love you, my sweet little old girlfriend.” Ciuman singgah di pipi berkedut Toh Puan Azizah.
“I love you too, my sweet little young boyfriend.” giliran ubun-ubun Hud Zafry pula menjadi mangsa bibir tua Toh Puan Azizah.
“Come, and lets eat. Hud lapar…” Katanya sambil mengusap-usap perut. Tangan membantu Tok Manya bangun berdiri.
******************************
“Zie, are you okay.” tanya Tan Sri Zabidi pada Puan Sri Maziah. Tersentak lamunannya apabila ditegur abang sepupunya itu.
“Oh.. sorry, I ok.” Jawabnya gugup.
Dia tahu, kehadiran Tan Sri Zabidi di pejabatnya hari ini, ada lebih kepada ingin mengetahui tentang perkahwinan Hud Zafry seminggu yang sudah. Puan Sri Maziah tidak mahu mengulas lanjut tentang itu. Biarlah ia menjadi rahsia keluarganya sebagaimana dia menyimpan rahsia tentang sikap buaya darat suaminya. Walaupun dia tahu, bahawa sikap kaki perempuan Tan Sri Zufry tidak boleh disembunyikan lagi. Pada Puan Sri Maziah, tiada sesiapapun pernah mengutarakan tentang sikap suaminya di luar di hadapannya. Bukan dia tidak tahu, tetapi dia sengaja tidak mahu tahu. Bukan setahun dua dia berkahwin dengan Tan Sri Zufry, tetapi sudah melebihi 30 tahun usia perkahwinan mereka. Selama itu jugalah dia makan hati. Tetapi demi cintanya pada suami tersayang, dia akur. Bukan dia tidak pernah menasihati suaminya, tetapi apa yang dia dapat hanya tempelak dari Tan Sri Zufry.
“You nampak tak sihat Zie. Baliklah rest. Hud kan ada di pejabat ni. Hud dah boleh handle perniagaan ni Zie.” Tan Sri Zabidi tahu sikap Puan Sri Maziah yang gilakan kerja dari zaman mudanya lagi. Cuma nasibnya tidak berapa baik kerana berkahwin dengan Tan Sri Zufry yang kaki joli.. Bukan sekali dia menasihatkan Puan Sri Maziah untuk meninggalkan suaminya yang mata keranjang itu, tetapi sepupunya degil.
“Tak pe Bidi. I ok. Cuma lately I stress sikit. Penat agaknya.” Adunya pada Tan Sri Zabidi.
“Yer lah, mana you tak stress. Handle bisnes lagi, family lagi. Diri you sendiri pun tak terurus I tengok. Mata tu, lebam je.” Prihatin benar Tan Sri Zabidi pada dirinya. Duda beranak lima itu, memang seringkali melawatnya di pejabat sejak isterinya meninggal dua tahun lepas. Tambahan pula Tan Sri Zabidi merupakan salah seorang pemegang saham di Zee Sdn Bhd.
“You ni, I tak de apa-apalah. Sedangkan masalah Zufry I boleh handle, inikan pulak lebam kat mata I ni. Dont worry.” Air nescafe yang terhidang di atas meja kerjanya dicicip perlahan.
Tan Sri Zabidi menggeleng perlahan. Faham dengan sikap degil Puan Sri Maziah.
“Ni Hud ke mana?” Tanya nya apabila tidak melihat kelibat Hud Zafry di pejabat.
“Dia balik rumah mama. Hud tu biasalah.Kalau tak mengadu dengan mama, tak senang duduk dia. Tengah hari sikit baru dia masuk agaknya tu.”
“Owhhh.. Hud tu sebab you dan Zufry dari dulu gila kerja. So dia sunyi lah. Lepas habis sekolah pun, you all bagi dia duduk boarding school. Aunty Zizah lah yang bawak dia keluar balik. Harap you dengan Zufry, memang tak de lah si Hud tu.”
“Hmmm… you tahu kan Zufry macam mana. Dia memang tak nak anak masa awal-awal kami kahwin dulu. Tapi, I bunting pelamin masa tu kan. Apa lagi si Zufry tu, sampai sekarang si Hud tu dia buat macam anak tiri.Dari dulu lagi dia tak boleh bertemu muka dengan Hud. Ada saja benda nak digaduhkan.”
“I pun pelik dengan Zufry ni. Ingatkan anak-anak dh besar, slowlah sikit perangai buaya dia tu. Tapi makin menjadi-jadi pulak.”
“I redha Bidi. Redha dan pasrah atas segalanya. I dah tak larat dan dah tak mampu nak bersuara. I tak nak nanti satu banglo dengar suara Zufry menjerit-jerit maki hamun I.”
“Zie, redha tu lain. Pasrah tu lain. Dua benda berbeza Zie. Kalau you redha, you kena usaha untuk diri you. Untuk Hud.Untuk Ammar. Tak kan selamanya Zufry nak macam tu. You kena buat sesuatu Zie. Zufry tu, perlu diajar.”
“Bidi. Hud dan Ammar pun dah besar panjang. Diorang boleh fikir sendiri.” Nafas dihela dalam.
“Bersabarlah Zie.Allah tu maha kuasa Zie. Kita tak tahu apa perancangan Dia.” Nasihatnya pada Puan Sri Maziah.
******************************
“Hadi, aku nak kau cari jalan. Dapatkan Chempaka Sari balik untuk aku.” Tubuh yang gempal di bawa duduk di meja di sebuah coffee house di kelab golf itu. Hadi yang hanya berdiri tegak, masih tidak mampu menjawab apa-apa.
“Kau dengar tak?” Tengkingnya lagi.
“Ya Tan Sri. Tapi macam mana?. Perempuan tu kan dah jadi menantu Tan Sri.” Katanya mengingatkan Tan Sri Zufry.
“Kau tak payah ajar aku. Aku taulah dia menantu aku. Tapi kau kena ingat, dia tu hak aku sebelum ni. Tak pernah dalam hidup aku, aku lepaskan perempuan, tanpa aku merasa terlebih dahulu.” Tegasnya pada Hadi. Geramnya pada Chempaka Sari belum terlunas. Dia mahu Chempaka Sari tunduk dihadapannya.
Hadi diam. Kening berkerut. Faham benar dengan kata-kata Tan Sri Zufry itu.
“Kau tahu kan, berapa banyak aku habis untuk perempuan tu. Bukan sikit kau tahu. Alih-alih, apa yang aku dapat? Habuk pun tidak. Sekarang kat rumah aku, aku terpaksa butakan mata tengok Hud duk pegang dia sana sini. Hud tak layak. Chempaka Sari tu milik aku, tau..! “ tempelaknya pada Hadi.
“Tan Sri sendiri yang salah. Kenapa Tan Sri tinggalkan Hud dengan Chempaka Sari malam tu. Sepatutnya Tan Sri heret Hud balik sama.” Ada benar kata-kata Hadi itu. Jika Hud Zafry tiada di bilik hotel itu, sudah pasti tidak kan terjadi begini. Malah, Chempaka Sari akan masih berada digenggamannya.
“Kau ingat Hud tu budak-budak. Senang nak heret.” Mata sudah merah menahan marah. Hadi ada sahaja jawabnya.
“So, Tan Sri gigit jari lah sekarang ni yer.” Sindir Hadi lagi.
“Kau jangan kurang ajar dengan aku Hadi. Aku tak kira, kau kena dapatkan Chempaka Sari untuk aku, walau dengan apa cara sekalipun. Aku tak boleh duduk selesa, selagi Chempaka Sari tidak terkulai dalam pelukan aku.” Tan Sri Zufry nekad. Chempaka Sari pasti ditawan.
“Tan Sri, macam mana dengan Puan Sri?” tanya Hadi lagi.
“Aku tak mau fikir pasal dia. Dia sudah tentu tak kan berani dengan aku Hadi. Dah 30 tahun aku kahwin dengan dia, so aku tahu macam mana nak handle dia. Yang penting sekarang, kau cari jalan macam mana aku boleh dapatkan Chempaka Sari.”
Walau sudah berkahwin selama 30 tahun, Tan Sri Zufry tidak pernah berubah. Puan Sri Maziah merupakan batu loncatan untuk dia menikmati segalanya hari ini.Berkahwin dengan Puan Sri Maziah, membolehkan dia memiliki sejumlah saham di syarikat milik keluarga Puan Sri Maziah. Walaupun dia adalah seorang pemegang saham syarikat Zee Sdn Bhd, tetapi, jumlah sahamnya terlalu sedikit berbanding hak milik isterinya dan anak-anaknya. Kerana itulah dia masih bertahan. Sikap rakus dan tamak haloba untuk memiliki harta kekayaan dunia, menyebabkan Tan Sri Zufry lupa pada diri sendiri.
**********************************
“Kau buat apa kat sini?” Hud Zafry yang sudah berdiri di hadapannya menegur kasar. Chempaka Sari terkejut. Dia yang sedang leka memicit papan kekunci telefon bimbitnya mendongak.
“Aku nak balik hostel kejap. Ambik baju-baju aku.” Balasnya selamba tanpa terus memandang wajah lelaki di hadapannya. Sebal dengan wajah itu.Chempaka Sari merasa terkongkong sehingga dia tidak mampu ke mana-mana. Kuliahnya pun sudah beberapa hari ditinggalkan.
“Kenapa kau tak cakap dengan aku? Ke kau nak lari dari aku? Kau jangan mimpilah.” Hud Zafry sudah cekak pinggang. Kelibat manusia yang lalu lalang di perhentian teksi itu langsung tidak dihiraukannya. Dia yang kebetulan melalui jalan tersebut untuk pulang ke rumah agam itu, memberhentikan keretanya apabila melihat tubuh Chempaka Sari yang sedang duduk di bangku.Di kotak fikirannya, sudah tentu Chempaka Sari mahu lari dari rumahnya.
“Sudahlah, kau pergi balik dulu. Aku malas nak bertekak kat sini. Karang orang tengok pelik pulak. Tepilah..” Punggung sudah diangkat dari kerusi. Tubuh Hud Zafry ditolak ke tepi, lalu dia berjalan menuju ke besi penghadang di perhentian teksi itu. Malas mahu melayan panas baran Hud Zafry.
“Kau ikut aku. Kau jangan ingat kau boleh lari eh. Sekali kau masuk ke dalam urusan aku, seribu kali aku heret kau ke mana sahaja.” Lengan Chempaka Sari ditarik kasar menuju ke keretanya yang berada di bahu jalan.
“Eh.. lepaslah. Kan aku cakap aku nak balik hostel kejap. Ambik pakaian aku. Lepas kita kena tangkap hari tu, aku tak sempat nak balik hostel pun. Nak harapkan kau bawa aku, memang taklah.” Sindir Chempaka Sari.
“Kau jangan nak tipu aku. Aku kenal sangat perempuan murah macam kau.” Mata Hud Zafry sudah merah menahan marah.
“Kalau kau kenal, kenapa kau curiga. Perempuan macam aku ni, tak kan lari dari lelaki kaya macam kau. Terutama bapak kau tu. Kalau kau kenal perempuan murah macam aku ni, sure kau tahu, perempuan macam aku tak boleh hidup tanpa kemewahan. Tanpa wang ringgit. Kau tahu kan? Jadi, buat apa kau nak risau. Aku tak kan lari punya selagi kau berduit dan berharta.” Puas hatinya setelah meluahkan segala-galanya di dalam hati. Biarlah Hud Zafry menilai sendiri. Untuk membela diri, Chempaka Sari sudah tidak mampu. Alang-alang Hud Zafry sudah bertanggapan buruk padanya, tiada guna untuk dia menangguk di air yang keruh. Walaupun dia sedar, semua kesalahan adalah berpunca dari dirinya sendiri. Dan sekarang, dia perlu menanggung segala akibatnya.
“Kau memang perempuan tak guna.” Dengan perasaan geram Hud Zafry menolak tubuh Chempaka Sari masuk ke dalam keretanya. Sebelum menutup pintu, Hud Zafry menunduk.
“Kau jangan cuba-cuba nak lari dari sini. Kalau kau nak selamat, duduk diam-diam dan ikut aku.” arahnya dengan mata yang terbeliak luas bak burung hantu.
Chempaka Sari hanya menikus. Setelah pintu di bahagian penumpang ditutup, Hud Zafry berlari-lari anak menuju ke tempat pemandu. Dia meloloskan diri ke dalam perut kereta lalu melunjur laju membelah jalan.
Suasana sunyi seketika di dalam kereta mewah milik Hud Zafry. Tali leher dilonggarkan, lengan kemeja disingsing. Penghawa dingin kereta mewah itu tidak mampu meredakan bahang panas di hati Hud Zafry. Butang radio ditekan. Chempaka Sari yang duduk menikus di sisinya, dijeling dengan ekor mata.
“Kau nak bawak aku ke mana.” suara Chempaka Sari memecah kesunyian.
Senyap. Hud Zafry masih tekun memandang jalan.
“Aku nak balik hostel aku dulu. Bagi aku ambik baju aku dua tiga helai. Aku cuma ada baju yang aku pakai ni sahaja.” Katanya sedikit kendur memohon agar Hud Zafry faham akan situasinya.
Diam lagi.
Pantas tangan Chempaka Sari menyeluk beg tangan Louis Vuitton jenis Tivoli yang dihadiahkan oleh Tan Sri Zufry kepadanya. Tangan menggagau telefon bimbit. Dia mahu menghubungi Shila. Butang kekunci handphone dibuka. Alangkah terkejutnya Chempaka Sari apabila ada tangan merampas telefon bimbit itu dengan kasar. Dia mencerlung tajam ke arah Hud Zafry yang sedang memandu. Telefon bimbitnya sudah berada di genggaman Hud Zafry.
“Kau nak buat apa pulak dengan handphone aku tu. Bagi balik. Aku nak call kawan aku.” Tangan ditadah meminta barangnya kembali.
“Kau kata, kau student. Macam mana student boleh ada handphone mahal macam ni?” telefon bimbit jenama Iphone 6 itu sudah diangkat ke wajahnya. Kening Hud Zafry berkedut, tetapi mata tetap tidak lekang dari merenung jalanraya.
“Kau jangan sibuk boleh tak? Bak balik telefon aku tu” tangan cuba merampas, tetapi Hud Zafry pantas memasukkan telefon bimbit itu ke dalam poket seluarnya.
“Aku tahu, telefon bimbit ni, kau dapat dari orang tua tu kan? Apa lagi kau dapat dari dia eh.” tanyanya geram.
Diam. Jari jemari diramas. Mata dipaling ke luar jendela. Betul tekaan Hud Zafry. Telefon bimbit itu memang pemberian Tan Sri Zufry. Chempaka Sari sudah malas mahu berdebat dengan lelaki itu.
“Hey perempuan. Untuk pengetahuan kau, daddy aku tu, bukan simpan kau sorang tau. Daddy aku tu, sebelum jumpa kau ni, dah banyak perempuan dia angkut ke hulu dan ke hilir. Dan untuk pengetahuan kau juga, kau ni, perempuan yang entah ke berapa yang daddy aku usung ke sana ke mari, tahu? Aku hairan, mana kau letak maruah diri kau hah? Kat tapak kaki ke?” Hud Zafry sudah tidak mampu menahan marah. Panas hatinya bak larva gunung berapi yang meluap-luap menunggu masa mahu meletus.
Chempaka Sari hanya tulikan telinganya. Mata dipejam rapat.Hinaan Hud Zafry sudah tidak menjadi kudis buatnya.
“Kau dengar tak, apa aku cakap ni. Hey perempuan…” Tangan kirinya menggoncang tubuh Chempaka Sari di sisi.
“Ya, aku dengar. Kau nak apa lagi. Betullah apa kau cakap tu. Kau nak aku jawab apa. Ya.. perempuan macam aku ni memang letak maruah kat tapak kaki pun. Then, apa masalah pada kau?” Sekali lagi, kata-kata Hud Zafry dibidas kemas oleh Chempaka Sari.
Hud Zafry geleng kepala. Bibir mengukir senyuman sinis.
“Dan, walaupun maruah aku terletak di bawah kaki, tetapi aku tetap menjaganya, dan aku persembahkan mahkota aku untuk kau pada malam pertama kita.” tuturnya senafas. Dia sudah malas mahu melayan kerenah Hud Zafry lagi. Badannya dipaling ke sisi mengadap tingkap, lantas matanya ditutup rapat. Hud Zafry sudah hilang kata-kata.
Dengan perasaan sebal, Hud Zafry memecut keretanya ke lebuhraya menuju ke utara. Dia tidak pasti ke mana tujuannya, tetapi dia mahu pergi jauh dari ibukota. Mahu pergi meninggalkan segala masalah yang bersarang di jiwa untuk seketika.
Setelah dua jam memandu, Hud Zafry membelok keretanya menuju ke hentian RNR Tapah. Dia mahu berehat sebentar. Setelah enjin kereta di matikan, tubuh Chempaka Sari yang sedang tidur digoncang.
“Hey perempuan. Bangun. Aku nak keluar kejap. Kau nak duduk sini ke keluar sekali.”
Terpisat-pisat Chempaka Sari mengosok mata. Mata terbuka, memandang sekeliling.
“Kat mana ni?” Soalnya pada Hud Zafry. Wajah Hud Zafry dipaling sekilas.
“Mana-mana je. Kau tak payah tahu. Kau nak keluar tak?” Tanyanya sambil pintu kereta dibuka. Chempaka Sari mencebik.
Cakap tak pernah elok. Ada saja nak menengking! Rungutnya di dalam hati.
“Cepatlah, nak keluar ke tak? Kalau tak aku kunci je kau dalam ni.” Hud Zafry sudah mula mengugut.
“Kau ni kenapa? Sabarlah. Kalau ye pun kau nak keluar, kau tak payah tengking-tengking boleh tak?” Katanya geram.
Chempaka Sari mengangkat punggungnya, lalu keluar dari perut kereta. Malas mahu bertekak dengan lelaki itu, dia menggalas beg tangannya menuju ke bilik air.
“Hey perempuan. Kau jangan pergi mana-mana. Kalau kau lari, aku cari kau sampai ke lubang cacing.” Arahan Hud Zafry menyapa bagai angin lalu di telinga Chempaka Sari. Dia berlalu dari situ meninggalkan Hud Zafry yang sedang berdiri tegak memerhatinya dari jauh.
Hud Zafry sebal. Usai keluar dari bilik air, dia menoleh ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Chempaka Sari. Dia panjangkan langkahnya mengintai-ngintai di balik orang ramai di disitu. Tiba-tiba matanya tertancap pada figura Chempaka Sari yang sedang duduk di atas tembok batu di tepi keretanya. Kaki dibawa langkah merapati Chempaka Sari.
“Kau lapar tak? Jom makan dulu.” katanya setelah berdiri di hadapan gadis itu. Wajah kebosanan Chempaka Sari jelas kelihatan. Mungkin sebal kerana dibawa sejauh ini.
“Kita nak ke mana ni?’ Tanyanya pada Hud Zafry.
“Kau tak perlu tanya ke mana aku nak bawak kau. Nasib kau baik, sebab aku tak jual kau.” Hud Zafry membisikkan kata-kata sinis di tepi telinganya. Dia paling sekilas, lantas wajah Hud Zafry dijeling tajam.
“Jom kita makan dulu.” Ajaknya lagi.
Chempaka Sari bangun. Tanganya menyapu punggung yang melekat debu-debu batu lantas mengekori Hud Zafry dari belakang.
Usai memesan makanan, mereka duduk di sebuah kerusi. Hud Zafry duduk menyandar melepaskan penat. Kemeja sudah terkeluar dari slack yang dipakainya. Mata merenung wajah Chempaka Sari dihadapan.
“Siapa kau?” soalan Hud Zafry dijawab dengan senyuman sinis oleh Chempaka Sari.
“Aku? Perempuan murahan yang kau kahwin tanpa rela.Aku perempuan murahan yang kau kata maruahnya terletak di kaki. Puas Hati?” jawab Chempaka Sari selamba. Suasana bising menyebabkan butir-butir bicaranya tenggelam dari pendengaran orang lain tetapi masih jelas di telinga Hud Zafry.
“Itu aku tahu. Aku yang gelarkan kau perempuan macam tu. Maksud aku, kau dari mana? Latar belakang kau.?” Tanya Hud Zafry sambil mencucuh rokok di tangannya.
“Kau tak perlu tahu siapa kau. Cukup atas apa yang kau dah hina aku. Kalau aku bagitahu kau pun, aku tak rasa tanggapan kau pada aku akan berubah.” Chempaka Sari sudah mula bosan. Dia tidak mahu bercerita tentang siapa dirinya. Biarlah Hud Zafry tidak tahu siapa dirinya. Lebih baik begitu. Sebolehnya, dia tidak mahu ibu dan adiknya terkena tempias di atas dosa-dosa yang dia lakukan.
“Yang aku tahu, masa kita kahwin hari tu, kau ada call mak kau kan? Dan kau dah tak de ayah lagi, so mudahlah kau kahwin dengan aku. Pakai wali hakim je.” Kata Hud Zafry mengingati hari bersejarah penuh titik hitam itu.
Chempaka Sari diam. Malas mahu melayan lelaki dihadapannya.
“Kenapa kau cari daddy aku eh? Kenapa kau jadikan daddy aku mangsa kau?”
“Correction. Aku tak cari, tapi daddy kau cari aku. Aku jumpa dia di kelab malam. Dia datang tegur aku. Kami sempat bertukar nombor telefon. Dari situlah aku kenal dia.” Jawabnya ringkas. Malas mahu bercerita panjang kerana itu tidak akan mengubah apa-apa.
“Owhhh, kau ni kaki kelab malam jugak la ye.” teka Hud Zafry.
“Terpulang atas apa saja tanggapan kau.”
“Kau tahu tak kelab malam tu, tempat apa. Aku tengok muka kau macam muda lagi. Aku pun tak sempat tanya umur kau berapa. Tau-tau kau dah jadi bini aku.” Akui Hud Zafry. Sebetulnya dia tidak mengenali gadis di hadapannya. Dia hanya tahu namanya sahaja. Itu pun dari private investigator yang diupahnya untuk menyiasat gerak geri Tan Sri Zufry.
“Aku? 21 tahun.” Jawabnya malas. Chempaka Sari pasti akan ada hujah Hud Zafry untuk memperlecehkannya.
“Muda sangat. Tapi kau sanggup ke kalau dicekup kahwin dengan daddy aku. Daddy aku tu, 57 tahun tau. Kau nampak sendiri kan, tangan berkedut, perut boroi, pendek pulak tu. Gigi dia tu, tunggu hari je lagi nak luruh.” Tepat telahan Chempaka Sari. Hud Zafry pasti menyindirnya kembali.
“Muda ke, tua ke, apa perempuan macam aku peduli. Asalkan dia cintakan aku, cukup.”
Pecah ketawa Hud Zafry mendengar Chempaka Sari berkata begitu.
“Cinta kau kata? Hello… sedar diri sikit. Buaya tu, nak tubuh kau je.. Cinta buaya tua dah tak wujud. Buaya tua tu terliur tengok badan kau ni. Faham.” jari dipetik di hadapan Chempaka Sari. Wajahnya muram.
Chempaka Sari sedar akan hakikat itu. Bukan sekali dua Tan Sri Zufry mengumpannya untuk tidur bersama. Selama itulah dia menolak lembut ajakan lelaki tua itu. Sejujurnya, dia tidak berniat untuk bertindak jauh sehingga mengorbankan diri sendiri. Chempaka Sari hanya ingin mencari tempat bergantung. Mencari sesiapa yang mampu memberikan kemewahan padanya. Tujuan asalnya ke ibu kota ini untuk menuntut ilmu sudah tersasar jauh. Di fikirannya, dia hanya mahu kemewahan dek terlalu jemu hidup serba kekurangan.
Sunday, 22 March 2015
KASIH SI MERAK
PROLOG
“Sari… ada orang cari kau kat pondok pengawal tu,” Tubuh Chempeka Sari yang sedang enak diulit mimpi digoncang Shila beberapa kali.
“Sari, bangunlahhh. Dah pukul berapa ni. Ada orang cari kau. Bapak saudara kau yang naik mercedes tu lah..” Mendengar perkataan Mercedes dari bibir Shila, Chempaka Sari menyelak selimut, lalu matanya di terbuka luas.
“Oh shit…!! Dia dah sampai.” Jeritnya lalu terus bangun duduk. Telefon bimbit di bawah bantal dicapai. 8 missed call. Dahi ditepuk. Patutlah, silent. Mata mengantuk sangat, sampai di terpaksa ponteng kelas hari ini.
Nombor telefon itu didail. Tidak sampai lima saat, talian bersambung.
“Sorryyyyy… I tertidur. I penat sangat. Malam tadi tidur lambat.” Katanya usai talian bersambut.
“Its ok baby. I tunggu baby kat bawah ni. Jom la temankan I lunch.” Kata suara garau itu.
Chempaka Sari terasa bagai mahu muntah mendengar suara tua itu. Kalau tidak disebabkan poket si tua itu yang berkepuk-kepuk, Chempaka Sari tak lalu mahu berdampingan dengannya. Motif Chempaka Sari hanya satu. Dia mahu senang. Dia mahu hidup serba sempurna. Bergaya dan berharta. Tidak kira walau bagaimanapun cara untuk mendapatkannya. Hanya lelaki tua itu yang mampu melunaskan segala kehendaknya. Chempaka Sari mengenali lelaki yang boleh di anggap sebagai bapa itu melalui seorang teman sekuliahnya. Disebabkan keinginannya terlalu tinggi untuk hidup mewah, Chempaka Sari sanggup meletakkan harga dirinya ke tepi.
“Tunggu I mandi dulu boleh?” katanya dengan suara yang sengaja dimanjakan.
“Boleh, mandi wangi-wangi tau.I tunggu baby kat sini.” balas si tua boroi itu.
Usai talian diletakkan, Chempaka Sari bergegas ke bilik air. Tuala dicapai, lalu tubuhnya menghilang ke di balik pintu.
Dari jauh, Tan Sri Zufry melihat kelibat gadis idamannya sedang berjalan berlenggang lenggok menuju ke arahnya. Sehelai dress kembang separa lutut tanpa lengan berwarna kuning menyerlahkan manis si pemakai. Beg tangan Coach Duffle berwarna senada yang baru dibelinya seminggu sudah, terletak elok di bahu gadis itu. Tan Sri Zufry tersenyum riang. Bangga bila ada bunga muda yang sudi berdampingan dengannya.
“Sorry sayang, I lambat.” sapa Chempaka Sari.
“Its ok. Kalau dengan you, I tunggu berjam-jam pun tak pe.” bibir manis Tan Sri Zufry sudah bagai dilumur madu asli.
Tan Sri Zufry membukakan pintu, lalu tubuh Chempaka Sari lolos ke dalamnya. Dia berlari ke pintu sebelah lalu pintu itu dibuka oleh seorang lelaki berbadan sasa. Hadi. Pemandu dan pembantu Tan Sri Zufry. Kereta mewah itu meluncur ke tengah-tengah kota Kuala Lumpur.
Tan Sri Zufry tersenyum lebar, tatkala lengan berkedutnya disauk oleh tangan seorang gadis muda berusia 21 tahun. Betapa bertuah rasanya kerana gadis semuda itu mahu berdampingan dengannya. Bukan susah mahu mengumpan gadis seperti Chempaka Sari. Taburkan sedikit wang ringgit, penuhi keinginannya untuk mewah, sudah pasti Chempaka Sari tidak akan ke mana-mana lagi.
Sudah hampir dua bulan dia mengenali Chempaka Sari, selama dua bulan itulah Chempaka Sari akan menemaninya ke mana sahaja jika diperlukan. Tidak kira siang atau malam, asalkan upahnya lumayan. Chempaka Sari akan tersenyum lebar, jika disogokkan dengan wang ringgit dan barangan berjenama. Tan Sri Zufry tidak pernah menolak segala permintaan Chempaka Sari. Segala kehendaknya diturunkan.
Tan Sri Zufry berjalan megah menuju ke coffea house di sebuah hotel terkemuka di ibu kota itu. Betapa bangga dirasakan kerana bergandingan dengan Chempaka Sari yang cantik. Tangannya yang berkedut, memeluk pinggang Chempaka Sari yang langsing.
Walaupun Chempaka Sari boleh diusung kemana sahaja, gadis itu terlalu menjaga kehormatan dirinya. Buktinya sehingga kini, Tan Sri Zufry masih belum berjaya menakluki gadis itu.Chempaka Sari lain benar dari wanita-wanita yang didampinginya sebelum ini. Kerana itulah Tan Sri Zufry menuruti segala kemahuan Chempaka Sari.Pernah juga Tan Sri Zufry mengajak gadis itu menemaninya di bilik-bilik hotel, tetapi Chempaka Sari memberi bermacam-macam alasan.
“Baby, malam ni kita bermalam kat sini. Baby teman I tidur yer.” Tan Sri Zufry mula menjual ayat - ayat cinta si tua kerepot.
“Hmmmm… sorry la dear. Teman tidur I tak boleh dear. Kalau you nak, kita kahwin. Then barulah I temankan you tidur.” suara manja Chempaka Sari diserati liuk lentok tubuh badannya setelah mereka duduk di meja cafeteria hotel itu.
“Kahwin? Tan Sri Zufry tersenyum. Untuk kahwin dengan Chempaka Sari tidak sama sekali. Dia masih ada kepentingan di dalam perniagaannya. Segala saham di Zee Sdn Bhd adalah bilik sepenuhnya oleh isterinya, Puan Sri Maziah. Andai dia berkahwin dengan Chempaka Sari, sudah tentu, segala kemewahan yang dikecapinya selama ini, akan lenyap sekelip mata.
********************
“Hud, itu bukan ayah kau ke.” tegur Iskandar sebaik mereka duduk di cafeteria itu. Hud Zafry menoleh.
Perempuan itu lagi. Desis hati kecilnya. Bukan sekali dua dia terserempak daddynya bersama perempuan itu. Sudah berkali-kali. Dan dia juga sudah jelak dan bosan dengan perangai miang Tan Sri Zufry. Mummynya juga sudah tidak mampu berbuat apa-apa, kerana sikap Tan Sri Zufry memang tidak pernah berubah. Tan Sri Zufry seringkali bertukar-tukar wanita, tetapi inilah yang paling lama melekat dengannya. Biasanya, hanya untuk beberapa minggu sahaja. Dengan perempuan muda ini, rasanya sudah dua bulan. Hud Zafry pasti gadis ini hanya mahukan kemewahan. Hud Zafry pernah terserempak dengan daddynya di sebuah butik beg tangan terkemuka di ibukota.Pastinya,mahu membelikan beg tangan untuk gadis muda itu.
Hud Zafry hanya mampu menggelengkan kepalanya.
****************************************
Tubuh Chempaka Sari yang sudah lembik dan longlai, dipapah masuk ke bilik hotel oleh dua orang lelaki yang berbadan sasa lalu diletakkan berhati-hati di atas katil. Tan Sri Zufry yang sedang mengekori dari belakang, tersenyum lebar. Tidak menyangka bahawa hari ini, gadis muda di hadapannya akan menjadi lauk untuk makan malamnya. Sudah lama dia mengidam tubuh Chempaka Sari, tetapi Chempaka Sari bak burung merpati. Semakin didekati, semakin jauh dia pergi.Hari ini, nafsu serakahnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Tidak sia-sia dia mengajak Chempaka Sari makan malam di hotel mewah ini. Dengan memasukkan sebiji pil di dalam minuman Chempaka Sari, gadis itu sudah terhoyong hayang. Perutnya yang boroi diusap dengan tangan yang sudah berkedut.
Usai kedua-dua lelaki berbadan sasa itu berlalu dari situ, Tan Sri Zufry menutup daun pintu. Tombolnya ditekan. Tubuh Chempaka Sari dihampiri. Dia duduk di barai katil lalu memerhati Chempaka Sari yang sedang bergerak-gerak sedikit. Mamai. Mata tertancap pada betis bunting Chempaka Sari yang terdedah dibalik skrit yang dipakainya. Air liur ditelan. Inilah pertama kali dia mendapat pucuk muda. Sudah berbulan lamanya, dia bersama Chempaka Sari, tetapi Chempaka Sari langsung tidak mahu menunaikan kehendaknya. Chempaka Sari terlalu berhati-hati dalam menjaga mahkotanya. Mereka akan duduk di bilik yang berasingan tatkala gadis muda itu menemaninya outstation atau kemana sahaja.
Tan Sri Zufry merangkak di atas katil. Wajah Chempaka Sari diteroka. Mata singgah di dada Chempaka Sari.Perlahan-lahan, butang baju yang dipakai Chempaka Sari dilepaskan satu persatu. Chempaka Sari tidak berdaya. Tan Sri Zufry tersenyum menang kerana malam ini dia makan besar.
You akan jadi milik I Cempaka Sari. Walau you tak rela, I akan ratah tubuh you sampai puas.
Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Tan Sri Zufry merengus.
Siapa pulak call ni. Kacau betul la.
Lantas telefon bimbit dicapai, nama pemanggil dibaca sekilas. Hadi. Salah seorang lelaki upahannya tadi.
“Tan Sri. Leave the room now. Saya dapat info,JAIS akan serbu hotel tu malam ni. Kalau nak selamat, you must take a move now.” Pesan Hadi di hujung talian.
“Shit…. Kau kata hotel ni selamat.” Marah Tan Sri Zufry pada Hadi.
“Tan Sri better keluar sekarang. Saya nampak van JAIS dah masuk parking dalam ni. I got to go.”
Talian dimatikan. Tan Sri Zufry teragak-agak mahu keluar dari situ. Mana tidaknya, meninggalkan Chempaka Sari di situ, merupakan kerugian besar buatnya. Tetapi, dia lebih bimbang lagi andai dia dicekup. Perniagaannya akan terjejas. Dia dan keluarganya akan malu besar lebih-lebih pada anak-anaknya.
Tanpa banyak soal, Tan Sri Zufry terus mencapai kot yang tersangkut di kerusi, lalu melangkah ke pintu. Tombol pintu dibuka. Terkejut Tan Sri Zufry apabila melihat wajah merah Hud Zafry di depan pintu.
“Daddy buat apa kat sini? Daddy bawa perempuan tu masuk hotel kan?” Sudah lama dia mengintip perbuatan daddynya. Dia nampak dengan mata kepalanya dua orang suruhan daddynya memapah Chempaka Sari masuk ke bilik hotel itu.
“Daddy yang perlu tanya Hud. Hud buat apa kat sini.” Tanya Tan Sri Zufry balik.
Geram dengan pertanyaan daddynya itu, Hud Zafry, menolak tubuh gempal daddynya ke tepi. Kakinya melangkah masuk ke bilik. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sekujur tubuh seorang gadis sedang dengan tidur pulas di atas katil. Malah semakin terkejut apabila melihat beberapa biji butang baju gadis itu telah terbuka sehingga menampakkan dadanya yang putih gebu. Hud Zafry berpaling ke pintu. Kelibat daddynya sudah tiada di itu.
Perangai daddy memang tak pernah berubah! Makin tua makin menjadi-jadi.
Gadis itu dihampiri.
Chempaka Sari!!
Ya, dia kenal gadis ini. Gadis inilah yang selalu bersama daddynya sejak akhir-akhir ini.
“Hei perempuan, bangun.” tangan menggoncang bahu Chempaka Sari. Langsung tidak bergerak.
Tidur mati ke perempuan ni.
Hud Zufry menapak ke bilik air lalu keluar bersama segelas air di tangan. Air itu disimbah ke muka Chempaka Sari. Chempaka Sari membuka mata sedikit.
“ Aduh…” tangan memegang kepala yang berdenyut. Mata memerhati sekeliling. Seingat dia, dia hanya menemani Tan Sri Zufry untuk makan. Setelah dia meneguk segelas oren jus, kepalanya pening. Dia masih ingat lagi, dalam keadaan mamai, wajah Tan Sri Zufry tersenyum padanya.
Cilaka lelaki tua boroi tu. Sial. Sini dia bawak aku.!! Gumamnya di dalam hati.
“Kau siapa?” Tanya Chempaka Sari pada seorang lelaki di hadapannya. Tangan masih memegang kepala. Mata terkejut melihat butang bajunya yang sudah terbuka.
“Aku? Aku anak kepada orang tua boroi yang kau selalu peluk tu. Hei perempuan….”
Tok..tok….
Kata-kata Hud Zafry terhenti di situ apabila pintu hotel diketuk. Dia segera berjalan ke arah pintu. Pintu bilik ditarik dan terbuka. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sekumpulan lelaki yang berkopiah berada di muka pintu. Hud Zafry terduduk.

Tuesday, 17 March 2015
Cinta Berani Mati
Bab 6
Kepada Tengku Ian Ishraf, Arabella meminta izin untuk keluar hari ini. Dia ingin ke mall untuk membeli beberapa barang keperluannya. Tengku Ian Ishraf sudah berjanji akan menemuinya di mall semasa lunch tengah hari. Pak Mat menurunkan Arabella di bahu jalan berhadapan dengan KLCC.
“Pak Mat, nanti Ara balik naik teksi je. Pak Mat tak payah ambil Ara yer” pesannya pada Pak Mat usai Pak Mat menurunkannya.
Pak Mat mengangguk.
Cepat-cepat kakinya melangkah menuju ke dalam bangunan gudang membeli belah yang terkemuka di Kuala Lumpur itu. Pelbagai wajah dan ragam manusia yang dilihatnya di situ. Dari yang berpakaian kemas, cantik dan tidak kurang yang hanya santai sahaja. Termasuk dirinya sendiri. Hanya berseluar jeans dan makai Tshirt jenama Hard Rock yang dibeli bersama-sama dengan Tengku Ian Ishraf di UK satu ketika dulu. Rambut yang ikal, hanya dilepaskan sahaja.
Dari satu kedai, Arabella melangkah ke kedai yang lain. Dari tingkat satu, kaki di bawa ke tingkat dua dan tiga. Jam di tangan di selak. Sudah pukul 1.30 tengah hari. Kelibat suaminya, masih belum muncul. Tiba-tiba hati berlagu sayu. Kebelakangan ini, terlalu sukar untuk dia mendekati suami tercinta. Selepas kejadian balik dari kampung, ibunya melarang keras dia untuk naik ke tingkat atas banglo mewah itu. Mak Nani memberi amaran agar jangan ke bilik membaca di tingkat atas semasa Tengku Ian Ishraf berada di biliknya. Katanya, tidak manis di pandang orang, kerana Tengku Ian Ishraf dan Arabella adalah bukan muhrim. Lebih-lebih lagi jika Tengku Suffiyah ada di banglo mewah itu. Mak Nani tidak mahu ada perkara yang tidak diingini terjadi. Arabella hanya mampu mengangguk sahaja. Kepada Tengku Ian Ishraf, dia ceritakan. Tetapi, hanya diambil ringan oleh suaminya itu.
Terkocoh-kocoh Tengku Ian Ishraf keluar dari perut kereta. Butang kekunci keretanya ditekan. Kaki melangkah melewati deretan kereta-kereta yang terparking di tempat letak kereta aras bawah di KLCC itu. Kaki dibawa ke lif. Butang lif ditekan. Setelah dibuka, tubuh diloloskan ke perut lif untuk naik ke tingkat atas.
Usai keluar dari pintu lif, telefon dibimbit digagau. Nombor telefon Arabella dicari, lalu di dail. Tidak bersambung. Dicuba sekali lagi. Namun, masih gagal. Kaki dibawa melangkah dari sebuah kedai ke sebuah kedai dalam gudang membeli belah itu. Kepala ditinjaukan mencari-cari kelibat Arabella. Masih hampa. Telefon ditekan lagi. Pesanan ringkas di hantar.
+Sayang, abang dah sampai. Ara kat mana?
~Tengku Ian Ishraf~
Telefon bimbit Arabella bergetar di dalam beg tangan yang di bawanya. Tangan cepat- cepat menyeluk beg, lalu telefon bimbit dikeluarkan. Sepantas membaca pesanan dari suaminya, lalu di balas.
+Harley Davidson, sebelah Chilies.
~Arabella~
Ringkas balasan dari Arabella. Pantas kaki Tengku Ian Ishraf menaiki escalotor menuju ke tingkat atas. Kakinya yang baru menjejak di tingkat dua gedung itu, tiba -tiba ternampak kelibat Tengku Suffiyah bersama seorang gadis. Tengku Ian Ishraf, ingin segera berlalu, tetapi tidak sempat menghilangkan diri, namanya di panggil bondanya.
“Ishraf!” Suara Tengku Suffiyah sudah kedengaran. Bermakna Tengku Suffiyah perasan akan kelibat dirinya di situ. Dahinya ditepuk kesal.
“Ishraf, buat apa kat sini,” Tengku Suffiyah datang menghampiri.Di sisinya, seorang gadis yang boleh tahan cantiknya. Tetapi, masih belum boleh menandingi Arabella.
“Errrrr… Ishraf ada appointment dengan client Bonda.” Jawabnya tenang.
“Client? Kat sini?” Tengku Suffiyah sudah mula pelik.
“Oh ya, kamu tak kenal ke? Dahlia. Tengku Dahlia Ezara, anak ayahanda Tengku Ammir,” Gadis di sisi bondanya, tersenyum.
Dahlia rupanya. Desis Tengku Ishraf di dalam hati.
Dahlia meghulurkan tangan. Tengku Ian Ishraf sambut.
“Bila balik? Sorry, I tak cam you tadi. ” Tanyanya sekadar berbahasa.
“Baru balik last month. Its ok. I tak sangka pulak boleh terserempak dengan you kat sini. Bonda Suffi ajak I tengok-tengok premis untuk buka butik di sini.” terangnya.
“Owhhh, ok ok. Sorry, I ada meeting dengan some one. Bonda, Ishraf pergi dulu bonda.” Katanya meminta diri. Ingin cepat-cepat pergi dari situ. Sesak nafasnya. Takut perlbagai soalan lagi yang akan muncul dari mulut bondanya. Lagipun, kesian terkenangkan Arabella yang sudah lama menunggu.
“Eh, Ishraf nak lunch kat mana? Boleh bonda dengan Dahlia join sekali. Kami pun belum lunch lagi ni.”
Aduhhhhhh!! Bala datang. Bonda nak lunch sama pulak.
“Bonda, Ishraf ada lunch appooinment kut, dengan Mr Chong.” Lantak lahh nama siapa pun dia sebut. Bonda bukan tahu.
“Pergilah kamu lunch dengan Mr Chong. Bonda tak ganggu. Bonda dengan Dahlia boleh duduk di meja lain. Kan Dahlia.” Tanyanya pada Tengku Dahlia Ezara. Gadis itu hanya tersenyum mengangguk.
“Ishhh bonda. Tak payahlah. Bonda lunch dengan Dahlia kat tempat lain ya?” rayunya memohon agar bondanya faham.
“Lahhh Ishraf, kenapa tak boleh pulak. Kamu ni, nak jumpa Mr Chong ke nak jumpa anak Mr Chong. Macam ada date je..” Tengku Suffiyah meneka. Senyuman dilemparkan pada Tengku Dahlia Ezzara yang berada di sisi.
Aduhhhhh. Masak aku ni. Apa aku nak buat!! Rambut yang tidak kusut dilurut.Pantas tangam membelek telefon bimbit. Tubuh dijauhkan sedikit dari tempat Tengku Suffiyah dan Tengku Dahlia Ezara berdiri. Ingin menghantar pesanan ringkas kepada Arabella, tetapi hatinya tak sampai. Kesian dengan Arabella yang sudah lama menunggunya. Kesian pada isterinya itu yang berjalan keseorangan.
Tak boleh jadi ni. Cuba elak bonda dulu. Katanya di dalam hati.
“Bonda, biar betul bonda nak ikut Ishraf lunch?” Sekali lagi pertanyaan yang sama di tanya pada Tengku Suffiyah.
“Ishraf ingat bonda ni main-main ke?” Tengku Suffiyah memang bersungguh-sungguh.
“Ish bonda. biarlan betul nak ikut Ishraf. Ishraf nak jumpa client la.” Tekannya lagi.
“Ishraf, kan bonda cakap bonda duduk di meja lain je. Bonda faham.” Tengku Suffiyah mendesak.
Nampak gayanya, Tengku Ian Ishraf tiada pilihan. Harapan di hati, moga Arabella faham akan keadaan dirinya. Lantas, telefon bimbit dikeluarkan. Pesanan ringkas dihantar sekali lagi kepada isteri tercinta.
~Maaf sayang. Abang terserempak dengan bonda kat sini. Abang tak boleh nak lunch dengan sayang. Abang minta maaf sangat-sangat. Harap sayang faham.
~Tengku Ian Ishraf~
Usai menghantar pesanan ringkas, tubuh bondanya dan Tengku Dahlia Ezara dihampiri.
“Hmmmm..Mr Chong canceled. Jom la…” Katanya lemah. Lantas kaki melangkah menuju ke escalator untuk naik ke restoran di tingkat atas. Tengku Suffiyah dan Tengku Dahlia Ezara mengekorinya. Tersenyum Tengku Suffiyah melihat telatah anak bujang tunggalnya.
Ini baru sikit Ishraf. Selagi Ishraf tak bukak mulut tentang perkahwinan rahsia Ishraf, bonda tak jemu untuk bertindak sehingga Ishraf mengaku sendiri di depan mata bonda.! Hati kecil Tengku Suffiyah berdetik.
Kepada Bahar, pesanan ringkas dihantar.
+Good job, Bahar. Taring helang dah kurang tajam bila jumpa burung garuda.
~Tengku Suffiyah~
Bahar yang banyak membantunya. Kepada Bahar Tengku Suffiyah bertanya tentang rancangan lunch Tengku Ian Ishraf tengah hari tadi. Tengku Ian Ishraf melarang Bahar dari mengikutinya lunch hari ini. Kata Tengku Ian Ishraf, dia mahu ke KLCC untuk berjumpa seseorang. Tetapi, Bahar tidak bertanya lebih lanjut, kerana bimbang akan disyaki nanti. Kebetulan, Mak Nani juga memberitahu bahawa Arabella akan ke KLCC tengah hari ini. Bermakna, si helang dan si belatuk mempunyai rancangan sendiri.
Sesampainya mereka di hadapan restoran Chilies, ada beberapa orang sedang menunggu giliran untuk masuk ke dalam. Disebabkan meja penuh, mereka juga terpaksa menunggu sebentar di luar. Tengku Ian Ishraf berdoa di dalam hati, agar Arabella sudah keluar dari butik Harley Davidson yang berada betul-betul di sebelah restoran itu. Tengku Ian Ishraf berharap agar bondanya tidak terserempak dengan Arabella di situ. Tambah-tambah lagi, di sisi bondanya ada Tengku Dahlia Ezara. Hatinya gundah, takut-takut Arabella salah anggap padanya.
Sedang Tengku Ian Ishraf duduk menunggu di sebuah bangku di hadapan restoran itu, kelihatan kelibat Arabella keluar dari butik tersebut. Tengku Ian Ishraf tepuk dahi.
Masaklahhhh aku. Malam ni, sure aku tidur peluk bantal. Desisnya di dalam hati.
Seupayanya dia menyembunyikan wajah di balik manusia yang ramai berdiri di situ. Mengharap juga agar bondanya tidak perasan akan kehadiran Arabella.
Arabella berjalan tunduk. Telefon bimbit didalam beg dikeluarkan. Baru perasan, telefon bimbitnya dari tadi tidak berbunyi. Dia terlalu asyik membelek baju-baju di butik tersebut.
Arghhhh. padam rupanya. Bateri kong.Patut tak berbunyi.!!
Tiba-tiba Arabella terdengar namanya di panggil. Kepala ditoleh ke arah suara itu. Bonda Engku!! Jeritnya di dalam hati. Aduh, habislahh aku.
“Ara, kebetulan pula jumpa Ara kat sini.” Tengku Suffiyah menegur lalu Arabella dihampiri. Arabella mencapai tangan Tengku Suffiyah , lalu dikucup lembut.
“Errrmmmm… Ara datang beli barang sikit,” katanya tergagap-gagap.
“Owhhh, bonda baru nak lunch ni. Jom lah join bonda lunch. Ishraf pun ada,” seraya dia menuding jari ke arah Tengku Ian Ishraf yang sudah berdiri di tepi pintu restoran itu. Di sisinya, seorang gadis tinggi lampai yang tidak kurang cantiknya, sedang berborak dengan Tengku Ian Ishraf.
“Itu Tengku Dahlia. Anakanda kepada ayahanda Tengku Ammir kamu. Kamu ingat tak dia Ara?” Tambah Tengku Suffiyah pancing cemburu Arabella.
Arabella angguk. Hati berdebar kencang. Mana tidaknya, suaminya langsung tidak menoleh ke arahnya. Terlalu rancak berbual hingga lupa akan kehadirannya di situ. Sebal.
“Tak pe lah bonda, Ara dah nak balik ni.” Tolaknya dengan lembut. Seboleh-bolehnya mahu mengelak diri dari berjumpa dengan Tengku Ian Ishraf. Walaupun pada awalnya, mereka sudah berjanji. Tetapi, bila adanya Tengku Suffiyah di sini, hatinya walang. Takut. Takut rahsia terbongkar. Takut dia dan Tengku Ian Ishraf terlepas laku apabila berhadapan dengan Tengku Suffiyah. Sebolehnya dia mahu menolak dahulu, kerana masanya masih belum tiba. Tambahan pula dengan kehadiran gadis di sisi Tengku Ian Ishraf, hatinya bertambah sakit.
Kalaulah aku tahu tadi, baik aku duduk kat rumah je. Tak payah layan dia ni sampai ke sini dia ajak jumpa.!! Hati yang sebal bertambah sebal dengan kesilapan diri sendiri. Terlalu percaya pada sang suami sehingga memakan diri sendiri. Lihatlah, apa yang terhidang di depan matanya sekarang. Arabella langsung tidak diendahkan.
“Bonda Engku, biar Ara balik dulu yer,” Dengan hormat meminta diri. Ingin cepat-cepat berlalu.
“Ara, jom bonda kenalkan dengan Dahlia dulu.” Ajaknya lantas memimpin tangan lembut gadis itu menghampiri Tengku Ian Ishraf dan Tengku Dahlia Ezara.
“Dahlia, ni Ara. Arabella. Anak mak Nani kamu. Ingat tak?”
Apabila, mendengar nama Arabella disebut, Tengku Ian Ishraf berpaling. Memang sah, Arabella sudah berada di belakangnya. Sudah pasti bondanya terserempak dengan Ara semasa keluar dari butik tadi. Kecewa jelas terpancar di wajah isterinya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menarik tangan Arabella dan lari dari situ. Tetapi, bila teringatkan kehadiran bondanya, akalnya menghalang. Dia berharap agar Arabella memahami situasi yang dihadapinya ketika ini.
“Hai Ara…” Tegur Tengku Dahlia Ezara. Tangan dihulur.
“Hai, Tengku Dahlia.” Tangan bersambut.
“Panggil Dahlia je, Tak payah lah tengku-tengku tu.” Memang arif tentang tengku-tengku di hadapan Arabella ini. Terlalu merendah diri. Lebih-lebih dengan anak pembantu rumah sepertinya. Kadang-kadang Arabella terasa malu, berada di kelilingi darah bangsawan.
Arabella mengangguk.
“Bonda Engku, Ara nak balik dah. Bonda lunch la dengan Tengku Ishraf dan Dahlia yer.” Sebolehnya mahu segera berlalu dari situ. Tambahan pula, Tengku Ian Ishraf langsung tidak menegurnya. Hati bagai dihiris pisau dengan sikap suaminya.
“Ara tak nak lunch dulu ke. Jom lah, the more the merrier.” Ajak Tengku Dahlia Ezara pula.
Tengku Ian Ishraf hanya berdiam diri. Otak sudah tidak mampu mencerna apa-apa lagi. Kesian melihat si isteri di sisi. Kesal dengan keadaan diri sendiri yang tidak mampu berada di sebelah isterinya ketika ini.
“How many people are you?” sapaan pelayan restoran mengejutkan mereka. Lantas, Tengku Ian Ishraf mendekati. Wajah dipaling ke belakang. Kening diangkat ke arah Arabella.
“Wanna join us?” tanyanya pada si isteri yang wajahnya layu.
Laju kepalanya digeleng. Tidak mahu bersama Tengku Ian Ishraf di saat itu. Sebetulnya, dia tamak. Hanya mahu bersama Tengku Ian Ishraf sahaja, tetapi tidak mahu adanya Tengku Suffiyah dan Tengku Dahlia Ezara bersama. Mungkin ini namanya cinta. Cinta yang hanya mahu memiliki dan dimiliki.
Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada ketiga-tiga insan di depan restoran itu, Arabella pergi.Pergi membawa hati yang kecewa. Kecewa kerana tidak dapat bersama-sama suami tercinta. Hampa kerana suaminya masih kebal berahsia tentang dirinya.
Tengku Ian Ishraf, hanya memandang kelibat isterinya berlalu. Tidak mampu berbuat apa-apa. Hatinya nekad. Malam ini, dia akan berhadapan dengan Arabella, menerangkan perkara yang sebenar. Dia tidak mahu Arabella sangsi padanya.
Tengku Suffiyah sembunyi senyum. Rancangannya berjaya. Moga-moga, dengan cara ini, Tengku Ian Ishraf dan Arabella mahu berterus terang padanya. Tangan mencapai telefon bimbit. Kepada mak Nani, pesanan ringkas dihantar.
+Kak Nani. Rancangan hari ni berjaya. Belatuk dan helang tak boleh dekat sebab garuda dah hinggap.
~Tengku Suffiyah~
**************************************
+Sayang, line clear boleh naik atas dah.
~Tengku Ian Ishraf~
+Mak belum tidur.
~Arabella~
+Lambat lagi ke?
~Tengku Ian Ishraf~
+Ishhhh, mak tu bukan budak-budak yang Ara boleh tahu bila nak tidurnya.
~Arabella~
Terlalu sukar untuk Arabella dan Tengku Ian Ishraf sekarang. Mak Nani sudah mula menyekat pergerakkan Arabella. Arabella sudah bagai dirantai kakinya. Kemana pergi, pasti Mak Nani mengekori. Sehingga sukar untuk bertembung mata walau sesaat dengan si suami. Selepas kejadian beberapa hari lepas di KLCC, Tengku Ian Ishraf masih belum berpeluang berterus terang dengan isterinya.
Bunyi pesanan ringkas diterima di telefon bimbit Arabella. Perlahan-lahan tangan menggagau telefon di bawah bantal tidur. Wajah Mak Nani yang tidur, dipaling sekilas.
Betul ke dah tidur mak aku ni!!
Telefon dibuka. Pesanan dibaca.
+Sayang, mak dah tidur belum?
~Tengku Ian Ishraf~
Ya Allahhhhh, laki aku ni. memang jenis tak sabar.!!
+Kejap, Ara naik sekarang.
~Arabella~
Perlahan-lahan Arabella menjingkit kakinya menghampiri pintu. Tombol pintu dipulas dan pintu dibuka perlahan-lahan. Entah di mana silapnya, tubuh Mak Nani bergerak-gerak. Arabella kaku di tepi pintu.
Aduhhhhhh, janganlahhh mak jaga lagi. Pintanya di dalam hati.
Selepas melihat tubuh ibunya tidak bergerak, Arabella menyisip keluar dari bilik dan menutup pintu. Tubuh berpaling, dan kaki mengatur langkah perlahan menuju ke tangga di banglo itu. Hatinya berdoa, mudahan Tengku Suffiyah sudah lena di biliknya. Kepala menoleh kiri dan kanan takut -takut terserempak dengan kelibat bonda engkunya. Dalam beberapa langkah menghampiri anak tangga, Arabella terkejut. Lampu tangga terpasang. Jantung bagaikan mahu berlari pantas melihat kelibat Tengku Suffiyah sedang menuruni tangga. Dia cuba untuk mengelak dari bertembung, lantas kakinya dihala semula ke pintu bilik.
“Ara, tak tidur lagi?” Sapa Tengku Suffiyah.
Tersentak dengan teguran itu, Arabella menoleh.
“Belum bonda engku. Mata Ara tak ngantuk lagi,” bagilah apa-apa alasan pun.
“Bonda pun masih belum mengantuk. Turun nak minum air kejap. Mak dah tidur ke?” Tanyanya lagi.
“A ahh bonda engku. Mak dah tidur dah.” Ara mengangguk.
“Ara nak kemana ni?” Tanyanya pada Arabella melihatkan gadis itu mahu menapak ke tangga tadi.
“Hmmmmm… hmmmm…. Ara nampak lampu terpasang tadi. Ara Ingat mak lupa tutup lampu tangga ni. Ara nak tutup lah. Tak tahu pulak bonda nak turun.” Lantak.. apa-apa saja lah alasan kau Arabella.
“Tak pe Ara, masuklah tidur. Nanti bonda tutup lampu tu. Bonda nak minum kejap.” Katanya sambil berlalu meninggalkan Arabella di situ.
Dengan hampa, Arabella kembali ke pintu biliknya. Usai meloloskan diri di balik pintu, tubuh di bawa ke katil. Telefon bimbit dicapai.
+Sorry abang, malam ni pun Ara tak boleh lepas. Terjumpa bonda kat tangga.
~Arabella~
+Hahhhh..!! Bonda?? Pukul 2 pagi kut Ara. Bonda ke mana tu?
~Tengku Ian Ishraf~
+Dapur. Minum.
~Arabella~
~Sayang, abang pun haus jugak ni. Sayang tolonglahhhh…
~Tengku Ian Ishraf~
+Jangan mengada-ngada. Karang kantoi, haus ke mana, air kemana.
~Arabella~
+Sayang, tunggu sejam dua lagi. Sayang naik. Abang tunggu.
~Tengku Ian Ishraf~
+Abang, Ara penat. Ara nk tidur lahhh…
~Arabella~
+Sayang, pleaseeee,.. Abang rindu Ara tau. Tak kesian ke kat abang ni.
~Tengku Ian Ishraf.
+Hmmmm…. Ara tak boleh naik la abang. Abang turun, boleh?
~Arabella~
+Laundry room? Tak best ….
~Tengku Ian Ishraf.
+Ara bawak bantal. Jom.
~Arabella~
Setelah mendapat green light dari Tengku Ian Ishraf, Arabella keluar dari bilik membawa sebiji bantal dan selimut.Terusik hatinya mendengar perkataan rindu dari suaminya. Manakan tidak, mereka langsung tiada masa untuk bersama. Pintu bilik laundry dihampiri, tombol dipulas, lalu tubuh dibawa ke dalam. Seketika kemudian, Tengku Ian Ishraf masuk juga membawa sebiji bantal dan selimut. Makanya, helang dan belatuk ni malam ini memang nekad mahu tidur di dalam laundry room ni agaknya.
Setelah membetulkan silanya, Arabella mengambil bantal lalu dirapatkan ke dada. Tubuh disandar ke dinding. Tengku Ian Ishraf yang muka masam bak buah kedongdong itu ditelek sekilas. Mana tidaknya, dah macam tak de tempat lain dalam banglo ni untuk mereka duduk bertemu, bilik ini jugak yang diajak isterinya menempek. Arabella sembunyi senyum. Kelakar melihat reaksi wajah si suami.
Tengku Ian Ishraf mendongak memerhati siling. Hanya terdapat sebuah kipas siling yang berwarna putih yang sedang berputar ligat bagi menghilangkan panas. Tiada penghawa dingin yang boleh menyejukkan tubuh badan yang terbiasa tidur di dalam keadaan dingin. Senyum Arabella seolah-olah menyindirnya.
“Kenapa Ara gelak? Seronok la mainkan abang kan?”
“Eh, mana ada Ara gelak. Ara tak mainkan abang pun.”
“Dah tu?”
“Ara senyum je bila tengok muka abang tu. Kenapa macam tak puas hati je. Kata nak jumpa Ara. So kita memang tak de tempat lain yang selamat pun. Sini je lah. Lainlah kalau abang dah boleh bagitahu bonda dan mak tentang kita.” pelukan bantal di kemaskan. Mata asyik memerhati gelagat Tengku Ian Ishraf yang sedang merenung tajam ke arahnya.
“Ara, kan abang dah cakap banyak kali. Bagi abang masa.” Tengku Ian Ishraf bangun dari silanya, lalu duduk di atas sebuah kerusi. Serabut dengan keadaan dia dan Arabella sekarang ini.
“Masa sampai bila? Sampai bonda carikan calon isteri untuk abang?” Arabella sudah tidak mampu menahan gelodak di hati.
“Ara,…. Ara tahu kan, abang sayangkan Ara. Ara dah janji dengan abang, Ara akan berada di sisi abang walau apa pun yang terjadi. Abang minta Ara sabar dulu,”
“Sabar? sampai bila bang? Sampai Ara terpaksa korbankan kasih Ara ke?Kalau abang kena kahwin lain, Ara nak tengok aje, macam tu”
Nafas Arabella dihela panjang. Dia masih belum mampu untuk membuatkan suaminya berterus terang pada Tengku Suffiyah juga pada ibunya. Arabella sudah hampir putus asa. Tetapi, selagi suaminya tidak bersuara, Arabella juga tidak mampu.
“Kalau macam tu, abang izinkan Ara berkerja. Selagi Ara belum di isytiharkan sebagai isteri abang, selagi mak dan bonda tak tahu siapa Ara, Ara adalah tanggungjawab mak. Dan berilah Ara peluang menjalankan tugas Ara sebagai seorang anak. Ara kesian dengan mak. Mak dah tua. Tak kan selamanya mak jadi pembantu di rumah ni.” katanya apabila terkenangkan nasib dia dan ibunya yang hanya menumpang di banglo mewah itu bertahun-tahun lamanya. Sudah tiba masanya, dia perlu membalas jasa Mak Nani.
“Ara, kita kan dah bincang tentang perkara ni. Ara tahu kan, kenapa abang tak izinkan Ara berkerja?” Tengku Ian Ishraf seadaya upaya membantah permohonan Arabella.
“Abang, tak kan abang nak simpan Ara kat rumah ni je. Ara pun ada tanggungjawab. Ara pun ingin beekerjaya. Tak kan Ara nak duduk kat rumah je. Nanti apa kata bonda.”
“Apa yang Ara maksudkan? Tak cukup ke nafkah yang abang bagi pada Ara selama ni?” geram dengan sikap degil Arabella. Memang Tengku Ian Ishraf tidak pernah lekang memberikan nafkah kepada Arabella. Tidak pernah tidak cukup, malah berlebih-lebih sehingga Arabella merasakan dirinya seperti perempuan simpanan kepada lelaki yang bernama suami yang hanya diberikan gaji setiap bulan. Dia tidak perlu bekerja untuk menyara dirinya sendiri. Cukup dengan wang pemberian dari lelaki itu. Tetapi Arabella masih mencari kepuasan dalam hidup. Mencari sesuatu untuk dirinya sendiri.
“Bukan wang yang Ara maksudkan. Ara masih punyai cita-cita sendiri. Ara nak mak bangga dengan Ara. Ara satu-satunya anak mak.” masih cuba merayu pada Tengku Ian Ishraf, dan berharap agar suaminya memahami.
“Ara, kan perkara ni kita dah bincang sebelum kita balik Malaysia lagi.Abang tak suka Ara bekerja. Abang tak suka Ara berada di luar. Ara tahu kenapa kan?”
“Abang, sekarang kan Ara isteri abang. Kita dah sah menikah. Ara tahu siapa diri Ara. Ara boleh jaga diri sendiri.”
Arabella tahu kenapa Tengku Ian Ishraf menghalang tegas niat Arabella mahu berkerja. Ini kerana sikap cemburu Tengku Ian Ishraf sendiri. Tengku Ian Ishraf tidak mampu membendung kemarahannya apabila melihat lelaki lain mendampingi Arabella. Pada Tengku Ian Ishraf, Arabella adalah miliknya seorang. Dia tidak akan berkompromi jika ada sesiapa yang cuba mendekati Arabella. Pernah sekali semasa di universiti, Arabella digandingkan dengan seorang pelajar lelaki untuk menyiapkan projek Mrs Smith. Arabella terpaksa menahan malu, apabila Tengku Ian Ishraf sanggup mengekorinya semasa membuat tugasan. Tidak kira di library universiti, di kelas, di cafe atau di mana-mana sahaja. Tengku Ian Ishraf seperti kuku besi pada Arabella, kerana itu Arabella tidak boleh sewenang-wenangnya ke sana ke mari. Seingatnya, selepas mereka menikah, Tengku Ian Ishraf akan berubah sedikit. Tetapi, sikapnya menjadi-jadi sehingga pernah di suatu ketika, Arabella di larang ke kuliah kerana terbaca sms dari seorang sahabat lelaki sekuliah Arabella mengajak untuk ke group discussion. Sikap Tengku Ian Ishraf yang satu ini, langsung tidak boleh diubah. Mungkin juga faktor dirinya yang merupakan anak tunggal dari sebuah keluarga bangsawan, menyebabkan Tengku Ian Ishraf tidak pernah berkongsi apa-apa dengan orang lain. Kasih sayang bonda dan ayahandanya hanya tertumpu pada Tengku Ian Ishraf seorang.
“Abang, please lahhh. Jangan jadi childish boleh tak? Kita dah besar panjang kan. Ara tahu apa Ara buat. Ara isteri abang. Ara tahu jaga batas-batas pergaulan.” pujuknya lagi.
Kepala digeleng. Mata menekur lantai.
“Ara tahu kan, kenapa abang bersikap begini pada Ara?” nada suara Tengku Ian Ishraf sudah lemah. Tidak mampu bertikam lidah dengan isterinya lagi. Lantas, kaki berdiri, langkah diatur ke pintu, lalu badan dibawa keluar dari bilik itu. Panas.
Perlahan-lahan, Arabella bangun dari duduknya. Tubuh dibawa keluar mengekori langkah si suami. Terlihat kelibat suaminya sedang berbaring di atas sebuah sofa panjang di ruang menonton tv di suatu sudut yang agak sederhana luasnya di banglo itu. Walau dalam keadaan gelap, dia masih boleh menatap kelopak mata suaminya yang terkebil-kebil memandang siling. Pasti fikiran suaminya menerawang jauh.
Arabella mendekati. Pelahan-lahan menghenyak punggung di lantai, bersebelahan dengan kerusi di mana Tengku Ian Ishraf sedang baring. Dalam keadaan gelap, tangan si suami digapai lalu di kucup. Hati tiba-tiba sayu terkenangkan kealpaan dia dalam menilai kasih suaminya. Terdetik rasa bersalah apabila menyedari sikap degilnya menghiris perasaan si suami. Walau pun pada awalnya, Arabella berkeras mahu berbincang tentang perkara itu, tetapi tidak menyangka akan berakhir dengan pertikaman lidah antara dia dan Tengku Ian Ishraf.
“Abang, Ara minta maaf.” Arabella mengalah.
Tengku Ian Ishraf tetap pegun memandang siling. Tiada tindak balas. Perkara ini sudah dibincangkan oleh mereka lama dahulu. Sebelum mereka balik ke Malaysia, kedua-duanya sudah berjanji dan tidak akan mengungkit perkara yang sama berulang kali. Tengku Ian Ishraf hampa.Hampa dengan sikap Arabella yang kadang-kadang sukar diramal. Tangan si isteri yang mengelus jari jemarinya, langsung tidak dipandang. Wajah Arabella yang sayu di sisi, langsung tidak dipedulikan. Mata dipejam rapat.
Hampa dengan sikap Tengku Ian Ishraf, Arabella bangun dari duduknya, lalu kaki diatur ke sebuah kerusi bertentangan. Tubuh dibawa baring di situ. Mata dipaksa untuk tutup rapat, walau hati masih tidak keruan terkenangkan sikap si suami. Lama-kelamaan, dalam perasaan bersalah, Arabella tertidur di kerusi.Dalam tidurnya, terasa seperti ada tangan yang mengelus pipi. Tetapi, akibat mata yang tidak tertahan, tangan yang merayap di wajahnya, dibiarkan sahaja.
Tengku Ian Ishraf, meneliti wajah Arabella. Pulas isterinya tidur di kerusi itu. Walau kepala hanya diletak beberapa saat dan matanya dipejam, Arabella tidak sukar untuk hanyut di alam mimpi. Permintaan Arabella bukan mudah untuk dia tunaikan. Bukan dia tidak tahu kedudukan Arabella di rumahnya. Bukan dia tidak tahu keinginan Arabella untuk berjaya. Dia juga tahu Arabella adalah seorang gadis yang bercita-cita tinggi. Tetapi, pengalaman lalu mengajar Tengku Ian Ishraf untuk lebih berhati-hati. Dia terlalu sayangkan Arabella. Cintanya hanya untuk Arabella.
Nafas dihela panjang.
“Maafkan abang sayang. Abang tak mampu…..” Kata-kata tersekat disitu. Bibirnya di bawa ke ubun-ubun Arabella. Dikucup lembut.Seketika , dia mahu menikmati saat indah mencium isterinya.

Friday, 13 March 2015
Cinta Berani Mati
BAB 5
Suasana makan malam di banglo mewah Tengku Suffiyah agak sunyi. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu berlaga sesama sendiri. Tengku Ian Ishraf juga lebih suka melayan perasaan. Makanan yang terhidang di depan mata, terasa payau. Hati yang menggebu rindu pada si isteri, tidak tertahan rasanya. Tengku Suffiyah yang duduk berhadapan dengannya pun, langsung tidak dipedulikan.
“Ishraf, what’s wrong?” Sapaan Tengku Suffiyah menyentak lamunan. Pantas kepala dipanggung mengadap bondanya.
“Hah… nothing. Just thingking some other thing.” jawabnya selamba. Tangan menyudu nasi ke dalam mulut.
“Bonda tengok kamu macam resah je few days ni? Anything you want to share with me?” Tengku Suffiyah cuba mengorek.
Harapan di hati agar anak bujangnya berkongsi rasa. Lebih bertuah lagi andai Tengku Ian Ishraf sudah bersedia memberitahunya perkara yang menjadi rahsianya selama ini.Tengku Suffiyah ingin benar mendengar pengakuan dari mulut anaknya sendiri. Dia masih tercari-cari sebab kenapa Tengku Ian Ishraf mahu menyembunyikan perkahwinannya dengan Arabella. Pelbagai persoalan bermain di benak Tengku Suffiyah. Adakah Tengku Ian Ishraf takut dia akan menghalang pernikahannya seperti mana kisah-kisah yang berlaku di dalam novel atau drama-drama yang ditayangkan di kaca tv? Atau Tengku Ian Ishraf takut Tengku Suffiyah akan menggunakan segala kuasa yang ada untuk memisahkan dia dengan Arabella. Kalau itu yang menjadi persoalan, betapa jahilnya pemikiran Tengku Ian Ishraf terhadapnya. Mungkin juga, kerana Tengku Ian Ishraf adalah seorang yang perfectionist. Dia terlalu mementingkan kesempurnaan sehingga dia takut pada bayang-bayang sendiri.
“Nothing bonda. I just… a bit busy lately.” Keluhan terdengar dari bibir anaknya.
“Then, why dont you take a rest.” Cadang Tengku Suffiyah.
“Tak pe lah bonda. Sikit je..”
“Kalau Ishraf kahwin, ada isteri, kan bagus tu. Sekurangnya, Ishraf ada teman. Tak la sunyi. Bonda pun dah tua.” Tiba-tiba topik itu yang terpancul di mulut Tengku Suffiyah.
Ambik kau Ishraf, tak mau sangat bagitau bonda kan. Bonda paksa kamu kahwin karang. Hati Tengku Suffiyah tersenyum sendiri.
Tersentak Tengku Ian Ishraf dengan pertanyaan Tengku Suffiyah. Hampir terjatuh sudu dari tangannya.
“Ish bonda ni. Kesitu pulak. Ishraf muda lagi bonda. Ishraf belum bersedia pikul tanggungjawab sebagai suami. Ishraf masih perlukan masa untuk Warisan Berhad.” dalihnya. Entah kenapa, bila isu perkahwinan di utarakan oleh bondanya, hatinya berdetak kencang. Mungkin inilah perasaan seorang anak apabila cuba merahsiakan sesuatu daripada ibunya. Perasaan bersalah menghantui diri. Ikutkan hati, mahu sahaja dia berterus terang, tetapi, Tengku Ian Ishraf terlalu bimbang dengan penerimaan bondanya. Tengku Ian Ishraf gelisah di kerusi.
“Ishraf, kamu kena ingat. Kamu tu makin hari, makin tua. Tak kan kamu nak hidup membujang sampai ke tua. Kamu tak nak ada anak ke? Yang boleh kamu wariskan semua harta kamu nanti. Lagipun, Bonda dah tua Ishraf. Bonda teringin nak timang cucu sebelum bonda tutup mata.” Tengku Suffiyah mengharap.
“Bonda, Ishraf tak nak fikir lagi lah pasal ni. Ishraf lebih suka macam ni lagi. Lagipun, Ishraf belum jumpa calon yang sesuai.”
“Pasal calon, Ishraf jangan lah takut. Bonda boleh tolong carikan. Tengku Dahlia Ezara, anak Tengku Ammir, baru balik dari France bulan lepas. Bonda ingat nak tanyakan ayahanda Ammir kamu pasal dia?”
Hah sudah. Tengku Dahlia Ezara pula. Bala datang.
“Kalau kamu setuju, bonda boleh pergi meminang dia untuk kamu. Dahlia pun, apa kurangnya Ishraf. Cantik budaknya. Lagipun, Dahlia bukan orang lain.” Beriya-iya Tengku Suffiyah berharap.
Tengku Ian Ishraf hanya duduk membatu. Pinggan yang sudah kosong, di kuis-kuis dengan sudu. Lidah kelu. Masih belum ada kekuatan mahu membantah kata-kata bondanya. Tetapi hati walang teringat si isteri yang tiada sisi.
Ara, tolong abang!!
“Ishraf, kamu setuju tak? Kalau setuju, bonda boleh tanyakan Bonda Badariah kamu?” Teguran Tengku Suffiyah mengentak lamunannya.
“Bonda, nantilah. Ishraf fikir dulu. Ishraf belum bersedia lagi la Bonda.Lagipun, Ishraf tak kenal Dahlia sangat. Nak ke Dahlia tu kat Ishraf ni.” sebolehnya dia cuba berdalih.
“Ishraf, kalau tak kenal, boleh je berkenalan kan? Dahlia tu baik budaknya. Cantik tau” Bondanya cuba memujuk lagi.
“Bonda, nantilah dulu. Bagi Ishraf fikir dulu.” Punggung diangkat, lalu kaki melangkah meninggalkan ruang makan itu. Kusut.
****************************************
Selepas solat isyak berjemaah di rumah pak busu, Arabella terus ke dapur, menyertai sanak saudaranya yang berkumpul untuk menyediakan makan malam. Hingar bingar bunyinya dengan suara ibu-ibu bersembang. Pelbagai tajuk yang dibualkan. Maklum sahajalah, bukan selalu berkumpul ramai-ramai begini.
Arabella duduk bersila di sebelah Mak Nani yang menceduk lauk ke dalam pinggan untuk dihidangkan kepada kaum-kaum bapa yang sudah bersedia untuk makan malam.
“Nani, Ara tu bila lagi Nani? Antasya yang sebaya dengan Ara pun dah nak kawin esok. Tak kan kamu tak der calon untuk Ara?” Mak long yang datang dari depan, terus duduk di sebelah Ara.
Soalan yang paling takut untuk Arabella dengar. Soal kahwin. Dia sendiri masih belum ada jawapan. Terpaksalah menadah telinga mendengar bebelan Mak Longnya.
“Biarlah dulu kak long. Ara pun baru balik kan. Kerja pun belum. Biarlah dia kerja dulu.” Jawapan selamat dari Mak Nani.
“Kerja tu kerja la jugak Nani.Umur Ara ni, makin hari makin meningkat. Tak kan selamanya Ara nak duduk bawah ketiak kamu.”
“Ara, belum ada calon ke? Kalau tak der calon.Mak long boleh cari.” Mata long tajam merenung Arabella. Arabella terkejut.
“Errr…err…. mak long, Ara nak cari kerja dulu mak long. Soal tu, Ara tak fikir lagi. “ Dalihnya.
Mak long diam. Malas mahu berbahas panjang lebar lagi jika tuan badan sudah ada membuat keputusan.
******************************************
“Mat, petang ni bolehlah jemput Kak Nani dan Ara balik.Semalam Kak Nani call kata nak balik hari ni,” Tengku Ian Ishraf yang sedang membaca surat khabar di tepi kolam, cuba menguping.
Ara balik hari ni? Bukan seminggu ke? desisnya di dalam hati.
“Baik Tengku. Tapi, rasanya hari tu Kak Nani kata, dia nak balik hari Rabu. Hari ni baru ahad Tengku. Katanya nak duduk dulu dua tiga hari lepas kenduri.” tangan Pak Mat masih sibuk mengelap cermin kereta.
“Entahlah Mat, dia call semalam kata nak balik hari ni. Ara yang sibuk nak balik katanya.” Mata meliar menjeling anaknya yang pura-pura membaca suratkhabar.
“Ishraf, kamu tak kemana-mana hari ni?” Tegur Tengku Suffiyah seraya duduk di bangku di hadapan anaknya.
Hati Tengku Ian Ishraf melonjak riang.Suratkhabar diletakkan di atas pehanya. Kepala menggeleng.
“Kenapa bonda. Nak suruh Ishraf jemput Mak Nani di kampung ke?” pucuk dicita ulam mendatang.
“Tak payah, Pak Mat kamu ada. Lagipun, kamu bukan tahu, kampung Mak Nani kamu kat mana?” Dalih Tengku Suffiyah.
“Boleh cari. Waze, GPS kan ada..”
“Tak payah Ishraf. Kamu teman bonda. Kita pergi melawat Tengku Badariah hari ni.Boleh jumpa Dahlia.Lama bonda tak jumpa dia.”
“Hahhhh..!! Ke rumah bonda Badariah? Errrr… err… bonda pergi sorang dululah. Ishraf baru teringat, Adam ajak golfing,” punggung diangkat meninggalkan bondanya di situ.
Ha Ishraf. Nak sangat main-mainkan bonda kan. Sekarang biar bonda main-mainkan kamu pula.!!
Kepala digeleng. Tengku Suffiyah sudah arif dengan perangai anaknya. Tengku Ian Ishraf terlalu berterus terang jika tidak menyukai sesuatu. Walau bukan dengan perkataan, sikapnya mampu menjelaskan segalanya. Tengku Suffiyah kenal benar dengan perangai anaknya. Kelibat Tengku Ian Ishraf memasuki banglo menerusi pintu depan, hanya dipandang sepi.
Hai lahhh anak bujang bonda.!

“Aku pening la bro, bonda aku suruh aku kahwin” Kata Tengku Ian Ishraf suatu petang sambil kayu golf dihayunkan. Mata memandang lama ke arah bola yang dipukul untuk memastikan di mana bola putih itu mendarat. Setelah pasti, kedudukan bola putih itu, mata beralih kepada sahabatnya di depan.
“Then, kahwinlah. Apa kau susah. Kau kan ada kuota kahwin sampai empat ” Jawab Adam Armand selamba. Tangan asyik mengacu bola golf, kayu diangkat kebelakang, lalu bola putih itu dipukul pula. Jauh dia memandang untuk memastikan sasarannya tepat.
“Senanglah kau cakap kahwin. Kuota empat eh. Karang, Ara lari tinggalkan aku, mati aku bro.” Fikiran yang kusut, diluahkan kepada satu-satunya teman karibnya, Adam Armand. Adam Armand tahu tentang pernikahan rahsia Tengku Ian Ishraf dan Arabella, kerana dia lah salah seorang saksi semasa pasangan itu menikah di UK satu ketika dulu.
“Dah tu, apa alasan kau bagi kat bonda kau?” Langkah mengiringi langkah Tengku Ian Ishraf meninggalkan driving range. Penat dengan kerenah Tengku Suffiyah, dia menghubungi Adam Armand untuk bermain golf bersamanya.
“Aku malas nak layan bonda. Cepat-cepat aku keluar tadi. Aku nak balik kampung jemput Ara balik, bonda aku tak bagi.” keluhnya.
“Hmmmm, itulah kau kahwin senyap-senyap. Sekarang siapa yang susah? Kan elok kalau kau terus terang je pada bonda kau tu?” Sudah berkali-kali menasihati, tetapi Tengku Ian Ishraf masih menolak.
“ Belum masanya lagi Adam. Aku masih belum ada kekuatan. Kau tahu siapa Arabella di rumah aku kan? Kau tahu siapa bonda aku? Aku tak nak nanti, cinta aku dan Ara jadi cinta dua darjat. Aku tak nak Ara tertekan. Bagi aku masa. Aku nak buktikan pada bonda aku, aku boleh teraju Warisan, titik peluh ayahanda aku. Bila tiba masanya nanti, aku akan bagitau bonda aku.”
“Berapa lama bro? Kau yakin Ara boleh tunggu? Dan kau yakin rahsia kau ada bertahan selama yang kau mahu? Kau dah fikir masak-masak?”
Kedua-dua bahunya diangkat. Nafas dihela.
Ada benarnya kata-kata Adam Armand. Tetapi Tengku Ian Ishraf masih teguh dengan pendiriannya. Masih mahu merahsiakan perkahwinannya. Sampai bila, tiada sesiapa yang tahu.
“Bagilah aku masa. Aku betul-betul belum bersedia sekarang ni. Ara pun dah banyak kali tanya aku. tapi aku belum ada kekuatan untuk bagitau bonda aku.”
“Eh, cerita pasa Ara. Kau masih tak bagi Ara kerja ke? So, Ara buat apa sekarang.”
Kepala Tengku Ian Ishraf menggeleng.
“No, Ara duduk di rumah je. Aku tak bagi dia kerja. Susahlah aku, kalau Ara kerja. Nanti masing-masing sibuk, sampai tak sempat nak jumpa. Kau tahulah, walau duduk serumah sekali pun, kami terpaksa curi-curi tau!” terangnya pada Adam Armand. Betapa dia sukar untuk bertentang mata dengan Arabella kebelakangan ini.
“Hahahahhahaha.. itulah. Siapa suruh kau kahwin rahsia. Kan dah susah sekarang. Kalau terus terang lagi senang. Kau memang suka buat sesuatu yang orang lain tak buat.” Pecah ketawa Adam Armand mendengar keluhan dari bibir sahabatnya.
“Kau gelakkan aku eh. Kau tu, umur dah semakin naik, perempuan pun takut nak dekat. Nanti, umur dah 50, baru nak terhengeh-hengeh cari calon. Memang tak laku lah.” Sindir Tengku Ian Ishraf.
“Eh kau, kesitu pulak. Aku lain. The most wanted bachelor in KL ok.Hmmmmm… by the way bro, Ara tak merungut ke kau tak kasi dia kerja. Kesian pulak aku dengan Ara, dapat suami macam kau ni.” Bahu sahabatnya ditepuk.
“Ada lah jugak dia berbunyi. Tapi aku pandailah macam mana nak senyapkan dia.” Jawab Tengku Ian Ishraf sengih.
Lantas pecah ketawa dua sahabat itu.

Lenguhnya berdiri, tubuh dibawa duduk di atas tangga. Jenuh menunggu Pak Mat dari tengah hari tadi. Di dalam hati berharap agar bukan Pak Mat yang menjemputnya, tetapi si suami rahsia yang akan datang. Hati gundah gulana. Bagai menunggu putera idaman. Duduknya tak senang. Kaki mundar mandir pula di beranda rumah pak busunya.
“Ara, dah nak balik hari ni?” Tegur Pak busunya. Pak Busu menghampiri, lalu duduk di atas tangga bersebelahan dengan Arabella.
Angguk.
“Kenapa tak nak duduk lagi dua tiga hari kat sini. Boleh Pak busu bawa Ara pergi pancing ikan di sawah tu.?” Pak Busu arif benar tentang kesukaan anak saudaranya ini. Sewaktu zaman kecilnya, Arabella memang gemar memancing. Arabella sudah dianggap seperti anak sendiri lagipun, Arabella tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah.
“Tak pe pak busu. Ara ada kerja, kena balik cepat. Ara pun dah lama balik Malaysia. Ara nak cari kerja lepas ni.” Terangnya pada Pak Busu. Perkara ini akan disuarakan kepada Tengku Ian Ishraf kelak. Dia perlu berbincang tentang hal ini. Dia sudah bosan duduk di rumah. Dia ingin berkerja. Arabella masih mencari kekuatan mahu berdepan dengan suaminya.
“Owh, Ara dah nak kerja. Pak Busu doakan Ara berjaya. Mak macam mana? Mak bagi ke Ara kerja.”
“InsyaAllah Pak Busu. Mak faham.”
“Nanti senang-senang, balik lah ke mari kerap sikit. Pak Busu pun, sunyi. Tasya dah kahwin. Tinggal Pak Busu dengan Mak Miah kamu je kat rumah ni. Kalau Ara selalu balik, tak de sunyi pak Busu.” Bahu anak saudaranya di peluk.
“InsyaAllah Pak busu. Kalau mak balik, Ara ikutlah.”
“Kalau tak ikut mak pun tak pe. Mak Miah kamu tu sedih benar dia bila Tasya kena ikut suami dia pindah ke Penang. Jauh katanya. Tinggallah Pak Busu berdua je,” Pak Busu tidak dikurniakan ramai anak. Hanya Antasya satu-satu anugerah Allah yang paling berharga. Kerana itu, apabila disuarakan oleh menantunya akan membawa satu-satunya permata mereka ke utara tanah air, Pak Busu dan Mak Miah, amat berat hati.
“Tak pe Pak Busu. Pak Busu dan Mak Miah kan ada Ara.” senyum semanis gula di berikan pada satu-satunya bapa saudaranya yang melayan dia bagai anak sendiri.
Seketika, sebuah kereta BMW 5-series berwarna putih memasuki perkarangan rumah Pak Busu. Arabella mengeluh. Sudah pasti bukan si putera idaman yang menjemputnya. Kecewa. Ini bermakna, dia perlukan masa sejam dua lagi untuk berjumpa si suami, kerana perjalanan dari kampung menuju ke KL mengambil masa lebih kurang dua jam. Rindu sudah tidak tertanggung lagi.
“Assalamualaikum,” Pak Mat keluar dari kereta berjalan menuju ke tangga rumah Pak Busu.
Usai salam bersambut, Pak Busu menghulurkan tangan bersalaman.
“Ara, dah siap nak balik?” Sapa Pak Mat.
“A ah Pak Mat. Pak Mat sorang je?” Tanya Arabella.
“Eh, yelah. Pak Mat je lah. Takkan Tengku Suffiyah nak ikut pulak. Lagipun bonda Engku kamu keluar tadi. Menjenguk Tengku Badariah katanya.”
“Abang Mat naik la dulu. Ara panggilkan mak kamu.” Pak busu bersuara.
Arabella angguk. Lantas kaki dibawa ke dalam rumah memanggil ibunya.
*********************************
Kereta yang dipandu Pak Mat, memasuki perkarangan banglo Tengku Suffiyah. Setelah Pak Mat memberhentikan kereta, pintu di bahagian penumpang, dibuka. Lantas, tubuh di bawa ke belakang untuk membuka bonet. Beg-beg baju di keluarkan. Pak Mat, melangkah menuju ke parking motosikalnya, lalu motosikalnya dihidupkan. Pak Mat menaiki motosikal ke banglo mewah itu setiap pagi. Apabila selesai kerjanya, Pak Mat akan pulang ke rumah keluarganya dengan menaiki motosikal itu juga.
“Ara, nanti bawa masuk beg tu yer, mak ikut pintu dapur. Mak bawa pucuk ubi ni ke dapur terus.” Mak Nani meninggalkan pesan kepada Ara yang sedang sibuk mengeluarkan barang-barang yang di bawa dari kampung dari bonet kereta.
Seketika, kedengaran enjin kereta masuk ke perkarangan banglo mewah itu. Sebuah kereta Nissan Murano berhenti di sebelah kereta BMW yang dipandu Pak Mat sebentar tadi.
Patut tak jemput aku balik.Keluar rupanya.! Entah mana dia pergi. Hati Arabella merungut. Dua tiga hari lepas, Tengku Ian Ishraf beriya-iya berjanji akan menjemputnya di kampung, Tetapi alih-alih Pak Mat yang datang. Wajah Arabella sudah cemberut, bagai tertelan kapur aje.!
Tengku Ian Ishraf keluar dari kereta. Tubuh yang tersarung sehelai Tshirt polo berwarna kuning air, dipadankan dengan seluar golf berwarna coklat di bawa menuju ke arah Arabella. Topi di kepala dibetulkan. Sebelah tangannya diselukkan di dalam poket seluar. Senyuman disembunyikan. Betapa hatinya gembira, bila melihat Arabella di situ. Hampir seminggu menahan rindu, seminggu juga lah tidurnya tak lena, tanpa Arabella di sisi. Arabella didekati. Dia berdiri di belakang Arabella yang sedang mengeluarkan barang-barang dari bonet kereta. Kepala di paling ke kiri dan ke kanan memastikan tiada sesiapa di situ.
“Baru sampai sayang?” Sapanya betul-betul di tepi telinga Arabella. Arabella menoleh sekilas. Angguk. Tubuh dikalih, lantas tangan Tengku Ian Ishraf, diraih dan dikucup. Tiada saat yang paling indah jika dibandingkan dengan keindahan tatkala seorang isteri mengucup tangan suami.
“Kenapa ni? Marah sebab abang tak jemput ke?” Tambahnya lagi melihatkan wajah cemberut si isteri. Tubuh isterinya dirapati lagi. Arabella mendongak memandang si suami. Handsome jugak.! Tengku Ian Ishraf senyum. Dagu Arabella disentuh lembut. Wajah Arabella diamati.
“Senyum sikit. Abang rindu nak tengok senyuman sayang” pintanya pada si isteri.
Hati yang hiba, tiba-tiba hilang. Hilang dengan pujukan manis Tengku Ian Ishraf. Senyuman bergaul madu, dihadiahkan buat Tengku Ian Ishraf. Hati berlagu riang, kerana wajah insan yang dirindui berada di depan mata.Sedikit gugup, kerana sudah hampir seminggu tidak bertentang mata.
Tengku Ian Ishraf berdiri betul-betul di hadapan Arabella. Ingin sekali memeluk tubuh Arabella melepaskan rindu di dada, tetapi keadaan sekeliling masih belum sesuai untuk itu semua. Cukuplah sekadar bibirnya singgah di ubun-ubun si isteri. Mata terpejam menikmati saat indah itu.
Jeda.
“Ara, barang dah keluarkan dari bonet ke?” Tiba-tiba suara Mak Nani kedengaran kuat di telinganya.
Pasangan merpati itu menggelabah. Sepantas kilat Tengku Ian Ishraf menjauhkan diri dari Arabella. Beg yang berada di tangan Arabella diambil lalu dibawa menuju ke pintu masuk.
“Mak Nani, ni Ishraf keluarkan beg Ara dari bonet. Ishraf letak sini eh.” Katanya pada mak Nani sekilas memandang tubuh Mak Nani bercekak pinggang di tepi pintu.
“Ishraf dari mana?” Tanya mak Nani apabila melihat tubuh Tengku Ian Ishraf di balik pintu.
Bukan dia tidak melihat drama sebabak di belakang kereta sebentar tadi. Hati tuanya kasihan melihat anak menantu itu terpaksa bersembunyi untuk berjumpa antara satu sama lain. Di sudut hatinya yang lain, geram dengan tindakan mereka merahsiakan perkahwinan dari pengetahuan orang tua.
“Ishraf golfing Mak Nani. Baru balik je.” Sepatu ditanggalkan dari kaki, lalu melangkah ke dalam rumah. Tangan tua Mak Nani disalami. Satu sikap yang amat disenangi Mak Nani. Tengku Ian Ishraf hormatkan orang tua. Tidak kira pembantu rumah atau pemandu. Tengku Ian Ishraf amat menghormati Mak Nani dan Pak Mat.Walaupun Tengku Ian Ishraf anak tunggal Tengku Ammar dan Tengku Suffiyah, sikap merendah diri amat jelas ketara sehingga sikap itu menjadi perhiasan diri anak muda itu.
“Mak Nani sihat? Kampung macam mana?” Tanya Tengku Ian Ishraf sekadar berbahasa.
“Alhamdulillah, majlis dah selesai. Kampung macam biasa Ishraf. Lama tak balik, rindu pula. Ingat nak duduk lagi dua tiga hari. Tapi si Ara ni dah sibuk nak balik sangat.” Katanya apabila terpandang kelibat Arabella menghampiri pintu masuk.
“Ooooo, kenapa tak duduk lama sikit Ara. Kesian kat mak Nani.” tolehnya pada Arabella yang baru masuk ke dalam banglo itu.
“Hmmm… hmmm…” Arabella sudah mula gagap.
“Ara kata dia nak mula cari kerja Ishraf. Sebab tu nak balik cepat” Mendengar kata-kata mak Nani, Tengku Ian Ishraf terkejut. Terbuntang matanya.. Wajah ditoleh sekilas ke arah wajah Arabella yang sudah tidak keruan. Ara berhutang padanya. Hutang penjelasan.
“Yer Ara? You dapat kerja kat mana? I tak tahu pun you dah dapat kerja?” Tanya Tengku Ian Ishraf. Sebolehnya,cuba menyembunyikan ketidak puasan hatinya kerana Mak Nani masih bersama mereka di situ.
“Errr..errr…. tak tahu lagi. I….I… baru nak cari,” Penyakit gagap si Arabella sudah kembali. Mana tidaknya, dia belum lagi berbincang tentang hal ini dengan Tengku Ian Ishraf, alih-alih mak Nani sudah menyebutnya dulu.Mau tak angin si tengku seorang ini.
“Owhh,.. tak pe. You carilah pelan-pelan. Di Warisan masih belum ada jawatan yang sesuai untuk you. mungkin di tempat lain ada kut.” Tegas. Tengku Ian Ishraf melangkah meninggalkan dua beranak itu di pintu masuk. Hatinya sebal. Arabella langsung tidak berbincang tentang hal itu dengannya. Sedikit sebanyak, hatinya terguris. Terguris kerana Arabella langsung tidak memikirkan tentang dirinya. Terguris kerana Arabella ingkar akan perintahnya. Sesampainya dia di dalam bilik, tubuh dihempas ke katil. Mata merenung siling.
Apa aku nak buat ni? Ara dah mula nak bekerja. Perlu ke aku izinkan dia bekerja.
Jari - jemarinya menggagau telefon bimbit di poket seluar. Telefon itu di tekan, lantas pesann ringkas dititipkan untuk Arabella. Dia perlu tahu kenapa Arabella tidak berbincang dengannya terlebih dahulu.
Naik ke bilik abang sekarang sebelum Bonda sampai. Jangan membantah.
~Tengku Ian Ishraf.
Pesanan di telefon bimbitnya dibaca.
Ishhhhhh. Dia ni lah. Tak sabar-sabar tau!
Nafas dihela dalam. Mencari akal untuk ke tingkat atas banglo Tengku Suffiyah. Kelibat Mak Nani di cari. Kaki melangkah ke dapur. Tiada. Kepala di jenguk keluar, terpandang kelibat ibunya yang sedang menyiram pokok-pokok bunga di tepi halaman.
Yes, bolehlah aku naik sekejap.
Sepantas kilat, kakinya berlari ke tingkat atas. Tangga di daki dengan laju. Tengku Suffiyah akan pulang bila-bila masa sahaja dari sekarang. Dia perlu cepat. Tombol pintu di pulas, lalu di tutup semula.
Tengku Ian Ishraf yang memang sudah menjangka akan kehadiran isterinya, bersembunyi di belakang pintu. Sebaik pintu ditutup, tubuh langsing si isteri disambar lalu dipeluk dari belakang. Belakang leher isterinya menjadi mangsa bibir Tengku Ian Ishraf. Seketika keadaan itu. Arabella tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya pegun merelakan rindu suaminya terubat seketika. Mata dipejam. Terasa pelukan di pinggangnya semakin erat. Ternyata rindu si suami menggebu-gebu pada dirinya.
“Abang,…” suara Arabella sudah serak-serak basah.
“Hmmmmmm…. sshhhhhhh…. I need some time.” Wajah dibenamkan di rambut isterinya pula. Nafas dihela, menghidu aroma rambut Arabella. Perlahan-lahan, tubuh si isteri dipaling mengadapnya, lalu dakap erat. Ubun-ubun Arabella dikucup, jatuh pula pada kedua-dua alis matanya. Pipi Arabella yang mulus tidak ketinggalan menjadi mangsa Tengku Ian Ishraf. Arabella diam tidak berkutik. Tidak mampu berkata-kata, hanya tangannya sahaja dibawa ke pinggang Tengku Ian Ishraf, lalu dipeluk erat. Wajah yang sudah kemerahan menahan malu dengan perlakuan suaminya, disembamkan ke dada bidang lelaki itu. Rambut yang jatuh berjuntai, menutupi wajahnya, dibiarkan.
“I miss you, sayang” Jemari Tengku Ian Ishraf, menyelak rambut Arabella lalu diselitkan di tepi telinga. Terdampar jelas, cuping telinga isterinya, yang dihiasi dengan subang berlian berbentuk hati, hadiah dari Tengku Ian Ishraf suatu ketika dahulu. Manis. Sesuai dengan kulit Arabella yang putih kemerahan.
“Kenapa sayang senyap jee?” Wajah Arabella pula diangkat mendongak.
“Hmmmm.. nothing. Ara ada benda yang bincang dengan abang.” Anak mata tunak memandang Tengku Ian Ishraf. Tangan masih memeluk erat pinggang suami. Jari jemari dimainkan di dada bidang Tengku Ian Israf yang hanya berbaju tshirt nipis.
“Next time kita bincang sayang. I need something first.” Mata dikenyit, bibir mengukir senyum.
Renungan mata si suami menyebabkan Arabella gelisah. Perlahan-lahan, Tengku Ian Ishraf mendekatkan wajahnya ke wajah Arabella. Dekat, semakin dekat. Lantas, bibirnya mencapai bibir merah si isteri. Arabella kaku.Hanya merelakan. Kucupan di bibirnya, dibalas ikhlas. Pelukan di tubuh, semakin erat.
Tiba-tiba, Arabella terasa tubuhnya ringan. Tengku Ian Ishraf mencepungnya. Tangan diletakkan di leher Tengku Ian Ishraf. Suaminya melangkah perlahan ke katil.
“Abanggggg…. Ara tak boleh lama ni…” Kata-katanya mati di situ.Sekali lagi bibir Suaminya mendarat di bibirnya. Arabella hanya mampu merelakannya. Hilang segala kata-kata.
“Shhhhhhh…. I dont want to hear any word.Come join me to the moon.” Bisikan di telinga Arabella kedengaran tatkala tubuhnya di letakkan perlahan-lahan di atas katil. Sepotong doa dibacakan oleh Tengku Ian Ishraf. Jelas.
“Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami dari dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau kurniakan kepada kami.”
Maka bersatu lah dua insan yang telah lama merindui antara satu sama lain. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
*******************************
Arabella terbangun tatkala mendengar azan maghrib. Kaki diturunkan dari katil. Selimut diambil menutupi tubuhnya. Pakaian yang bersepah di atas lantai dikutip. Pantas dia berlari ke bilik air mengemaskan diri. Setelah berpakaian, Arabella keluar. Tubuh si suami yang pulas tidur, dihampiri.
“Abanggggg,… dah maghrib ni. Ara kena turun bawah.” tangan menggoncang sedikit belakang tubuh Tengku Ian Ishraf. Suaminya bergerak sedikit.
“Abang, Ara turun dulu yer.” Lalu dia berdiri, mahu meninggalkan katil itu. Tiba-tiba, terasa lengannya ditarik. Imbangan badannya tidak stabil, lalu Arabella jatuh semula di atas dada Tengku Ian Ishraf. Tengku Ian Ishraf tersenyum.
“Terima kasih sayang. Terima kasih kerana menerima cinta abang walaupun banyak kekurangan.” Arabella senyum.
“Abang, dah maghrib ni. Nanti mak cari pula kat bawah.” hati mulai takut. Takut dengan segala soalan yang bakal dilemparkan oleh Mak Nani.
Wajah di isteri ditenung dalam. Tengku Ian Ishraf mengangguk.
“Pergilah, kalau mak tanya, Ara cakap Ara duduk di bilik bacaan sebelah, yer.” Memang bijak Tengku Ian Ishraf ni. Ada saja akalnya.
Arabella angguk. Lalu kaki melangkah menuju pintu. Tengku Ian Ishraf hanya memerhati lenggok isterinya keluar dari bilik itu.
Sayang, maafkan abang.Abang belum mampu mendedahkan segalanya pada bonda dan mak. Abang belum bersedia sayang. Berilah abang masa. Walau cinta kita cinta rahsia, abang mampu membuatkan Ara bahagia.

Subscribe to:
Posts (Atom)